Anda di halaman 1dari 7

Hari ni nak kongsi petikan kuliah Ustaz Najhan iatu apa

yang dimaksudkan hamba Allah ialah hamba yang taat


pada semua perintah dan larangan Allah. Hari ini
manusia jadi hamba pada yang lain. Atau kita hamba
pada manusia, pada duit pada pangkat dsb. Manusia
bebas dari menjadi hamba lain hanya dengan Islam
sahaja. Apa dia sebenarnya hakikat seorang hamba
Allah. Imam Ghazali menyebut ada 3 ciri orang yang
menjadi hamba pada Allah ialah:

1. Orang yang jaga hukum syariat Allah, jaga suruhan


Allah walaupun tak disukai oleh nafsu kita. Jauhi apa
yang dilarang Allah walaupun amat disukai oleh nafsu
kita. Jaga hak Allah, nescaya Allah akan jaga hak kamu.
Hanya Islam yang boleh menyelesaikan segala
permasalahan termasuk ekonomi politik dsb. Kalau nak
minta pertolongan, mintalah dari Allah. Bukan dengan
yang lain.

Pergantungan kita pada Allah sahaja. Kalau manusia


berhimpun semuanya untuk beri kebaikan pada kamu
nescaya mereka tak mampu kecuali Allah mengizinkan.
Begitu juga jika seluruh manusia berhimpun untuk beri
keburukan pada kamu nescaya mereka tak akan mampu
melainkan Allah mengizinkannya.

Letak hak Allah di atas segala hak hidup kita untuk dapat
hidup yang berkat. Check apa kata hukum Allah, baru
buat. Inilah sifat seorang hamba pada Allah. Islam
seimbangkan antara dunia dan akhirat. Masih boleh
berkeluarga, masih boleh cari kekayaan. Tak perlu
tinggalkan dunia.
Semua yang kita dapat di dunia akan dibawa ke akhirat
jika kita ikut peraturan Islam. Luasnya akhirat berbanding
dengan dunia. Target semuanya pada akhirat, nescaya
semua urusan dunia akan menjadi betul dan akan
menjurus pada akhirat. Kita akan jadi berhati hati di atas
dunia. Kita tak akan lakukan kejahatan kerana tahu ianya
tidak akan terlepas di akhirat.
2. Redha dengan qada dan qadar dan pembahagian
serta ketetapan Allah. Rahsia Allah yang maha
Mengetahui kenapa seorang dapat rezeki berbeza,
pangkat berbeza. Semuanya dalam pengetahuan Allah
yang bijaksana. Rupanya ada kebaikan di sebalik susah
iaitu untuk dapat pahala kebaikan sabar yang lebih dari
pahala kekayaan. Pandang orang yang kurang dari kita,
baru kita rasa besarnya nikmat Allah. Kena bersyukur
atas nikmat Allah dan redha dengan ujian Allah atas kita.
Bukan bermakna kita tidak harus berusaha tetapi bila
datang keputusan Allah, kita terima. Jangan putus asa.
Jangan give up dengan kezaliman pemerintah. Inilah sifat
seorang hamba Allah.

3. Cari keredhaan Allah walaupun terpaksa


meninggalkan keredhaan diri sendiri. Cari hanya
keredhaan Allah. Urusan manusia, Allah yang akan jaga.
Kita tak mampu menjaga manusia walaupun anak kita
sendiri. Kita tak boleh jaga hati anak kita apa tah lagi
manusia lain. Allah akan jaga hati anak kita supaya
menjadi orang beriman. Manusia kalau tak tunduk pada
Allah, akan tunduk pada benda lain seperti dunia atau
manusia lain. OK cukup setakat ini dulu pesanan dari
Iman Ghazali untuk kita segera amalkan di masa masa
yang masih berbaki ini.
Jika sebelum ini saya mencuba masak kicap cara Noor
Nabila kakak Neelofa di SINI, hari ini saya nak kongsikan
pula masak kicap versi rozisangdewi, kakak ipar Dato Siti
Nurhaliza. Yang membezakan ialah dia menggunakan
banyak serai yang diketuk. Kalau biasa saya suka
menggunakan kulit kayu manis untuk menambah aroma
masak kicap saya. Tengok Nota di bahagian bawah
sekali. Memasak ni perlukan kita adjust di sana sini
mengikut bahan apa yang ada di dapur kita. Cuma apa
yang perlu diperhatikan ialah ayam mesti dimasak lama
dengan api perlahan supaya rasa ayam sebati dengan
sos kicap kita.
Saya
Jom layan resepi dan cara penyediaan masak kicap yang
mudah dan sedap ini. Jangan takut mencuba sedikit
kelainan. Jangan lupa juga melihat video di instagram
Azie Kitchen..

Ayam Masak Kicap Mudah dan Sedap


Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - lumur garam kunyit & goreng
1 biji kentang
4 batang serai - ketuk
1 sudu besar cili kisar
Sedikit susu pekat manis
Kicap lemak manis
Kicap pekat
Sos tiram
Bahan Tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan Hiasan:
1 biji bawang besar Holland - belah 6
1 biji tomato - belah 6
2 tangkai cili merah & hijau - belah 4
Cili padi
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, cili kisar dan
serai hingga wangi.
Masukkan sos tiram dan kicap kicap serta sedikit air.
Masak dengan api perlahan sehingga hampir pekat.
Masukkan ayam yang digoreng 3/4 masak. Kacau rata
dan biarkan masak agak lama sehingga rasa ayam sebati
dengan kuah sos.
Akhir sekali, masukkan susu lemak manis, kentang
goreng, bawang besar, tomato dan cili hidup. Gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan. Tabur dengan daun bawang.
Nota:
Boleh juga gantikan cili kisar dengan lada hitam yang
ditumbuk.
Boleh juga letak asam keping/air asam jawa jika suka.
Boleh juga gantikan serai dengan kulit kayu manis, bunga
lawang dan buah pelaga.

Anda mungkin juga menyukai