Anda di halaman 1dari 17

Masih Ada Yang Sayang..

UNIT PENDIDIKAN JARAK JAUH (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

KERTAS KERJA

MASIH ADA YANG SAYANG


BERTEMA
“4 PENJURU TEMBOK HARAPAN”
PENSYARAH

EN AHMAD KAMAL BIN MOHD ARISH

PROGRAM SEHARI BERSAMA PENGHUNI PENJARA KLUANG


“4 PENJURU TEMBOK HARAPAN”
ANJURAN BERSAMA KUMPULAN PELAJAR UUM PLK
CAWANGAN JOHOR BAHRU, JOHOR.

1.0. PENGENALAN

Program yang ingin dilaksanakan ini adalah merupakan satu program khidmat sosial
atau pembangunan masyarakat para Pelajar Luar Kampus (PLK) Universiti Utara Malaysia,
Kampus Johor Bahru, Johor Darul Takzim. Program ini dinamakan masih ada yang sayang
bertemakan “4 Penjuru Tembok Harapan” bertujuan untuk sama-sama berkongsi pengalaman
dan pengajaran yang telah dilalui antara warga penjara berkenaan dengan para pelajar peserta
program. Adalah diharapkan dengan kehadiran kami dapat saling berkongsi pengalaman yang
dilalui dengan mereka akan memberikan kesedaran kepada mereka bahawa masyarakat
seperti kami masih menerima mereka di dalam kehidupan khususnya bagi golongan banduan
yang perlu dibantu untuk memperbaiki kehidupan mereka apabila selesai tempoh tahanan
kelak. Selain itu juga diharap dapat membantu golongan banduan seumur hidup menjalani
kehidupan mereka sepanjang usia dalam tahanan dengan lebih tenang dan bermanfaat.

Program ini merupakan salah satu aktiviti bagi melengkapkan pembelajaran pelajar-
pelajar yang terlibat dengan memberi pendedahan serta peluang kepada pelajar-pelajar bagi
mengurus, merangka, melaksana dan mendokumentasi sesuatu projek dengan sempurna dan
jayanya.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan para pelajar cara untuk
menjayakan sesuatu projek kemasyarakatan sebagai persediaan menjadi pemimpin
masyarakat pada masa hadapan sesuai dengan peningkatan status pendidikan mereka.

Sehubungan itu, program ini sedikit sebanyak menambahkan


pengetahuan, meningkatkan kesedaran, memberi pendedahan tentang tanggungjawab sosial
setiap masyarakat (pelajar) serta dapat memupuk semangat kerjasama yang erat di antara satu
sama lain di samping dapat menimbulkan rasa ingin berbakti dan juga bertanggungjawab
kepada masyarakat di dalam diri pelajar itu sendiri.

2.0. OBJEKTIF
2.1. Program ini dirangka untuk membina, membentuk akhlak dan jati diri yang positif serta
menanam sifat kasih sayang dan sifat tolong-menolong didalam diri setiap insan yang berguna
pada masa akan datang.
2.2. Memberi semangat kepada banduan dalam menjalani kehidupan dengan lebih bermakna serta
membuktikan kepada mereka bahawa masyarakat masih lagi boleh menerima mereka .
2.3. Menginsafi diri dan menjadi pedoman serta iktibar hidup agar tidak tersilap langkah di dalam
meniti ranjau kehidupan.
2.4. Menjadikannya sebagai satu amalan hidup sebagai kesedaran tentang tanggungjawab kepada
masyarakat.
2.5. Meningkatkan kerjasama dan sikap tolong menolong di antara satu sama lain dalam proses
pelaksanaan program kemasyarakatan dalam kalangan pelajar seterusnya memperkukuhkan
jalinan ikatan silaturrahim.
2.6. Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar tentang proses pelaksanaan
sesuatu projek bermula dari percambahan idea, penghasilan kertas kerja sehinggalah selesai
sesuatu program bagi menjamin kualiti program yang dilaksanakan tersebut.
2.7. Sebagai satu titik permulaan perhubungaan diantara Jabatan Penjara Malaysia dan Pusat
Pengajian Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia bagi kesinambungan kerjasama sosial pada
masa hadapan.

3.0. TUJUAN
Bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar tentang
pembangunan masyarakat dengan melahirkan rasa tanggungjawab yang tinggi kepada
masyarakat dengan sumbangan amal bakti dalam konteks pertolongan sosial (social
help) kepada masyarakat dan negara. Tambahan lagi aktiviti kebajikan masyarakat ini menjadi
tanggungjawab masyarakat setempat supaya tiada rakyat Malaysia yang disisihkan tanpa
pembelaan dan bimbingan daripada pihak berwajib. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk
melahirkan graduan yang bertanggungjawab, berkemahiran, kepakaran dan bijak
menggunakan peluang yang diberi bagi memenuhi keperluan semasa masyarakat dan negara.

Penghasilan kertas cadangan ini dapat memberi gambaran tentang bentuk khidmat
bimbingan pengetahuan yang akhirnya dapat memberi kesedaran yang tinggi kepada kumpulan
sasaran. Pada akhir projek ini adalah dapat diharapkan:
3.1. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang disebalik kehidupan golongan banduan ini
bahawa mereka layak untuk merasai erti kehidupan sama seperti masyarakat yang
di luar dan walaupun mereka telah melakukan kesilapan namun begitu kita patut memberi
peluang kedua kepada mereka dan menerima mereka tanpa ada rasa prajudis.
3.2. Program ini dapat dihayati dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian dan menjadi
tuntutan setiap agama untuk melakukan perkara amal kebajikan yang dianggap jariah dan
mendapat pahala daripada tuhan sekiranya perbuatan tersebut adalah berlandaskan kepada
kejujuran dan keikhlasan.
3.3. Mewujudkan gaya hidup sihat dan positif yang menjadi panduan kepada rutin
kehidupan masyarakat seterusnya melahirkan masyarakat yang dapat manjadi pemimpin yang
berjasa kepada Negara kelak.
3.4. Memupuk silaturahim dan meningkatkan semangat tolong menolong dan kecintaan kepada
institusi masyarakat yang bencikan sesuatu perkara buruk yang mampu melumpuhkan
masyarakat.
3.5. Meningkatkan keprihatinan kepada keperluan pembangunan masyarakat terutama dalam
konteks pembangunan modal insan yang memerlukan bantuan dari segi tunjuk ajar, panduan
kepada pola kehidupan harian yang sempurna kearah mencapai matlamat negara yang
harmoni dan sejahtera sesuai dengan prinsip Rukun Negara.
3.6. Bertindak sebagai agen kolaborasi sosial antara universiti dan insitusi sosial ke arah mencapai
matlamat kesejahteraan negara melalui pelaksanaan projek ini.

4.0 MATLAMAT
4.1. Matlamat Umum
4.1.1. Melahirkan masyarakat yang bermaklumat tentang golongan yang terpinggir ini tidak tertumpu
kepada sesuatu kelompok sahaja tetapi mempunyai tanggungjawab sosial dan kebajikan
dengan cara cuba mendekati dan memahami golongan tersebut ( golongan banduan ).
4.1.2. Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran serta kefahaman tentang kepentingan
pertolongan sosial (social help) terhadap golongan yang memerlukan.
4.2.3. Sebagai agen kepada kerajaan dalam menjalankan aktiviti/program kemasyarakat dan
seterusnya melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap persekitaran tentang apa yang
berlaku dan situasi semasa masyarakat tersebut.

4.2. Matlamat Teknikal


4.2.1. Memberi pendedahan dan kefahaman tentang proses menolong golongan sasaran supaya
mereka tidak dipinggirkan dan disisihkan untuk menjalani kehidupan harian dengan sempurna.
Tidak terus menghukum mereka dan memberi peluang kedua kepada mereka apabila telah
dibebaskan.
4.2.2. Meningkatkan pengetahuan dan melihat cara untuk menyalurkan bantuan kepada golongan
sasaran dan memulihkan mereka dari masalah sosial yang sedang dihadapi oleh meraka.
Tanpa sokongan dan juga keperihatinan masyarakat akan mengakibatkan mereka rasa
terpinggir dan terbuang atas kesilapan mereka terdahulu serta mengelakkan pengulangan
kesilapan mereka.
4.2.3. Mengetahui secara jelas tentang pelaksanaan program ini yang banyak mendedahkan tentang
kepentingan semangat tolong menolong, bekerjasama dan bimbingan yang diberikan kepada
golongan yang memerlukan khidmat masyarakat.

4.3. Matlamat Ekonomi


4.3.1. Mengadakan satu program bersepadu dengan agensi kerajaan yang memberi perkhidmatan
sosial kepada masyarakat tanpa memerlukan kos kewangan yang tinggi namun pengurusan
yang baik ditekankan antara satu jabatan dengan jabatan untuk menyalurkan perkhidmatan
tersebut kepada golongan sasaran.
4.3.2. Memberi penerangan dan pendedahan yang jelas tentang akibat dan keburukan keterlibatan
seseorang individu dengan gejala sosial yang mampu meruntuhkan moral serta struktur
keharmonian sosial masyarakat Malaysia.
4.3.3. Membantu pihak berkaitan memberi saluran kepada masyarakat dalam menaikkan semangat
golongan banduan dalam menentukan matlamat hidup yang positif.

4.4. Matlamat Pelaksanaan


4.4.1. Kumpulan sasaran pertama – Golongan Banduan di Penjara Kluang, Johor Darul Takzim.
4.4.2. Yang terdiri daripada 40 banduan lelaki ( termasuk penghuni yang belajar di sekolah intergriti
Penjara Kluang) dan 40 banduan wanita.
4.4.2.1. Bersama membantu menjalankan program yang memberi banyak kesan positif dalam
kehidupan seharian.
4.4.2.2. Untuk meningkatkan prestasi dan sahsiah diri yang positif dan sentiasa mengamalkan gaya
hidup sihat.
4.4.2.3. Untuk meningkatkan keyakinan diri golongan banduan ini supaya tidak terasa terpinggir dan
masyarakat di luar sana masih mengambil berat dan sudi berkongsi kasih sayang, bersama
mereka serta masih sudi menerima mereka semula.
4.4.2.4. Mengeratkan silaturahim dan kasih sayang sesama manusia tanpa mengira jurang atau taraf.
4.4.2.5. Memberi pengetahuan dan pengalaman baru dalam penglibatan bersama masyarakat dalam
aktiviti/program khidmat masyarakat.

4.4.3. Kumpulan Sasaran Kedua – Masyarakat setempat


4.4.3.1. Meningkatkan kerjasama antara satu sama lain dalam bersama-sama membentuk sahsiah diri
golongan banduan ini supaya menjadi insan yang berguna kepada negara kelak.
4.4.3.2. Melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab dalam kebajikan kepada semua
golongan tanpa terus menghukum mereka.
4.4.3.3. Meningkatkan penglibatan aktif masyarakat dalam aktiviti kemasyarakat serta mengerat
hubungan silaturahim anatara satu sama lain dalam rantaian kemasyarakat.
4.4.4. Kumpulan sasaran ketiga – pelajar UUM, jabatan kerajaan dan swasta
4.4.4.1. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang proses menolong dalam kumpulan sokong bantu
kepada masyarakat
4.4.4.2. Meningkatkan kerjasama bersepadu dan berpasukan dalam menyalurkan perkhidmatan yang
mampu diberikan kepada golongan sasaran
4.4.4.3. Menerapkan nilai-nilai murni dan baik serta positif dalam sanubari setiap insan tentang
kepentingan menolong kepada semua golongan yang memerlukan dan kerja kumpulan adalah
lebih baik kerana tenaga yang dicurahkan begitu besar.

5.0. SKOP
Tumpuan kepada skop adalah seperti berikut:
5.1. Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang kebajikan mereka dan tanggungjawab
kita walaupun mereka telah melakukan kesilapan kita patut cuba untuk memberikan mereka
peluang kedua untuk kembali dalam masyarakat.untuk pelaksanaan program ini.
5.2. Melahirkan kesedaran dan sikap ingin menolong dalam diri pelajar.
5.3. Meningkatkan kesedaran dan sikap bertanggungjawab kepada golongan sasaran iaitu
masyarakat agar saling membantu mereka yang memerlukan tidak tertumpu pada bantuan
wang ringgit akan tetapi sokongan moral dan sokongan bantuan yang dihulurkan oleh pelajar
dan lain-lain agensi.
6.0. PUNCA MAKLUMAT
6.1. Lawatan ke lokasi di mana Penjara Kluang ini dibina.
6.2. Penerangan daripada kakitangan Penjara Kluang.
6.3. Tontonan dan bacaan mengenai sumbangan dan derma kepada golongan ini melalui media
massa dan media elektronik meningkatkan kesedaran dan tangunggjawab kepada golongan
sasaran.

7.0. KEADAAN SEMASA


7.1. Maklumat dan informasi yang diperolehi melalui media massa dan media elektronik tentang
golongan ini meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab kami kepada golongan sasaran
iaitu golongan banduan. Tambahan lagi kita sebagai ahli masyarakat yang mempunyai
tanggungjawab sosial ini patut menghulurkan bantuan kepada mereka agar mereka tidak terasa
seperti dipinggirkan dan terbuang terus oleh ahli masyarakat.
7.2. Menurut Kakitangan Penjara Kluang kebanyakan golongan banduan ini telah dibuang oleh ahli
keluarga mereka sendiri selain itu juga ada segelintir ahli masyarakat yang terus menghukum
mereka dan membenci mereka.
7.3. Mereka perlu dibantu dan ditingkatkan dari jasmani dan rohani supaya dapat menjadi insan
yang berguna kelak.

8.0. KEPENTINGAN MELAKUKAN PERUBAHAN OLEH MASYARAKAT

Program kebajikan masyarakat yang dijalankan ini menerapkan nilai kemanusiaan dan
perasaan ingin membantu di kalangan pelajar universiti terutamanya pelajar Program Jarak
Jauh Universiti Utara Malaysia ini sendiri di samping melahirkan pelajar yang cemerlang dalam
bidang akademik dan ko-kurikulum agar menjadi contoh dan inspirasi kepada warga Universiti
Utara Malaysia yang lain. Program ini tidak tertumpu pada pelajar universiti sahaja malah
golongan banduan sendiri mendapat manfaat kerana mereka adalah golongan sasaran.

Program Sehari Bersama Penghuni Penjara Kluang ini bermatlamat untuk memberi
peluang para pelajar Program Jarak Jauh Universiti Utara Malaysia untuk menaburkan bakti
dengan mendekatkan diri mereka bersama-sama mereka dengan melalui pengalaman, suka
dan duka bersama-sama mereka.
Selain itu juga dengan adanya ceramah kesedaran Diri Sebagai Insan Berguna yang
akan disampaikan oleh Penyelaras Program Pembangunan Masyarakat (Semester IV) amat
berguna kerana dapat membuka minda dan dapat menyuntik motivasi kepada diri sendiri. Di
samping itu, program latihan dalam kumpulan ( LDK ) diantara pelajar dan penghuni
penjara juga disediakan untuk meningkatkan penglibatan golongan ini kepada masyarakat
supaya mereka dapat merasakan masyarakat masih menyayangi mereka dan mengambil berat
terhadap kebajikan mereka.

9.0. PENGISIAN PROGRAM


Pengisian program yang dicadang seperti berikut:
9.1. Ceramah Motivasi
Menjemput penceramah yang merupakan tenaga pengajar di Pusat Pengajian ini untuk
menyuntik semangat ke dalam diri golongan banduan dan juga pelajar .
9.2. Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
Mengadakan latihan dalam kumpulan ( LDK ) yang membuka minda penghuni penjara ini
supaya mereka dapat meluahkan segala permasalahan yang dihadapi oleh mereka dan
diselesaikan bersama-sama. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara
penghuni dengan pelajar.

9.3. Sumbangan dan Derma

Sumbangan dan derma ikhlas daripada para pelajar dan masyarakat luar ini sebagai saguhati
kenang-kenangan kepada mereka. Selain itu, sumbangan ini juga bertujuan untuk mengeratkan
lagi hubungan pelajar dengan penghuni dan juga dapat membuka mata golongan ini bahawa
masih ada lagi insan dan juga masyarakat yang boleh menerima mereka kembali. Sumbangan
ini juga untuk membantu daripada segi penyediaan kehidupan seharian mereka dan juga
keperluan mereka yang akan dikawal oleh pihak penjara sendiri bagi memenuhi keperluan
penghuni yang difikirkan sesuai agar tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

10.0. PERALATAN DAN KEMUDAHAN


Peralatan dan keperluan yang diperlukan adalah seperti:
10.1. Peralatan untuk ceramah seperti LCD, Komputer dan lain-lain alatan ICT yang diperlukan bagi
sesi ceramah (mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak penjara atas
tujuan keselamatan).

10.2. Memerlukan Papan Putih ’White Board‘, maker pen, pemadam tulisan dan lain-lain
keperluan yang difikirkan selamat dan dibenarkan oleh pihak yang berkaitan.

10.3. Peralatan-peralatan yang diperlukan oleh pelajar-pelajar sewaktu aktiviti dijalankan


seperti pek pertolongan cemas.

11.0. PERANCANGAN PROGRAM

Tarikh : 25 Febuari 2012

Tempat : Kompleks Penjara Kluang

Penjara Kluang,

Batu 8, Jalan Kluang-Mersing,

86000 Kluang, Johor.

Talifon : 07-7875200 samb 5224

Fax : 07-7875128

Laman web rasmi http://www.prison.gov.my

Tema : “4 Penjuru Tembok Harapan”

Golongan Sasaran : Penghuni Penjara

(Wanita / Pelajar / Lelaki)

Bilangan Peserta : 40 orang

Perasmian : Pengarah Penjara Kluang

Penceramah : Penyelaras Aktiviti Kokurikulum IV

12.0. STRUKTUR ORGANISASI PROJEK PEMBANGUNAN MASYARAKAT

PENASIHAT: EN.AHMAD KAMAL BIN MOHD ARISH

Jawatankuasa
Pengerusi : En.Earwan Bin Abu Bakar
Naib Pengerusi 1 : En .Azrol Bin Abdul Laitiff
Naib Pengerusi 2 : Cik Hetty Affida Bt Mohamad Isa
Setiausaha 1 : Cik Nurul Huda Bt Basri
Setiausaha 2 : Pn.Kamaliah Bt Mohd Zain
Bendahari : Cik Nesamalarmary A/P Moses

Ahlijawatankuasa:

1. En Norhisham B.Ab Rahman


2. En.Amirul Bin Abdul Nasir
3. En Amir Izham Bin Rusnan
4. En. Mohd Izamree Bin Abdullah
5. En. Muhammad Nasri B.Muhamad
6. En.Humphrey Sylvester
7. En.Saravanan A/L B.Jayaraman
8. En,Muhamad Idrus B Abd Karim
9. En.Norman B. Masnan
10. Pn.Norhayati Bt Ismail
11. Pn.Titiesuanti Bt Mohamed Tuai
12. Pn.Intan Surya Bt Sahalan
13. Pn.Liza Bt Yousoff
14. Pn.Nor Azia Bt Mohd Yusof
15. Cik Siti Nuradila Bt Azli
16. Cik Norfizwani Bt Saffie
17. Cik Norfaryanti Binti Jamaludin.
18. Pn Norhidayu Bt Ahmad
19. Pn.Adhaliana Bt Haron
20. Cik Nurdiana Bt Kassim
21. Cik Maisarah Bt Ngadiman
22. Cik Adibah Bt Wage
23. Cik Norfatin Binti Ghaffar
24. Cik Norhani Binti Abd Wahab
25. Cik Nurayu Khadijah Binti Yunus

13.0. ANGGARAN PERBELANJAAN

Peralatan latihan dalam kumpulan ( LDK ) RM 40.00 x 8 = RM 320.00


Cenderhati Jabatan Penjara Malaysia = RM 100.00
Cenderahati bagi LDK Penghuni Penjara RM 60.00 x 8 = RM 480.00
Cenderhati kepada Fasilitator RM 40.00 x 8 = RM 320.00
Jamuan RM 10.00 x 60 = RM 600.00
Sumbangan kepada pelajar sekolah Intergriti = RM 100.00
Sumbangan kepada penghuni penjara wanita = RM150.00
Sumbangan kepada penghuni penjara lelaki = RM150.00

Jumlah = RM 2220.00
___________( Anggaran
perbelanjaan tertakluk kepada perubahan)

14.0. TENTATIF ATURCARA PROGRAM


MASA PERKARA CATATAN
 Kedatangan.
 Taklimat Ringkas
08.00pg – 9.00 pg Perjalanan Program
 Ucapan Aluan oleh
Wakil Pelajar UUM Johor
Bahru.
 Bacaan doa.
 Ceramah Motivasi

“Masih Ada yang Sayang”-


Melibatkan semua pelajar
9.00pg – 9.30 pg Penyelaras Program
dan penghuni penjara
Semester IV.

 Sesi Latihan Dalam


Kumpulan ( LDK )-Penghuni
dan pelajar PLK.
 Program Dari Hati ke Melibatkan semua pelajar
10.30 pg – 11.30 pg
hati “pelajar belajar dan Penghuni Penjara.
mendengar rintihan
penghuni penjara” @
berkongsi pengalaman
 Upacara penutup
Program
Tertakluk kepada
11.30 tgh – 12.00 ptg  Penyampaian
pindaan
cenderahati kepada Pihak
Penjara.
Disediakan oleh pelajar
 Jamuan bersama UUM Johor Bahru
12.00 ptg – 1.00 ptg
penghuni dibantu oleh pihak
penjara
1.00 ptg  Bersurai Pelajar UUM Johor Bahru

15.0. PENUTUP

Diharap Program Masaih ada yang sayang bertemakan “4 Penjuru Tembok Harapan”
ini dapat mencapai objektif dan matlamat dengan jayanya. Para penganjur khususnya para
penuntut PLK UUM – JB diharap dapat memberi kerjasama dengan sebaik mungkin agr segala
yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan teratur selain bijak menggunakan peluang
yang ada.

Selain daripada itu kepada para pelajar dan penceramah serta pihak penjara yang turut sama
terlibat amat perlu mementingkan soal keselamatan dan mengikut prosedur-prosedur
keselamatan yang telah ditetapkan oleh pihak penjara khususnya bagi mengelakkan sebarang
keadaan yang tidak diingini berlaku. Kepada para pelajar dan penceramah diharap dapat
mengumpul maklumat dan mengambil manafaat atas aktiviti yang akan dijalankan.

Sekiranya program “4 Penjuru Tembok Harapan” ini berjalan lancar dan dapat mencapai
matlamatnya, ini akan meningkatkan lagi kefahaman dan kesedaran kepada semua yang
terlibat dan sekaligus mengharumkan nama semua pihak yang terlibat.

Sekian, Jutaan terima Kasih dan ini adalah harapan kami agar Kertas Kerja Pembangunan
masyarakat bagi program “4 Penjuru Tembok Harapan” yang kami sediakan ini dapat
memberi manafaat dan mencapai objektif Universiti dalam melahirkan pelajar-pelajar yang
mempunyai semangat berpasukan, pendedahan mengurus, merangka dan melaksanakan
projek dengan sempurna dan jayanya dengan bimbingan pensyarah serta dapat berbakti
kepada masyarakat.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………….
Affida Bt Mohamad Isa)
engerusi I
“4 Penjuru Tembok Harapan”
85248
ak oleh,

……………………………………….
Bin Abdul Laitiff)
engerusi II
“4 Penjuru Tembok Harapan”
00075

an oleh

……………………………………….
n Bin Abu Bakar)
usi / 202682
“4 Penjuru Tembok Harapan”
019-3903408
earwan2@gmail.com

Ulasan Penasihat Program

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………

Sekian, Terima Kasih.

……………………………………….
(En Ahmad Kamal Bin Mohd Arish)
Pensyarah Pembangunan Masyarakat
VRS 031
Universiti Utara Malaysia
Cawangan Taman Molek
81100 Johor Bahru
Johor

KELULUSAN PENGARAH PACE

DISOKONG TIDAK DISOKONG

Ulasan Pengarah Pace

………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………
………………………………
……………………………………………………………………………………………….………………
……………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………….………………
…………………………………………………………………………..…………………………………
………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………
……………………………………….
Pengarah
Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia
Sintok, Kedah.

Rujukan Kami: UUM/KOK/PJJ-JB (01)

Tarikh: 21 Oktober 2011

Datuk Wira Zulkifli Bin Omar


Ketua Pengarah Penjara Malaysia
Ibu Pejabat Penjara Malaysia
Bukit Wira
43000 Kajang
Selangor

Melalui

Penyelaras Ko-Kurikulum
Unit Khidmat Masyarakat
Pusat Pendidikan Profesional & Lanjutan (PACE)
Universiti Utara Malaysia

YB Dato’/Datin/Tuan/Puan

PERMOHONAN UNTUK MENJALANKAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI


KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR.

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman tuan/puan, kumpulan Pelajar Jarak Jauh (PLK) Universiti Utara
Malaysia (UUM) Cawangan Johor Bahru bercadang untuk mengadakan Program Khidmat
Masyarakat di Kompleks Penjara Kluang, Johor. Tujuan kami mengadakan program ini adalah
untuk memupuk tanggungjawab sosial terhadap masyarakat terutamanya penghuni penjara
berkenaan selain ianya merupakan satu mata pelajaran wajib kumpulan pelajar kami.

3. Butir-butir mengenai projek adalah seperti berikut:-

Nama projek : MASIH ADA YANG SAYANG


Tempat : Penjara Kluang, Johor.
Tarikh : 25 Febuari 2011
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tengahari
Pelajar terlibat : 40 orang

3. Besarlah harapan kami semoga perkara ini dapat dipertimbangkan dan diluluskan oleh
pihak YB Dato’/Datin/Tuan/Puan. Segala pertanyaan mengenai projek tersebut pihak boleh
menghubungi saya di talian 019-3903408 (Encik Earwan bin Abu Bakar) atau 017-5085248 (Cik
Hetty Affida Bt Mohamad Isa).

4. Bersama-sama ini dilampirkan Kertas Kerja Projek ”Masih Ada Yang Sayang” bagi
tujuan rujukan YB Dato’/Datin/Tuan/Puan.Kerjasama daripada pihak YB
Dato’/Datin/Tuan/Puan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

”ILMU BUDI BAKTI”

Saya yang benar,

EARWAN BIN ABU BAKAR (202682)


Pengerusi ”Masih Ada Yang Sayang”
Program Khidmat Masyarakat,
UUM PLK JB SESI 2011/2012

HP: 019 3903408


Emel: earwan2@gmail.com

Sk:-

i) Pengarah Penjara Kluang,


Kompleks Penjara Kluang,
Kluang, Johor.

ii) Penyelaras
Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan
Unit Khidmat Masyarakat,
Universiti Utara Malaysia.
Sintok, Kedah.

iii) Jurulatih
Khidmat Masyarakat Pembangunan Pendidikan
Unit Khidmat Masyarakat
Universiti Utara Malaysia
Johor Bahru. Johor.

Anda mungkin juga menyukai