Anda di halaman 1dari 4

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang

5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )

1 biji bawang besar ( potong dadu )

3 ulas bawang merah ( dikisar )

2 ulas bawang putih ( dikisar )

segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam

3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)

3 sudu besar serbuk kari

2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )

Minyak masak untuk menumis

Cara Masak Inti Karipap Kentang


1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah
dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,
masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih
dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat
lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi
bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan
boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap

500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )


dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau
marjerin )
satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam

Blog Jintan Manis, menambah tepung ubi


rahsia kenapa karipap akan jadi lebih

Ada juga resepi yang saya baca di


dan tepung beras sebagai

rangup.Saya belum mencubanya, tetapi jika anda berminat, saya kongsikan sukatan

tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.


50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )

Cara buat kulit karipap

Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak


masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip
sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah
tidak panas.
Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan
garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan
seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk
dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan
tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan
juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.

Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng


Petua Elak kelim karipap terbuka semasa digoreng ialah sapu bahagian tempat kelim
dengan air masak.InsyaAllah, kelim karipap tidak akan terbuka semasa digoreng.Kelim
karipap yang kerap terbuka bila mana kita menggunakan acuan karipap.Kelim karipap
jarang terbuka sekiranya kita kelim sendiri dengan tangan.

Cara Menggoreng Karipap Supaya Rangup


Antara petua yang saya sudah cuba bagi memastikan karipap yang digoreng rangup ialah
pastikan kita gunakan minyak yang banyak semasa menggoreng.Selain itu, kena rajin balikbalikkan karipap dalam kuali dan gunakan api yang sederhana.Jika api terlalu besar dan
panas, kulit karipap hanya masak diluar tetapi akan menjadi liat di sebelah dalam.Kena
biarkan karipap digoreng lama sedikit dengan api sederhana supaya kulit sebelah dalam
juga masak dan hasilnya kita akan mendapat kulit karipap yang rangup.

Memasak Dalam 30Minit added 2 new photos.


Menu petang bersama resepi Doraemon
Mesti anak anda cakap : Eh kuih doraemon laa ibuu .
Bahan- bahan untuk 10 biji dorayaki:
100gm tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
60gm gula halus
2 sudu madu
2 biji telur

1/2 sudu besar minyak masak


1/2 sudu kecil esen vanila
inti: letakkan coklat nutella ketika dorayaki masih panas dan telangkup
Cara-cara:
1. Pukul Telur dengan gula sehingga kembang
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yang telah diayak kedalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup
balik.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat, masukkan 1/4 cawan adunan dan buatkan bulat.
5. Masak adunan sehingga perang atas dan bawah.
6. Letakkan coklat nutella ditengah-tengah sebiji pan cake. Tekan untuk ratakan coklat yang telah cair. Siap untuk
dimakan.
Kentang Putar
Bahan-bahan ( 5 orang )
Bahan A untuk kentang putar
5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis
Bahan B UNTUK SOS.
4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada
Cara-cara
- Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 1. Tos kan air dam lenyekkan, guna hand mixer
putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.
- Kentang dah siap...untuk sos pulak..
1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit 2.tos kan air rebusan td.
3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yg kecil,kemudian msk kan tepung gandum,kacau jgn bergentel
4.masuk kan air rebusan td,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap

Anda mungkin juga menyukai