Anda di halaman 1dari 2

Bahan-bahan:

500 gram beras pulut

70ml santan pekat tin (100ml jika mahu lebih lemak)

380ml air (jika santan 100ml, air 350ml)

1 sudu besar minyak masak

1/2 sudu kecil garam

1-2 sudu besar gula (2 sb gula pulut terasa manis2 sesuai untuk pulut semangat)

5 inci daun pandan / sehelai

beberapa titik pewarna kuning telur starbrand (tidak perlu pewarna jika mahu pulut putih,
boleh letak warna lain yang di sukai/ mengikut kesesuaian kuih)
Loyang 20cm / 8 inci

Bahan-bahan ( 5-6 org makan )


2 cawan beras pulut
3/4 cawan santan pekat
1 cawan air panas
1/2 sudu teh garam
5 inchi daun pandan(ni kes nak jimat daun pandan)
1 sudu besar minyak masak
Sedikit serbuk kunyit ( campur sdikit pewarna kuning)
Cara-cara
1. Cuci beras pulut hingga bersih dan masukkan semua bahan2 kedalam rice cooker
2. Setelah mendidih, gaul pulut supaya tidak berkerak dan warnanya sekata.
3. Biarkan hingga masak.

umlah Hidangan : 1

Bahan-Bahan:
Bahan untuk lapisan bawah

250 gram beras pulut

200 ml santan (sederhana pekat)

1/2 sudu teh garam

2 sudu teh minyak masak

Bahan untuk lapisan atas

60 gram tepung gandum*

1 1/2 sudu besar tepung jagung*

70 gram gula pasir

2 biji telur Gred A

225 ml santan pekat

1/2 sudu teh garam

150 ml air + 4 helai daun pandan (diblender dan tapis untuk dijadikan air pandan)

Pewarna hijau(optional)

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk lapisan bawah
1.

Bersihkan beras pulut dan rendam selama 10-20 minit

2.

Toskan beras pulut seketika

3.

Satukan kesemua bahan2 lapisan bawah.Kemudian letak dalam loyang, kacau supaya minyak
masak sekata

4.

Kukus selama 30 minit

5.

Keluarkan loyang daripada periuk kukus,tekan pulut sehingga padat/mampat

6.

Sedia untuk dilapis dengan lapisan atas

Cara-cara untuk lapisan atas


1.

Ayak bahan-bahan bertanda* dari bahan lapisan atas

2.

Satukan semua bahan(lapisan bawah)kemudian blander

3.

Tuang adunan tepung ke atas pulut tadi dan kukus semula selama 1/2 jam atau sehingga masak

4.

Balut penutup periuk dengan aluminium foil atau kain bersih supaya air kukusan tidak menitik di
atas permukaan kuih

5.

Sejukkan betul-betul sebelum keluarkan dari acuan lompang.Siap

6.

tips:sblum tuangkan adunan tepung bewarna hijau,tuangkan sedikit adunan yg bewarna putih
dahulu dan kukus sekejap, ini bertujuan supaya adunan warna hijau tidak meresap dicelah-celah
pulut. .jadi baru nmpak kemas

Anda mungkin juga menyukai