Anda di halaman 1dari 16

TALAM SAGU LAPIS

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (Lapisan Bawah):-

 1 1/2 cawan sagu putih - rendam 1 jam, toskan.


 1/4 cawan gula pasir
 2 jenis pewarna (ikut pilihan) - akak guna kuning oren n purple

Bahan (Lapisan Atas) :-

 3 cawan santan pekat (akak guna santan kotak Kara)


 1 cawan tepung beras
 1 sudu teh garam

Cara-Cara (Lapisan Bawah):-

1. Gaulkan sagu tadi dengan gula dan bahagi kepada dua bahagian.
2. Letakkan pewarna setiap satu bahagian dan gaul sebati.
3. Sapu loyang dengan minyak masak sikit dan alas dengan plastik (boleh guna loyang
bulat 7 in, tp akak guna acuan kecil2 gitu, just sapu minyak je sikit..hehee)
4. Tuangkan lapisan warna pertama dan ratakan. Kukus selama 10 minit.
5. Kemudian tekan-tekan sedikit dengan sudu plastik lapisan pertama tadi dan tuangkan
pula sagu lapisan kedua (warna lain) dan kukus lagi 10 minit.
6. Kemudian cakar-cakar sikit permukaan sagu sebelum dituang dengan adunan lapisan
atas dan kukus selama 25 - 30 minit (tutup kukusan dgn foil / kitchen towel untuk
kukusan akhir untuk elakkan air jatuh ke permukaan kuih)
7. Biarkan kuih sejuk betul pada suhu bilik baru dipotong/dikeluarkan dr acuan.

Cara-Cara (Lapisan Atas):-

1. Campurkan kesemua bahan lapisan atas dan kacau biar sebati. Tapiskan.
2. Tuang dalam periuk dan kacau adunan sebentar dengan api perlahan.
3. Bila nampak pekat dan berwap, tutup api.
4. Tuangkan atas lapisan sagu tadi. (cakar sedikit lapisan bawah dengan garfu sebelum
dituang lapisan atas).
TALAM BERLAUK

Bahan-Bahan (loyang 8 inci)

 1 cawan tepung gandum


 3 s/b tepung jagung
 3 cawan santan(Yatie guna 1 kotak santan 200ml dan selebihnya tambah air)
 1 s/k garam
 1 biji telur

Cara.

1. Kacau semua bahan dan tapiskan.


2. Sapukan sedikit minyak dalam loyang.
3. Panaskan kukusan.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukuskan selama 30 minit.
5. Sejukkan dan taburkan inti dan daun sup & daun bawang.
6. Potong dan hidangkan.

Bahan Inti dan hiasan

 200 gm daging/ayam kisar


 2 biji kentang (potong dadu kecil)
 1 labu bawang besar (potong dadu)
 1 ulas bwng putih-Yatie tambah
 1 paket rempah kari ayam/daging-Yatie letak 3 sudu besar
 2 biji cili merah ( buangkan bijinya dan cincang)
 1/2 btng carrot parut
 Daun sup dan daun bawang (racik kecil)
 2 s/b minyak
 garam dan sedikit gula

Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bwng putih.


2. Masukkan rempah kari dan masakkan sehingga wangi.
3. Masukkan daging dan kentang. Kacau rata. Tambahkan sedikit air jika perlu.
4. Biarkan sehingga semuanya masak empuk.
5. Sejukkan dan taburkan diatas adunan yg dikukus.
6. Sekiranya terdapat minyak, toskan sedikit inti supaya cantik bila di taburkan diatas
permukaan kuih tadi.

Cara yg Yatie buat.

** Yatie kukus kuih dlm 20 minit, lepastu taburkan inti diatas permukaan kuih.Jika terdapat
air di permukaan kuih, sendengkan loyang dan buangkan air tu dulu/guna tisu dapur utk
mengeringkannya. Selepas itu cakar2kan sedikit permukaan dan taburkan intinya. Kukus lagi
selama 10 minit supaya inti dan lapisan kuih melekat sedikit. Masa inilah baru Yatie taburkan
carrot yg di parut, daun sup dan cili merah yg di cincang. Setelah tu Yatie tambah lagi 5 minit
masa mengukus dngn tutup pengukus terbuka. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih talam
berlauk tadi. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Potong guna pisau plastik.Selamat Mencuba.
TALAM SUJI PANDAN

BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)

 1 1/2 cwn tepung suji @ semolina


 450ml air

Bahan (B)

 1 cawan gula halus


 2 biji telur
 200ml santan pekat
 250ml air
 pewarna kuning

Cara-caranya:-

1. Rendam bahan-bahan A selama 30 minit, rendam dalam periuk.


2. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam
periuk yang mengandungi bahan A.
3. Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan
akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)
4. Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. Sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang
supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam.
5. Tuang adunan dan ratakan permukaannya. Kukus selama 25 minit.

BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

 1 1/2 cawan tepung gandum


 4 biji telur
 1 cawan santan pekat
 2 cawan air (air dikisar bersama 4 helai daun pandan dan tapiskan)
 1 1/4 cwn gula halus
 1/2 tsp garam
 pewarna hijau

Cara-caranya:-

1. Satukan semua bahan-bahan, gaul sebati. Kalau nak mudah blend je semuanya.
2. Masukkan kedlm periuk bersih dan masak sebentar.
3. Kacau atas api yang sederhana dengan whisk, hendaklah sentiasa di kacau ya supaya
tak berketul2.... jangan pekat dan jangan cair sangat.
4. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air di permukaan lapisan suji tadi, kalau ada
lapkan sedikit, pastu cakar2 sikit guna garpu. Setelah itu barulah tuang adunan pandan
dan kukus selama 30 minit.
5. Setelah kuih masak, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong guna pisau
plastik supaya cantik potongannya.
KUIH LAPIS LABU

Bahan A

 2 cawan air
 1 1/4 cwn gula halus
 1/2 sudu kecil garam
 2 helai daun pandan-disimpul

Bahan B

 2 cawan tepung gandum


 1/2 cwn tepung beras
 1/4 cwn tepung jagung
 2 cawan santan pekat
 2 cawan air

Bahan C

 1/2 cwn santan pekat

Bahan D

 1 cawan labu-( yg telah di rebus dan di lecek halus)

Cara Penyediaan Adunan.

1. Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan.Ketepikan dulu.


2. Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A kedlm B.
3. Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
4. Satu bahagian di masukkan bahan C(santan) dan satu bahagian lagi masukkan bahan
D(labu)
5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya sama je jumlah cecair adunan
iaitu 3 kuning dan 3 putih.

Cara Masak Kuih.

1. Panaskan kukusan. Alaskan plastik di loyang dan sapu sedikit minyak di


sekelilingnya.
2. Masukkan adunan D(labu) dan kukus selama 5-7 minit.
3. Lapiskan pula adunan C(santan) dan kukus selama 5-7 minit.
4. Ulangi sehingga habis.Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama 20 minit guna api
sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.
5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong
menggunakan pisau plastik. Selamat mencuba.

**Untuk kuih di atas Yatie gunakan loyang 10x10x2....kalau nak lapisan tu tebal sikit,
gunakan loyang 8 inci.
TALAM ROTI PAUN

Lapisan Bawah

 13 keping roti putih Gardenia- di carik2


 2 biji telur
 50 gm raisin-Yatie tak letak
 1/2 cwn gula halus
 1/2 sk garam
 150 ml santan pekat
 300 ml air
 1/4 sk vanilla essence

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
3. Kukus selama 25 minit.
4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas
tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)

Lapisan tengah

 1/2 cwn tepung gandum


 1/2 cwn gula halus
 1/2 sk garam
 2 biji telur
 100 ml santan pekat
 300 ml air
 sedikit pewarna hijau
 sedikit perisa pandan

Cara-cara

1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.


2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu
pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)

Lapisan atas

 1/2 cwn tepung kastard


 1/2 cwn gula halus
 1/4 sk garam
 1/8 sk vanilla essence
 3 biji telur
 100 ml santan pekat
 300 ml air
 sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)

Cara-caranya

1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.


2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak
berketul2.
3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
4. Sentiasa lap tutup pengukus. Saya lap setiap 5 minit, permukaan kuih kelihatan rata dan licin.
5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.
KUIH LAPIS SERI WANGI

Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A

 2 cwn tepung beras


 1 cwn tepung gandum
 2 sudu besar tpng jagung
 1 sk garam
 2 cwn santan pekat

Bahan B

 1 1/4 cwn gula pasir


 1 cwn santan pekat
 2 cwn santan cair
 2 helai daun pandan-di simpul

Bahan C

 3 sb rata serbuk koko*


 4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
 pewarna hijau, perisa pandan

Cara-cara.

1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.


2. Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan
dulu.
3. Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4. Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu
lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
6. Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
7. Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
8. Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
9. Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis
adunan.
10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
11. Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin
potongannya. Selamat Mencuba.
KUIH TALAM PISANG.(Yatie guna loyang bulat 8x3 inci)

Bahan Utk Lapisan Bawah

 3 1/2 cawan santan kelapa.


 1 1/4 cawan tepung beras.
 1/2 cawan tepung gandum.
 1/2 cawan gula pasir.
 Secubit garam.
 1 cawan pisang lenyek.
 pewarna kuning-Yatie tambah

Cara-caranya:

1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.


2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang
dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan
kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata
ketebalannya.
4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada
permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang
dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Utk Lapisan Atas:

 3 cawan santan kelapa.


 3/4 cawan tepung gandum.
 1/4 cawan tepung jagung.
 1/4 cawan gula pasir.
 secubit garam.
 Sedikit pewarna kuning- Yatie tak letak sbb dah guna utk lapisan bawah/ pisang

Cara-caranya:

1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.


2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas
lapisan bawah tadi.
3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar
wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat
mencuba ya.
TALAM PANDAN KACANG MERAH

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci

 1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk


 1 cwn air*(* di kisar bersama)
 1 1/2 cwn tepung beras
 2 cwn santan sederhana pekat
 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
 1 cwn gula halus
 sedikit garam
 sedikit pewarna merah

CARANYA

1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam
bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm
10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
5. Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
6. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS

 1 1/2 cawan tepung gandum


 1 cwn gula halus
 2 biji telur
 1 cwn santan pekat
 2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)
 secubit garam
 pewarna hijau

CARANYA

1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit
guna api sederhana je.
2. Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
3. Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya
ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit
guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
4. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
5. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini
bagi mengeringkan permukaan kuih.
6. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn
menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
TALAM PERMATA KELEDEK

BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci

 2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)


 1 1/2 cwn tepung beras*
 1 cwn santan pekat*
 2 cwn air*
 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
 1 cwn gula halus*
 sedikit garam*

CARANYA

1. Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
2. Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH

 1 1/2 cawan tepung gandum


 1 cwn gula halus
 2 biji telur
 1 cwn santan pekat
 2 cwn air
 secubit garam
 pewarna merah dan hijau

CARANYA

1. Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
2. Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah.
Ketepikan.

CARA MELAPIS KUIH

1. Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
2. Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10
minit.
3. Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus
selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di
permukaan.
4. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu
cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
5. Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
6. Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini
bagi mengeringkan permukaan kuih.
7. Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn
menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
TALAM LAPIS ROTI COKLAT

Bahan-Bahan

 4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100 ml air
 50 gm gula pasir
 1/4 sudu teh garam
 200 ml santan KARA
 100 ml air
 60 gm tepung beras
 20 gm tepung sagu/tpng ubi
 1 sudu teh coklat emulco

Acuan Lompang (10-12 biji)- Yatie guna acuan lain dan buat 2 adunan sekali....sedap
betullah.

Cara-cara :

1. Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar. Ketepikan.


2. Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut. Biarkan suam.
Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3. Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga
halus.
4. Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat
emulco.
5. Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih
dahulu.
6. Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi.
Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga
masak
TALAM TOKYO

Bahan Utk Lapisan Bawah (loyang 10x10x2")

 300 gm sago kecil warna putih


 60 gm sohoon
 100 gm kelapa parut putih
 100 ml santan pekat
 300 ml air
 1 sudu kecil garam.

Cara-Cara

1. Cuci sago sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.


2. Rendam sohoon dngn air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil2.
3. Satukan bahan2 di atas dan masukkan ke dalam loyang 10x10x2" yang telah
dioleskan dengan minyak. Saya alas plastik dan oleskan sedikit minyak.
4. Kukus selama 25-30 minit dan tekankan sikit dengan sudu supaya lapisan menjadi
sama rata.

Bahan Utk Lapisan Atas

 4 biji telur
 300 gm gula pasir
 400 ml santan pekat
 400 ml air +3 helai daun pandan(blender dan tapiskan)
 100 gm tepung kastard
 sedikit pewarna hijau
 1/8 sudu kecil alkaline water@air abu (takde, Yatie guna 1 sudu kecil air kapur)
 1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara

1. Campurkan semua bahan dan blend rata.


2. Kacau sebati dan tapiskan. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga naik wap.
3. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.
4. Padamkan api dan angkat kuih setelah masak. Biarkan kuih benar-benar sejuk baru
dipotong.

Tips Yatie= Saya tak bungkus dngn kain penutup kukusan tu semasa mengukus kuih, tapi
saya buka penutup tu setiap 5 minit dan sentiasalah di lap dan sambung lagi mengukus.
Cara ini saya gunakan semasa guna pengukus biasa dan juga trio steamer.
Sekiranya terdapat sedikit air di atas permukaan kuih, sendengkan/sengetkan loyang dan
buangkan air tu guna sudu perlahan2.
Boleh juga gunakan kertas tisu dapur. Selepas itu, letakkan semula kuih di tempat rata dan
biarkan benar2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih
kelihatan rata dan cantik. Selamat Mencuba...
SERIMUKA DELIMA

LAPISAN BAWAH:(loyang 10x10x2")

 500 gm Beras Pulut


 300 ml Santan Pekat
 300 ml Air
 2 sudu kecil Garam
 20 gm Sagu kecil- rendam dgn air & pewarna merah/pink dan toskan

CARA2:

1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam


2. Basuh bersih beras pulut dan toskan, campurkan dgn santan, air & garam.
3. Masukkan dlm loyang yg telah di lapik plastik.
4. Kukus selama 30 minit.(Kukus dngn loyang yg berlainan tidak berlubang)
5. Apabila pulut masak,gaulkan dgn sagu (tak payah sehingga rata) & tekan pulut di dlm
loyang dan sapu sedikit batter/ adunan tepung.

LAPISAN ATAS:

 250 gm gula kastor/halus


 100 gm tepung kastard
 400 ml santan pekat
 400 ml Air
 4 biji telur
 1/2 sudu kecil garam
 Beberapa titik Esen Vanilla
 Pewarna Kuning

CARA2:

1. Campurkan kesemua bhn sehingga sebati (ikut turutan di atas) dan tapiskan.
2. Masak dgn api kecil sehingga naik wap.
3. Tuangkan ke atas lapisan pulut tadi & kukus selama 30 minit.
4. Biarkan sehingga betul2 sejuk sebelum di potong.
TALAM LAPIS UBI KELEDEK

Bahan Lapisan Coklat

 20 gm serbuk koko (saya tambah 1 sb coklat emulco)


 100 gm gula pasir
 150 gm gula merah
 100 gm tepung ubi
 150 gm tepung beras
 900 ml santan (400ml santan pekat + 500ml air)
 3 helai daun pandan
 1/2 sudu teh garam

Caranya

1. Masak gula merah, gula putih dan santan sehingga gula hancur, kemudian sejukkan
sebentar. Masukkan semua bahan lain, gaul rata dan ketepikan.

Bahan Lapisan Keledek

 600 ml santan (250ml santan pekat + 350ml air)


 50 gm tepung ubi
 150 gm tepung beras
 180 gm gula pasir
 200 gm ubi keledek, rebus dan lecek (rebus dulu baru timbang)
 1/2 sudu teh garam
 1/2 sudu teh pewarna kuning

Caranya

1. Masak gula bersama santan sehingga gula hancur.


2. Kisar ubi keledek yang telah dilecek tadi dengan santan yang dimasak, lalu masukkan
bahan-bahan lain dan gaul rata.
3. Masukkan pewarna kuning.
4. Kukuskan selapis demi selapis berselang-seli sehingga adunan habis.
5. Kukus setiap lapisan selama 7 minit dan kukus lapisan terakhir selama 15 minit.
TALAM LAPIS COKLAT DELIGHT

BAHAN-BAHAN:

 300 gm tepung beras (saya guna 2 1/2 cwn tpng beras)


 200 gm tepung ubi (saya guna 1 1/2 cwn tpng ubi)
 1/2 sudu kecil garam
 1/2 sudu kecil air kapur (saya guna 1 sudu kecil)
 900 ml santan pekat (saya guna santan kotak kara 200ml....saya guna 2 kotak
tambahkan air selebihnya)

 1 s/b serbuk koko *


 coklat paste secukupnya *(saya gantikan dgn coklat emulco )
 1 s/b santan pekat *
 1 s/b jus pandan *
 pewarna hijau secukupnya *

BAHAN SIRAP:

 320 gm gula kastor


 250 ml air
 4 helai daun pandan

CARANYA:

1. Masakkan bahan untuk sirap hingga gula cair dan sedikit didih. Biarkan seketika
hingga suam. Masukkan santan dan garam, kacau rata.
2. Panaskan pengukus. Gunakan loyang 8X8 inci...(saya alas plastik di permukaan
loyang dan sapu sedikit minyak di sekelilingnya.
3. Satukan tepung dan air kapur. Masukkan campuran sirap dan santan, kacau rata dan
tapis.
4. Bahagi kepada 3 bahagian:
5. - Bawah : Campurkan dengan serbuk koko & Coklat paste
6. - Tengah: Campurkan dengan 1 s/b santan pekat (saya tambah esen ros sikit)
7. - Atas : Campurkan dengan 1 s/b jus pandan dan pewarna hijau.
8. Tuang adunan coklat sebagai lapisan bawah kedalam loyang. Kukus selama 5-7
minit/hingga masak dengan api kuat. Setalah masak , cakar-cakarkan...baru lapiskan
dengan lapisan tengah. Lakukan hingga habis.
9. Last sekali, teruskan mengukus untuk selama 20 minit/ hingga masak.
10. **Kuih hendaklah betul2 sejuk..barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik
supaya kuih kelihatan rata dan cantik.

TALAM SUJI KASTARD

Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah

 1 1/2 cwn tepung beras


 1/2 cwn tepung jagung
 1/2 cwn tepung kastard
 1 cwn gula
 1 cwn jagung krim manis
 3 1/2 cwn santan
 sedikit perwarna kuning
 sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah

1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.


2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik
wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus
selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup
semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

 2 cwn santan pekat


 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
 1 cwn tepung gandum
 2 sudu besar tepung jagung
 1 sudu besar tpng ubi
 2 biji telur
 2 sudu besar gula pasir
 secubit garam
 Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas

1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung
tadi dan kukus selama 20 minit.
4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan
kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg
terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

ANE
KA
KUIH
TAL
AM

Anda mungkin juga menyukai