Anda di halaman 1dari 2

Nama: Sharifah Nurin Syazwani binti Syed Othman

Class: AM 110 1D

Id Number:2020881696

Penilaian Bab 2

1. Keyakinan pada Allah membawa maksud mengenal Allah dan percaya serta mengetahui
semua perkara yang berkaitan Allah SWT.Termasuklah menghayati dan mempelajari sifat
wajib,mustahil dan harus bagi Allah SWT kerana sebagai seorang umat Islam dan hamba Allah
SWT ianya merupakan perkara utama.Kita mestilah mengenali tuhan kita iaitu Allah SWT agar
kita sentiasa patuh dan taat dalam segala perintah Allah dan meninggalkan
laranganNya.Selain itu apabila kita mengenali dan percaya pada Allah SWT dan kuasaNya,kita
akan mempunyai perasaan atau rasa cinta kepada Allah apabila adanya rasa cinta,maka
timbul lah rasa ikhlas untuk melakukan semua perintahNya tanpa ada sedikit pun perasaan
keterpaksaan.Kesimpulannya,kita mestilah mengenali dan percaya dengan Allah SWT agar
hidup kita sentiasa dikurniakan keberkatan di sisiNya.

2. i) Nasihat yang akan saya berikan ialah,Allah SWT sayang akan semua hambanya,ada sebab
mengapa Allah mencipta kita didunia iaitu antaranya Dia ingin memberi peluang kepada kita
untuk masuk ke dalam syurgaNya yang sangat indah dan tiada tandingan itu,perkara yang
kita perlu lakukan hanyalah dengan sentiasa taat akan segala perintahNya.Percayalah
dengan Allah SWT.Kita semua peka bahawa Allah SWT bersifat Ar-rahman dan Ar-rahim.Allah
SWT sudah menjanjikan barang siapa yang berusaha pasti ada ganjarannya.Walaupun
seseorang itu bukan beragama Islam tetapi Allah SWT masih mengurniakan rezeki kepadanya
kerana individu itu berusaha.Sekiranya kita sudah mencuba sehabis baik,kita telah
berusaha,doa dan tawakal namun tiada apa-apa yang berubah percayalah Allah mempunyai
rancangan yang lebih baik.Percaya dengan Qada’ dan Qadar Allah.Kita manusia hanyalah
insan yang lemah yang sentiasa ada batasan dalam setiap perkara yang kita lakukan.Kita
wajiblah percaya rezeki Allah itu sangat luas.Mungkin rezeki memperoleh kejayaan yang
cemerlang itu, bukan untuk kita,namun sekiranya kita mempunyai kawan yang baik,yang
sentiasa mengingatkan kita kepada Allah,Ibubapa yang sangat bertanggungjawab dan
sekeliling kita semua adalah orang yang baik-baik,soleh dan solehah itu semua adalah rezeki
dimana tidak semua orang dikurniakan situasi seperti itu.Oleh itu kita perlulah sentiasa
bersyukur dan janganlah kita berasa kerana satu perkara yang kita tiada hidup ini tiada
makna sedangkan terdapat banyak lagi orang yang lebih susah dari kita.Akhir sekali,janganlah
sesekali kita ingin mengsia-siakan kehidupan kita ini dengan melakukan perkara yang tidak
berfaedah serta mendatangkan kemudaratan kepada diri kita.Sayangilah diri kita kerana
Allah SWT, dan jalani la kehidupan kita dengan berjihad Fisabilillah.
2 ii) :

1. Beriman dengan ilmu Allah S.W.T. yang qadim dan beriman bahawa Allah mengetahui semua
amalan hamba-hamba-Nya sebelum mereka melakukannya.Seterusnya Beriman dengan penulisan
yang diketahui Allah yakni di luh mahfuz.

2. Beriman dengan perbuatan Allah mengadakan semua makhluk dan Allah adalah khaliq (Pencipta)
sementara selain daripada-Nya ialah makhluk.Selain itu Beriman dengan kehendak Allah yang
terlaksana dan kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.

3. Langkah-Langkah yang boleh di ambil bagi menghadapi golongan berfikiran sekularisme atau
pluralisme ialah pertama meningkatkan kualiti iman.Imam merupakan teras bagi setiap akhlak dan
perbuatan manusia yang akan menghasilkan kesempurnaan seseorang yang benar-benar
bersyahadah dengan keimanannya. Dengan iman, seseorang itu akan dapat mengenal dan
membezakan antara yang benar dengan yang salah dan tidak mudah terpengaruh serta terikut
dakyah penyelewengan yang disampaikan kepada mereka.Seterusnya memahami dan mendalami
ajaran Islam dengan lebih teliti. Apabila kita mendalami ajaran Islam,kita dapat memastikan sesuatu
ajaran, pemikiran, istiadat dan tindakan itu salah atau benar, sesat atau batin, sesuai atau
bercanggah dengan Islam ialah sejauh mana ianya bersesuaian dan serasi dengan Islam,serta sejauh
mana ianya bertepatan dengan kehendak syariah ,al-Quran dan al-Sunnah.Selain itu, bekerjasama
dalam penguatkuasaan undang-undang secara bersepadu dengan semua pihak terutamanya pihak
yang berkuasa seperti JAKIM atau Jabatan Agama Islam sama ada negeri,daerah atau kawasan
kediaman agar dapat membendung kegiatan ajaran sesat daripada terus menular dalam kalangan
masyarakat .Akhir sekali sentiasa berpegang teguh dengan Al-Quran terutamanya pada akhir zaman
ini kerana kita tidak tahu siapa benar atau siapa salah.Oleh itu,perlulah sentiasa tanamkan Al-Quran
di dalam hati dan jangan sesekali meinggalkannya agar dapat melindungi aqidah dari terpesong.

Anda mungkin juga menyukai