Anda di halaman 1dari 7

“TALKING POINTS” UNTUK YB DATO’ SRI MUSTAPA MOHAMED

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI

SEMINAR “PELUANG PELABURAN & PEMBANGUNAN UNTUK PKS”


20 NOVEMBER 2017
HOTEL GRAND RIVERVIEW, KOTA BAHRU, KELANTAN

Penghargaan

Encik Ahmad Khairuddin A. Rahim


Pengarah Eksekutif, Pembangunan Perkilangan (Sumber), MIDA

Para moderator dan ahli panel

Rakan-rakan media

Tuan-tuan dan Puan-puan

1. Pendahuluan 1. Seminar “Peluang Pelaburan &


Pembangunan Untuk PKS” yang
 Seminar adalah dianjurkan oleh MIDA ini adalah
sebahagian merupakan sebahagian daripada
program Hari MITI program Hari MITI Zon Pantai Timur yang
Zon Timur berlangsung semalam.

2. Program dihadiri oleh lebih 300 peserta,


yang rata-ratanya merupakan syarikat
PKS di negeri Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Malah ada juga yang datang
dari Kuala Lumpur.

3. Kehadiran peserta mencerminkan sikap


pro-aktif penggiat industri tempatan
terutamanya PKS dalam menyahut
seruan Kerajaan untuk meningkatkan
prestasi supaya terus kekal berdaya
saing.

1
 Seminar 4. Bagi seminar kali ini, MIDA
menyentuh aspek mengetengahkan dua bidang tumpuan
peluang perniagaan iaitu sektor pembinaan & infrastruktur
dan fasiliti yang serta sektor pemprosesan & bekalan
disediakan bagi makanan.
membolehkan
pelabur meraih 5. Seminar turut menyentuh perkara
manfaat berkaitan insentif/ kemudahan kewangan,
maksimum. kaedah dan teknologi terkini serta
kemudahan/ fasiliti yang disediakan oleh
agensi-agensi di peringkat pusat dan
negeri bagi membolehkan peserta meraih
manfaat maksimum dari peluang ini.

6. Diharap semua peserta dapat


menggunakan sepenuhnya peluang pada
hari ini untuk menambahbaik perniagaan
selaras dengan matlamat Kerajaan untuk
mengangkat status PKS sebagai pemacu
pertumbuhan ekonomi negara.

2. Pelaburan di 7. MITI dan agensi sentiasa berusaha untuk


Kelantan mempromosikan Malaysia sebagai
sebuah destinasi pelaburan yang unggul
 Agenda utama di rantau ini. Kita mahu manfaat
penggalakan pelaburan dinikmati oleh seluruh lapisan
pelaburan - masyarakat, di kawasan bandar dan juga
manfaat pelaburan luar bandar.
dapat dinikmati
oleh seluruh 8. Sebagai anak jati Kelantan, sudah
masyarakat. semestinya agenda membawa masuk
lebih banyak pelaburan ke negeri ini,
menjadi keutamaan saya.

 Prestasi pelaburan 9. Setakat Jun 2017, MIDA telah


diluluskan di meluluskan sebanyak 292 projek
Kelantan diterajui perkilangan dengan pelaburan berjumlah
sumber tempatan. RM6.5 billion. Lebih 38,000 peluang
pekerjaan telah dijana untuk rakyat
Kelantan melalui projek-projek ini. 78%

2
daripada pelaburan ini adalah dari
sumber tempatan, manakala bakinya dari
sumber asing.

10. Sememangnya pemain tempatan,


 Pemain industri terutamanya dari Kelantan mempunyai
tempatan potensi besar untuk memacu
berpotensi untuk pertumbuhan ekonomi negeri ini.
menerajui
pertumbuhan
ekonomi negeri.

3. Bajet 2018 11. Kerajaan terus memberi perhatian


kepada PKS dalam Bajet 2018 yang telah
 PKS diberi dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri
perhatian besar pada 27 Oktober yang lalu. Ini adalah
dalam Bajet 2018, bagi merancakkan lagi momentum tahun
dengan peruntukan 2017 yang telah diisytiharkan sebagai
yang holistik. “SME Promotion Year”.

12. Peruntukan yang diberikan iaitu


sebanyak RM23.7 bilion sangat bersifat
holistik kerana merangkumi pelbagai
aspek pembangunan dan pemerkasaan
PKS - aspek akses kepada pasaran,
pembiayaan untuk latihan, modal insan,
teknologi dan automasi, serta modal
 Peruntukan di kerja.
bawah agensi- 13. Beberapa peruntukan di bawah agensi-
agensi MITI yang agensi MITI yang bakal memberi manfaat
boleh dimanfaatkan besar kepada PKS seperti berikut:
oleh PKS. o RM150 juta di bawah MATRADE,
MIDA dan SME Corp untuk promosi
dan pengembangan pasaran eksport
bagi PKS;
o RM200 juta di bawah SME Corp bagi
program latihan, geran dan pinjaman
mudah PKS;
o RM40 juta di bawah SME Corp bagi

3
program Tunas Usahawan Belia
Bumiputera (TUBE) bagi
menggalakkan penyertaan golongan
belia dalam perniagaan; dan
o RM40 juta di bawah SME Bank bagi
Skim Anjakan Usahawan bagi
membolehkan PKS mengembangkan
perniagaan
 Kerajaan serius
dalam memastikan 14. Kerajaan juga serius dalam memastikan
kesiapsiagaan PKS syarikat-syarikat PKS tidak ketinggalan
dalam mengikuti dalam mengikuti arus Industri 4.0.
arus Industri 4.0
15. Untuk memastikan kesiapsiagaan
dengan pengenalan
mereka, Kerajaan turut memperuntukkan
pakej insentif baru
pakej insentif baru untuk Industri 4.0 di
untuk Industri 4.0.
bawah MIDA bagi menggalakkan PKS
beralih kepada automasi seperti berikut:
o RM245 juta Geran Pemadanan Dana
Strategik Pelaburan Domestik (DISF);
o Lanjutan tempoh insentif Elaun Modal
Dipercepatkan sebanyak 200% ke
atas kelengkapan automasi dari tahun
taksiran 2018 kepada 2020;
o Galakan Elaun Modal Dipercepatkan
sebanyak 200% untuk sektor
perkilangan dan perkhidmatan
berkaitan perkilangan; dan
o Elaun Modal bagi peralatan ICT
termasuk perbelanjaan pembangunan
perisian komputer, layak dituntut
sepenuhnya mulai tahun taksiran
2018 hingga 2020.
 PKS perlu beralih
kepada kaedah 16. Dengan adanya fasiliti seperti ini, PKS
automasi yang perlu secara proaktif mengambil inisiatif
akan meningkatkan untuk beralih kepada kaedah automasi
daya saing untuk dan perkilangan pintar. Ianya bukan
merebut lebih sahaja dapat mengurangkan
banyak peluang di kebergantungan kepada buruh asing,
dalam dan luar

4
negara. malah yang lebih utama lagi, PKS boleh
menikmati produktiviti serta
meningkatkan daya saing dalam merebut
peluang perniagaan di dalam dan luar
negara yang terbuka luas melalui
rangkaian perjanjian perdagangan bebas
dua hala dan pelbagai hala yang
ditandatangani oleh Malaysia.

17. Kita mahu melihat lebih banyak lagi


syarikat-syarikat Malaysia di integrasikan
ke dalam rantaian bekalan global dan
mencapai pengiktirafan antarabangsa.

 Peruntukan lain – 18. Selain insentif-insentif khusus kepada


pembangunan PKS, Kerajaan Persekutuan turut
projek Tok Bali, memperuntukkan RM1 bilion kepada
Kelantan. Lima Koridor Utama, yang juga
merangkumi pembinaan pelabuhan dan
kawasan perindustrian di Tok Bali,
Kelantan.

19. MITI sangat mengalu-alukan


pengumuman tersebut kerana ianya
melengkapi usaha-usaha yang
dilaksanakan oleh pasukan petugas khas
pembangunan projek Tok Bali yang
diketuai oleh MIDA, di bawah kepimpinan
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’
Azman Mahmud.

20. Saya percaya ini akan merancakkan lagi


pertumbuhan sosioekonomi negeri
Kelantan dan memberi manfaat kepada
para penduduk setempat melalui peluang
pekerjaan dan keusahawanan, sekaligus
meningkatkan lagi kualiti kehidupan
rakyat di sini.

5
4. Merapatkan 18. Kerajaan akan terus memperhebatkan
hubungan dengan lagi program-program berbentuk outreach
pemain industri dan untuk memastikan maklumat terkini
rakyat melalui berhubung polisi, peluang perniagaan
pelbagai program dan fasiliti dapat disampaikan kepada
outreach seperti para pelabur.
Hari MITI Zon Pantai
Timur 19. Selain membolehkan kita berhubung
secara terus dengan pemain-pemain
 Kerja-kerja yang industri, program outreach seperti Hari
dilaksanakan oleh MITI Zon Pantai Timur juga turut
MITI dan agensi merapatkan lagi hubungan MITI dan
adalah untuk agensi dengan rakyat kerana kerja-kerja
kesejahteraan yang dilaksanakan adalah untuk
rakyat dan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran
kemakmuran negara
negara.
20. Lebih 5,000 orang telah hadir ke Hari
 Program turut MITI semalam untuk memanfaatkan
disokong oleh pelbagai aktiviti dan pameran yang
sektor swasta – diadakan. Yang menariknya, penganjuran
hubungan baik/ program ini turut disokong oleh pihak
perkongsian swasta.
strategik antara
sektor awam dan 21. Sebagai contoh, MIDA sendiri telah
swasta. berjaya membawa lebih 20 syarikat-
syarikat multinasional dan syarikat besar
 Contoh terbaik - tempatan ke Kota Bahru untuk
Karnival Kerjaya menawarkan peluang pekerjaaan dari
dan Temuduga pelbagai jawatan kepada para graduan
anjuran MIDA. dan pencari kerja di sini. Ini adalah salah
satu contoh terbaik sumbangan MIDA
kepada rakyat iaitu menjana peluang
pekerjaan melalui pelaburan yang dibawa
masuk ke negara ini.

22. Kejayaan program-program Hari MITI ini


juga adalah antara bukti hubungan dan
perkongsian strategik yang baik antara
sektor awam dan swasta.

6
23. MITI, MIDA serta agensi-agensi yang lain
akan terus menyokong serta berusaha
untuk menyediakan persekitaran yang
kondusif untuk membolehkan perniagaan
anda berkembang.

 Penutup – 24. Akhir kata, dengan lafaz


merasmikan Bismillahhirrahmannirrahim, sukacita
seminar. saya merasmikan Seminar Peluang
Pelaburan & Pembangunan Untuk PKS.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai