Anda di halaman 1dari 2

BAHAN DOH PAU :-)

500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar,
daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum.
Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam
dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti
pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan
kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh
matikan api. Sejukkan.
2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan
yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang
bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat
doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli
10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan
semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan
ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada
beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan.
Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan
bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama
pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit
dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

Bahan-bahan ( 64 biji - doh seberat 20 gm )
Bahan A:
450 gm special pow flour (Hong Kong)
230 ml air
1 tbsp susu pekat manis
5 tsp yis segera - Mauripan
Bahan B:
300 gm special pow flour (Hong Kong)
180 gm gula kastor
40 gm shortening
2 tbsp double action baking powder (for pau)
1 tsp bread softener
Bahan C - larutkan:
100 ml air
1/2 tsp ammonium carbonate
Sedikit garam
Bahan D:
Inti - ikut citarasa sendiri
Cara-cara
1. Satukan A, uli hingga jadi doh yang licin (saya guna bread maker). Kemudian rehatkan doh selama 30
minit (doh akan mengembang).
2. Selepas 30 minit, campurkan A dengan B dan C. Uli hingga jadi doh yang licin (jika guna mixer; speed
no. 2 selama 15-20 minit. Saya guna bread maker Empress [Cosway], setting no. 51, uli sebanyak 4
pusingan).
3. Rehatkan dan biar doh mengembang sekali lagi selama 30 minit (doh pau ini sangat ringan).
4. Bahagikan doh kepada bebola kecil (saya bahagikan kepada 20 gm tiap satu).
5. Masukkan inti, bulat-bulatkan atau punjutkan.
6. Rehatkan sekali lagi hingga kembang selama lebih kurang 10-15 minit.
7. Kukus selama 5-7 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu (saya kukus dengan
api sederhana).
8. Untuk frozen pau: setelah pau dikukus, biarkan hingga betul-betul sejuk. Kemudian bekukan secara
individu (pastikan pau tidak melekat antara satu sama lain). Bila dah beku, keluarkan dari fridge dan
terus pek (jumlah per pek terpulang.. pau tidak akan melekat antara satu sama lain). Selepas dipek,
terus disimpan sejuk-beku.
9. Cara mengukus frozen pau: Panaskan pengukus, terus kukus pau tanpa perlu 'defrost' (api
sederhana).
10. Ikut kata Pn Ani, elok gunakan double action baking powder yang khas untuk buat pau.. memang ada
tulis "(pow)" @ "(pau)". Sebelum buat, puas cari, tak jumpa.. saya guna double action baking powder
yang biasa tu je.. alhamdulillah, pau tetap gebu.

Anda mungkin juga menyukai