Anda di halaman 1dari 5

Kuah Kacang Kelantan

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
500 gram kacang tanah
1 biji kelapa parut - 900 ml santan
2 keping gula Melaka - saiz sederhana
7-8 sudu besar gula
1-1 ½ sudu besar garam kasar
1-1 ½ cawan minyak - boleh tambah

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar cili kering kisar - boleh kurangkan jika tak
suka pedas
4 batang serai
1 inci halia

Cara cara:
Kacang tanah digoreng dengan sedikit minyak sehingga
garing dan wangi. Kisar dengan air sehingga sederhana
hancur. Rebus kacang tanah kisar sehingga kembang
dan air kering.

Sebahagian kacang ditumbuk kasar supaya ada tekstur


kacang tanah dalam kuah kacang.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api
perlahan sehingga benar benar garing dan terbit minyak.
Nota: lebihkan air supaya bahan tumisan tidak meletup
letup ketika dikeringkan.
Setelah bahan tumisan garing dan terbit minyak,
masukkan kacang tanah yang direbus, kacang tanah
tumbuk, gula Melaka, gula dan garam. Kacau rata rata
sebelum dimasukkan santan.
Masak atas api perlahan sehingga kuah pekat dan cantik
berminyak. Sesuaikan rasa, baru ditutup api. Kuah akan
menjadi lebih pekat selepas ditutup api, jadi agak agaklah
kepekatannya supaya tidak terlalu pekat ketika sejuk.

Nota:
Kena ada rasa manis dan pekat, baru sedap. Bila kuah
pekat, ia akan melekat lekat dekat nasi impit dan sate.

Bila hendak dipanaskan, tak perlu tambah air. Hanya


panaskan dengan api kecil sahaja.

Anda mungkin juga menyukai