Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR

PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN (PST) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SESI 2016/2017
1.0

PENDAHULUAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah atas
kejayaan saudara kerana berjaya dipilih untuk mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun
(PST) Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2016/2017.
Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum
mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi
KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan.

2.0

PROSEDUR TERIMA TAWARAN


Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk :
2.1
Menerima Tawaran Saudara perlu mengambil tindakan berikut :
a. Menyediakan yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan dengan membayar
yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi di
mana saudara ditempatkan.
b.
Membuka akaun dan membuat kad ATM berikut untuk tujuan pembayaran
elaun wang saku :
i. Bank Simpanan Nasional, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej
berikut :
Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Selangor
Kolej Matrikulasi Sarawak
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
ii. Bank Rakyat, jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut :
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Kedah
iii. Bank Muamalat, jika saudara ditempatkan di kolej berikut :
Kolej Matrikulasi Kelantan
iv. Bank Islam, jika saudara ditempatkan di kolej berikut :
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang
Sekiranya saudara telah mempunyai buku akaun, sila pastikan akaun masih aktif
dan hanya ada satu penama sahaja.

c.

Menyediakan dan melengkapkan semua Dokumen Peribadi Pelajar yang


mengandungi :
i. BMKPM/02 Pin 3
ii. BMKPM/02/01 Pin 3
iii. BMKPM/02/02
iv. BMKPM/02/03
d.
Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).
e.
Mendaftar pada tarikh yang tertera pada surat tawaran (5/6/7 Jun 2016) di
kolej yang telah ditetapkan.
3.0

YURAN
3.1

Pembayaran yuran pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana cawangan Bank


Simpanan Nasional (BSN) dengan mengisi borang bayaran BSN dengan menyertakan
bersama surat tawaran untuk pengesahan tawaran dan nombor akaun kolej
penempatan saudara. Bayaran yuran pendaftaran secara tunai atau cek peribadi tidak
diterima semasa pendaftaran di kolej.

3.2

Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah :
Jurusan/Aliran
Sains/ Teknikal
Perakaunan

4.0

Jumlah
RM 580.00
RM 530.00

TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI


4.1

Saudara dikehendaki melapor diri pada tarikh yang tertera pada surat tawaran (5/6/7
Jun 2016). Sekiranya saudara tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang
ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak
tawaran ini.

4.2

Sila pastikan dokumen-dokumen dan borang-borang berikut diisi dengan lengkap dan
dibawa bersama pada hari pendaftaran.
a.

Salinan slip pembayaran yuran pendaftaran di BSN.

(1 salinan)

b.

Salinan buku akaun bank (muka surat yang tercatat


nombor akaun SAHAJA) bagi tujuan pembayaran elaun
wang saku.
Surat tawaran (dicetak melalui internet) .

(1 salinan)

d.

Maklumat Pelajar yang lengkap diisi (dicetak melalui


internet).

(1 salinan)

e.

Dokumen Perjanjian Pengambilan dan Pembiayaan


(PPM/BM.1/99-Pin-3) pelajar matrikulasi yang lengkap
diisi (dicetak melalui internet).

(2 salinan)

f.

Sediakan setem hasil RM 10.00 sebanyak dua keping


(RM 10.00 x 2 keping).

g.

4 keping gambar berwarna berukuran pasport

c.

(1 salinan)

5.0

6.0

PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN/KULIAH/TUTORAN/AMALI/ACARA RASMI KOLEJ


5.1

Pelajar Lelaki
a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang
(slack). Tali pinggang yang lebarnya tidak melebihi 3 sm.
b.Seluar jeans tidak dibenarkan.
c. Berkasut kulit / PVC.

5.2

Pelajar Perempuan
a. Dikehendaki berpakaian kemas dan sopan.
b.Seluar jeans, baju-T dan Skirt pendek tidak dibenarkan.
c. Berkasut kulit / PVC bertutup.

MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU


Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua pelajar
diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di kafeteria
kolej kediaman.

7.0

URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN


Saudara perlu mengurus sendiri pengangkutan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan.

8.0

BANTUAN KEWANGAN
8.1
8.2

9.0

Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 satu semester atau sejumlah yang
ditetapkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan bagi pelajar yang layak.

PENUTUP
Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk
mengikuti Program Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila hubungi kolej di mana
saudara ditempatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran
dan sebagainya.

LAMPIRAN 1
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)
Pelajar Lelaki
1. Kemeja berlengan panjang

3 helai

2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap

3 helai

3. Tali leher

1 helai

4. Baju Melayu (Pelajar Islam)

1 pasang

5. Songkok (Hitam Sahaja - Pelajar Islam)

1 buah

6. Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam)

2 pasang

7. Baju T berkolar

3 helai

8. Selimut

1 helai

9. Kasut kulit/ PVC

1 pasang

10. Kasut sukan

1 pasang

11. Sarung kaki

3 pasang

12. Seluar trek

2 helai

13. Keperluan peribadi yang lain


14. Sarung bantal dan cadar

Pelajar Perempuan
1. Pakaian (sopan dan kemas)

3 pasang

2. Pakaian sembahyang (Pelajar Islam)

2 pasang

3. Baju T berkolar dan berlengan panjang

2 helai

serta item (8 - 14) seperti untuk pelajar lelaki

Anda mungkin juga menyukai