Anda di halaman 1dari 18

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR

BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR


UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SESI 1 2022/ 2023

1
AMARAN

Pelajar yang didapati MEMBERI MAKLUMAT SALAH/ TIDAK BENAR/

MANIPULASI MAKLUMAT dalam borang permohonan kemasukan berkaitan

dengan:

Warganegara Malaysia dan takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/

Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli

Kelayakan akademik/ keputusan peperiksaan

Akan diambil tindakan dengan:

Menarik balik surat tawaran

Dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran dan

sepanjang tempoh pengajian.

➢ SEKIRANYA ANDA MELAKUKANNYA, ANDA DINASIHATKAN TIDAK

HADIR MENDAFTAR.

PERINGATAN PENTING
JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN
KEGIATAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK
MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR UiTM.

2
NOTA PENTING

1. Sekiranya kehilangan sijil SPM anda perlu mendapatkan salinan yang

dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM/

STAM dan MUET perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis

Peperiksaan Malaysia.

2. Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran pelajar/ ibu/ bapa anda perlu

membuat cabutan sijil kelahiran/ kad pengenalan yang baharu di Jabatan

Pendaftaran Negara sebelum mendaftar.

3. Sekiranya kehilangan Kad Pengenalan calon/ ibu/ bapa anda perlu

membuat Kad Pengenalan sementara.

4. Bagi ibu/ bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian ibu/

bapa perlu dibawa semasa hari pendaftaran.

ARAHAN SENAT UiTM


PROGRAM DAN KAMPUS YANG DITAWARKAN ADALAH MUKTAMAD. SEBARANG
PERMOHONAN PERTUKARAN TIDAK DIBENARKAN.

MAKLUMAT DI DALAM BUKU INI ADALAH BENAR SEHINGGA SESI 1 2022/2023

DIKELUARKAN OLEH:
BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
3
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya jua, Universiti
Teknologi MARA telah berjaya memberi peluang dan akses kepada masyarakat untuk
mendapat pengajian tinggi yang berkualiti. Sejak ditubuhkan pada 1956, UiTM serta seluruh
warganya mengupaya usaha untuk meneruskan tradisi kecemerlangan universiti ke arah
menjadi entiti pendidikan tinggi terulung di Malaysia dalam menelusuri arus pendidikan
moden masa kini.

Syabas dan tahniah kepada saudara-saudari yang telah berjaya ditawarkan tempat pengajian
di UiTM. Sesungguhnya saudara-saudari adalah golongan yang bertuah kerana telah berjaya
terpilih daripada ribuan pemohon untuk melanjutkan pengajian di UiTM.Kehadiran saudara-
saudari sebagai mahasiswa ke UiTM sangat dialu-alukan.

Buku Panduan Pendaftaran Bahagian Pengambilan Pelajar merupakan salah satu daripada
inisiatif universiti sebagai panduan bagi menyediakan kemudahan dan pengetahuan dari sisi
hal ehwal kemasukan pelajar ke UiTM. Justeru, terjemahan yang digarapkan melalui buku
panduan ini diharapkan dapat menjadi medium perantara kepada seluruh warga UiTM
khususnya mahasiswa baharu.

Semoga saudara-saudari dapat memanfaatkan peluang di institusi ini dengan menjadi


graduan yang berilmu, berketerampilan dan beramal dalam mencapai visi, misi dan objektif
UiTM bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada
Jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan kelancaran penerbitan Buku Panduan
Pendaftaran Bahagian Pengambilan Pelajar ini.

Sekian

YBHG. PROF. DATUK TS. DR. HAJAH ROZIAH BINTI MOHD JANOR
Naib Cancelor UiTM

4
MAKLUMAT KORPORAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

MOTTO
“Usaha, Taqwa, Mulia”

VISI
Menjadikan UiTM sebuah universiti terkemuka dunia dalam bidang Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Keusahawanan.

MISI
Menjuarai pembangunan bumiputera profesional yang tangkas menerusi kurikulum terkehadapan dan penyelidikan berimpak.

FALSAFAH
Setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan
profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara.

OBJEKTIF
• Memperluas akses pendidikan tinggi
• Menyediakan pendidikan bertaraf dunia
• Menawarkan program akademik yang memenuhi keperluan pasaran,memacu pembangunan negara dan kemakmuran
global
• Menghasilkan graduan seimbang berciri keusahawanan yang kompetitif di peringkat global
• Mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan
• Melestarikan kecemerlangan organisasi melaui tadbir urus yang efektif dan efisien
• Menjuarai penyelidikan berimpak melalui ekosistem penyelidikan yang padu
• Memperkasa jaringan strategik dengan alumni dan industri
• Menyediakan ekosistem terkehadapan yang kondusif untuk kemajuan akademik
• Mengawal selia kewangan secara efektif ke arah kelestarian organisasi

LATARBELAKANG SEJARAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA


Universiti Teknologi MARA bermula daripada tahun 1956 dengan penubuhan Dewan Latehan RIDA (Rural Industrial Development
Authority), pusat kuliah yang menawarkan kursus persediaan kepada pelajar berorientasikan pendidikan Inggeris.

DEWAN LATEHAN RIDA (1956-1965)


Dewan Latehan RIDA adalah inspirasi Dato’ Onn Bin Ja’afar ekoran daripada lawatan ke Ceylon (Sri Lanka) pada tahun 1951. Tujuan
utama lawatan itu adalah untuk mendalami program pembangunan dalam negeri. Matlamat penubuhan Dewan Latehan RIDA adalah
untuk membina semula kehidupan masyarakat desa dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Pada tahun 1964, Dewan Latehan RIDA
mengadakan majlis Konvokesyen yang pertama. Seramai 50 graduan telah menerima sijil daripada Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana
Menteri pada waktu itu.

MAKTAB MARA (1965-1967)


Untuk mengukuhkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan oleh pihak berkuasa, langkah pertama yang diambil ialah menukar nama
RIDA kepada MARA. Menurut Tun Abdul Razak, perubahan ini adalah untuk memberi nafas baharu dan harapan kepada RIDA. Ekoran
daripada itu, pada bulan Disember 1965, akta Majlis Amanah Rakyat telah diluluskan oleh Parlimen.

Pada bulan Jun 1965, Dewan Latehan RIDA telah ditukarkan kepada Maktab MARA dan menjadi unit terpenting di bawah Bahagian
Latihan MARA.

INSTITUT TEKNOLOGI MARA (1967-1996)


Pada hari Sabtu, bersamaan 14 Oktober 1967 batu asas pembinaan kampus baharu Maktab MARA telah diletakkan oleh Tun Abdul
Razak dan seterusnya telah menukar nama kepada Institut Teknologi MARA (ITM). Pada tahun 1970, ITM diberi autonomi penuh untuk
mentadbir di bawah Kementerian Pembangunan Dalam Negeri. Pada bulan Jun 1976, Akta ITM telah diluluskan oleh Parlimen dan
diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.

ITM SEBAGAI SEBUAH UNIVERSITI (AKTA PINDAAN 1996)


Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan 1996) meletakkan ITM seiring dengan universiti-universiti lain dalam negara. ITM telah diberi
kuasa sebagai universiti sepenuhnya. Namun begitu, nama ITM terus dikekalkan sehinggalah 26 Ogos 1999.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (26 OGOS 1999)


Tanggal 26 Ogos 1999 meletakkan nama baharu Institut kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) setelah perisytiharan di buat oleh
YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, sewaktu perasmian Perhimpunan Siswazah ITM.

Kini UiTM menawarkan sejumlah 164 program pengajian di peringkat Sarjana Muda, 78 program pengajian di peringkat Diploma, 5
program di peringkat Asasi dan 5 program Pra Diploma (PPT) dan 6 Program Profesional di pelbagai fakulti. Bidang-bidang pengajian
yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang seperti perubatan, pergigian, farmasi, penyiaran, pengurusan, pentadbiran, sains komputer,
sains kesihatan, sains gunaan, pentadbiran perniagaan, muzik, perhotelan, kejuruteraan, seni bina, perladangan dan lain- lain.

5
TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM

MULAI SESI DISEMBER 2008, SURAT TAWARAN DAN BIL BAYARAN YURAN PELAJAR HANYA AKAN
DIPAPARKAN MELALUI LAMAN WEB SAHAJA.
Tanggungjawab Calon

• Dengan penerimaan tawaran ini bermakna anda bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UiTM.

• Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang dibekalkan oleh UiTM.

PERSEDIAAN PENDAFTARAN
1. Penyediaan keperluan peribadi seperti duit saku yang berpatutan untuk membeli keperluan harian, peralatan kuliah dan buku. Selain itu,
bantal dan sarung bantal, cadar, kasut dan pakaian sukan, kasut dan pakaian formal, kelengkapan solat, baldi, sabun dan sebagainya.

2. Melapor diri pada tarikh, masa dan kampus yang dinyatakan dalam surat tawaran.

3. Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam Senarai Semakan Dokumen iaitu:
• Borang A : Borang Pendaftaran Pelajar Baharu Sepenuh Masa
• Borang B : Borang Maklumat Pelajar Baharu Secara Online
• Borang C : Laporan Pemeriksaan Kesihatan bagi semua kampus UiTM

4. Menjelaskan Bil Bayaran Yuran Pelajar


• Bil yuran pelajar perlu dijelaskan sebelum anda mendaftar. Sila klik di sini untuk Panduan Pembayaran Bil.
• Kaunter Bank Islam TIDAK disediakan pada hari pendaftaran.
• Sila pastikan anda membawa resit rasmi bayaran yuran pelajar yang telah dicetak apabila hadir mendaftar bagi mengelak sebarang
masalah semasa pendaftaran.

5. Subsidi Yuran Pengajian Yang Ditanggung oleh Kerajaan


• Pada dasarnya kerajaan telah memberi subsidi yuran pengajian untuk memberi peluang pendidikan kepada Bumiputera yang telah
berjaya ditawarkan tempat ke IPTA bagi melanjutkan pengajian. Justeru anda dinasihatkan supaya menggunakan peluang ini dengan
sebaiknya dan menjadi graduan cemerlang bagi memenuhi aspirasi pembangunan negara.

• Maklumat mengenai subsidi yuran pengajian yang ditanggung oleh Kerajaan bagi setiap Fakulti adalah seperti berikut :-
i) Program Asasi dan Diploma KLIK DI SINI
ii) Program Sarjana Muda KLIK DI SINI

6. Permohonan pinjaman PTPTN untuk pelajar baharu.


• Pemohon perlu mempunyai AKAUN BANK ISLAM bagi tujuan permohonan pinjaman PTPTN.
• Sekiranya pelajar belum mempunyai akaun Bank Islam, sila klik di sini untuk tujuan pewujudan akaun Bank Islam.
• Sila layari https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/ untuk maklumat lebih lanjut berkenaan permohonan pinjaman PTPTN.

7. Laporan Pemeriksaan Kesihatan Pelajar:

Pelajar yang mendaftar di kampus;

a. Perlu mencetak dan mengisi Borang C (Laporan Pemeriksaan Kesihatan).

b. Perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan / swasta dengan tanggungan sendiri sebelum mendaftar
sebagai pelajar UiTM
c. Laporan pemeriksaan kesihatan yang telah lengkap perlu diserahkan semasa pendaftaran.

d. Sekiranya tidak berkesempatan, anda dibenarkan membuat pemeriksaan kesihatan dalam tempoh tiga (3) minggu
selepas tarikh pendaftaran.

PERINGATAN PENTING

Jika anda seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan
DADAH, anda TIDAK LAYAK untuk mendaftar atau menjadi pelajar UiTM. Ujian air kencing
akan diadakan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian.

6
SELEPAS PENDAFTARAN
PROGRAM MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

 Bagi Kemasukan lepasan SPM/ PENERAPAN PRA DIPLOMA/ STPM/ STAM/ ASASI/ MATRIKULASI / DVM / DKM /
DLKM / DIPLOMA IPT LAIN / A-LEVEL

o Semua pelajar baharu kemasukan lepasan SPM/ PENERAPAN PRA DIPLOMA/ STPM/ STAM/ ASASI/
MATRIKULASI/ DVM/ DKM/ DLKM/ DIPLOMA IPT LAIN/ A-LEVEL adalah DIWAJIBKAN mengikuti MDS yang
bermula pada tarikh pendaftaran.

o Sebarang urusan peribadi seperti menguruskan cuti belajar, perletakan jawatan atau menyelesaikan pemeriksaan
perubatan, ianya perlu dilakukan sebelum atau selepas MDS dijalankan.

o Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti MDS tanpa sebarang gangguan, ibu/ bapa/ penjaga TIDAK
digalakkan untuk berjumpa atau melawat anak kecuali hal kecemasan.

o Pakaian semasa perasmian MDS (perlu dibawa semasa mendaftar)

o Siswa – baju kemeja lengan panjang, berseluar slack berwarna gelap dan kasut kulit berwarna hitam.

o Siswi – baju kurung dan kasut bertutup berwarna hitam.

o Sepanjang MDS semua pelajar baharu adalah dikehendaki berpakaian kemas dan mematuhi etika pakaian dan rambut
seperti yang ditetapkan.

PROGRAM SENAM SENI UITM SEMASA MINGGU DESTINI SISWA (MDS)

 Pakaian semasa Progam Senam Seni UiTM (perlu dibawa semasa mendaftar)

o Siswa
o Memakai T-Shirt (tidak terdapat sebarang corak atau gambar pada bahagian depan atau belakang)

o Memakai Seluar Track Suit bewarna gelap (tidak terdapat sebarang corak atau gambar)

o Memakai Kasut Sukan yang bersesuaian dengan aktiviti kecergasan

o Siswi
o Memakai T-Shirt lengan panjang (tidak terdapat sebarang corak atau gambar pada bahagian depan atau
belakang)

o Memakai Seluar Track Suit bewarna gelap (tidak terdapat sebarang corak atau gambar)

o Memakai Kasut Sukan yang bersesuaian dengan aktiviti kecergasan

Maklumat lanjut berkaitan Program Minggu Destini Siswa (MDS) boleh hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar seperti di bawah:

Unit Korporat & Tugas-Tugas Khas


Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Aras 4, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 2044/3222/ 3699
Faks: (+603) 5544 3535
Emel: bhep@uitm.edu.my

7
SESI PERKULIAHAN PELAJAR

Sesi perkuliahan pelajar di UiTM adalah melaksanakan mod pengajaran teradun atau Blended Learning (BL) yang mempunyai kaedah
pengajaran dan pembelajaran secara mod dalam talian dan mod pembelajaran bersemuka (onsite) dengan peratusan tertentu mengikut
pada sesuatu kursus tertentu.

UiTM amat mengutamakan aspek keselamatan, keterlibatan, kualiti dan kesinambungan PdP sebagai asas-asas utama dalam
pelaksanaan perkuliahan secara ODL ini. Program Minggu EDU5.0@UiTM akan dilaksanakan bagi memperkasakan kemahiran
komunikasi dan pengetahuan pelajar ke arah memperkayakan pengalaman mereka agar bersedia untuk mendepani suasana kelaziman
baharu kehidupan kampus nanti. Pemakluman dari masa kesemasa akan disalurkan oleh pihak Fakulti/Kampus masing-masing.

PENDAFTARAN KURSUS

Setelah pendaftaran akademik, pendaftaran kursus mestilah dilakukan secara atas talian (online) melalui Gerbang Maklumat Pelajar
(i-Student Portal) dengan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Universiti.

MUAT NAIK GAMBAR PELAJAR BAHARU UiTM

Dimaklumkan semua pelajar baharu perlu memuatnaik gambar berukuran passport yang berlatar belakang warna biru bagi tujuan
cetakan kad pelajar di Universiti Teknologi MARA di Student Portal UiTM

Di bawah adalah panduan yang perlu diikuti secara teliti oleh setiap pelajar baharu UiTM didalam memastikan gambar yang dimuat naik
menepati spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

SPESIFIKASI GAMBAR
1. Gambar berukuran passport berlatar belakang warna biru yang diambil secara professional (kedai gambar atau studio
gambar).
2. Sebarang perubahan secara digital terhadap gambar adalah tidak dibenarkan.
3. Dilarang menggunakan gambar yang telah dipotong (crop) dari sumber gambar yang lain.
4. Elakkan wujudnya garisan putih yang mengelilingi gambar kerana ini mungkin menjejaskan dimensi imej.
5. Pakaian dan penampilan hendaklah mematuhi sahsiah rupa diri pelajar.
6. Tidak dibenarkan memakai sebarang aksesori kepala atau muka seperti topi, face mask, cermin mata berfesyen ( cermin mata
hitam dan seumpamanya ), kopiah dan lain-lain.
7. Penggunaan songkok hitam bagi lelaki dan tudung bagi wanita adalah dibenarkan dan perlu dipakai secara betul serta tidak
menutup wajah.
8. Baju dan tudung yang berwarna biru atau seakan-akan biru adalah tidak dibenarkan.
9. Saiz gambar untuk dimuat naik mestilah berukuran lebar 3.5cm x tinggi 4.0cm.
10. Maklumat gambar.
Resolusi :
Lebar : 413 pixels
Tinggi : 472 pixels
Dot/Inch
Pixels/Inch : 300
File Type : Jpeg

Penafian:
Cetakan gambar pelajar di atas kad UiTM adalah bergantung kepada gambar yang dimuat naik oleh pelajar. Jika didapati
gambar yang dicetak tidak menepati peraturan universiti, bayaran RM50.00 akan dikenakan bagi tujuan gantian kad.

Gambar Yang Dibenarkan

3.5 CM

Warna Biru

Pakaian yang
betul / Sahsiah
4.0 CM

Rupa Diri Pelajar

Size Yang Betul

8
Gambar Yang Tidak Dibenarkan

3.5 CM

3.4 CM

Size Salah Tidak Fokus

SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UiTM


Tawaran kemasukan ke UiTM adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut:

1. Mematuhi Peraturan
Sepanjang tempoh pengajian di UiTM anda diwajibkan mematuhi :

Undang-undang dan Perlembagaan Negara


Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976
Peraturan Akademik Universiti Teknologi MARA
Peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak Pengurusan
Universiti.

2. Pembatalan Surat Tawaran


Pihak UiTM berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan sekiranya didapati:

• Anda tidak memenuhi syarat kelayakan masuk. Anda dinasihatkan meneliti kelayakan masuk sebelum datang
mendaftar.

• Anda mengemukakan maklumat/ dokumen palsu semasa permohonan kemasukan/ pendaftaran

• Anda telah memberi maklumat salah/ tidak benar/ manipulasi maklumat

• Anda gagal melapor diri pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

• Anda mempunyai kesan penggunaan dadah (tawaran ini tertakluk kepada keputusan ujian air kencing yang akan
diadakan selama tempoh pengajian).

• Anda TIDAK BERSTATUS TAMAT sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Diploma/ Sarjana Muda.

• Anda BUKAN BUMIPUTERA seperti yang ditakrifkan dalam perkara 160 (2) atau dalam perkara 161A (6) (a) atau
perkara 161A (6) (b) berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan arahan pentadbiran.

• Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan banduan dalam proses menunggu prosiding
jenayah terhadapnya.

Nota: Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini TIDAK akan ditanggung oleh UiTM

3. Menarik Diri Selepas Mendaftar


Pelajar yang telah mendaftar dan kemudian menarik diri sebagai pelajar, yuran pengajian boleh dituntut semula dalam tempoh
Tiga Puluh (30) hari dari tarikh pendaftaran di dalam surat tawaran.

MAKLUMAT PENTING
PERSEDIAAN MENGAMBIL ‘ENGLISH PLACEMENT TEST’
Semua calon (kecuali pelajar Asasi) perlu membawa fon telinga ‘earphone’ bagi tujuan persediaan mengambil ‘ English Placement
Test’.

PERTUKARAN KAMPUS DAN PROGRAM


Program dan kampus yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran TIDAK DIBENARKAN.

PENANGGUHAN PENGAJIAN
Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pengajian adalah tidak dibenarkan dan perlu
memohon semula pada sesi berikutnya.

9
PENDAFTARAN LEWAT
• Tawaran adalah terbatal sekiranya calon tidak mendaftar pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, calon- calon
yang terpaksa mendaftar lewat seperti ketiadaan tiket kapal terbang (calon Sabah dan Sarawak), sila maklumkan secara bersurat
kepada Dekan Fakulti/ Pengarah (bagi calon yang mendaftar di kampus Shah Alam/ Puncak Perdana/ Puncak Alam/ Sungai Buloh/
Dengkil) atau Rektor, Kampus UiTM Negeri berkenaan (bagi pelajar yang mendaftar di Kampus Negeri).

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)


Semua calon yang akan mengikuti program Sarjana Muda diwajibkan mencapai tahap MUET seperti yang terkandung dalam syarat khas
program.

AKUJANJI UNIVERSITI
Semua pelajar baharu diwajibkan menandatangani Surat Akujanji semasa Minggu Destini Siswa

LARANGAN MEMBAWA KENDERAAN DI DALAM KAMPUS


Ketetapan telah dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) bahawa semua pelajar baharu yang mendapat kemudahan kolej
kediaman dilarang membawa kenderaan sendiri di dalam kampus. Pelekat kenderaan tidak akan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar ini.

AKTIVITI YANG DIMESTIKAN KEPADA SEMUA PELAJAR BAHARU


• Kursus Asas Bina Negara – Kursus ini dimestikan kepada semua pelajar baharu (Diploma/ Sarjana Muda)
• Program Universiti – Semua program Universiti perlu diikuti oleh semua pelajar

KEMUDAHAN PENGANGKUTAN UiTM PADA HARI PENDAFTARAN

• Kemudahan pengangkutan ini disediakan khusus kepada pelajar yang mendaftar pada pendaftaran rasmi sahaja (tidak termasuk
pelajar yang berjaya rayuan).

• Bagi pelajar yang mendaftar di Kampus UiTM Shah Alam, bas awam dan bas UiTM disediakan di Seksyen Dua (2), Shah Alam untuk
berulang-alik ke Kampus UiTM Shah Alam.

• Kemudahan bas UiTM disediakan di terminal KLIA dan KLIA 2 bagi mengambil pelajar dari Sabah dan Sarawak yang mendaftar di Kampus
UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam, UiTM Puncak Perdana dan UiTM Sungai Buloh pada tarikh pendaftaran rasmi seperti di dalam
surat tawaran dan satu (1) hari sebelum hari pendaftaran. Manakala pelajar dari Sabah dan Sarawak yang mendaftar di UiTM Puncak
Alam, UiTM Puncak Perdana dan UiTM Sungai Buloh akan transit di kampus UiTM Shah Alam sebelum dibawa ke kampus yang
berkenaan untuk pendaftaran.

• Kemudahan pengangkutan bas disediakan pada jam 9.00 pagi, 2.00 petang dan 5.00 petang.

• Segala pertanyaan mengenai kemudahan pengangkutan sila hubungi :

Bahagian Pengurusan Kenderaan


Pejabat Pembangunan Infrastruktur & Infostruktur (PPII)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Tel: (+603) 5544 3019/ 3021/ 3022/ 3023/ 3024/ 3025
Fax:(+603) 5544 3020

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN UMUM
KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN

1.1 Pelajar Diploma/Asasi disediakan kemudahan kolej kediaman dengan kadar bayaran yang akan ditetapkan.
1.2 Pelajar Asasi adalah dikehendaki duduk di kolej kediaman dengan kadar bayaran yuran penginapan RM420.00 bagi satu
semester. Bil yuran penginapan akan dijana apabila pelajar hadir ke kolej membuat pendaftaran.
1.3 Kemudahan kolej kediaman bagi pelajar Sarjana Muda lepasan SPM/STPM/MATRIKULASI/ASASI/SETARAF disediakan untuk
Semester 1 sahaja dengan kadar bayaran yang akan ditetapkan.
1.4 Pelajar yang ingin memohon pengecualian bayaran kolej kediaman (selain dari pelajar Asasi) mestilah mereka yang tidak
mendapat sebarang pinjaman/bantuan kewangan dan pendapatan keluarga di bawah RM2,500.00 tanpa mengira bilangan
tanggungan serta perlu membawa dokumen sokongan seperti berikut :
i. Penyata gaji ibubapa yang telah disahkan oleh majikan/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
ii. Penyata pencen ibubapa yang disahkan*
iii. Pengesahan bertulis bagi yang tiada penyata gaji (bekerja sendiri)*
*Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/Sidang/Pegawai Pembangunan Mukim/Pengerusi JKKK
(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)

10
PERALATAN ELEKTRIK

2.0 Peralatan elektrik yang digunakan oleh pelajar di kolej kediaman dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi setiap item dan
perlu membuat pendaftaran secara atas talian melalui ‘student portal’. Pendaftaran dan bayaran bil peralatan elektrik adalah pada
setiap semester.
2.1 Pelajar perlu merujuk Pekeliling Pendaftaran Peralatan Elektrik di kampus masing – masing bagi senarai dan kuantiti peralatan
elektrik yang dibenarkan.

2.3 Pelajar baharu semester 1 yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kemudahan Kolej di kampus Shah Alam boleh
hubungi:

No Tel : 03-5544 3587/ 3515/ 3520


No. Faks : 03-55443966
Laman Web : https://hep.uitm.edu.my/main/index.php/pejabat/pusat-unit/unit-kemudahan-kolej

PERMOHONAN PEMBERIAN BANTUAN ELAUN MAKAN PELAJAR PROGRAM DIPLOMA, AC 151 DAN AP243

Kelayakan Memohon

1.0 Pemohon hendaklah terdiri daripada pelajar yang mengikuti program Diploma, Pra Diploma dan Sijil sepenuh masa di Shah
Alam dan Kampus –Kampus Negeri.

2.0 Pelajar Program Ijazah AP243 (FSPU) dan AC 151 (Profesional) adalah layak memohon kemudahan bantuan elaun makan

3.0 Pelajar yang mengikuti program Diploma dan tinggal di luar kampus (“Non- Residen”)

4.0 Hanya pelajar berstatus ‘aktif’ iaitu mendaftar sebagai pelajar dan membuat pembayaran yuran pengajian

5.0 Pelajar perlu mendaftar sebagai pelajar dengan mendaftar dan membayar yuran pengajian pada satu – satu semester

Tidak Layak Memohon

6.0 Pelajar yang mengikuti latihan amali (praktikal)

7.0 Pelajar ‘Extend’ yang berstatus ‘SML’

8.0 Pelajar yang mendapat tajaan, biasiswa, dermasiswa atau PTPTN

Cara Memohon

1. Pemohon hendaklah membuat permohonan secara dalam talian “Online”. Layari http://istudent.uitm.edu.my

2. Bagi pelajar diploma yang baharu mendaftar sebagai pelajar UiTM hendaklah mempunyai atau mendaftar ‘Student Portal’ terlebih
dahulu sebelum boleh membuat permohonan secara ‘online’.

3. Pelajar dikehendaki mengisi maklumat yang dikehendaki dalam borang permohonan dengan lengkap. Sila cetak borang
permohonan yang telah lengkap dan hantarkan bersama surat pengesahan pendapatan yang telah disahkan, sama ada:
i. Salinan Penyata Pendapatan terkini
ii. Salinan Cukai Pendapatan (Borang EA/ EC)
iii. Surat Akuan Pendapatan (hanya sah bagi ibu bapa yang bekerja sendiri/tiada Slip Pendapatan atau Borang EA/ EC.

4. Pelajar “Non-Residen” (NR) dikehendaki mengemukakan perkara di atas ke Pejabat Unit Pengurusan “Non-Residen” (NR) di
kampus masing-masing semasa mendaftar sebagai pelajar NR.

5. Salinan Penyata Pendapatan/Salinan Borang J/ Surat Akuan Pendapatan ibu bapa/penjaga perlu mendapat pengesahan terlebih
dahulu daripada salah seorang pegawai berikut:

a) Wakil Rakyat/ Senator


b) Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
c) Pengamal Undang-Undang
d) Pesuruhjaya Sumpah/ Jaksa Pendamai
e) Pengetua/ Guru Besar (sekolah kerajaan sahaja)
f) Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas/ Pegawai Tentera berpangkat Kapten dan ke atas.
g) Ketua Kampung/Penggawa/Penghulu/Ketua Masyarakat/ Sidang/ Pegawai Pembangunan Mukim/ Pengerusi JKKK
(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung).
h) Untuk Sabah dan Sarawak – Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Kapitan/ Pemanca/ Pegawai Taman Sabah.

Nota: Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atausaksi
hendaklah lengkap mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan/alamat di mana pegawai bertugas.

11
6. Permohonan yang tidak lengkap dan tidak melampirkan atau tidak memenuhi mana-mana keperluan yang dikehendaki oleh pihak
universiti, akan menyebabkan permohonan tersebut ditolak. Pemohon mestilah mempunyai atau membuka Akaun Bank Islam bagi
memudahkan proses pembayaran bantuan elaun makan ini dibuat oleh pihak universiti.

• Pemohon tidak dibenarkan berkongsi akaun bank dengan pelajar yang lain. Perkara ini akan menyebabkan permohonan
disekat bagi mengelak penipuan.

• Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak universiti mengenai perubahan atau pertukaran status
pengajian iaitu sama ada aktif, diberi cuti khas atau digantung pengajian dengan kadar segera bagi mengelak berlaku lebihan
bayaran ke akaun pelajar.

• Pelajar perlu membuat permohonan pada setiap semester.

• Keputusan sama ada seseorang pelajar layak atau tidak layak tertakluk kepada syarat atau dasar yang telah ditetapkan oleh
universiti dan sebarang keputusan adalah muktamat.

• Pemohon yang mengemukakan maklumat dan dokumen palsu boleh menyebabkan permohonan dibatalkan, kemudahan
ditarik balik serta dikenakan tindakan tatatertib mengikut peruntukan Akta 174.

• Pelajar dikehendaki mengirim maklumat permohonan dan penyata pendapatan yang telah disahkan melalui melalui pos sebaik
selesai membuat permohonan secara ‘online’.

• Permohonan ini hanya akan diproses dan diluluskan setelah pihak kolej menerima maklumat permohonan dan salinan penyata
pendapatan keluarga yang dihantar oleh pelajar.

• Jika memerlukan maklumat lanjut mengenai proses permohonan pemberian bantuan elaun makan pelajar ini, sila hubungi
talian 03-5544 3520/ 3587/ 3513 atau hubungi kolej kediaman terakhir yang pernah didiami pemohon atau di pejabat
pengurusan kolej di kampus masing-masing.

UNIT PENGURUSAN “NON RESIDEN” (NR)

• Mereka yang tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan memerlukan bantuan untuk menyewa rumah sekitar kampus boleh
berhubung dengan Unit Pengurusan NR Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) di kampus masing-masing.

• Untuk mendapatkan bantuan sewa rumah/ bilik di luar kampus dan maklumat lanjut mengenai Unit Pengurusan NR bagi kampus
Shah Alam boleh hubungi:

No Tel : 03-5544 3965/ 3967/ 3537


No. Faks : 03-55443966
Laman Web : http://hep1.uitm.edu.my/ atau https://nr.uitm.edu.my/index.php

• Untuk mendapatkan bantuan sewa rumah/ bilik di luar kampus dan maklumat lanjut mengenai Unit Pengurusan NR bagi kampus
cawangan sila rujuk di perkara Kampus-Kampus UiTM.

BANTUAN KEWANGAN / ZAKAT

• Bagi pelajar yang tergolong daripada golongan fakir miskin boleh mendapatkan bantuan zakat di Bahagian Zakat UiTM.

• Permohonan hendaklah dibuat melalui surat kepada Bahagian Zakat UiTM Shah Alam/ kampus masing-masing dengan
menyertakan surat pengesahan pendapatan ibubapa/ penjaga yang disahkan oleh Wakil Rakyat/ Penghulu/ Penggawa/ Ketua
Kampung seperti berikut:

Alamat : Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf


Universiti Teknologi MARA
40450 UiTM Shah Alam
No Tel :03-5544 3115/ 2381
WhatsApp: 019-231 3391
Email: bszw@uitm.edu.my
Email: bszw

@uitm.edu.my
12
PELAJAR PROGRAM ASASI

Pemakluman Penstrukturan Semula Bantuan Kewangan Program Asasi di Universiti Awam.

• Merujuk kepada Surat Edaran dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi bertarikh 15 Mei 2017, telah memutuskan supaya bantuan
kewangan pelajar hanya diberikan kepada golongan berpendapatan isi rumah kurang daripada RM10,000.00 berkuatkuasa bermula
sesi pengambilan bulan Mei/ Jun 2017. Permohonan yang BERJAYA akan dikeluarkan Surat Tawaran dan Borang Perjanjian
Bantuan Kewangan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi selepas 4 minggu dari tarikh kelulusan permohonan. (Layari laman
rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi (www.mohe.gov.my)

➢ Elaun Wang Saku (RM1250.00/ semester)


➢ Yuran Pengajian (RM350.00/ semester)
➢ Yuran Kolej (RM360.00 /semester)
➢ Tiket Kapal Terbang (Pelajar Sabah/Sarawak) Sekali Sepanjang Pengajian (Pergi Balik)

• Pelajar boleh mengemukakan permohonan dengan melengkapkan borang berikut :

i) Borang Permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Asasi

ii) Borang Pengesahan Akuan Pendapatan (Borang. D)

*Kedua – dua borang boleh dimuat turun http://asasi.uitm.edu.my/bkp/

Sila kemukakan Penyata Gaji / Penyata Pendapatan Bulanan yang terkini kedua-dua ibu, bapa atau penjaga.

• Terbuka kepada pelajar-pelajar Asasi ambilan Sesi 1 (OGOS) sahaja.

Nota: Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://asasi.uitm.edu.my

ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

• Pihak UiTM mengalu-alukan calon-calon OKU yang memohon atau ditawarkan tempat ke UiTM. Buat masa ini, semua kampus
UiTM belum mempunyai kemudahan asas untuk pelajar OKU. Walau bagaimanapun pihak UiTM sedang membuat perancangan
masa depan bagi menyediakan kemudahan asas kepada pelajar OKU agar dapat tinggal dan belajar dengan lebih sempurna.

• Oleh itu, pelajar yang memohon ke UiTM dan berjaya ditawarkan tempat haruslah bersedia menghadapi segala kesulitan dengan
ketiadaan kemudahan ini terutamanya dengan keadaan fizikal sedia ada.

• Bagi Mahasiswa OKU UiTM, sokongan dan perkhidmatan turut disediakan bagi memastikan anda semua dapat menjalani
kehidupan di UiTM dengan selesa. Unit Perkhidmatan OKU UiTM berperanan dalam menjaga hak dan kebajikan warga OKU UiTM.
Sila klik pautan ini untuk maklumat lanjut:
https://padlet.com/linda512/vw5a0ns9echk067t

Unit Perkhidmatan OKU (UPO UiTM)


Aras 20 Menara 1,
Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'Adzam Shah
40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Email:upo@uitm.edu.my
Facebook: Unit Perkhidmatan OKU UITM
Tel: +603-5544 2023
Fax: +603-5544 2223

PUSAT/ UNIT KESIHATAN

• Setiap kampus UiTM mempunyai Pusat/ Unit Kesihatan yang memberikan perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelajar
UiTM.
• Waktu perkhidmatan dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja.
• Untuk kes kecemasan yang memerlukan rawatan kecemasan selepas dari waktu bekerja, pelajar perlu berhubung dengan Pegawai
Pembangunan Pelajar/ Polis Bantuan yang bertugas di kolej masing-masing untuk menghubungi pegawai yang bertugas “on call’.
• Perkhidmatan–perkhidmatan yang diberikan kepada pelajar adalah Rawatan Pesakit Luar Perubatan dan Pergigian, wad
pemerhatian sementara, perkhidmatan makmal perubatan, perkhidmatan x-ray, perkhidmatan ambulan dan perkhidmatan kesihatan
meliputi pendidikan kesihatan, kawalan penyakit berjangkit, penyakit bawaan vektor dan kawalan kebersihan makanan serta premis
makanan.

13
PERPUSTAKAAN
Setiap kampus UiTM dilengkapi dengan perpustakaan, antara kemudahan yang disediakan ialah :

➢ Pinjaman/pemulangan bahan ➢ Perkhidmatan majalah


➢ Tempahan buku ➢ Portal
➢ Perkhidmatan rujukan ➢ Perkhidmatan pembaca
➢ Perkhidmatan Pusat IT ➢ Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan
➢ Perkhidmatan salinan fotostat ➢ Bilik Loker
➢ Bilik 24 jam

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
• Kolam Renang bertaraf Olimpik (di kampus Shah Alam) • Kompleks Sukan merangkumi gelanggang badminton,
• Stadium bola tampar, squash dan lain-lain lagi
• Padang Kawad dan Padang Sasar • Gymnasium
• Pejabat Pos • Pusat Islam
• Bank Simpanan Nasional • Affin Bank Berhad
• ATM-Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, CIMB Bank dan
Affin Bank

KETERANGAN LANJUT
Segala pertanyaan berkaitan dengan tawaran dan pendaftaran sila hubungi :

Pengarah
Bahagian Pengambilan Pelajar
Kompleks Antarabangsa
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

Tel : (+603) 5544 3194/ 3196 / 8067 (Unit Diploma/Asasi/Profesional)


(+603) 5544 3174/ 3195/ 3198 / 2798 (Unit Sarjana Muda)
Faks : (+603) 55443170/ (+603) 5543 8534
Web : pengambilan.uitm.edu.my

Segala pertanyaan berkaitan dengan pengurusan kebajikan pelajar dan pinjaman PTPTN sila hubungi:
Unit Pengurusan Kebajikan Pelajar (UPKP)
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

Tel : (+603) 5544 3545/3538


Web : https://hep.uitm.edu.my/main2/index.php/direktori-staf/unit/unit-pengurusan-kebajikan-pelajar

Anda juga boleh berhubung terus dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kampus cawangan.
Segala pertanyaan berkaitan dengan bantuan sewa rumah/ bilik di luar kampus sila hubungi:
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam

Tel : (+603) 5544 3965/ 3967/ 3537


Faks : (+603) 5544 3966
Laman Web : http://hep1.uitm.edu.my/
Email : nruitmsa@uitm.edu.my

Anda juga boleh berhubung terus dengan Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) kampus cawangan.
Segala pertanyaan berkaitan program pengajian seperti silibus, masa kuliah dan lain-lain , sila hubungi fakulti berkenaan:
Tel : (+603) 5544 3507/ 3505
Web : https://hea.uitm.edu.my/ (lihat pautan ACADEMIC dan FAKULTI)

Segala pertanyaan berkaitan dengan tawaran dan pendaftaran Program Asasi sila hubungi:
Pengarah
Pusat Asasi UiTM,
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor Kampus Dengkil
43800 Dengkil
SELANGOR
No Tel : +603 8924 5417
No Fax : +603 8924 5634
Laman web http://asasi.uitm.edu.my/
14
GUGUSAN FAKULTI
Universiti Teknologi MARA telah menyelaraskan fakulti-fakulti berdasarkan gugusan-gugusan tertentu iaitu:

GUGUSAN SAINS & TEKNOLOGI GUGUSAN SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN


* Fakulti Sains Gunaan * Fakulti Undang-Undang
* Fakulti Perladangan dan Agroteknologi * Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi
* Fakulti Sains Komputer & Matematik * Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media
* Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur * Fakulti Pendidikan
* Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi * Kolej Pengajian Seni Kreatif
* Fakulti Perubatan (Filem, Teater dan Animasi / Seni Lukis dan Seni
* Fakulti Pergigian Reka / Muzik)
* Fakulti Sains Kesihatan
* Fakulti Farmasi
* Kolej Pengajian Kejuruteraan
(Awam / Elektrik / Kimia / Mekanikal)

GUGUSAN PENGURUSAN & PERNIAGAAN PUSAT AKADEMIK


* Fakulti Perakaunan * Akademi Pengajian Bahasa
* Fakulti Pengurusan dan Perniagaan * Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)
* Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan
* Fakulti Pengurusan Maklumat

TEMPOH PENGAJIAN
Tempoh pengajian sepenuh masa untuk program-program di UiTM adalah seperti berikut:

• Program Pra Diploma


Tempoh pengajian ialah satu (1) semester hingga dua (2) semester.

• Program Asasi
Tempoh pengajian ialah dua (2) semester.

• Program Diploma
Tempoh pengajian ialah lima (5) semester hingga enam (6) semester.

• Program Sarjana Muda


Tempoh pengajian ialah lima (5) semester hingga sepuluh (10) semester.

Nota : Tempoh pengajian tertakluk kepada program yang ditawarkan.

15
KAMPUS-KAMPUS UiTM
KAMPUS-KAMPUS UiTM
Universiti Teknologi MARA berbangga dengan kewujudan kampus cawangannya di setiap negeri di Malaysia kecuali di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Berikut adalah kampus-kampus UiTM seluruh negara:

UiTM CAWANGAN SELANGOR UiTM CAWANGAN SABAH UiTM CAWANGAN PULAU PINANG UiTM CAWANGAN KELANTAN
Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Cawangan Sabah Cawangan Pulau Pinang Cawangan Kelantan
Selangor Darul Ehsan Kampus Kota Kinabalu Jalan Permatang Pauh 18500 Machang
No. Tel : 03-5544 2000 Beg Berkunci 71, 13500 Permatang Pauh Kelantan Darul Naim
Universiti Teknologi MARA 88997 Kota Kinabalu, Pulau Pinang No. Tel : 09-976 2000
Sabah No. Tel : 04-382 2888
Cawangan Selangor
No. Tel : 088-325 151 Universiti Teknologi MARA
Kampus Puncak Alam
Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang Kampus Kota Bharu
Cawangan Sabah Kampus Bertam Pesiaran Lembah Sireh
No. Tel : 03-3258 4000
Kampus Tawau Pendidikan Bertam 15050 Kota Bharu
Universiti Teknologi MARA KM 36 Apas Balung Perdana Persiaran Perindustrian Kelantan Darul Naim
Cawangan Selangor Peti Surat 61372 Bertam Perdana No. Tel : 09-741 7700
Kampus Puncak Perdana 91032 Tawau 13200 Kepala Batas
Jln Pulau Angsa AU10/A Sabah Pulau Pinang UiTM CAWANGAN
40150 Shah Alam Tel No: 089-951611 No. Tel: 04-562 3425 TERENGGANU
Selangor Darul Ehsan Universiti Teknologi MARA
No. Tel : 03-7962 2000 UiTM CAWANGAN JOHOR UiTM CAWANGAN SARAWAK Cawangan Terengganu
Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA Sura Hujung,
UiTM Kampus Sungai Buloh Cawangan Johor Cawangan Sarawak 23000 Dungun,
Jalan Hospital Km.12 Jln. Muar Kampus Kota Samarahan Terengganu Darul Iman
47000 Sungai Buloh 85000 Segamat Jalan Merenek, No. Tel : 09-8400 400
Selangor Darul Ehsan Johor Darul Takzim 94300 Kota Samarahan,
No. Tel : 03-6126 5000 No. Tel : 07-935 2000 Sarawak Universiti Teknologi MARA
No. Tel : 082-678300 Cawangan Terengganu
UiTM Kampus Selayang Universiti Teknologi MARA Kampus Kuala Terengganu
Jalan Prima Selayang 7 Cawangan Johor Universiti Teknologi MARA 21080 Kuala Terengganu
68100 Batu Caves Jalan Purnama, Bandar Seri Cawangan Sarawak Terengganu Darul Iman
Selangor Darul Ehsan Alam Kampus Samarahan 2 No. Tel : 09-621 6600
No. Tel : 03-6126 4000/4800 81750 Masai Jalan Dato Mohd Musa
Johor Darul Takzim 94300 Kota Samarahan, UiTM CAWANGAN PAHANG
Pusat Asasi UiTM No. Tel : 07-381 8000 Sarawak Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknologi MARA No. Tel : 082-678300 Cawangan Pahang
Cawangan Selangor UiTM CAWANGAN PERAK Kampus Jengka
Kampus Dengkil Universiti Teknologi MARA Universiti Teknologi MARA 26400 Bandar Jengka,
43800 Dengkil Cawangan Perak Cawangan Sarawak Pahang Darul Makmur
Selangor Darul Ehsan Bandar Seri Iskandar Kampus Mukah No. Tel : 09-460 2000
No Tel : 03- 8924 5417 32610 Seri Iskandar PO BOX 162, Jln Boulevard Setiaraja
Perak Darul Ridzuan Mukah, Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknologi MARA No. Tel : 05-374 2000 96400 Mukah Cawangan Pahang
Kampus Seksyen 17 Sarawak. Kampus Raub
Universiti Teknologi MARA
40200 Shah Alam, No. Tel : 084-874 102/103 27600 Raub
Cawangan Perak
Selangor Darul Ehsan Pahang Darul Makmur
No. Tel : 03-5544 2000 Kampus Tapah
UiTM CAWANGAN NEGERI No. Tel : 09-351 5555
35400 Jalan Tapah
Perak Darul Ridzuan SEMBILAN
UiTM CAWANGAN KEDAH Universiti Teknologi MARA UiTM CAWANGAN MELAKA
No. Tel : 05-406 7000
Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Universiti Teknologi MARA
Cawangan Kedah Kampus Kuala Pilah Cawangan Melaka
UiTM CAWANGAN PERLIS
08400 Merbok Pekan Parit Tinggi Kampus Alor Gajah
Universiti Teknologi MARA
Kedah Darul Aman 72000, Kuala Pilah Km. 26, Jalan Lendu
No. Tel : 04-456 2000 Kampus Perlis
02600 Arau, Negeri Sembilan 78000 Alor Gajah
No Tel : 06-483 2100 Melaka
Perlis Indera Kayangan
No. Tel : 04-988 2000 No. Tel : 06-5582000
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Negeri Sembilan Universiti Teknologi MARA
Kampus Seremban 3 Kampus Bandaraya Melaka
Persiaran Seremban Tiga / 1 110, Off Jalan Hang Tuah
70300, Seremban 3 75300 Melaka
Negeri Sembilan No. Tel : 06-285 7000
No Tel : 06-634 2000
Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka
Cawangan Negeri Sembilan Kampus Jasin
Kampus Rembau 77300 Merlimau
Jalan Kampung Pilin Melaka
71300 Rembau No. Tel : 06 - 264 5000
Negeri Sembilan
No Tel : 06-483 2100

16
LIRIK LAGU

UiTM di Hatiku Wawasan Setia Warga UiTM

17
AHLI JAWATANKUASA PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PENAUNG
YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah binti Mohd Janor

PENASIHAT
Encik Mohamad Faizul bin Mohd Ruslan

PENGERUSI
Puan Nazzreen binti Mohd Sahar

PENGHARGAAN

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua staf

Unit Pentadbiran, Unit Sarjana Muda, Unit Diploma/ Asasi/ Profesional

serta Unit Teknologi Maklumat

di atas sumbangan idea dan kerjasama.

Unit Pentadbiran

Puan Nazzreen binti Mohd Sahar


Encik Mohd Norkhairi Iqbal bin Khlid
Puan Zarina binti Md Salleh
Encik Zawawi bin Zakaria
Puan Siti Nailah binti Asnawi @ Hj Mohd Amir
Puan Aznida binti Azmi
Encik Azmi bin Mohd Nor

Unit Sarjana Muda

Encik Kamarul Aini bin Hassan Basri


Encik Mohd Suhaimi bin Arbai
Encik Muhamad Adib bin Ramli
Encik Ahmad Bakhtiar bin Noordin
Encik Noor Salimi bin Hassan
Puan Siti Barirah binti Zainal Ariffin
Puan Norhaliza binti Abu Bakar
Puan Siti Faidah binti Mohd Ibrahim Kong
Puan Ikhrima binti Sandimo

Unit Diploma / Asasi / Profesional

Puan Zaidatul Akmal binti Zawani


Encik Syaiful Nizam bin Omar
Encik Mohd Sharizal bin Mat Said
Encik Ali bin Supian
Encik Abdul Jabar bin Ahmad
Puan Nurul Farida binti Ahmad
Puan Noor Marzieyana binti Sayah

Unit Teknologi Maklumat

Encik Mohd Rafhan bin Mohd Amin


Encik Bashiruddin bin Md Izuddin
Puan Nurfazira binti Wahab
Encik Junaidi bin Johari

DAN

Pejabat Program Pra Pendidikan Tinggi (PPPT)

18

Anda mungkin juga menyukai