Anda di halaman 1dari 8

Pengurusan Perniagaan AN015

SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

BAB 5 : KEPIMPINAN DAN MOTIVASI


1. Berikan definisi kepimpinan dalam pengurusan perniagaan.
markah]

[3

satu proses yang dilakukan oleh seseorang pengurus untuk


mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan dalam usaha mencapai
matlamat yang telah ditetapkan.
kepimpinan akan melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada
pekerja-pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para
pengikut
para pemimpin mempunyai autoriti untuk memberi arahan dan
memantau aktiviti yang dijalankan oleh pekerja
serta berkemampuan menggunakan pelbagai bentuk kuasa bagi
mempengaruhi subordinat melalui pelbagai kaedah

2. Encik Amar kurang prihatin terhadap isu peribadi pekerja dan


pencapaian pekerja dan lebih mementingkan pencapaian matlamat
organisasi manakala Puan Delaila prihatin terhadap isu peribadi
pekerja dan pencapaian pekerjanya dan mewujudkan hubungan
interpersonal yang baik.
Nyatakan watak pengurus dan pemimpin berdasarkan kenyataan di
atas.
[2 markah]
Pengurus : Encik Amar (1m)

Pemimpin :

Puan Delaila (1m)

3. Lengkapkan jadual ini mengikut gaya kepimpinan.


Kenyataan

[4 markah]

Gaya Kepimpinan

En. Samson bertanggungjawab dalam


membuat keputusan dan memberitahu
pekerja apa yang harus mereka lakukan
Pn. Nabiela melibatkan subordinatnya di
dalam proses membuat keputusan
En. Ezkandar menekankan konsep tawakkal
setelah semua idea dan perancangan diatur
dengan teliti bagi mencapai matlamat
organisasi

Page 1

Autokratik

(1m)

Demokratik (1m)
Islamik

(1m)

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

Pn. Marrisa memberi kebebasan kepada


subordinatnya untuk membuat keputusan
dan bertindak

Laissez Faire (1m)

4. Huraikan empat ciri-ciri utama Teori Z dan bagaimanakah cara untuk


memotivasikan pekerja Z.
[8 markah]
Ciri-ciri utama Teori Z :
peluang pekerjaan jangka panjang dan jaminan pekerjaan
diberikan tanggungjawab secara kolektif
proses membuat keputusan secara bersama dan terbuka
proses penilaian prestasi dan kenaikan pangkat yang berhati-hati
Huraian 1m x 4 = 6m

Penglibatan pekerja dalam proses pengurusan dapat meningkatkan motivasi


mereka (2m).

5. Nyatakan 5 kaedah memotivasikan pekerja.

[2 markah]

Kaedah memotivasikan pekerja :

Penetapan matlamat

Pengurusan bermatlamat (MBO)

Reka bentuk kerja

Pengupayaan

Kualiti suasana kerja

Ganjaran
* Pilih mana-mana lima jawapan di atas

6. Huraikan secara ringkas maksud dibawah:


a)

[6 markah]

Penetapan matlamat
proses menetapkan tahap prestasi tertentu untuk dicapai dalam suatu
tempoh masa yang ditetapkan. Menepati ciri objektif yang baik iaitu
spesifik dan jelas, mencabar tetapi tidak terlalu sukar.

b)

Pengupayaan

Page 2

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

pekerja berkuasa/diberi kuasa terhadap proses kerja. Pengurus


menurunkan kuasa kepada subordinat. Tugas penting mampu
meningkatkan kepercayaan bahawa mereka mampu menjalankan tugas
dengan jayanya.
c)

Ganjaran
suatu balasan kepada usaha-usaha dan kerja yang dilakukan oleh
pekerja. Ganjaran dalam bentuk wang dan bukan wang. Ini memberi
motivasi dan menggalakkan pekerja bekerja.

7. Huraikan tentang rekabentuk kerja yang dapat meningkatkan


motivasi pekerja.

[6 m]

Rekabentuk Kerja ialah cara pengurus menggabungjalinkan tugas-tugas bagi


membentuk kerja yang dapat dilaksanakan dengan baik oleh pekerja.
Merangkumi Pusingan Kerja, Peluasan Kerja dan Pengkayaan Kerja.
Pusingan Kerja :
Pekerja dipindahkan secara sistematik mengikut tempoh tertentu dari
satu bahagian ke bahagian yang lain
Memberi peluang kepada pekerja mencuba pelbagai kemahiran kerja
Peluasan Kerja :
Proses menyatukan beberapa tugas yang menggunakan kemahiran yang
sama bagi membentuk satu kerja baru dengan aktiviti yang lebih luas.
Menambahkan kepelbagaian tugas dapat mengurangkan kebosanan dan
meningkatkan kecekapan
Pengkayaan Kerja :
Pekerja diberi kuasa dan tanggungjawab untuk membuat keputusan dan
kawalan
Mengembangkan tanggungjawab pekerja supaya pekerjaan tersebut
lebih mencabar dan memberi kepuasan

8. Jelaskan maksud Kualiti Suasana Kerja (KSK) dan nyatakan faktorfaktor yang berkaitan dengan KSK.
[4 markah]

Page 3

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

KSK melibatkan usaha mewujudkan suasana bekerja untuk meningkatkan


motivasi pekerja, kepuasan dan komitmen sebagai faktor yang boleh
menyumbang kepada peningkatan prestasi organisasi.
Faktor-faktor yang berkaitan KSK :
Pampasan yang sesuai dan munasabah
Persekitaran kerja yang selamat dan sihat
Peluang untuk membangunkan kebolehan sumber manusia
Peluang untuk pembangunan dan keselamatan kerja yang berterusan
Jadual tugasan yang mudah/ fleksibel
Perhatian terhadap rekabentuk kerja
dll

9.

Puan Arissa adalah Pengurus Besar di Syarikat Halal Mart Sdn Bhd.
Setelah hampir 10 tahun beroperasi syarikat ini telah menunjukkan
prestasi yang baik. Oleh itu, beliau boleh memberikan sepenuh
kepercayaan kepada subordinatnya dan setiap keputusan boleh
dibuat tanpa merujuk kepadanya. Subordinatnya bebas membuat
sebarang keputusan berdasarkan garis panduan yang telah diberikan
untuk mencapai matlamat kerja.
a) Berdasarkan maklumat di atas, jelaskan gaya kepimpinan Puan
Arissa dan berikan dua kebaikan gaya kepimpinan tersebut.
[7 markah]

b)

Gaya kepimpinan laissez faire. (1m)


Berdasarkan kepada prestasi yang baik para pekerjanya, Puan Arissa
memberi sepenuh kepercayaan kepada subordinatnya untuk
membuat keputusan dan bertindak. (2m)
Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan kemahiran dan
membuat pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. (2m)
kebaikan : pekerja bermotivasi tinggi dan bersemangat bekerja,
menambah pengalaman dan pengetahuan serta mempelbagaikan
kemahiran pekerja. (2m)

Berdasarkan kepada Teori Keperluan Maslow, bincangkan


peringkat-peringkat yang boleh diberi penekanan dalam
meningkatkan lagi tahap motivasi di kalangan pekerjanya ke
arah mencapai matlamat syarikat.
[10 markah]

Page 4

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

c)

Peringkat fisiologi : berhubung dengan keperluan asas. Puan Arissa


perlu memberikan gaji yang setimpal dengan usaha dan kerja yang
dilakukan oleh pekerjanya; dengan pendapatan bulanan yang
diperolehi pekerja syarikat dapat memenuhi keperluan fisiologi
mereka.
Peringkat keselamatan: Puan Arissa perlu mewujudkan suasana
kerja yang kondusif dan selamat. Beliau perlu membuat caruman
KWSP, PERKESO atau menyediakan insurans kepada para pekerja.
Dalam peringkat keperluan sosial: Puan Arissa perlu mewujudkan
satu kumpulan kerja dan dapat berinteraksi dari semasa ke semasa
untuk mengelak sebarang kesilapan yang boleh wujud jika keputusan
yang dibuat tidak tepat. Ini penting untuk gaya kepimpinan laissez
faire.
Peringkat keperluan esteem: berhubung dengan penghargaan diri,
penghormatan dan status. Puan Arissa perlu sentiasa menghargai
pekerjanya bagi setiap kejayaan yang dicapai. Pekerja yang
cemerlang perlu dinaikkan pangkat, diberi penghargaan bagi
meningkatkan lagi komitmen untuk terus cemerlang.
Peringkat keperluan aktualisasi diri: sesuai dengan gaya
kepimpinan ini, Puan Arissa perlu peka kepada pekerja dengan
memberikan tugas-tugas yang mencabar serta berisiko. Pengalaman
lalu dapat menambah kemahiran pekerja dan seterusnya mereka
akan mampu menjadi lebih kreatif dan mempunyai cita-cita tinggi.
Fakta markah; Huraian 1 markah; Kaitkan dengan kes (Puan
Arissa) markah

Huraikan kaedah rekabentuk kerja melalui pusingan kerja,


perluasan kerja dan pengkayaan kerja dapat meningkatkan
tahap motivasi kerja dalam Syarikat Halal Mart Sdn Bhd ini.
markah]

[8

Pusingan kerja : Melibatkan perpindahan pekerja ke bahagianbahagian lain (dalam skop/bidang kerja yang sama). Contohnya :
Puan Arissa akan memindahkan secara pusingan penyelianya di
bahagian stor bahan mentah ke bahagian penyeliaan pengeluaran.
Ini dapat meningkatkan kemahiran baru serta melatih penyelianya
supaya cekap dan mahir dalam tugas berlainan di bahagian
penyeliaan.

Page 5

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

Perluasan kerja : Dengan mengkombinasikan tugas-tugas yang telah


digabungkan untuk dilakukan oleh pekerja dalam memberi
kepelbagaian kerja dan cabaran terhadap mereka. Contohnya
pekerja Puan Arissa telah diberi tanggungjawab untuk menyelia di
bahagian stor dan bahagian pengeluaran sekaligus. Pekerja ini
mempunyai dua tanggungjawab dalam satu masa.

Pengkayaan kerja : melalui pusingan dan perluasan kerja, pekerja


akan memperolehi pelbagai kemahiran. Bagi meningkatkan lagi
kepuasan kerja, Puan Arissa boleh memberi tanggungjawab kepada
penyelianya untuk melakukan tugasan penyeliaan sepenuhnya yang
melibatkan pengagihan jadual tugas pekerja, menyelia stor bahan
mentah, gudang barang siap, memantau proses pengeluaran dan
sebagainya.
* Fakta markah dan huraian 2 markah
10. Puan Ameera baru sahaja dilantik menjadi Pengurus Sumber Manusia
di Syarikat Pandora Berhad. Oleh itu, sebagai seorang pekerja baru
beliau perlu mengenali setiap pekerja-pekerja di bawah
tanggungjawabnya bagi membolehkan wujudnya kerjasama antara
mereka dalam mencapai matlamat syarikat. Pekerja-pekerja ini
mengamalkan perbincangan antara satu sama lain dalam
menyelesaikan masalah yang dihadapi.
a)

Berikan empat ciri-ciri pemimpin yang efektif.

[2 markah]

berpengetahuan luas dan bijak pemikirannya


memiliki daya kerja dan semangat yang tinggi
menguasai prinsip perhubungan manusia dan teknik komunikasi
berlaku adil
berkemampuan menguasai emosi dan boleh berfikir secara rasional
bertimbangrasa dan bertolak ansur
* Pilih mana-mana 4 jawapan di atas; markah setiap jawapan

b) Huraikan empat perbezaan antara pemimpin dan pengurus.


[10 markah]

Page 6

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

Status /
Perkara

Pemimpin

Pengurus

Bersifat
peribadi

Interaksi peribadi dengan


pekerja untuk tujuan
mempengaruhi mereka

Tidak melibatkan interaksi


peribadi hanya
menitikberatkan fungsi
pengurusan

Kedudukan
dalam
organisasi

Tidak semestinya
disebabkan oleh kedudukan
dan jawatan formal dalam
organisasi

Disebabkan oleh kedudukan


dan jawatan formal dalam
organisasi

Sikap dan
Motivasi

Aktif dari aspek


kemanusiaan disebabkan
fungsi mempengaruhi
pengikut

Pasif dari aspek


kemanusiaan. Lebih
mementingkan pencapaian
matlamat (aspek teknikal)

Skop
pendekatan

Menangani perubahan
dengan membentuk visi
tertentu

Menangani kerumitan dan


masalah dalam organisasi
dan memastikan organisasi
berjalan pada landasan yang
betul

c)

i)

Berikan maksud gaya kepimpinan.

[1 markah]

Pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk


mempengaruhi subordinatnya melalui pembuatan keputusan untuk
subordinat, memberi panduan kepada subordinat untuk membuat
keputusan atau memberi autoriti sepenuhnya kepada subordinat
membuat keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

ii)

Jelaskan gaya kepimpinan yang telah diamalkan dalam


pengurusan syarikat sebelum ini dan berikan dua kebaikan
gaya kepimpinan tersebut.
[5 markah]
Gaya kepimpinan pengurusan syarikat ini adalah demokratik. (1m)
Iaitu pemimpin mampu menjalinkan perhubungan yang baik dengan
pekerjanya dan melibatkan mereka dalam proses membuat
keputusan. (2m)

Page 7

Pengurusan Perniagaan AN015


SOALAN DAN SKEMA TUTORAN

Kebaikan: keputusan akan lebih berkualiti kerana wujud


perbincangan, pekerja lebih bermotivasi, berkomitmen tinggi dan
lebih bertanggungjawab. (2m)

iii)

Berdasarkan kepada Teori Dua Faktor Herzberg, bincangkan


bagaimana faktor tersebut boleh digunakan oleh Puan
Ameera untuk memotivasikan pekerja-pekerja ke arah
mencapai matlamat syarikat.
[5 markah]
Terdapat 2 set faktor yang ada dalam teori ini iaitu:
Faktor Penjagaan
Puan Ameera perlu memberi perhatian kepada aspek upah dan
gaji yang berpatutan, keselamatan kerja, keselesaan tempat
kerja, polisi syarikat dan pentadbiran yang adil, hubungan
interpersonal antara pihak pengurusan dan pekerja serta status
pekerjaan. Faktor ini masih belum dapat meningkatkan
motivasi kepada pekerja atau memberi kepuasan kepada
mereka.
Faktor Motivasi
Puan Ameera perlu memberi perhatian faktor ini kerana jika
diberi perhatian akan meningkatkan kepuasan dan jika
diabaikan akan menghapuskan atau mengurangkan kepuasan.
Antara faktor tersebut adalah pencapaian, kenaikan pangkat,
peluang untuk berkembang, pengiktirafan dan tanggungjawab.
*

Fakta markah dan huraian 2 markah

Page 8

Anda mungkin juga menyukai