Anda di halaman 1dari 7

PENDAFTARAN PELAJAR BARU KOLEJ PROFESIONAL MARA

Unit Pengambilan Pelajar (UPIM)


Bahagian Pendidikan Tinggi MARA Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur

03-26132000
Sambungan : 34075, 34076, 34077, 34078,39011

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum warahmatullah, Alhamdullilah, terlebih dahulu diucapkan selamat datang kepada para pelajar baru ke Kolej Profesional MARA (KPM). Pihak Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) mengucapkan syabas kepada semua pelajar kerana telah mendapat tawaran bagi mengikuti pengajian di KPM dan sekali gus menjadi warga MARA. Sebagai warga BPT, kita beriltizam kepada kecemerlangan dalam pendidikan bagi melahirkan individu pemikir yang berilmu, kreatif, berdisiplin dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan di samping berkhidmat kepada masyarakat dan negara menerusi penyelidikan dan khidmat profesional serta kemasyarakatan. Hasrat ini akan lebih terlaksana dengan adanya semangat daya saing dalam menimba cetusan ilmu diri dalam kalangan para pelajar. Sebagai pelajar di KPM, anda dianggap lebih dewasa serta bertanggungjawab dan gunalah peluang berada di KPM ini sepenuhnya dalam usaha membina dan membentuk sahsiah diri. Justeru itu, wajarlah bagi pelajar sekalian menyusun langkah, mengatur strategi dan melestarikan tekad bagi mendakap mercu kecemerlangan. Semoga pendidikan formal dan tidak formal yang diperolehi akan menjadikan anda insan yang lebih cemerlang serta dapat menyumbang ke arah kemajuan agama, bangsa dan negara.

Sekian, selamat maju jaya. Pengarah Kanan


Bahagian Pendidikan Tinggi MARA

PENERANGAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR BARU KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

1.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK 1.1 Pelajar mestilah mempunyai kelayakan akademik SPM / SPMV yang telah disyaratkan untuk mengikuti program yang ditawarkan. MARA berhak menarik balik tawaran ini jika pelajar tidak memenuhi syarat kelayakan akademik atau lain-lain syarat yang telah ditetapkan.

1.2

2.

KESIHATAN 2.1 Pelajar mestilah sihat dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti pengajian. Pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat di Hospital Besar, Klinik Kerajaan atau Klinik Swasta. Segala urusan pembayaran pemeriksaan kesihatan adalah menjadi tanggungjawab pelajar sendiri. MARA berhak menarik balik tawaran ini jika kesihatan pelajar boleh menjejaskan pembelajaran di KPM.

2.2

2.3

3.

PERSIAPAN KE KPM 3.1 Bersama-sama ini disertakan dokumen-dokumen berikut untuk dilengkapkan bagi persiapan pelajar mendaftar di KPM. Sila baca Panduan Mengisi Dokumen Perjanjian dengan teliti. i) ii) 3.2 Buku Pendaftaran Pelajar (Registration Booklet) Dokumen Perjanjian 3 Set

Pelajar dikehendaki membawa salinan asal dokumen. Semua dokumen hendaklah dibawa bersama semasa melaporkan diri seperti berikut : i) ii) iii) Sijil SPM Sijil Kelahiran Pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Sijil Kelahiran ibubapa/penjaga yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara

*Pelajar tidak dibenarkan mendaftar sekiranya tidak membawa dokumen-dokumen diatas.

4.

PERATURAN BERPAKAIAN 4.1 Pakaian disediakan oleh pelajar dan pembiayaan tidak ditanggung oleh MARA. Pemakaian ke kuliah/kelas atau majlis formal adalah seperti berikut:

4.2

Pelajar Lelaki Baju bercorak bunga-bunga dan warna garang tidak dibenarkan Bertali Leher Mesti kemas dan bersih Seluar panjang 'Jeans' tidak dibenarkan
Kemeja lengan panjang/pendek

Pelajar Perempuan

Baju Kurung dan Kebarung sahaja Tidak jarang Tidak melekat atau 'body-hugging' Tiada belahan Mesti kemas dan bersih Tudung kepala (corak bebas) Purdah tidak dibenarkan sama sekali

Kasut kulit / PVC Kasut kanvas, sandal dan selipar tidak dibenarkan

Kasut kulit / PVC Tumit kasut tidak melebihi 4 sm Kasut kanvas, sandal dan selipar tidak dibenarkan

Stokin

Stokin

Bersolek tidak dibenarkan

Bersolek tidak dibenarkan

4.3

Pemakaian bagi aktiviti luar bilik kuliah atau aktiviti luar yang tidak rasmi (pakaian outing) adalah seperti berikut:

Pelajar Lelaki

Pelajar Perempuan

Pelajar lelaki hendaklah berpakaian kemas dan berkasut (sandal atau selipar tidak dibenarkan) semasa outing. Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.

Pelajar perempuan dibenarkan memakai baju kurung/ kebarung sahaja dan berkasut (sandal dan selipar tidak dibenarkan) untuk keluar ke bandar (outing). Seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali.

4.4

Selipar hanya dibenarkan di Surau dan Asrama. 4

4.5

Pelajar lelaki tidak di benarkan memakai aksesori-aksesori seperti rantai, gelang tangan dan subang. Pelajar-pelajar lelaki tidak dibenarkan berambut panjang hingga menutup telinga, mencecah kolar kemeja atau mencecah kening. Ianya hendaklah kemas dan rapi.

4.6

5.

PAKAIAN RIADAH SEMASA SESI ORIENTASI Pelajar dikehendaki membawa pakaian sukan seperti berikut: i) ii) iii) 2 pasang Baju-T berkolar tanpa corak ( berlengan panjang untuk perempuan) 2 pasang seluar trek (warna gelap) 1 pasang kasut sukan

6.

TAMBANG PERJALANAN PELAJAR MALAYSIA TIMUR (SABAH, SARAWAK & LABUAN) Pelajar yang layak mendapat bantuan elaun pelajar akan dibiayai tambang perjalanan udara (penerbangan) pergi dan balik sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Pelajar boleh membuat tuntutan bayaran perjalanan ini dengan mengemukakan tiket asal untuk mendapatkan gantian kos penerbangan.

7.

ELAUN SARA HIDUP Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA akan menerima bantuan seperti berikut : i. ii. Program Peringkat Diploma RM300.00 /sebulan Program Persediaan RM250.00 /sebulan

Pelajar hanya layak mendapat separuh elaun sekiranya pembelajaran kurang daripada 15 hari. Proses penyediaan elaun mengambil masa 2-3 bulan pertama semasa semester 1, justeru ibubapa/penjaga dikehendaki menyediakan wang saku pelajar untuk perbelanjaan makan/minum dan lain-lain keperluan harian jika perlu. 8. PENGINAPAN DI ASRAMA Asrama disediakan bagi semua pelajar semester 1. Pelajar-pelajar tahun 2 (semester 3) dan seterusnya akan diberikan kemudahan penginapan bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh KPM. Kemudahan yang disediakan di asrama adalah seperti berikut : i. ii. iii. Katil Tilam Almari

Pelajar boleh membeli makanan di kantin/ Food court yang di sediakan oleh KPM.

9. Program

YURAN PENGAJIAN DAN LAIN LAIN BAYARAN Bayaran Pendaftaran Anggaran Yuran / Wang Pengesahan Harga Koperasi Penerimaan Tawaran Buku Teks RM280 RM500 RM22 RM280 RM280 i. ii. RM500 RM160 RM22 Yuran Program Badan Pelajar Muafakat RM70 RM30 RM70 RM30 RM30 Kebajikan Jumlah Asrama RM30 RM30 RM30 RM932 RM932 RM500

FHND & HND DIPLOMA PIP

iii. iv.

v. vi.

Yuran pengajian dikecualikan sepanjang tempoh pengajian. Pelajar perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran dengan membuat bayaran pendaftaran RM280 di Pejabat MARA Negeri/Daerah. Sila bawa slip asal dan sesalinan fotokopi resit bayaran semasa hari pendaftaran. Yuran koperasi dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian. Yuran Badan Muafakat perlu dibayar sebanyak RM170.00 (Bayaran RM70.00 bagi tahun pertama dan RM50.00 bagi tahun berikutnya, dibayar pada semester 3 dan 5) Pembelian Buku Teks yang dianggarkan bagi Pelajar Diploma RM500 dan Pelajat PIP RM160 boleh di bayar secara tunai kepada pihak kolej. Bayaran Yuran Koperasi, Badan Mufakat, Program Pelajar dan Kebajikan Asrama yang berjumlah RM152 bagi pelajar Diploma dan RM60 bagi pelajar PIP, boleh dimasukan terus ke dalam Akaun Koperasi kolej atau Akaun Badan Muafakat kolej bagi KPM Bandar Melaka seperti berikut:

KPM Beranang Selangor Ayer Molek Melaka Bandar Melaka Melaka Indera Mahkota Kuantan Seri Iskandar Perak Bandar Penawar Johor

NO AKAUN BANK KOPERASI/BADAN MUAFAKAT Koperasi Kolej Profesional MARA Beranang Berhad 12092010010864 Bank Islam Malaysia Berhad Koperasi Kolej Profesional Mara Ayer Molek Melaka Berhad. 554110502465 Maybank Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT) 04030000262108 CIMB Islamic Koperasi Kolej Profesional MARA Indera Mahkota Berhad. 06050015127059 CIMB Koperasi Kolej Professional Mara Seri Iskandar Perak Berhad. 08090003616057 CIMB Koperasi Kolej Profesional Mara Bandar Penawar Kota Tinggi Berhad. 01135010001080 Bank Islam Malaysia Berhad

** Di ingatkan juga bahawa slip pembayaran dari bank perlu dibuat sesalinan fotokopi sebagai bukti bayaran telah dibuat untuk simpanan dan salinan asal hendaklah diserahkan kepada pihak kolej.

vii.

Semua pembayaran yang telah dibuat tidak akan di kembalikan sekiranya pelajar menarik diri/berhenti. Segala elaun yang telah di terima oleh pelajar perlu dibayar balik kepada MARA.

10.

RAWATAN PERUBATAN DAN PERLINDUNGAN INSURAN i. Pelajar bertanggungjawab atas semua perbelanjaan perubatan dan kesihatan sepanjang semasa tempoh pengajian. Pelajar dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan sekiranya sakit. Pelajar diwajibkan mengambil perlindungan insuran berkelompok yang akan diuruskan oleh pihak kolej.

ii.

11.

AKAUN SIMPANAN Semua pelajar dikehendaki membuka akaun simpanan seperti berikut : i. Pelajar KPM Bandar Penawar : Bank Islam sahaja ii. Lain-lain KPM : Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sahaja. iii. Pelajar lepasan program PIP yang meneruskan pengajian ke peringkat diploma/HND, tidak perlu membuka akaun simpanan baru.

12.

LATIHAN AMALI Pelajar dikehendaki menjalani Latihan Amali atau lain-lain program latihan yang ditetapkan oleh MARA bagi program-program tertentu.

14.

PERATURAN DAN TATATERTIB Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan yang telah di tetapkan oleh KPM (Akademik, Disiplin dan Ko-kurikulum). Pelajar hendaklah patuh kepada semua arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh MARA dari semasa ke semasa sepanjang tempoh pengajian.

15.

PEKERJAAN i. ii. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh pengajian sama ada secara sepenuh masa atau sambilan. MARA tidak menjamin apa-apa pekerjaan kepada pelajar setelah tamat pengajian.

16.

BERHENTI DARI KPM Sekiranya pelajar menarik diri/berhenti/diberhentikan maka semua pembayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan. Pelajar-pelajar juga dikehendaki membayar balik semua perbelanjaan yang telah dibiayai oleh MARA kepada pelajar.

17.

MENGULANGKAJI / MEMINDA SYARAT TAWARAN MARA berhak, pada bila-bila masa mengubah, mengubahsuai atau meluaskan syarat-syarat tawaran ini tanpa menyentuh jaminan penjamin-penjamin dan tanpa melepaskan atau dengan apa-apa jalan menyentuh tanggungan penjamin-penjamin pelajar. 7

Anda mungkin juga menyukai