Anda di halaman 1dari 49

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 1

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t, dan Salam Sejahtera,

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengucapkan tahniah dan Selamat Datang kepada para pelajar
yang terpilih untuk melanjutkan pengajian di universiti kebanggaan negara ini. UKM amat berbesar hati
dan berbangga menerima kehadiran saudara saudari sebagai warga baharunya.

UKM sentiasa mendukung inisiatif kerajaan membangunkan modal insan yang cemerlang dalam semua
aspek bagi membolehkan mereka mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Program
yang dirangka melalui fakulti, institut, kolej kediaman, pusat perkhidmatan, aktiviti berpersatuan dan ko-
kurikulum menjurus ke arah pembangunan modal insan yang boleh menerajui kemajuan negara.

Saya yakin dengan segala infrastruktur yang kondusif dan kemudahan yang serba lengkap di UKM, akan
membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang berupaya mendedahkan para pelajar untuk
memperoleh pengalaman yang dapat mematangkan mereka. Melalui penyediaan ekosistem ilmu yang
mantap, adalah diharapkan para pelajar dapat membina jati diri dan sahsiah terpuji sebagai pelengkap
kepada model pembangunan modal insan komprehensif.

Sebagai warga baharu universiti, marilah memahami, menghayati dan bergerak seiring dengan Falsafah,
Wawasan dan Misi UKM untuk menjayakan peranan UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara. Saya
berharap saudara saudari akan menjadikan UKM sebagai wadah Mengilham Harapan, Mencipta Masa
Depan yang mendorong untuk terus maju dalam semua aspek kehidupan pada masa akan datang.

Sekian.

Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali


Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 2

FALSAFAH, MISI, WAWASAN DAN MATLAMAT UKM

FALSAFAH

Paduan antara Iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanafaat serta gabungan antara teori dengan
amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan
pembangunan Universiti.

MISI

Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan Bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan
budaya kebangsaan.

WAWASAN

UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya
bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

Matlamat

Untuk menjadi pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing yang;

 Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu;


 Membangun masyarakat dinamis dan berakhlak mulia;
 Mengantarabangsakan citra dan sumbangan UKM bagi masyarakat sejagat; dan
 Menjana teknologi yang bermanafaat kepada masyarakat.

GRADUAN BERASPIRASI KEBANGSAAN, KOMPETEN, BERDAYA SAING DAN INOVATIF


Graduan UKM menghayati aspirasi kebangsaan, memiliki nilai etika, ilmu pengetahuan, daya inovasi dan
daya saing yang memenuhi keperluan negara dan masyarakat sejagat.

Graduan Beraspirasi Kebangsaan


Graduan UKM memahami dan menghayati aspirasi negara, serta nilai dan budaya yang mendasari
pembangunan negara bangsa.

Graduan Berkompeten
Graduan UKM mempunyai ilmu terkini dan kemahiran insaniah tinggi serta sentiasa meningkatkan
kompetensi, bersesuaian dengan kehendak semasa dan masa depan.

Graduan Berdaya Saing & Inovatif


Graduan UKM mempunyai daya inovasi, ciri keusahawanan dan sifat kepimpinan yang menjadi pilihan
utama majikan dan pihak berkepentingan.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 3

KANDUNGAN

PERKARA MS
I Senarai Semakan Untuk Pendaftaran Diri 4

II Maklumat Penting
1.0 Yuran Kemasukan Pengajian Sesi Akademik 2018-2019 9
2.0 Tarikh-Tarikh Sesi Akademik 2018-2019 15

3.0 Atur Cara Minggu Mesra Mahasiswa 21


4.0 Pengumuman Larangan Deraan (Ragging) 23
5.0 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 24
6.0 Yayasan Bank Rakyat – Tunas Potensi Bantuan Awal Pengajian 30
7.0 Peraturan Penting 31
8.0 Maklumat Umum 33
9.0 Peraturan Pakaian & Kemasan Diri Pelajar UKM 43
10.0 Senarai Tempat Penginapan Sekitar UKM 44
11.0 Lokasi Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia 46
12.0 Pelan Kampus Induk Universiti Kebangsaan Malaysia 47
13.0 Senarai Nama Pengetua dan Kolej Kediaman 48

III Lampiran Borang-Borang Berkaitan 49


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 4

I. SENARAI SEMAKAN UNTUK PENDAFTARAN DIRI


(Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan)

A. Sekiranya saudara/i menerima tawaran, sila ambil tindakan berikut;

1. Tindakan Segera

A. Sahkan penerimaan tawaran melalui laman web


https://appsmu.ukm.my/edaftar mulai 31 Julai 2018 hingga 1 September
2018.
Sila muat naik dokumen berikut:-
a) Slip keputusan SPM
b) Slip keputusan STPM/STAM/Matrikulasi/Asasi/Diploma/Setaraf
c) Slip keputusan MUET/TOEFL/IELTS
d) Syarat Kemasukan dan Surat Aku Janji
Pastikan semua salinan sijil telah DISAHKAN sebelum muat naik ke sistem.

B. Sila kemaskini Maklumat Alamat Terkini.

C. Sila kemaskini Maklumat Waris.

D. Sila pilih Aktiviti Minggu Mahasiswa (7 Domain Kemahasiswaan).

E. Sebagai memenuhi citra UKM, pelajar diminta untuk melakukan beberapa


aktiviti sebelum hari pendaftaran:

1. Pelajar perlu memuat naik dua video iaitu:


a. Video Pengenalan Diri
b. Video bersama Alumni UKM

Seterusnya video dimuatnaik ke laman Instagram dan Facebook pelajar serta


letakkan salinan url video tersebut ke dalam ruangan video@mmm di aplikasi
mesra@ukm.

2. Aplikasi mesra@ukm boleh dimuat turun di playstore atau appstore


bermula 15 Ogos 2018.

Maklumat lanjut berkaitan arahan muat naik video dan muat turun aplikasi
mesra@ukm tersebut boleh dirujuk ke laman sesawang www.ukm.my/ukm-
siswa

3. Pelajar akan dipadankan kepada pensyarah masing-masing melalui


program Mentor-Mentee.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui aplikasi mesra@ukm dan laman


sesawang www.ukm.my/ukm-siswa
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 5

Penerangan Pelaksanaan Mod 2u2i dan 3u1i


Pengajian 4 Tahun Fakulti Sains dan Teknologi sahaja

A. Mod 2u2i

Fakulti Sains dan Teknologi menawarkan 2 program yang menggunakan


struktur program 2U2i (2 tahun di universiti 2 tahun di industri) bermula sesi
2017/2018. Program ini bermatlamat melahirkan graduan yang
berpengetahuan mantap, menyeluruh dan terkini dalam bidang pengajian,
upaya bersaing dan inovatif dalam industri berkaitan, beraspirasi kebangsaan,
kompeten dalam kemahiran insaniah, sedar terhadap persekitaran semulajadi
serta boleh menyumbang kepada pembangunan negara dan sejagat.
Penempatan di industri diharapkan dapat membolehkan pelajar mengikuti
pembelajaran secara terus di tempat kerja serta menjalankan projek industri
di samping membantu meningkatkan kemahiran dan kesedaran industri yang
diperlukan serta meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehgajian pelajar.

Sebarang Pertanyaan:

Program Bioteknologi Tumbuhan / Bioteknologi dengan Pengurusan


Prof. Dr. Sheila Nathan
sheila@ukm.edu.my
03 – 8926 7446

Program Oleokimia
Dr. Rozida Mohd Khalid
rozidakhalid@ukm.edu.my
03 – 8921 5424

B. Mod 3u1i

Fakulti Sains dan Teknologi menawarkan 5 program yang menggunakan


struktur program 3U1i (3 tahun di universiti 1 tahun di industri) bermula sesi
2017/2018. Matlamat struktur program ini adalah melahirkan graduan yang
menguasai serta berkeupayaan mengguna pakai ilmu dan kemahiran bidang
pengajian secara saintifik, profesional dan beretika untuk memenuhi
keperluan kerjaya, negara dan masyarakat. Pelajar akan melengkapkan 3
tahun pengajian di UKM untuk memperolehi kemahiran teori, kemahiran
generik serta pengalaman penyelidikan. Program ini ditambah nilai dengan
perlaksanaan pembelajaran di tempat bekerja iaitu industri berkaitan dengan
bidang pengajian selama 12 bulan. Adalah diharapkan graduan dapat
memenuhi peluang pekerjaan di sektor awam dan swasta dalam bidang sains
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 6

yang amat diperlukan.

Sebarang Pertanyaan:

Program Sains Sekitaran


Prof. Madya Dr. Zulfahmi Bin Ali Rahman
zarah1970@ukm.edu.my
03 – 8921 3318

Program Kimia
Prof. Madya Dr. Siti Fairus Binti Mohd Yusoff
sitifairus@ukm.edu.my
03 – 8921 4215

Program Teknologi Kimia


Dr. Farah Hannan Anuar
farahhannan@ukm.edu.my
03 – 8921 5424

Program Bioinformatik
Prof. Madya Dr. Roohaida Binti Othman
roohaida@ukm.edu.my
03 – 8921 5190

Program Sains Makanan


Dr. Salma Binti Mohamad Yusop
salma_my@ukm.edu.my
03 – 8921 5989

F. Semua pelajar WAJIB mengakses dan mengisi Sistem Analisis Penilaian Kendiri
(ASK@UKM) sebelum lapor diri ke UKM.

Sistem ASK@UKM mengandungi ujian psikometrik dan survey ringkas.

Cara untuk mengakses sistem Analisis Skil Kendiri adalah seperti berikut
1. Layari www.tellnsearch.com
2. Klik pautan "registration/login"
3. Lengkapkan maklumat pendaftaran dan klik "login"
4. Pelajar diminta mengisi passcode.
5. Passcode Pelajar = ukmstudents2018
6. Pelajar diberi pilihan untuk menjawab dalam Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris.
7. Pelajar perlu mengisi maklumat sendiri. Tiada jawapan yang betul atau
salah.
8. Akses ini sah bermula 15 Ogos 2018 sehingga 15 September 2018.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi En. Mohd Shahidi B Ismail
di talian 0193425047.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 7

G. Muat naik gambar berukuran passport (berlatar belakangkan warna biru)


secara atas talian dengan SEGERA untuk tujuan Kad Kampus. Sila ikuti
tatacara / panduan di Sistem Kad Kampus UKM (UKMCard) di laman web
https://appsmu.ukm.my/edaftar
H. Jelaskan jumlah bayaran yuran kemasukan seperti yang tertera pada surat
tawaran, di bank berikut:

1) Bank Islam Malaysia Berhad


- Kaunter Bank Islam
- Auto Teller (ATM)
- Cash Deposit Machine (CDM) Mesin ATM BIMB

2) CIMB Bank
- CIMBclicks

3) Kaunter Hasil, Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 7,


Bangunan Pusat Pengurusan Akademik
- Kad Kredit/Kad Debit
(kecuali kad American Express/BIMB dan CIMB)

Sila rujuk kaedah bayaran di muka surat 11-13.

Sila simpan salinan Slip Pembayaran (Bank Islam Malaysia Berhad/CIMB


Bank) sebagai rujukan.

I. Pemeriksaan Kesihatan

Lakukan pemeriksaan kesihatan di hospital/klinik berikut;


a. Pusat Kesihatan Universiti, UKM Bangi,
b. Klinik / Hospital Kerajaan,
c. Klinik / Hospital Kerajaan Swasta.

Pelajar di sekitar Lembah Klang digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan


ini di Pusat Kesihatan Universiti, UKM Bangi.

Pusat Kesihatan Universiti menawarkan harga yang berpatutan untuk


pemeriksaan ini.

JENIS PEMERIKSAAN HARGA

PEMERIKSAAN FIZIKAL, X-RAY DADA DAN AIR KENCING RM 60

PEMERIKSAAN FIZIKAL, X-RAY DADA, AIR KENCING, UJIAN RM 170


DARAH DAN UJIAN DADAH

Sila gunakan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan seperti dilampiran (sila


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 8

cetak borang tersebut dan bawa berjumpa dengan Pakar Perubatan semasa
pemeriksaan kesihatan).

Pelajar dikehendaki untuk memberikan maklumat kesihatan diri yang tepat


dan benar.

Tertakluk dibawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar, pelajar yang


mempunyai masalah kesihatan atau menghidapi apa-apa jenis penyakit
adalah layak untuk mendaftar, tetapi kos rawatan penyakit tersebut tidak
akan ditanggung oleh UKM.

Setelah selesai melakukan pemeriksaan kesihatan, sila muat naik Laporan


Pemeriksaan Kesihatan yang lengkap di https://appsmu.ukm.my/edaftar
Laporan dan filem x-ray hendaklah disimpan oleh pelajar dan TIDAK PERLU
dibawa semasa hari pendaftaran.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-8921 4510 / 4555 / 5087.

Semua pelajar diminta untuk mendaftar secara atas talian (e-daftar) setelah
melengkapkan perkara 1 para A hingga para I. Sila cetak slip pendaftaran e-
daftar dan simpan sebagai rujukan semasa hari pendaftaran.

2. Keperluan Semasa Pendaftaran

Sila berpakaian kemas dan sopan semasa mendaftar diri seperti pada panduan
Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM yang disertakan dalam buku
ini.
Sediakan 6 keping gambar (berwarna) terbaru ukuran pasport dan di
belakangnya catatkan nama, fakulti dan nombor pendaftaran (tidak termasuk
gambar yang diperlukan pada Borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan)

Sediakan pakaian berikut untuk mengikuti Acara Minggu Mesra Mahasiswa


(MMM).
Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan
- 2 atau 3 helai baju kemeja - 2 atau 3 helai baju kurung
lengan panjang warna putih berwarna kemerahan (corak
- Seluar panjang berwarna gelap pilihan sendiri)
- Baju sukan lengan pendek - Baju sukan lengan panjang/pendek
berkolar berkolar
- Kasut sukan - Kasut sukan

Sediakan keperluan seperti bantal, sarung bantal, selimut, cadar dan


keperluan peribadi yang lain.
Sila bawa salinan Slip Pembayaran (Bank Islam Malaysia Berhad/CIMB Bank).
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 9

3. Senarai Tempat Penginapan

Senarai Tempat Penginapan Sekitar UKM ada pada lampiran buku ini (muka
surat 44) sekiranya ibu / bapa / penjaga memerlukan penginapan semasa hari
pendaftaran.

B. Sekiranya saudara/i menolak tawaran, sila ambil tindakan berikut dengan SEGERA:

Sahkan penolakan tawaran melalui laman web


https://appsmu.ukm.my/edaftar mulai 31 Julai 2018 hingga 13 Ogos 2018.

II. MAKLUMAT PENTING

1.0 Yuran Kemasukan/Pengajian Prasiswazah Sesi Akademik 2018-2019

Yuran bagi pelajar prasiswazah terbahagi kepada lima komponen seperti berikut:-

I. Yuran Pendaftaran
Yuran Pendaftaran dikenakan sekali sahaja kepada pelajar baharu sepanjang pengajian di
universiti. Yuran Pendaftaran hendaklah dibayar sebelum pelajar mendaftarkan diri ke
universiti.

Yuran Pendaftaran (RM)

1. Semua Fakulti 1,200.00


2. Diploma Lanjutan Kebidanan 690.00

*Kadar yuran di atas tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa

II. Yuran Pengajian


Yuran pengajian dikenakan kepada pelajar pada tiap semester, bayaran hendaklah dibuat
satu bulan selepas pelajar mendaftar. Kadar yuran pengajian mengikut fakulti adalah
seperti berikut:-
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 10

Fakulti / Program (RM)

1. Fakulti Pengajian Islam 550.00


2. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 550.00
3. Fakulti Ekonomi dan Perniagaan 550.00
4. Fakulti Undang-Undang 550.00
5. Fakulti Pendidikan 550.00
6. Fakulti Sains Kesihatan 600.00
7. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 600.00
8. Fakulti Sains dan Teknologi 600.00
9. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina 700.00
10. Kejururawatan 660.00
11. Fakulti Farmasi 850.00
12. Fakulti Pergigian 1850.00
13. Fakulti Perubatan 900.00
14. Pusat Citra Universiti 550.00
15. Diploma Lanjutan Kebidanan 660.00

*Kadar yuran di atas tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa

III. Yuran Perkhidmatan & Aktiviti Prasiswazah Setiap Semester


Yuran ini dikenakan pada setiap semester kepada semua pelajar UKM.

Jenis Yuran (RM)

1. Kesihatan 75.00
2. Kebajikan dan Insuran 35.00
3. Perpustakaan 50.00
4. Aktiviti PMUKM 20.00
5. Aktiviti Sukan dan Rekreasi 20.00
6. Perkhidmatan ICT & Utiliti 80.00
7. Pengangkutan 60.00
JUMLAH 340.00
Caj Perkhidmatan Klinikal
250.00
8. *Fakulti Sains Kesihatan (FSK) sahaja
JUMLAH (FSK sahaja) 590.00

*Kadar yuran di atas tertakluk kepada perubahan dari masa ke masa


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 11

IV. Yuran Kolej Penginapan


i. Caj penginapan adalah mengikut jenis kolej dan bilik. Anggaran yuran penginapan
bagi semua jenis kolej penginapan kecuali Kolej Ibu Zain adalah dari RM480.00
hingga RM1,200.00/semester.
(termasuk yuran aktiviti kolej sebanyak RM50.00)
ii. Bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh satu (1) bulan selepas pelajar mendaftar
di kolej penginapan.

V. Yuran Kolej Penginapan Premier

 Kolej Ibu Zain


Jenis Yuran Kadar Jenis Bilik
Single
RM549/sebulan
(premium)
Twin Sharing
Penginapan RM399/seorang/sebulan
(premium)
Single
RM49/night
(premium)
Aktiviti Kolej RM50.00
*Kadar yuran di atas tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa

Untuk tempahan di Kolej Ibu Zain boleh hubungi 03-89213186 / 01156888300.

Bagi tujuan pendaftaran diri pelajar baharu, bayaran yang perlu dijelaskan hanyalah yuran
pendaftaran dan hendaklah dijelaskan sebelum pelajar datang pada hari pendaftaran.

VI. KAEDAH BAYARAN (KECUALI YURAN PENDAFTARAN)

Pelajar dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum tarikh pendaftaran, sila rujuk
jadual kaedah bayaran untuk membuat pembayaran.

KAEDAH BAYARAN

a) Bayaran di Kaunter Bank Islam (Bill Presentment)


(Warganegara sahaja)
 Bayaran boleh di buat dimana-mana kaunter cawangan BIMB
 Isi ‘Slip Pembayaran Bil’
 Bayaran kepada UKM
 Nyatakan No. Pendaftaran
 Masukkan amaun bayaran
 Serah slip dan bayaran di kaunter Bank
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 12

KAEDAH BAYARAN

 Simpan slip bayaran

b) Mesin ‘Auto-Teller’ (ATM) (Pelajar perlu mempunyai akaun


dengan BIMB dan warganegara sahaja)
 Masukkan kad ATM
 Pilih Ada akaun BIMB
 Masukkan kad ATM
 Pilih Menu ‘Lain-lain’
 Pilih ‘Pembayaran Bil IPT’
 Pilih no. akaun Bank yang akan ditolak
 Masukkan no. kad pengenalan
 Pilih No. Pendaftaran pelajar UKM
 Masukkan amaun bayaran
 Pastikan transaksi Berjaya
 Simpan slip bayaran

c) Cash Deposit Machine (CDM) Mesin ATM BIMB- pelajar tidak


perlu ada akaun BIMB (untuk warganegara sahaja )
 Pilih lain-lain
 Pilih ‘Pembayaran Bil IPT’
 Masukkan no. kad pengenalan
 Pilih No. Pendaftaran pelajar
 Masukkan duit dalam mesin
 Sahkan bayaran
 Pastikan transaksi Berjaya
 Simpan slip bayaran

*Bayaran akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja.

d) CIMBclicks – Pelajar perlu mempunyai akaun dengan CIMB Bank.

 CIMBclicks – Pelajar perlu mempunyai akaun dengan CIMB


Bank.
 Dapatkan e-pin no dimana-mana mesin ATM CIMB
 ‘Sign-Up ‘ di dalam laman web CIMB Clicks
 Untuk membuat bayaran ‘Login’
 Pilih ‘paybill’
 Pilih ‘saving account’ / ‘current account’
 Pilih/Masukkan nama penerima: ‘Universiti Kebangsaan
Malaysia- Yuran Pelajar’
 Masukkan no. pendaftaran dan no kad
pengenalan/paspot(bukan warganegara)
 Masukkan amaun bayaran
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 13

KAEDAH BAYARAN

 Klik ‘proceed to payment’


 Klik TAC dan masukkan no TAC selepas menerima dari pihak
Bank
 Pastikan status transaksi adalah ‘successful’ dan cetak
penyata
 Klik TAC dan masukkan no TAC selepas menerima dari pihak
Bank
 Pastikan status transaksi adalah “successful” dan cetak
penyata.
 Simpan penyata untuk rujukan.

*Bayaran akan dikemaskini dalam tempoh 2-3 hari bekerja.

Borang Permohonan Surat Pengesahan Pengeluaran KWSP boleh


didapati di Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 7,
Bangunan Pusat Pengurusan Akademik atau dimuat turun di laman
web Jabatan Bendahari. Surat pengesahan KWSP boleh dituntut
dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh borang dihantar ke Bahagian
Kewangan Pelajar.

Pelajar yang mendapat tajaan biasiswa atau bantuan kewangan


dikehendaki segera menghantar salinan surat tawaran penajaan
TAJAAN kepada Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari, Aras 7,
Bangunan Pusat Pengurusan Akademik dan adalah menjadi
tanggungjawab pelajar untuk memastikan penaja membayar yuran
setiap semester.

Sila pastikan pelajar memasukkan no matrik yang betul semasa membuat transaksi bayaran dan
bukti pembayaran perlu disimpan untuk rujukan. Sekiranya bayaran tidak dibuat mengikut
kaedah yang dibenarkan, pelajar perlu bertanggungjawab di atas masalah yang timbul.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 14

VII. POLISI KEWANGAN JIKA PELAJAR MENARIK DIRI / GANTUNG PENDAFTARAN

Bagi pelajar yang menarik diri atau gantung pengajian, hanya bayaran yuran pengajian sahaja
akan dipulangkan kepada pelajar mengikut tempoh yang ditetapkan seperti berikut:-

Jenis Yuran / Tempoh Pemulangan Yuran

Yuran Pendaftaran Tidak dikembalikan

Yuran Pengajian
 Sebelum minggu kuliah 100%
 Minggu 1-2 kuliah 70%
 Minggu 3-6 kuliah 50%
 Selepas minggu keenam kuliah Tiada
Yuran Penginapan Tidak dikembalikan

VIII. SEMAKAN AKAUN PELAJAR

Pelajar hendaklah dari masa ke masa menyemak akaun pelajar samada semua yuran telah
dijelaskan atau belum. Pelajar juga hendaklah memeriksa semua transaksi adalah tepat dan
memaklumkan kepada Bahagian Kewangan Pelajar jika terdapat sebarang masalah mengenai
yuran. Semakan akaun pelajar boleh dibuat melalui portal e-kewangan di alamat
https://ekew.ukm.my/efast/ selepas mendapat id SMP web.
Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh diajukan kepada Bahagian Kewangan Pelajar di
talian 03-8911 8182 / 8183 atau emel ukpbendahari@ukm.edu.my .
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 15

2.0 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK 2018-2019

I. KAMPUS INDUK BANGI, FAKULTI SAINS KESIHATAN & FAKULTI FARMASI

Semester I
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Pendaftaran Diri Pelajar Baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa 02 – 09 September 1 minggu
(MMM) 2018
Sesi Pembelajaran 10 Sept – 2 Nov 2018 8 minggu
Cuti Pertengahan Semester 3 – 11 Nov 2018 1 minggu
Sesi Pembelajaran 12 Nov – 21 Dis 2018 6 minggu
Cuti Ulangkaji 22 – 30 Dis 2018 1 minggu
Peperiksaan 31 Dis 2018 – 18 Jan 3 minggu
2019
Cuti Semester 19 Jan – 17 Feb 2019 4 minggu

Semester II
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Sesi Pembelajaran 18 Feb – 5 April 2019 7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 6 – 14 April 2019 1 minggu
Sesi Pembelajaran 15 April – 31 Mei 2019 7 minggu
Cuti Ulangkaji 1 – 9 Jun 2019 2 minggu
Peperiksaan 10 – 28 Jun 2019 3 minggu
Cuti Semester 29 Jun – 31 Ogos 2019 9 minggu

Semester III
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Sesi Pembelajaran 1 Julai – 16 Ogos 2019 7 minggu
Peperiksaan 19 – 23 Ogos 2019 1 minggu

Catatan:

Semester I
 Cuti Ganti Hari Keputeraan YDP Agong – 10 September 2018 (Isnin)
 Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 11 September 2018 (Selasa)
 Cuti Ganti Hari Malaysia – 17 September 2018 (Isnin)
 Cuti Hari Deepavali – 6 November 2018 (Selasa)
 Cuti Maulidur Rasul – 20 November 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Tahun Baharu – 1 Januari 2019 (Selasa)
 Cuti Thaipusam – 21 Januari 2019 (Isnin)
 Cuti Tahun Baharu Cina – 5 & 6 Februari 2019 (Selasa dan Rabu)

Semester II
 Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Wesak – 19 Mei 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Nuzul Quran – 22 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Raya Aidilfitri – 5 & 6 Jun 2019 (Rabu dan Khamis)
 Cuti Hari Raya Aidiladha – 11 Ogos 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2019 (Sabtu)
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 16

II. FAKULTI PERGIGIAN

Semester I
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Pendaftaran Diri Pelajar Baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa 02 – 09 September 1 minggu
(MMM) 2018
Pendaftaran Kursus 10 – 16 September 1 minggu
2018
Sesi Pembelajaran 10 Sept – 11 Nov 2018 9 minggu
Cuti Pertengahan Semester 12 – 18 Nov 2018 1 minggu
Sesi Pembelajaran 19 Nov 2018 – 27 Jan 10 minggu
2019
Ujian Semester 28 Jan – 03 Feb 2019 1 minggu
Cuti Semester 04 – 17 Feb 2019 2 minggu
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 25

Semester II
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Sesi Pembelajaran 18 Feb – 21 April 2019 9 minggu
Cuti Pertengahan Semester 22 – 28 April 2019 1 minggu
Sesi Pembelajaran 29 April – 30 Jun 2019 9 minggu
Minggu Ulangkaji 01 – 07 Julai 2019 1 minggu
Peperiksaan Profesional (Pertama, Kedua, Ketiga & Keempat) 08 – 21 Julai 2019 2 minggu
Cuti Semester 22 Julai – 01 Sept 2019 6 minggu
Peperiksaan Profesional (Ulangan) 12 – 25 Ogos 2019 2 minggu
(Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat)
JUMLAH MINGGU SEMESTER 2 30
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 & 2 55

Catatan:

Semester I
 Cuti Ganti Hari Keputeraan YDP Agong – 10 September 2018 (Isnin)
 Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 11 September 2018 (Selasa)
 Cuti Ganti Hari Malaysia – 17 September 2018 (Isnin)
 Cuti Hari Deepavali – 6 November 2018 (Selasa)
 Cuti Maulidur Rasul – 20 November 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Tahun Baharu – 1 Januari 2019 (Selasa)
 Cuti Thaipusam – 21 Januari 2019 (Isnin)
 Cuti Tahun Baharu Cina – 5 & 6 Februari 2019 (Selasa dan Rabu)

Semester II
 Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Wesak – 19 Mei 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Nuzul Quran – 22 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Raya Aidilfitri – 5 & 6 Jun 2019 (Rabu dan Khamis)
 Cuti Hari Raya Aidiladha – 11 Ogos 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2019 (Sabtu)
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 17

III. FAKULTI PERUBATAN (IJAZAH DOKTOR PERUBATAN - TAHUN 1)

Semester 1
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Pendaftaran Diri Pelajar Baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa 02 -09 Sept 2018 1 minggu
(MMM)
Kem PPD 10 Sept. – 16 Sept. 2018 1 minggu
Sesi Pembelajaran 17 Sept – 04 Nov. 2018 7 minggu
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 5 – 11 November 2018 1 minggu
Sesi Pembelajaran 12 Nov. 2018 – 13 Jan 9 minggu
2019
CUTI ULANGKAJI 14 – 20 Jan. 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 21 Jan. – 03 Feb. 2019 2 minggu
Cuti Akhir Semester 1 04 – 17 Feb. 2019 2 minggu
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 24

Semester 2
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Sesi Pembelajaran 18 Feb. – 14 April 2019 8 minggu
CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 15 – 21 April 2019 1 minggu
Sesi Pembelajaran 22 April – 02 Jun 2019 6 minggu
CUTI 03 – 09 Jun 2019 1 minggu
Sesi Pembelajaran 10 – 23 Jun 2019 2 minggu
CUTI ULANGKAJI 24 – 30 Jun 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 2 01 – 14 Julai 2019 2 minggu
CUTI ULANGKAJI SEMESTER 1 & 2 15 Julai – 11 Ogos 2019 4 minggu
Peperiksaan (U) Semester 1 & 2 12 – 25 Ogos 2019 2 minggu
JUMLAH MINGGU SEMESTER 2 27
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 & 2 51

Catatan:

Semester I
 Cuti Ganti Hari Keputeraan YDP Agong – 10 September 2018 (Isnin)
 Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 11 September 2018 (Selasa)
 Cuti Ganti Hari Malaysia – 17 September 2018 (Isnin)
 Cuti Hari Deepavali – 6 November 2018 (Selasa)
 Cuti Maulidur Rasul – 20 November 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Tahun Baharu – 1 Januari 2019 (Selasa)
 Cuti Thaipusam – 21 Januari 2019 (Isnin)
 Cuti Tahun Baharu Cina – 5 & 6 Februari 2019 (Selasa dan Rabu)
Semester II
 Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Wesak – 19 Mei 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Nuzul Quran – 22 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Raya Aidilfitri – 5 & 6 Jun 2019 (Rabu dan Khamis)
 Cuti Hari Raya Aidiladha – 11 Ogos 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2019 (Sabtu)
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 18

IV. FAKULTI PERUBATAN (IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN – TAHUN 1)

Semester I
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Pendaftaran Diri Pelajar Baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa 02 – 09 Sept 2018 1 minggu
(MMM)
Pengajaran & Pembelajaran 10 Sept – 04 Nov 2018 8 minggu
Cuti Pertengahan Semester 05 Nov – 11 Nov 2018 1 minggu
Pengajaran & Pembelajaran 12 Nov 2018 – 20 Jan 10 minggu
2019
Cuti Ulangkaji 21 – 27 Jan 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 28 – 31 Jan 2019 1 minggu
Cuti 01 – 10 Feb 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 11 – 17 Feb 2019 1 minggu
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 24

Semester II
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Pengajaran dan Pembelajaran 18 Feb – 07 April 2019 7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 08 – 14 April 2019 1 minggu
Pengajaran dan Pembelajaran 15 April – 02 Jun 2019 7 minggu
CUTI 03 – 09 Jun 2019 1 minggu
Pengajaran dan Pembelajaran 10 – 30 Jun 2019 3 minggu
Cuti Ulangkaji 01 – 07 Julai 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 2 / Peperiksaan Ikhtisas Akhir 08 – 21 Julai 2019 2 minggu
Cuti Akhir Semester / Cuti Ulangkaji 22 Julai – 18 Ogos 2019 4 minggu
Peperiksaan (U) Akhir Semester 1 & 2 19 – 31 Ogos 2019 2 minggu
JUMLAH MINGGU SEMESTER 2 28
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 & 2 52

Catatan:

Semester I
 Cuti Ganti Hari Keputeraan YDP Agong – 10 September 2018 (Isnin)
 Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 11 September 2018 (Selasa)
 Cuti Ganti Hari Malaysia – 17 September 2018 (Isnin)
 Cuti Hari Deepavali – 6 November 2018 (Selasa)
 Cuti Maulidur Rasul – 20 November 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Tahun Baharu – 1 Januari 2019 (Selasa)
 Cuti Thaipusam – 21 Januari 2019 (Isnin)
 Cuti Tahun Baharu Cina – 5 & 6 Februari 2019 (Selasa dan Rabu)
Semester II
 Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Wesak – 19 Mei 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Nuzul Quran – 22 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Raya Aidilfitri – 5 & 6 Jun 2019 (Rabu dan Khamis)
 Cuti Hari Raya Aidiladha – 11 Ogos 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2019 (Sabtu)
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 19

V. FAKULTI PERUBATAN (IJAZAH SARJANAMUDA SAINS PERUBATAN KECEMASAN - TAHUN 1)

SEMESTER 1
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Pendaftaran Diri Pelajar Baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa 02 – 09 Sept 2018 1 minggu
(MMM)
Sesi Pembelajaran 10 Sept – 04 Nov 2018 8 minggu
Cuti Pertengahan Semester 05 Nov – 11 Nov 2018 1 minggu
Sesi Pembelajaran 12 Nov 2018 – 16 Dis 5 minggu
2018
Cuti Ulangkaji 17 – 23 Dis 2018 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 24 Dis 2018 – 13 Jan 3 minggu
2019
Cuti Akhir Semester 1 14 Jan – 17 Feb 2019 5 minggu
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 24

SEMESTER 2
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Sesi Pembelajaran 18 Feb – 07 April 2019 7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 08 – 14 April 2019 1 minggu
Sesi Pembelajaran 15 April – 02 Jun 2019 7 minggu
Cuti Ulangkaji 03 – 09 Jun 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 2 10 – 30 Jun 2019 3 minggu
Cuti Ulangkaji Semester 1 & 2 01 – 28 Julai 2019 4 minggu
Peperiksaan (U) Semester 1 & 2 29 Julai – 11 Ogos 2 minggu
2019
Cuti Akhir Semester 2 12 Ogos – 01 Sept 3 minggu
2019
JUMLAH MINGGU SEMESTER 2 28
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 & 2 52

Catatan:

Semester I
 Cuti Ganti Hari Keputeraan YDP Agong – 10 September 2018 (Isnin)
 Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 11 September 2018 (Selasa)
 Cuti Ganti Hari Malaysia – 17 September 2018 (Isnin)
 Cuti Hari Deepavali – 6 November 2018 (Selasa)
 Cuti Maulidur Rasul – 20 November 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Tahun Baharu – 1 Januari 2019 (Selasa)
 Cuti Thaipusam – 21 Januari 2019 (Isnin)
 Cuti Tahun Baharu Cina – 5 & 6 Februari 2019 (Selasa dan Rabu)
Semester II
 Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Wesak – 19 Mei 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Nuzul Quran – 22 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Raya Aidilfitri – 5 & 6 Jun 2019 (Rabu dan Khamis)
 Cuti Hari Raya Aidiladha – 11 Ogos 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2019 (Sabtu)
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 20

VI. FAKULTI PERUBATAN (DIPLOMA LANJUTAN KEBIDANAN)

SEMESTER 1
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Pendaftaran Diri Pelajar Baharu dan Minggu Mesra Mahasiswa 02 – 09 Sept 2018 1 minggu
(MMM)
Pengajaran & Pembelajaran 10 Sept – 04 Nov 2018 8 minggu
Cuti Pertengahan Semester 05 Nov – 11 Nov 2018 1 minggu
Pengajaran & Pembelajaran 12 Nov 2018 – 20 Jan 10 minggu
2019
Ulangkaji 21 – 27 Jan 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 28 – 31 Jan 2019 1 minggu
Cuti 1 – 10 Feb 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 1 11 – 17 Feb 2019 1 minggu
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 24

SEMESTER 2
AKTIVITI TARIKH TEMPOH
Pengajaran & Pembelajaran 18 Feb – 07 April 2019 7 minggu
Cuti Pertengahan Semester 08 – 14 April 2019 1 minggu
Pengajaran & Pembelajaran 15 April 2019 – 02 Jun 7 minggu
2019
Cuti 03 – 09 Jun 2019 1 minggu
Pengajaran & Pembelajaran 10 Jun – 21 Julai 2019 6 minggu
Ulangkaji 22 – 28 Julai 2019 1 minggu
Peperiksaan Akhir Semester 2 / Peperiksaan Ikhtisas Akhir 29 Julai – 09 Ogos 2019 2 minggu
Cuti Akhir Semester / Cuti Ulangkaji 10 – 23 Ogos 2019 2 minggu
Peperiksaan Ulangan Akhir Semester 2 24 – 31 Ogos 2019 1 minggu
JUMLAH MINGGU SEMESTER 2 28
JUMLAH MINGGU SEMESTER 1 & 2 52

Catatan:

Semester I
 Cuti Ganti Hari Keputeraan YDP Agong – 10 September 2018 (Isnin)
 Cuti Awal Muharram (Maal Hijrah) – 11 September 2018 (Selasa)
 Cuti Ganti Hari Malaysia – 17 September 2018 (Isnin)
 Cuti Hari Deepavali – 6 November 2018 (Selasa)
 Cuti Maulidur Rasul – 20 November 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Keputeraan Sultan Selangor – 11 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Hari Krismas – 25 Disember 2018 (Selasa)
 Cuti Tahun Baharu – 1 Januari 2019 (Selasa)
 Cuti Thaipusam – 21 Januari 2019 (Isnin)
 Cuti Tahun Baharu Cina – 5 & 6 Februari 2019 (Selasa dan Rabu)
Semester II
 Cuti Hari Pekerja – 1 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Wesak – 19 Mei 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Nuzul Quran – 22 Mei 2019 (Rabu)
 Cuti Hari Raya Aidilfitri – 5 & 6 Jun 2019 (Rabu dan Khamis)
 Cuti Hari Raya Aidiladha – 11 Ogos 2019 (Ahad)
 Cuti Hari Kebangsaan – 31 Ogos 2019 (Sabtu)
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 21
3.0 ATUR CARA MINGGU MESRA MAHASISWA
SESI AKADEMIK 2018-2019
“UKM Menjuarai”
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 22

1. Penyediaan makan dan minum pelajar baharu bermula pada hari Ahad, 2
September 2018 iaitu minum petang, makan malam dan minum malam.
Manakala dari 3 September 2018 hingga 6 September 2018 (Ahad – Khamis)
akan disediakan sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang,
makan malam dan minum malam. Makan tengah hari bersama dengan Dekan di
Fakulti pada 3 September 2018 (Isnin) diuruskan oleh Fakulti.

2. Urusan pendaftaran kursus bertempat di Fakulti masing-masing.

3. Ibu bapa / Penjaga yang datang awal untuk mengiringi anak mereka ke UKM dan
memerlukan kemudahan tempat tinggal sila hubungi Unit Penginapan dan
Kemasukan Pelajar, UKM (En. Khaizulnizam Mohamad Zuldin) di No. Telefon 03-
89215838 atau 013-3400833, emel: doublen@ukm.edu.my

Peringatan Khas:

 Pelajar baharu DIWAJIBKAN menghadiri Acara Minggu Mesra Mahasiswa


(MMM).
 Pengecualian menghadiri Acara MMM hanya diberikan oleh Timbalan Naib
Canselor (Hal ehwal Pelajar dan Alumni) UKM.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 23

4.0 PENGUMUMAN LARANGAN DERAAN (RAGGING)

Kepada,
Semua Pelajar (Baharu dan Lama)
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saudara/i,

DERAAN (RAGGING) ATAU PERKARA YANG SEUMPAMANYA

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa deraan fizikal atau mental termasuk perbuatan dan
perkataan yang menjatuhkan air muka, maruah dan kehormatan diri seseorang pelajar dalam apa jua
bentuknya yang boleh ditafsirkan sebagai DERAAN (RAGGING) adalah DIHARAMKAN di Universiti ini.
DERAAN (RAGGING) IALAH SATU KESALAHAN TATATERTIB YANG MANA IANYA MERUPAKAN
PERBUATAN YANG MEROSAKKAN NAMA BAIK UNIVERSITI DAN TIDAK HARUS MENJADI BUDAYA
MAHASISWA UNIVERSITI.

2. PIHAK UNIVERSITI TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG
MELAKUKAN KERJA MENDERA INI DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP
MEEKA DENGAN MENGENAKAN HUKUMAN YANG BERAT TERMASUK DISINGKIRKAN DARI
UNIVERSITI. (KEPUTUSAN PERSIDANGAN NAIB CANSELOR KE - 22 PADA 21 JULAI 1989).

3. Semua pihak yang melihat dan mengetahui adanya deraan ke atas mahasiswa berlaku di mana-
mana sahaja, hendaklah melaporkan kepada Pusat Khidmat Siswa, Pengetua Kolej atau pihak
Keselamatan UKM dengan segera. Pihak Pengetua atau pihak Keselamatan selepas menerima aduan
hendaklah serta merta menyiasat dan memanggil mereka yang terlibat dan membuat laporan bagi
dakwaan. Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengambil tindakan selanjutnya. Ibu bapa atau penjaga
kepada pelajar yang terlibat akan dihubungi mengenai kes ini.

4. Untuk makluman semua pelajar, Minggu Mesra Mahasiswa (MMM) akan bermula pada 2
September 2018 – 6 September 2018. Sehubungan itu, MANA-MANA PELAJAR ATAU KUMPULAN
PELAJAR YANG TERLIBAT MELAKUKAN PENDERAAN (RAGGING) ATAU MENGADAKAN `SUAIKENAL /
ORIENTASI’ PADA ATAU SELEPAS TARIKH INI AKAN DIAMBIL TINDAKAN.

Sekian, terima kasih.

ARAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR


HAL-EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 24

5.0 PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)

(A) WANG PENDAHULUAN PINJAMAN (WPP)

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar
di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;


2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
3. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda
Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

*Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP
membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Sila rujuk laman sesawang rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my bagi Semakan Tawaran Wang
Pendahuluan Pinjaman (WPP).

Kaedah Menunaikan WPP

1. Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN.


2. Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.
3. Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan
membawa dokumen berikut:
i. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN
ii. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
4. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum
pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada
jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

(B) PINJAMAN PENDIDIKAN

Pengenalan

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN diwujudkan bagi tujuan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada
pelajar yang mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) tempatan. Pinjaman pendidikan ini
akan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan juga kos sara
hidup sepanjang tempoh pengajian. Sekali gus, membuka lebih banyak peluang kepada semua golongan
pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN adalah terbuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di
Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) tempatan sahaja.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 25

Ianya selaras dengan Seksyen 2, Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566)
iaitu Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di bawah:

 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;


 Akta Institut Teknologi MARA 1976;
 Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996;
 Politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996; dan
 Mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah ditubuhkan di
bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu institusi
pendidikan tinggi.

Skop Pinjaman Pendidikan

Skop pinjaman pendidikan mengikut peringkat pengajian bagi IPTA/ IPTS/ Politeknik adalah seperti
berikut:

PERINGKAT PENGAJIAN KATEGORI IPT YANG DIBIAYAI


Diploma Sepenuh Masa IPTA, Politeknik dan IPTS
Diploma Separuh Masa IPTA, Politeknik dan IPTS*
Diploma PJJ IPTA
Diploma Lanjutan IPTA dan Politeknik
Ijazah Pertama Sepenuh Masa IPTA dan IPTS
Ijazah Pertama Separuh Masa IPTA dan IPTS*
Sarjana Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ IPTA
Doktor Falsafah Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ IPTA
Kursus Profesional Sepenuh Masa/ Separuh Masa/ PJJ IPTA
Nota : * Pinjaman pendidikan dikhususkan kepada pelajar IPTS di UNITEN, UNITAR, Wawasan Open
University dan Asia E University.

Syarat-Syarat Permohonan

Syarat-syarat permohonan pinjaman pendidikan adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
4. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada
Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN;*
5. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi
daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh
memohon;
6. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza pengesahan perlu diperolehi daripada jabatan
atau agensi sebagaimana dinyatakan di atas;
7. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1)
tahun;
8. Telah membuka akaun SSPN-i / SSPN-i Plus**.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 26

* Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal
Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin
mendapatkan tajaan pinjaman PTPTN.

** Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN.
Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit.

Nombor PTPTN

1. Diperlukan untuk membuat permohonan.


2. Pembelian nombor PTPTN boleh dilakukan secara atas talian. (sila rujuk laman sesawang rasmi
PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my)
Permohonan Pinjaman

Permohonan pinjaman PTPTN secara online. (sila rujuk Sistem Permohonan Pinjaman Online yang
terdapat di laman sesawang rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my)

Semakan Jadual Permohonan/ Bayaran Pinjaman

Semak maklumat pinjaman dan IPT. (sila rujuk laman sesawang rasmi PTPTN iaitu
https://www.ptptn.gov.my)

Panel Bank

Membuka akaun simpanan (persendirian) mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.
Bagi UKM menggunakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Jumlah Pinjaman

Peringkat jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan kelayakan di bawah:

PERINGKAT PINJAMAN KELAYAKAN

Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai


Maksimum
penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)

75% daripada pinjaman Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data
maksimum BSHR)

50% daripada pinjaman


Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR)
maksimum

Sila rujuk laman sesawang rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my bagi mengetahui jumlah
pinjaman pendididikan.

Pengeluaran Pinjaman
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 27

Pengeluaran pinjaman pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap
kepada PTPTN.

Pengeluaran pinjaman kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat
berikut:

1. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke
atas.

Adalah dimaklumkan PTPTN tidak terlibat di dalam urusan pemotongan yuran pengajian IPT. Amaun
pinjaman akan dikreditkan terus ke akaun pelajar mengikut semester tertakluk kepada pengesahan yang
diberikan oleh IPT. Semakan bayaran pinjaman boleh dilakukan di Penyata Pinjaman dan penyata akaun
bank peminjam. Sebarang pertanyaan melibatkan pemotongan yuran pengajian perlu dirujuk kepada
IPT masing-masing. (Sila rujuk laman sesawang rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my bagi
mengetahui Penyata Pinjaman)

Perlindungan Takaful

Skim Pinjaman Pendidikan PTPTN dilindungi oleh takaful berkelompok sekiranya berlaku kematian atau
ilat kekal menyeluruh kepada peminjam.

Di bawah konsep perlindungan takaful berkelompok, amaun pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN
kepada peminjam akan mendapat perlindungan sepenuhnya daripada syarikat pengendali takaful.

Setiap peminjam dikehendaki menanggung segala kos perlindungan takaful sebagaimana termaktub
dalam perjanjian pinjaman. Bagi penerima biaya yang masih belajar, kaedah potongan sumbangan
takaful dibuat pada setiap kali pengeluaran pinjaman. Manakala bagi penerima biaya yang telah
menamatkan pengajian dan potongan sumbangan takaful didapati tidak mencukupi atau berbaki
negatif, amaun tersebut akan didebitkan sebagai pinjaman tambahan.

Status Pengeluaran Pinjaman Pendidikan

Pengeluaran pinjaman pendidikan tidak akan dibuat pada mana-mana semester atas sebab-sebab
berikut:

 Memperolehi keputusan peperiksaan PNG/ GPA kurang daripada 2.0;


 Menangguhkan pengajian; atau
 Digantung pengajian oleh IPT.

Jadual pinjaman adalah seperti berikut:

Pelajar IPTA dan Politeknik

Contoh Semester Pengajian PNG/ GPA Status Bayaran

Semester 1 < 2.0 Dibayar


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 28

Semester 2 2.0 dan ke atas Dibayar

Tidak dibayar
Semester 3 < 2.0 berasaskan peperiksaan
Semester 1

Semester 4 2.0 dan ke atas Dibayar

Tidak dibayar berasaskan


Semester 5 2.0 dan ke atas
peperiksaan Semester 3

Semester 6 2.0 dan ke atas Dibayar

Bagi pelajar yang digantung pengajian, pengeluaran pinjaman hanya akan dibuat setelah pelajar
disahkan mendaftar semula pengajian oleh IPT.

Pemberhentian Pinjaman

Pinjaman pendidikan akan diberhentikan atas sebab-sebab berikut:

 Gagal/ berhenti pengajian pada peringkat/ jurusan/ IPT yang diluluskan semasa memohon
pinjaman pendidikan;
 Pelajar membuat pembatalan pinjaman pendidikan PTPTN;
 Pemalsuan maklumat semasa permohonan; atau
 Penerima biaya diisytihar muflis.

(C) TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Kali Pertama

 Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh
PTPTN. (sila rujuk laman sesawang rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my)
 Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
 Keputusan permohonan pinjaman. (sila rujuk laman sesawang rasmi PTPTN iaitu
https://www.ptptn.gov.my)
 Panduan mencetak dan mengisi dokumen perjanjian tawaran pinjaman. (sila rujuk laman
sesawang rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my)
 Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan.
 Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama dokumen
sokongan lain.
 Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan
Penolakan Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.

Kali Kedua

Tawaran pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;

1. Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 29

2. Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman, gagal atau
berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu.
3. Kelulusan hanya diberikan kepada penerima biaya yang melanjutkan pengajian di peringkat
yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.

(D) PANDUAN MENGISI DOKUMEN PERJANJIAN

Sila rujuk laman sesawang rasmi PTPTN iaitu https://www.ptptn.gov.my bagi mengetahui Panduan
Mengisi Dokumen Perjanjian.

(E) MAKLUMAT LANJUT ATAU SEBARANG PERTANYAAN

Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan boleh diperoleh daripada laman sesawang
https://www.ptptn.gov.my

Talian Careline Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) – 03-21933000 untuk sebarang
kemusykilan.

Alamat Surat Menyurat:

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL


Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No. 12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

* Pelajar adalah dinasihatkan untuk memohon dahulu pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sementara mendapat atau mencari tawaran pinjaman/biasiswa
yang lain.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 30

6.0 YAYASAN BANK RAKYAT (YBR) – TUNAS POTENSI BANTUAN AWAL PENGAJIAN

Program Bantuan Awal Pengajian adalah satu program pemberian wang saku (sekali beri) sebanyak
maksima RM2,000 kepada pelajar yang layak. Program ini bukan dikategorikan sebagai biasiswa tetapi
adalah bantuan awal untuk pelajar-pelajar yang akan menyambung pengajian ke Sarjana Muda di
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Tambahan itu juga, pelajar yang layak wajib untuk menyertai
program Bahasa Inggeris (hanya pelajar terpilih sahaja) yang ditaja penuh oleh Yayasan Peneraju dari
segi penempatan dan elaun sara hidup sepanjang Program Bahasa Inggeris berjalan. Program Bantuan
Awal Pengajian ini adalah julung kalinya kolaborasi antara Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Peneraju
Pendidikan Bumiputera.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk permohonan YBR-Tunas Potensi Bantuan Awal Pengajian:

1) Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4000 sebulan


2) Terbuka kepada semua institusi pengajian (Awam)
3) Lepasan STPM/Diploma = CGPA 2.80
4) Lepasan Diploma Kemahiran = CGPA 2.50
5) Lepasan Asasi/Matrikulasi/Foundation = CGPA 2.80
6) Lepasan STAM = Maqbul dan ke atas (Mumtaz, Jayyid Jiddan & Jayyid)
7) Menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda pada tahun 2018 sahaja.

Pelajar yang layak boleh memohon ke pautan http://mohon-yayasanpeneraju.com.my yang telah


dibuka pada 20 Julai 2018 sehingga 31 Ogos 2018.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-27279002 / 9016 (Cik Farahana / Cik Chyrl / En. Ikhwan) atau e-
mel ke ptp.dermasiswa@yayasanpeneraju.com.my untuk maklumat lanjut.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 31

7.0 PERATURAN PENTING

Pelajar-pelajar diingatkan supaya mematuhi semua peraturan UKM termasuk perkara-perkara yang
dinyatakan di bawah:

1. Undang-Undang Universiti

Pelajar dikehendaki mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti, Kaedah-kaedah Universiti
Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar 1999), Statut dan Peraturan, dan keputusan yang dibuat
oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa.

2. Pemakaian Kad Kampus

Kad Kampus merupakan pengenalan diri bagi seluruh warga UKM. Setiap pelajar dikehendaki
memakai dan mempamerkan kad kampus semasa berada di dalam kampus.

3. Larangan Membawa dan Memandu Kenderaan Bermotor

Pelajar Tahun 1 Sesi Akademik 2018-2019 dilarang membawa dan memandu kenderaan bermotor
kecuali motorsikal di dalam kawasan Kampus UKM, Bangi. Berbasikal adalah digalakkan.

4. Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM

Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan pekaian dan kemasan diri untuk pelajar UKM demi
menjaga nama baik Universiti dalam membentuk suasana kampus yang tenteram dengan pelajar
yang bermoral, berdisiplin serta mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan kedudukan
Universiti sebagai institusi pendidikan dan pusat ilmu.

5. Kawasan Larangan Merokok

Kampus UKM merupakan kawasan larangan merokok. Larangan dikuatkuasakan kepada semua
pelawat dan warga UKM semasa berada di dalam kampus.

6. Pembayaran Yuran

Pelajar dikehendaki menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti.

7. Ujian MUET

Pelajar baharu Ijazah Pertama Sesi Akademik 2018-2019 yang belum menduduki Malaysia University
English Test (MUET) DIWAJIBKAN mengambilnya pada penghujung tahun 2018 atau sebelum Sesi
Akademik 2018-2019 berakhir.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 32

8. Prosedur Penangguhan Pengajian / Penggantungan Diri

Sekiranya pelajar ingin menangguhkan pengajian, disebabkan sakit atau menghadapi masalah lain
sehingga boleh menjejaskan pengajian pada semester berkenaan, sila ambil tindakan seperti
berikut;

 Mengisi Borang Permohonan Penangguhan Pengajian / Penggantungan Pendaftaran Diri


Pelajar Baru Sesi Akademik 2018-2019 dan dihantar kepada Timbalan Pengarah, Pusat
Pengurusan Akademik untuk disampaikan kepada Dekan Fakulti; dan
 Menjelaskan yuran penangguhan pengajian / penggantungan pendaftaran diri sebanyak
RM50.00.

Tempoh maksimum yang dibenarkan untuk pelajar membuat penangguhan pengajian /


penggantungan pendaftaran diri adalah dua (2) semester kecuali atas sebab-sebab kesihatan.
Penangguhan yang disebabkan oleh masalah kesihatan hendaklah disertakan dengan surat
perakuan doktor dari Hospital Kerajaan atau Klinik Swasta.

9. Wang dan Barang Kemas

Pelajar-pelajar baru dinasihatkan tidak membawa wang yang banyak serta memakai barang kemas
semasa menjalani MMP bagi mengelakkan kejadian kecurian dan kehilangan barang. Pihak
Universiti tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan wang dan barang semasa MMP.

10. Pertukaran Program

Pelajar yang telah ditawarkan boleh memohon untuk bertukar program pengajian yang lain
tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 33

8.0 MAKLUMAT UMUM

1. Kampus Universiti

Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai tiga (3) kampus iaitu;


a. Kampus Induk di Bangi
b. Kampus Kuala Lumpur, dan
c. Kampus Cheras

Kampus Induk Bangi menempatkan;


i. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
ii. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
iii. Fakulti Pendidikan
iv. Fakulti Pengajian Islam
v. Fakulti Sains dan Teknologi
vi. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
vii. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
viii. Fakulti Undang-Undang
ix. Pusat Citra Universiti (CITRA UKM)
x. Graduate School of Business (UKM-GSB)
xi. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
xii. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)
xiii. Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
xiv. Institut Informatik Visual (IVI)
xv. Institut Islam Hadhari (HADHARI)
xvi. Institut Kajian Etnik (KITA)
xvii. Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
xviii. Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
xix. Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
xx. Institut Perubahan Iklim (IPI)
xxi. Institut Sel Fuel
xxii. Pusat Kembangan Pendidikan (PKP)
xxiii. Pusat Siswazah (PS)

Kampus Kuala Lumpur di Jalan Raja Muda Abdul Aziz menempatkan;


i. Fakulti Pergigian
ii. Fakulti Farmasi
iii. Fakulti Sains Kesihatan

Kampus Cheras di Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur menempatkan;
i. Hospital Canselor Tuanku Muhriz - hospital pengajar
ii. Fakulti Perubatan
iii. Institut Perubatan Molekul (UMBI)

Antara bangunan yang menjadi mercu tanda Universiti ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak
(DECTAR) dan Masjid Universiti yang indah. Terletak bertentangan antara satu sama lain
berhampiran pintu masuk utama, DECTAR mengingatkan semua akan peranan Universiti sebagai
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 34

kemuncak kecemerlangan akademik, sementara masjid ialah tempat beribadah dan mengabadikan
diri kepada Allah; kedua-duanya menjadi pengakuan sepanjang kenyataan falsafah Universiti iaitu;
“Paduan antara iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta gabungan antara teori
dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat
terpelajar dan pembangunan Universiti”. Dengan asas yang mantap ini, UKM akan mengorak
langkah dengan lebih yakin untuk menangani cabaran alaf baru melalui Pelan Strategik 2000-2010.

2. Unit Kebajikan Pelajar, UKM-SISWA

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Unit Kebajikan Pelajar dalam usaha membantu
pelajar yang memerlukan bantuan sepanjang mengikuti pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia
adalah:

i. Urusan Kebajikan Pelajar

 Urusan hal-ehwal kebajikan pelajar merangkumi aspek kerohanian, kesihatan, kematian


pelajar atau waris, kemalangan, bencana, rawatan hospital, kebakaran dan sebagainya.
 Mengurus urusan permohonan Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Endowmen
Bantuan Pelajar. Borang boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar.
 Membantu dalam urusan tuntutan insuran pelajar (prasiswazah & siswazah).
 Maklumat lanjut berkenaan skim-skim tersebut di atas boleh didapati di Pejabat unit
Kebajikan, UKM-SISWA aras 7 Bangunan Pusanika.

ii. Urusan Penajaan (Pinjaman/Biasiswa)

 Mengurus urusan penyerahan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian PTPTN dan JPA.
 Mengurus urusan PTPTN yang berkaitan dengan Perubahan Maklumat Pelanggan,
Permohonan Perlanjutan Tempoh Pinjaman, Pembatalan dan Penolakan Tawaran
Pinjaman Pendidikan PTPTN dan Permohonan Pertukaran Kursus. Borang yang berkaitan
boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar atau di laman sesawang PTPTN iaitu
https://www.ptptn.gov.my
 Mengurus urusan JPA yang berkaitan dengan Permohonan Perlanjutan Pinjaman,
Permohonan Kebenaran Bernikah Kahwin, Tuntutan Elaun Tambang Penerbangan,
Tuntutan Elaun Tesis dan Elaun Latihan Amali, Laporan Kemajuan Calon PMC, Pindaan
Tempoh Tajaan, Tujuk Sebab Kemorosotan Akademik dan Permohonan Program Mobiliti.
Borang yang berkaitan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar atau di laman sesawang
JPA iaitu http://www.jpa.gov.my

iii. Urusan Pelajar Kelainan Upaya (OKU)

Mengurus kebajikan Pelajar Kelainan Upaya (OKU) seperti menguruskan tuntutan Bantuan
Kewangan dan Yuran Pengajian Pelajar Kelainan Upaya (OKU) IPT. Permohonan bantuan
berkaitan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://biasiswa.mohe.gov.my/
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 35

iv. Urusan Skim Takaful Berkelompok

Secara umumnya, semua pelajar yang mendaftar sebagai (prasiswazah & siswazah) tempatan
dan antarabangsa dilindungi di bawah Skim Takaful Berkelompok UKM.

 Pelajar tempatan (prasiswazah & siswazah) dilindungi di bawah Skim Takaful


Berkelompok (Group Personal Accident) dan manakala;
 Pelajar antarabangsa (prasiswazah & siswazah) dilindungi dengan Skim Takaful
Berkelompok (Group Personal Accident) dan Skim Kesihatan & Pembedahan (Group
Health & Surgical) yang mempunyai Kad Perlindungan (Medical Card).

v. Antara senarai pembiaya yang menawarkan pinjaman/biasiswa:

Bil. Nama Pembiayaan

1. Pinjaman Pendididikan Perbadanan Tabu ng Pendidikan Tinggi Nasional


(PTPTN)

2. Pinjaman Pelajaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)

3. Khazanah Watan Scholarship Programme

4. Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda

5. Yayasan Tenaga Nasional

6. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)

7. Yayasan Sime Darby Undergraduate Scholarship Programme (Local)

8. Yayasan Sime Darby (YSD) Peneraju Tunas Potensi Bursary

9. Yayasan Bank Rakyat

10. Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)

11. Skim Biasiswa MyBRAINSc

12. CIMB Bank Asean Scholarship

13. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 36

14. Biasiswa Unissula Universiti Islam Sultan Agung

15. Bantuan Awal Pengajian Di Bawah Program Jelajah Pendidikan Bumiputra


(JBT)

16. Program Biasiswa UMW

17. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional

18. Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)

19. Biasiswa UEM Group

20. Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman

21. Biasiswa Kumpulan DAIKIN Malaysia

22. Biasiswa SONY

23. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS)

24. Biasiswa Penang Future Foundation (PFF)

25. Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI)

26. Biasiswa KEN Foundation’s

27. Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

28. Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Negeri Selangor

29. Pinjaman Yayasan Selangor

30. Biasiswa Yayasan Okazaki Kaheita Jepun

31. Anugerah Biasiswa Fair & Lovely

32. Biasiswa UEM Group

33. Biasiswa YTM Talent-A


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 37

34. Pinjaman Kerajaan Negeri Sabah

35. Bantuan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Anak-Anak Sabah (BKPS)

36. Biasiswa Yayasan KLK

* Pelajar adalah dinasihatkan untuk memohon dahulu pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sementara mendapat atau mencari tawaran pinjaman/biasiswa
yang lain.

Sebarang hebahan atau maklumat untuk pengetahuan berkaitan Pinjaman/Biasiswa yang melalui
UKM akan dimaklumkan di portal e-pelajar UKM, papan kenyataan di Fakulti/Kolej kediaman, di
laman sesawang www.ukm.my/ukm-siswa .

Keterangan lanjut berkenaan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) boleh diperolehi melalui talian 03-8921
3573/ 4368/ 5316 atau faks 03-89253352 atau email dud@ukm.edu.my

3. Pusat Sukan UKM

Pusat Sukan UKM sentiasa berusaha membangun serta melaksanakan program dan aktiviti sukan
seiring dengan Dasar Sukan Negara yang telah menggariskan dua peranan utama IPT iaitu untuk
menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan
peluang belajar kepada atlit sukan. Kedua-dua peranan ini bertanggungjawab memberi garis
panduan dalam usaha penyelarasan keseimbangan dan kesinambungan prestasi akademik dan
pencapaian dalam bidang sukan di IPT.

Pusat sukan mempunyai 3 Bahagian besar iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pengurusan dan
Bahagian Pembangunan dan dipecahkan kepada unit-unit dibawahnya mengikut peranan dan
tanggungjawab kerja yang selaras dengan Dasar Sukan IPT yang menekankan pembangunan sukan
ke peringkat lebih tinggi. Di bawah Bahagian Pentadbiran mempunyai Unit Kewangan &
Pentadbiran dan Unit Pembangunan Kualiti. Bahagian Pengurusan mempunyai dua unit iaitu Unit
Pengurusan Acara dan Unit Prasarana Sukan & ICT. Manakala Bahagian Pembangunan mempunyai
Unit Pembangunan Atlet dan Unit Aktiviti IPT.

Objektif Pusat sukan adalah merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan universiti
serta menjalankan aktiviti dan program sukan dan rekreasi bagi pelajar, kakitangan dan memberi
perkhidmatan penganjuran sukan bagi pihak luar. Pusat Sukan juga menyediakan kemudahan dan
prasarana sukan yang lengkap dan berkesan. Pusat Sukan turut menyediakan latihan dan kursus
bagi meningkatkan kopentensi kakitangan dalam bidang sukan.

Perkhidmatan penggunaan kemudahan sukan yang disediakan oleh Universiti adalah di bawah
tanggungjawab Pusat Sukan. Kemudahan-kemudahan sukan yang dimaksudkan adalah seperti
Stadium Universiti, balapan sintetik, padang bola sepak, padang ragbi, gelanggang skuasy,
gelanggang tenis dan sebagainya. Keterangan lanjut mengenai kemudahan dan peralatan sukan
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 38

boleh diperolehi melalui talian 03-89213097/3071 atau email ke farid20@ukm.edu.my. Maklumat


lanjut berkaitan Pusat Sukan juga boleh didapati dengan melayari laman web rasmi pusat sukan di
link www.ukm.my/pusatsukan.

4. Perpustakaan UKM

Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysaia terdiri daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang yang
merupakan perpustakaan induk di kampus utama Bangi dan 6 perpustakaan cabang iaitu
Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu (Kampus Bangi), Perpustakaan Undang-Undang (Kampus
Bangi), Perpustakaan Dr. Abdul Latiff (Kampus Kuala Lumpur), Perpustakaan Lingkungan Kedua
(Kampus Bangi), Perpustakaan Pusat Perubatan UKM (Kampus Cheras) dan Perpustakaan Pra Klinikal
(Kampus Cheras). Perpustakaan UKM menyediakan perkhidmatan sumber maklumat dan ilmu
kepada warga universiti untuk pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan inovasi.
Perpustakaan dilengkapi dengan pelbagai koleksi yang terdiri daripada bahan dalam bentuk bercetak
dan juga elektronik seperti buku, jurnal, majalah, bahan media, e-buku dan e-jurnal. Sehingga
Disember 2017, Perpustakaan mempunyai 1,319,746 naskhah bahan bercetak, 2,035,284 judul bahan
elektronik (e-buku, e-tesis dan e-jurnal) dan 407,712 judul bahan multimedia.

Perkhidmataan kepada sumber maklumat elektronik terdiri daripada katalog awam dalam talian,
pangkalan data dalaman, pangkalan data dalam talian yang meliputi pelbagai bidang perkara dalam
bentuk teks penuh, abstrak mahupun bibliografik. Maklumat ini boleh diakses dari dalam dan juga
luar kampus UKM.

Perpustakaan sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, justeru pelbagai


perkhidmatan dan kemudahan disediakan untuk pelanggan, antaranya ialah perkhidmatan
pinjaman/pemulangan buku, sistem pembekalan penerbitan, bimbingan dan pendidikan pelanggan,
rujukan dan khidmat nasihat, salinan foto, perkhidmatan internet, jurnal elektronik, bilik karel, bilik
perbincangan, bilik tayangan dan kafe. Para pelanggan juga boleh mengikuti kursus kemahiran
maklumat perpustakaan secara percuma yang diadakan secara berjadual bagi tujuan penyediaan
maklumat untuk tugasan ilmiah, penyelidikan dan penulisan tesis. Perpustakaan juga menyediakan
perkhidmatan untuk pelajar OKU seperti menyediakan bilik khas yang menempatkan komputer yang
mempunyai perisian Jaws Professional, lif dan tandas untuk pelajar OKU.

Mulai 9 April 2018, Perpustakaan UKM telah menyediakan sebuah lagi ruang bacaan 24 jam yang
dinamakan Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin. Ruang 24 jam yang dinamakan bersempena
dengan nama Ketua Pustakawan UKM yang pertama ini mempunyai kemudahan berhawa dingin dan
dilengkapi dengan kemudahan wifi serta kawalan CCTV. Ruang yang terletak di aras 4, Perpustakaan
Tun Seri Lanang ini boleh diakses melalui jalan Lingkungan Ilmu.

5. Kesihatan

Pelajar diwajibkan mengemukakan Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang lengkap samaada melalui
atas talian atau menghantar dokumen tersebut ke Pusat Kesihatan Universiti, UKM Bangi sebelum
atau sebaik sahaja mendaftar di UKM. Semua pelajar yang telah mendaftar pengajian sepenuh
masa, layak mendapatkan perkhidmatan kesihatan di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar
yang disediakan. Skim ini membolehkan pelajar mendapatkan rawatan perubatan dan pergigian di
Klinik Pesakit Luard an Bahagian Kecemasan di Pusat Kesihatan Universiti semasa waktu beroperasi.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 39

Rujukan ke Hospital Kerajaan (kecuali PPUM dan Hospital Putrajaya) dibuat bagi rawatan lanjut.
Perkhidmatan ambulans turut disediakan bagi kes-kes kecemasan.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkhidmatan di Pusat Kesihatan Universiti, boleh dihubungi


melalui talian 03-8921 4510 / 4555 / 5087 (waktu pejabat). Bagi perkhidmatan kecemasan atas
panggilan (on-call), sila hubungi 012-648 5541 / 012-648 5542.

Pelajar juga layak mendapatkan perkhidmatan rawatan pesakit luar di klinik panel seperti berikut;

a. Kampus Kuala Lumpur


Klinik Reddy (03-4042 3173)

b. Kampus Bangi (luar waktu pejabat sahaja)


Poliklinik UKM Kesihatan (Seksyen 15) (03-8926 6330)

6. Badan (Persatuan, Kelab dan Urusetia) dan Kegiatan Pelajar

Pelajar Universiti boleh menjadi ahli kepada Badan Pelajar. Pendaftaran badan pelajar diuruskan
oleh Unit Pengurusan Siswa, UKM-SISWA dan pelajar digalakkan menjadi ahli mana-mana persatuan,
kelab atau urusetia yang diiktiraf oleh Universiti. Pendaftaran sebagai ahli baru boleh dilakukan
semasa Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) dan Pengambilan Ahli Baru yang dianjurkan
oleh UKM-SISWA (sekali dalam setahun). Proses ini diadakan di Pusanika dan fakulti-fakulti.

Sebarang program yang melibatkan pelajar sama ada program dalam atau keluar negara perlu
mendapat kelulusan dari UKM-SISWA. Permohonan mengadakan program perlu melalui Sistem
Integrasi Bakat , Aktiviti dan Resume Pelajar (iSTAR) di alamat https://istar.ukm.my. Khidmat
rundingan berkaitan penganjuran program boleh berurusan dengan Unit Aktiviti Pelajar dan
Penerbitan, UKM-SISWA. Para pelajar UKM boleh mengikuti latihan pengurusan organisasi,
kepimpinan dan pembangunan sahsiah yang disediakan oleh Unit Latihan/Kursus dan Unit
Kepimpinan di UKM-SISWA. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui talian 03-89214700/3147
atau emel: pghsiswa@ukm.edu.my / syed@ukm.edu.my .

7. Pusat Anika Kemudahan dan Kegiatan (PUSANIKA)

Pusanika merupakan pusat kemudahan dan kegiatan pelajar. Pelajar boleh mendapatkan pelbagai
perkhidmatan seperti perkhidmatan pos, kafetaria, kiosk, kedai buku, kedai gambar, kedai
serbaneka, kedai percetakan, perkhidmatan perbankan, bilik-bilik badan pelajar (Persatuan, Kelab
dan Urusetia), Ruang Santai Pelajar, Auditorium Siswa, Bilik Mesyuarat Persatuan dan lain-lain lagi.

Beberapa pejabat di Bangunan Pusanika menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Hal-Ehwal


Pelajar yang boleh diperolehi melalui pejabat Ketua, Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni, UKM-SISWA,
Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Bahagian Perkhidmatan Pelajar Antarabangsa (ISSD, PHA)
dan Pusat Pembangunan Karier UKM (UKM-KARIER). Para pelajar boleh menggunakan ruang aktiviti
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 40

dan melaksanakan pelbagai kegiatan pelajar di ruang Aras 1, Aras 2, kawasan Parkir Aras 6 dan
Dataran Pusanika Aras 6.

8. Sistem Pengurusan Pembelajaran UKM

Sistem pengurusan pembelajaran di UKM terdiri daripada dua platform iaitu iFolio dan MOOC.
Bahan pembelajaran yang diletakkan di kedua-dua platform ini antaranya terdiri daripada perisian
kursus, video pengajaran dan pembelajaran, dokumen, pautan dan sebagainya yang dilengkapi
dengan aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, refleksi, kuiz, laporan dan lain-lain lagi.

i. iFolio
iFolio adalah sistem pengurusan pembelajaran yang dibangunkan sendiri oleh tenaga pakar UKM
untuk kegunaan tenaga pengajar dan pelajar UKM dalam menyokong pengajaran dan
pembelajaran. iFolio berintegrasi dengan Sistem Maklumat Pelajar UKM dalam menyenaraikan
semua kursus yang diikuti oleh pelajar pada setiap semester. Bahan pembelajaran boleh diakses
oleh pelajar UKM dengan menggunakan No Matrik dan kata laluan Sistem Maklumat Pelajar
melalui pautan https://ifolio.ukm.my/.

ii. MOOC UKM


Kursus-kursus yang dibangunkan oleh tenaga pengajar UKM secara Pembelajaran Dalam Talian
Terbuka atau dikenali sebagai Massive Open Online Course (MOOC) ditawarkan oleh UKM
melalui platform OpenLearning bagi merealisasi agenda Lonjakan 9 Pembelajaran Dalam Talian
Tahap Global dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi),
dalam usaha untuk mencapai aspirasi pelajar serta mendorong kecemerlangan berterusan
dalam pembelajaran.

Platform ini menyokong pengajaran dan pembelajaran secara global di mana ia boleh diakses
oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia. Ini bermakna, pelajar UKM dapat berinteraksi dengan
rakan-rakan daripada luar. Bahan pembelajaran yang dibangunkan oleh tenaga pengajar di
bawah MOOC UKM boleh diakses melalui pautan https://www.openlearning.com/ukmmooc.

Menerusi kedua-dua platform ini, pelajar bukan sahaja belajar mengenai sesuatu kursus, malah
boleh menghantar tugasan, membuat aktiviti dan berinteraksi dengan tenaga pengajar serta
pelajar lain. Lebih menarik, pembelajaran seperti ini membolehkan pelajar untuk belajar secara
dalam talian melalui komputer, tablet mahupun telefon bimbit di mana-mana dan pada bila-bila
masa mengikut keselesaan. Pembelajaran dalam talian ini diharapkan dapat memperkasakan
pembelajaran dan menjadikan pelajar lebih aktif dan bertanggungjawab terhadap
pembelajarannya.
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 41

9. Koperasi UNIKEB

Koperasi Unikeb menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan perkhidmatan yang diperlukan
oleh pelajar untuk kehidupan dan pembelajaran di kampus universiti. Kedai-kedai Koperasi iaitu
Kedai Buku Unikeb dan U-Mart terdapat di Kampus Induk UKM Bangi, Kampus Cheras dan Kampus
Kuala Lumpur. Masa beroperasi mulai jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam dari hari Isnin hingga
Sabtu.

Diantara keperluan yang disediakan adalah;


 Keperluan Pembelajaran
Buku-buku teks dan alat tulis, alatan aksesori komputer, majalah dan akhbar, pakaian dan
cenderamata berlogo UKM.
 Keperluan Harian
Barangan minuman dan makanan, produk pencucian dan kebersihan, barang jagaan badan dan
solekan, barangan alatan bilik (bantal/baldi/penyapu dan lain-lain)
 Keperluan Alatan Elektrik, Komputer dan Komunikasi
Barangan elektrik, komputer (termasuk komputer riba) dan aksesori, telefon dan kupon telefon
prabayar.
 Keperluan Pengangkutan
Tiket bas ekspres Transnasional ke semua destinasi, tiket kapal terbang Air Asia, Insurans
kenderaan Takaful dan Uni Asia, dan Basikal

10. PUSAT KHAZANAH, UKM

Bagi pelajar yang berkeluarga, UKM mempunyai rumah pelajar berkeluarga berkonsepkan
apartment 2 dan 3 bilik dengan kadar sewa yang berpatutan RM500 hingga RM1000 sebulan.
Lokasi rumah pelajar berkeluarga terletak di Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Pangsapuri Taman
Tenaga dan Pangsapuri UKM Blok 6. Perumahan pelajar berkeluarga dikendalikan sepenuhnya
oleh Khazanah UKM. Pusat Khazanah UKM juga ada mengurus dan menyelaras permohonan
penginapan pihak luar yang ingin menganjurkan aktiviti di dalam dan luar kampus UKM. Status
permohonan bergantung kepada kekosongan bilik penginapan dan kelulusan daripada pihak
pengurusan Universiti.

Untu sebarang pertanyaan berhubung dengan kemudahan penginapan dan ruang di premis
Kolej boleh hubungi Penyelia / Pengurus Kolej: aap@ukm.edu.my manakala penginapan luar
kampus, sila hubungi Pusat Khazanah UKM: surianis@ukm.edu.my

11. KOLEJ KEDIAMAN, UKM

Penginapan pelajar diletakkan di 12 kolej kediaman di UKM, sepuluh darinya terletak di Kampus
Bangi manakala sebuah di Kampus Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Hospital Canselor Tuanku
Muhriz (HCTM). Terdapat lebih kurang 13,000 kemudahan bilik penginapan disediakan untuk
pelajar pelbagai peringkat pengajian. Setiap bilik pelajar disediakan kemudahan asas lengkap
seperti katil, tilam, kerusi dan meja studi, almari pakaian dan mini papan notis. Disamping itu
juga, kolej kediaman menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk pelajar seperti kafeteria,
ruang riadah, bilik TV, ruang bacaan, surau dan bilik aktiviti pelajar. Kemudahan Wi-fi juga
disediakan untuk pelajar yang menginap di kolej kediaman bagi memastikan mereka menikmati
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 42

segala kemudahan yang diperlukan. Kategori bilik penginapan yang terdapat di kolej kediaman
ialah bilik seorang dan bilik kongsi berdua dengan kadar sewa bilik berdasarkan kepada jenis dan
kemudahan yang disediakan untuk pelajar. Tanggungjawab mentadbir urus kolej kediaman
adalah seperti di Lampiran.

Pelajar tahun satu (Prasiswazah) bagi setiap sesi adalah WAJIB mendaftar dan menginap di Kolej
Kediaman pada semester satu dan semester dua dan akan mengikuti Program Minggu Mesra
Mahasiswa (MMM) di kolej kediaman masing-masing. Pertukaran kolej adalah tidak dibenarkan.
Walau bagaimanapun, permohonan untuk berbuat demikian hendaklah dikemukakan kepada
Pengetua Kolej berkenaan. Maklumat lanjut sila www.ukm.my/ukm-siswa .
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 43

9.0 PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR UKM


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 44

10.0 SENARAI TEMPAT PENGINAPAN SEKITAR UKM

 Prescott Metro Inn Kajang  Hotel Smart (Seksyen 7)


Wisma Metro Kajang, No. 62-1-2, Jalan 7/7B, Seksyen 7
43000 Kajang, 43600, Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan. Selangor Darul Ehsan
(7 km dari kampus induk) (3 km dari kampus induk)
Tel: 03-8737 5555 Tel: 03-8927 3277

 Hotel Smart (Seksyen 9)  Oriental Crystal Hotel


22-1-1, Jalan Medan, Pusat Bandar 4A Lot 13, Jalan S10/3,
Seksyen 9, 43650, Bandar Baru Bangi Seksyen 10 Off Jalan Bukit,
Selangor Darul Ehsan. 43000 Kajang
(5 km dari kampus induk) Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8926 7273 (7 km dari kampus induk)
Tel:03-8739 1888

 New City Hotel  Palm Garden Hotel


Lot 116-117, Seksyen 7 IOI Resort
Off Jalan Bukit, 62502 Putrajaya
43000 Kajang (10 km dari kampus induk)
Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-8943 2233
(7 km dari kampus induk)
Tel: 03-8733 3699

 Bangi Putrajaya Hotel  Puri Pujangga UKM


Off Persiaran Bandar 43600 UKM Bangi
43650 Bandar Baru Bangi Selangor Darul Ehsan.
Selangor Darul Ehsan. (dalam kampus induk)
(4 km dari kampus induk) Tel: 03-8921 3361/03-89222891
Tel: 03-8210 2222 / 8925 1111

 Iris Hotel Kajang  City Boutique Hotel


No. 29, Jalan Metro Avenue 1 No. 13, Jalan 15/1B
Metro Avenue Seksyen 15
43000 Kajang 43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan Selangor Darul Ehsan
(8.5 km dari kampus induk) (2.9 km dari kampus induk)
Tel: 03-87418272 Tel: 03-89259226
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 45

 Sherwood Gateway Hotel  Putrajaya Marriott Hotel


Plaza Bangi Perdana IOI Resort City Sepang Utara
Jalan Gerbang Wawasan 1 62502 Putrajaya
43680 Bangi WP Putrajaya
Selangor Darul Ehsan (15.3 km dari kampus induk)
(3.1 km dari kampus induk) Tel: 03-89498888
Tel: 03-89289077

 The Everly Putrajaya  Le Meridien Putrajaya


No. 1 Jalan Alamanda 2 Lebuh IRC IOI Resort City, Sepang
Precinct 1 62502 Putrajaya
62000 Putrajaya WP Putrajaya
WP Putrajaya (15.4 km dari kampus induk)
(11.6 km dari kampus induk) Tel: 03-86896888
Tel: 03-88922929

 Hotel Tenera  Avenue Garden Hotel Bangi


Persiaran Kemajuan, No. 3, Pusat Perniagaan Bangi Avenue
Bandar Baru Bangi Persiaran Bangi Avenue
43650 Bangi Seksyen 2, Taman Bangi Avenue
Selangor 43000 Kajang
(5.3 km dari kampus induk) Selangor
Tel: 03-89299600 (8.7 km dari kampus induk)
Tel: 03-89299999
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 46

11.0 LOKASI KAMPUS INDUK UKM


BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 47
12.0 PELAN KAMPUS INDUK UKM BANGI
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 48

13.0 SENARAI NAMA PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN

Ketua
Kolej Kediaman Pengetua No. Telefon Email No. Telefon Emel
Pentadbiran
KAMPUS BANGI
Dr. Mohd Azul bin 03-89215921/ Norizan binti
Kolej Dato’ Onn (A) azul@ukm.edu.my 03-89215116 norizan@ukm.edu.my
Mohamad Salleh 03-89215103 Ismail
Dr. Mohd. Suzeren bin 03-89215915/ Khaizulnizam bin
Kolej Aminuddin Baki (B) suzeren@ukm.edu.my 03-89215836 doublen@ukm.edu.my
Md. Jamil 03-89215104 Mohamad Zuldin
03-89213148/ Ahmad Azizi bin
Kolej Ungku Omar (C) Encik Nik Hairi bin Omar hairi@ukm.edu.my 03-89215346 aap@ukm.edu.my
03-89215344 Pandak
Prof. Madya Dr.
Kolej Burhanuddin 03-89215467/ Danny Hamidon
Muhammad Rahimi bin rahimi@ukm.edu.my 03-89215198 dannyhomar@ukm.edu.my
Helmi (D) 03-89215105 bin Omar
Yusop
Prof. Madya Dr. Ruslin 03-89214088 Mohd Firdaus bin
Kolej Ibrahim Yaakub (E) ruslin@ukm.edu.my 03-89214362 fit@ukm.edu.my
bin Amir 03-89215269 Yahaya
Jumma`atul
Dr. Badrulzaman bin 03-89215629/
Kolej Rahim Kajai (F) badrulhamid@ukm.edu.my Ak`mar binti 03-89213102 jumma@ukm.edu.my
Abdul Hamid 03-89213103
Ghazali
Izzaty Farhana
03-89213231/
Kolej Ibu Zain (G) Encik Anuar bin Ahmad anuarmd@ukm.edu.my binti Mohammed 03-89215601 izzaty@ukm.edu.my
03-89215602
Yusoff
Prof. Madya. Datuk Dr. 03-89214581/
Kolej Keris Mas (H) muhsin@ukm.edu.my Nassrul bin Nasir 03-89214012 nassrul@ukm.edu.my
Muhammad bin Hussin 03-89214011
Prof. Madya Dr. Ahmad 03-89216848/ Rahimah binti
Kolej Pendeta Za’ba (L) aslong@ukm.edu.my 03-89216847 rahimahs@ukm.edu.my
Sunawari bin Long 03-89216851 Said
Kolej Tun Hussein Onn Prof. Madya Dr.
03-89215953/
(Z) Norinsan Kamil bin insan@ukm.edu.my TIADA - -
03-89213157
Othman
KAMPUS KUALA LUMPUR
Mej Bersekutu(PA) Dr. 03-92895089/
Zakaria bin
Kolej Tun Syed Nasir Shazli Ezzat bin Hj 03-26927828/ shazli_ezzat@ukm.edu.my 03-92895076 zakaria@ukm.edu.my
Amnan
Ghazali 03-92895070
KAMPUS CHERAS
Dr. Mohd Hanafi bin 03-91456301/ Muhammad
Kolej Tun Dr. Ismail hanafi.damanhuri@ppukm.ukm.edu.my 03-91456302 mdhidayat@ukm.edu.my
Ahmad Damanhuri 03-91456270 Hidayat bin Rahim
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2018-2019 49

UKM/PPPS/B/P02/AK07/7
Tarikh Kuat kuasa : 04-01-2010 (Semakan 2)

LAMPIRAN BORANG-
BORANG BERKAITAN
(file infosemakan borang-borang berkaitan, info semakan permohonan penangguhan, insosemakan borang
laporan kesihatan)

Anda mungkin juga menyukai