Anda di halaman 1dari 9

Perbadanan Nasional Berhad (PNS), sebelumnya dikenali sebagai PERNAS,

telah ditubuhkan pada 29 November 1969. PAda bulan September 1996,


syarikat milik kerajaan ini diswastakan melalui pembelian semula oleh
pengurusannya yang menyaksikan beberapa aset terpilih diambil alih oleh
Pernas International Holdings Berhad. Hasilnya, akronim baru diperkenalkan
iaitu PNS.
PNS mengendalikan kegiatan perniagaan baru di pejabat barunya di tingkat
9, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur dengan modal dibenarkan
sekitar RM1 bilion dan modal berbayar berjumlah RM751 juta. Kementerian
Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) merupakan pemegang terbesar
sahamnya dan PND beroperasi di bawah bidang kuasa Kementerian
Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Melalui pengalaman bertahun-tahun lamanya dan sumber yang luas, PNS
menjadi penggerak kepada Dasar Ekonomi Baru yang berhasrat
mempertingkat jumlah pegangan ekonomi orang Melayu di dalam bidang
ekonomi.
Objektif utama penubuhan PERNAS :
menambah penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang kewangan dan
pengurusan dalam sektor perindustrian, perdagangan dan pembangunan
kewangan. Bidang kegiatannya meliputi pelbagai aspek dari pengeluaran
hasil keluli, peralatan komunikasi, pembinaan kapal, pembinaan lebuh raya,
pendermagaan lepas pantai, pembangunan hotel dan harta, pengangkutan
kontena dan perniagaan insurans
Peranan/sumbngan kpd masyarakat :
PNB tingkat ekonomi Bumiputera
Penyertaan masyarakat pelbagai kaum bukti kejayaan pelopor industri
amanah

KEMERDEKAAN membawa pengertian yang amat besar kepada Permodalan


Nasional Berhad (PNB) walaupun ia hanya ditubuhkan 21 tahun selepas
negara menikmati kemerdekaan.

Dalam tempoh hampir 30 tahun penubuhannya, seperti organisasi lain yang


ditubuhkan kerajaan sebagai alat penting Dasar Ekonomi Baru (DEB), banyak
pengalaman dan cabaran dilalui PNB dalam memikul tanggungjawab berat
membantu meningkatkan pencapaian ekonomi Bumiputera.

PNB berbangga kerana berpeluang untuk turut sama terbabit secara


langsung membantu kerajaan menstruktur semula masyarakat Malaysia
menerusi pemilikan saham Bumiputera dalam sektor korporat dan memberi
ruang kepada profesional Bumiputera untuk menyumbang secara langsung
dalam penciptaan dan pengurusan kekayaan negara.

Usaha PNB bermula dengan pengambilalihan sebanyak mungkin saham


syarikat yang berpotensi dan berdaya maju dari 1978, selaras matlamat 30
peratus pegangan ekuiti Bumiputera.

Untuk memastikan setiap lapisan masyarakat Bumiputera yang rata-ratanya


pada masa itu jauh ketinggalan dari segi pencapaian ekonomi dapat melabur
dalam syarikat terbabit, PNB melancarkan dana unit amanah yang pertama
pada 20 April 1981, iaitu Skim Amanah Saham Nasional (ASN).

Ciri unik dana unit amanah yang diuruskan PNB iaitu seperti pelaburan harga
tetap serendah RM10 dan kecairan seperti simpanan bank, berjaya menarik
minat dan menimbulkan keyakinan kepada setiap lapisan masyarakat
Bumiputera untuk melabur dalam ASN.

Hasilnya, lebih 800,000 pemegang akaun di kalangan masyarakat


Bumiputera melabur sebanyak RM540 juta unit amanah dalam tahun
pertama ASN dilancarkan, satu pencapaian yang tidak diduga ketika itu.

Bukan saja setiap lapisan masyarakat Bumiputera secara tidak langsung


menjadi pemegang saham dalam syarikat yang sebelum ini mungkin tidak
pernah diimpikan, malah sikap suka menabung berjaya disemaikan.

Sejak itu, PNB tidak lagi menoleh ke belakang, bahkan terus menerus
melipatgandakan usaha dengan melancarkan produk tabung unit amanah
yang menawarkan ciri lebih menarik dan kompetitif serta mengadakan
program pendidikan berterusan dan dinamik mengenai pelaburan selain
pengurusan kewangan.

Kini, selepas hampir 30 tahun beroperasi, PNB sudah mengumpul dan


mengurus dana bernilai lebih RM100 billion. Lebih kurang RM70 bilion
daripada jumlah itu adalah pelaburan yang dibuat oleh lebih lapan juta
pemegang akaun, iaitu kira-kira 90 peratus adalah pelabur Bumiputera.
Bermula dengan hanya satu dana iaitu ASN, PNB kini mempunyai 29 dana
termasuk dua dana amanah hartanah.

Walaupun banyak cabaran dihadapi PNB seperti kegawatan ekonomi pada


akhir 1980-an dan 1990-an, setiap tahun sejak 1981 hingga kini, pengagihan
pendapatan unit amanah terus menerus dibayar kepada setiap pelabur.

Sehingga kini sejumlah RM55 bilion pendapatan sudah diagihkan. Pengagihan


pendapatan ini membolehkan pelabur menabung untuk pelbagai keperluan
asas seperti pendidikan anak dan simpanan hari tua.

Di samping itu, walaupun tujuan utama PNB ditubuhkan adalah untuk


kepentingan Bumiputera, PNB juga memberi peluang kepada pelabur bukan
Bumiputera dengan membenarkan mereka melabur dalam sesetengah
produk yang dilancarkan.

PNB bersyukur kerana masyarakat bukan Bumiputera juga memberikan


sambutan memberangsangkan kepada dana seperti Amanah Saham Malaysia
(ASM) dan Amanah Saham Wawasan (ASW) 2020 dengan setiap kali unit baru
dibuka, ia habis dijual dalam masa singkat. Ia memberi gambaran bahawa
masyarakat bukan Bumiputera juga memberi kepercayaan kepada PNB untuk
menguruskan dana mereka.

Untuk memastikan penyertaan dalam skim yang diuruskan PNB untuk


masyarakat termiskin, PNB melancarkan Skim Amanah Saham BumiputeraProgram Pembangunan Rakyat Termiskin (Skim ASB-PPRT) pada 1992 bagi
memberi peluang kepada golongan ini melabur dalam Skim ASB dan
menikmati pengagihan kekayaan korporat.

Semuanya bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai, tetapi bukan juga

sesuatu yang mustahil jika kita dapat memerdekakan fikiran kita dan yakin
dengan kemampuan diri kita. Oleh itu, PNB sentiasa merancang dan
melaksanakan strategi mantap mengikut suasana masa dan keadaan
ekonomi dunia.

Antara langkah strategik diambil PNB ialah membeli saham yang memberikan
kepentingan kawalan dalam syarikat peneraju ekonomi serta menggalakkan
kegiatan penyatuan dan penstrukturan semula syarikat kumpulan PNB dalam
usaha menambah nilai syarikat terbabit.

Masyarakat Bumiputera menerusi PNB, kini menguasai syarikat besar seperti


Malayan Banking Berhad, Sime Darby Berhad, Kumpulan Guthrie Berhad,
Golden Hope Plantations Berhad, UMW Holdings Berhad, NCB Holdings
Berhad, Island & Peninsular Berhad, Chemical Company of Malaysia Berhad
dan banyak lagi.

Dari segi pembangunan modal insan pula, PNB sudah melantik profesional
Bumiputera yang berpengetahuan dan berpengalaman sebagai pengarah
nominee dalam syarikat yang PNB mempunyai pegangan saham majoriti.

Lebih daripada itu, PNB akan memastikan profesional Bumiputera yang


berkelayakan tinggi dan berpengalaman dilantik sebagai pengurusan
tertinggi dalam syarikat yang dikuasai PNB. Sudah terbukti mereka ini bukan
setakat jaguh kampung, malah ada antara mereka berjaya membawa
syarikat yang mereka terajui melabur dengan jayanya di luar negara selain
mengambil alih syarikat luar negara.

Dalam usaha PNB mengukuhkan kedudukannya sebagai pelopor industri unit


amanah di negara ini, PNB juga melebarkan sayapnya ke peringkat
antarabangsa dengan mengambil alih Singapore Unit Trusts Limited dan
membuka pejabat global pertama di London serta dalam perancangan untuk
membuka beberapa pejabat di beberapa pusat kewangan dunia.

Selain pengagihan pendapatan, PNB percaya bahawa pendidikan adalah


elemen amat penting untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat. Oleh itu, sejak
pelancaran tabung amanah yang pertama, sebagai memenuhi

tanggungjawab sosial, PNB mengadakan program pendidikan yang progresif


dan dinamik secara percuma dan berterusan.

Bermula dengan memberi fokus kepada kempen di televisyen, akhbar dan


majalah, di samping wakil PNB sendiri turun padang bertemu dengan
masyarakat, kini, PNB melaksanakan program yang menjurus kepada
pendidikan pelaburan bersepadu untuk melahirkan masyarakat celik
pelaburan.

Tiada lapisan masyarakat yang ketinggalan daripada menerima manfaat


daripada program itu, daripada kanak-kanak dan pelajar sekolah rendah
hingga kepada golongan profesional.

Sebagai contoh, siri Along untuk kanak-kanak, Kelab Pelaburan Bijak PNB
untuk pelajar sekolah menengah, Kuiz Pelaburan PNB untuk pelajar sekolah
menengah, institusi pengajian tinggi dan badan beruniform, dan World
Investment Challenge untuk golongan profesional, pengurus dana dan
pengamal kewangan dari seluruh pelosok dunia.

PNB juga sudah menubuhkan PNB Investment Institute untuk golongan


profesional. Program Minggu Saham Amanah Malaysia yang diadakan setiap
tahun pula dianjurkan untuk setiap lapisan masyarakat dan mendapat
sambutan sangat baik, dengan dikunjungi lebih sejuta pengunjung.

Sebagai warga korporat, PNB berasa terharu dapat memberi sumbangan


kepada rakyat, khasnya masyarakat Bumiputera dalam memerdekakan
pemikiran mereka, bukan saja mengenai kepentingan pelaburan dan
pengurusan kewangan, malah lebih penting lagi keyakinan bahawa
masyarakat Bumiputera, berkeupayaan menjadi peneraju dalam bidang yang
kita ceburi.

Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman adalah Presiden dan Ketua Eksekutif
PNB

Peranan baru PNS bangunkan francais

Oleh JOHARDY IBRAHIM

(Wartawan Utusan)
PENGUMUMAN kerajaan pada 15 Januari lalu, yang menukar peranan
pembangunan francais kepada Perbadanan Nasional Berhad (PNS) daripada
Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn) mencerminkan kepekaan
kerajaan.

Bahagian Vendor dan Francais KPUn akan hanya memegang portfolio


Pendaftar Francais, penguatkuasaan Akta Francais 1998 dan pemantauan
pelaksanaan polisi kerajaan yang berkaitan.

Beberapa peserta perniagaan francais yang ditemui menyifatkan perubahan


dasar kerajaan itu menunjukkan kerajaan peka dan prihatin kepada rungutan
industri itu selama ini.

``Persoalan asas mengenai bilangan sebenar francaisor dan francaisi tidak


pernah mendapat jawapan yang memuaskan.

``Ini belum lagi dikira hal-hal yang lebih makro sifatnya yang dilihat
membantutkan program pembangunan usahawan bumiputera,'' kata seorang
usahawan.

Dari aspek pembabitan usahawan bumiputera, kajian mendapati 26 peratus


daripadanya adalah syarikat francaisor dimiliki oleh bumiputera atau majoriti
bumiputera.

Bilangan usahawan bumiputera sebagai francaisi hanya mewakili 36 peratus


daripada jumlah keseluruhan francaisi, masih kecil walaupun dianggap
memuaskan oleh sesetengah pihak.

Berasaskan fakta penemuan tersebut, wujud keperluan mendesak untuk


memastikan kelancaran program pembangunan sektor francais supaya terus
menjadi satu daripada elemen pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerajaan telah
memutuskan supaya aktiviti francais akan dipertanggungjawabkan kepada
PNS bagi meningkatkan penyertaan bumiputera dalam program
pembangunan francais.

Katanya, PNS akan disusun semula strukturnya dan mengambil pendekatan


bersepadu serta mempunyai fokus tertentu dalam merancang dan
mendorong pembangunan perniagaan francais secara lebih berkesan.

Antara lain PNS berperanan:

n Membeli francais terpilih dari luar negara.

n Membangunkan francais dan produk bumiputera.

n Melaksanakan pembangunan dan penyelidikan (R&D) bagi produk


tempatan untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.

n Berperanan untuk menggerakkan agensi-agensi berkaitan di peringkat


negeri untuk memainkan peranan lebih aktif bagi mengenal pasti dan
membangunkan produk-produk yang berpotensi di negeri masing-masing.

Ini kerana hampir 90 peratus daripada 321 produk francais yang ada
sekarang, berasal dan berpangkalan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Utusan Malaysia turut difahamkan sebelum ini kerajaan secara prinsipnya

telah bersetuju dengan penubuhan Perbadanan Pembangunan Francais atau


Frandec.

Ia bertujuan bagi mewujudkan satu pusat setempat yang menyediakan


kemudahan-kemudahan tertentu bagi memastikan lebih banyak produk
francais berkualiti dibangunkan dan lebih ramai usahawan francais dapat
dilahirkan.

Menurut peserta industri francais, pengumuman baru kerajaan itu mungkin


akan menyaksikan kewujudan Frandec di bawah PNS.

``Penyusunan semula struktur PNS akan turut melibatkan penyertaan


beberapa tokoh yang arif dan berpengalaman dalam francais,'' katanya.

Utusan Malaysia difahamkan, surat pelantikan beberapa tokoh terbabit sudah


dimeterai dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi PNS.

Mereka yang dihubungi menyifatkan perkembangan itu sebagai sangat


relevan kerana pembangunan menyeluruh francais boleh digerakkan dengan
lebih cekap dan berkesan oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam
francais.

``Kami berharap segala kekusutan dan kelembapan yang berlaku selama ini
dalam program pembangunan usahawan bumiputera akan dihidupkan
semula oleh PNS menerusi tenaga penggeraknya yang benar-benar komited
serta cekap,'' kata seorang peserta industri itu.

Persoalan sama ada sasaran Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) untuk


mencipta 1,000 francaisi baru, mungkin boleh terjawab dengan penyusunan
semula jentera penggerak industri ini.

Tanggungjawab itu kini terletak di bahu PNS yang diharap bebas daripada
kerenah birokrasi dan lebih sensitif kepada keperluan industri.

Pada bulan September 1996, PERNAS di swastakan melalui pengambilalihan


oleh Pernas International Holdings Berhad atau dikenali sebagai PNS sehingga
ke hari ini.

Anda mungkin juga menyukai