Anda di halaman 1dari 26

1

BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK


2022/2023

Kata Alu-aluan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Saya merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah atas kejayaan saudara dan saudari melanjutkan
pengajian keperingkat program ASASIpintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini. Kejayaan ini
membuka satu lagi lembaran baharu dalam persediaan saudara dan saudari sebelum melangkah
keperingkat pengajian tinggi.

Hampir pada setiap tahun, UKM menerima jumlah permohonan yang tinggi bagi memasuki program
ini. Justeru itu, saudara dan saudari sememangnya bertuah terpilih bagi melanjutkan pengajian di
universiti watan ini. Sebagai sebahagian daripada warga UKM, saya berharap saudara dan saudari
sentiasa menghayati aspirasi penubuhan universiti watan ini yang ditubuhkan hasil perjuangan
masyarakat dan para pejuang bangsa yang ingin melihat sebuah universiti beracuankan kebangsaan
dapat ditubuhkan bagi memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tinggi.

Dalam memastikan saudara dan saudari sentiasa berdaya saing dan mencapai kejayaan cemerlang,
keseimbangan dalam bidang akademik dan sahsiah perlu diberi perhatian sewajarnya. Saudara dan
saudari amat digalakkan untuk merebut segala peluang yang ada dan menyertai secara aktif dalam
pelbagai aktiviti keilmuan, kokurikulum, kebudayaan, sukan dan sebagainya bagi memantapkan lagi
pengetahuan dan mematangkan pengalaman masing-masing.

Saya berharap saudara dan saudari akan terus mencipta kejayaan dalam pengajian dan dapat
melanjutkan pengajian seterusnya keperingkat yang lebih tinggi. Perjalanan saudara dan saudari
selepas ini masih jauh dan berliku. Sahutlah cabaran ini sebagai batu loncatan untuk mencipta masa
depan yang lebih gemilang selepas ini.

Sekian.

Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman


Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
2
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

NILAI TERAS UKM


3
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

KANDUNGAN

PERKARA MS
I Senarai Semakan Untuk Pendaftaran Diri 4
II Maklumat Penting
1.0 Maklumat Yuran & Kaedah Bayaran 7

2.0 Polisi Kewangan Jika Pelajar Menarik Diri / Gantung Pendaftaran 8


3.0 Semakan Akaun Pelajar 9
4.0 Tarikh-Tarikh Sesi Akademik Asasi Pintar 2022/2023 10
5.0 Atur Cara Minggu Mesra pelajar Baharu Asasi Pintar 2022/2023 12
6.0 Larangan Deraan (Ragging) 13
7.0 Peraturan Penting 14
8.0 Maklumat Umum 14
9.0 Senarai Nama Pengetua Kolej Kediaman 22
10.0 Peraturan Pakaian & Kemasan Diri Pelajar UKM 23
11.0 Lokasi Kampus Induk UKM 24
12.0 Pelan Kampus Induk UKM 25
4
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

I. SENARAI SEMAKAN UNTUK PENDAFTARAN DIRI


(Sila tandakan √ pada kotak yang berkenaan)

A. Sekiranya saudara/i menerima tawaran, sila ambil tindakan berikut;

1. Tindakan Segera
A Sahkan penerimaan tawaran melalui laman web https://appsmu.ukm.my/edaftar
mulai 23-31 Julai 2022.

Sila cetak dan simpan surat tawaran setelah membuat pengesahan setuju terima
untuk rujukan peribadi pelajar.
B Maklumat yang perlu diisi oleh pelajar baharu ASASIpintar UKM dalam e-daftar:
1. Borang Maklumat Peribadi Pelajar - Pelajar perlu mengisi maklumat peribadi
secara dalam talian dan wajib memuat naik perkara berikut:
a. gambar ukuran passport.
b. salinan kad pengenalan atau passport yang telah disahkan dan berpalang (catat
“kegunaan UKM sahaja”).
c. salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah disahkan dan
berpalang (catat “kegunaan UKM sahaja”).

2. Surat Akujanji Universiti Kebangsaan Malaysia


Pelajar perlu muat turun borang, isi maklumat dengan lengkap dan muat naik
semula di dalam sistem e-daftar.

3. Borang Bantuan Kewangan ASASI


a. Langkah 1-
Pengumuman Syarat Kelayakan ASASI Universiti Awam ; Jumlah pendapatan
kasar keluarga kurang dari RM 10,000.

b. Langkah 2-
Pilihan pelajar jika ingin memohon atau tidak

c. Langkah 3-
Jika ingin memohon, masukkan maklumat jumlah gaji kasar bapa dan jenis
pekerjaan, dan jumlah gaji kasar ibu dan jenis pekerjaan @ jumlah gaji kasar
penjaga dan jenis pekerjaan

d. Langkah 4-
i. Jika jumlah penuh gaji ibubapa/penjaga di Langkah 3 melebihi RM10,000,
keluar kenyataan: Maaf, anda tidak layak memohon kerana tidak
mencukupi syarat permohonan.
ii. Jika jumlah penuh gaji ibubapa/penjaga di Langkah 3 kurang atau sama
dengan RM10,000, pelajar perlu mengisi maklumat di Bahagian A Borang
Bantuan Kewangan ASASI secara dalam talian. (Jika salah seorang ibu atau
bapa tidak bekerja atau bekerja sendiri, pelajar perlu muat naik borang yang
telah diisi secara lengkap, Borang Pengakuan Pendapatan)
5
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

e. Langkah 5-
Pelajar perlu melengkapkan semua borang secara manual, dan muat naik
kesemuanya dalam sistem e-daftar.
i. Borang Bantuan Kewangan ASASI
ii. Borang Perakuan Pendapatan
iii. Slip Gaji Bapa DAN Ibu atau penjaga yang telah disahkan dan berpalang
(catat “kegunaan UKM sahaja”)

f. Langkah 6-
Pelajar perlu menghantar kesemua dokumen seperti dinyatakan pada Langkah
5 secara atas talian.
* Untuk perhatian pemohon:
i. Bahagian F (Pengesahan dan Sokongan) serta Bahagian G (Pengakuan)
adalah wajib diisi. Jika salah seorang ibu/bapa tidak bekerja, borang
pengakuan pendapatan adalah wajib diisi.
ii. Salinan penyata cukai pendapatan tahunan diperlukan bagi ibubapa/
penjaga pelajar yang berniaga atau bekerja sendiri disahkan dan
berpalang (catat “kegunaan UKM sahaja”).
iii. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga, salinan kad pengenalan pelajar, ibu
dan bapa/ penjaga/ penjamin yang disahkan dan berpalang (catat
“kegunaan UKM sahaja”).

4. Borang Pemilihan Aliran Program ASASIPintar (Pelajar Lepasan Kolej


PERMATAPintar).
Muat turun borang di https://appsmu.ukm.my/edaftar.
5. Surat Aku Janji Program ASASIPintar UKM Aliran Sains.
Muat turun borang di https://appsmu.ukm.my/edaftar.
6. Surat Aku Janji Program ASASIPintar UKM Aliran Sastera.
Muat turun borang di https://appsmu.ukm.my/edaftar.
7. Maklumat kepada pelajar setelah selesai semua urusan pendaftaran:
Sila gunakan QR Code dibawah untuk masuk ke ‘Telegram Khas ASASIpintar sebaik
sahaja anda selesai mendapatkan slip pendaftaran:
6
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

C Sila kemaskini Maklumat Alamat Terkini


D Sila kemaskini Maklumat Waris
E Muat naik gambar berukuran passport (latar belakang berwarna biru) secara dalam
talian dengan SEGERA untuk tujuan Kad Kampus. Sila ikuti tatacara / panduan di
Sistem Kad Kampus UKM (UKMCard) di laman web https://appsmu.ukm.my/edaftar.
F Jelaskan jumlah bayaran yuran kemasukan seperti yang tertera pada surat tawaran,
di bank berikut:-

Sila rujuk kaedah bayaran di muka surat 8.


G Pemeriksaan Kesihatan

1. Lakukan pemeriksaan kesihatan di hospital/ klinik berikut;


a. Klinik / Hospital Kerajaan,
b. Klinik / Hospital Swasta.
2. Sila gunakan borang Laporan Pemeriksaan Kesihatan dalam sistem edaftar menu
persediaan pendaftaran.
3. Pelajar dikehendaki untuk memberikan maklumat kesihatan diri yang tepat dan
benar.
4. Tertakluk di bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar, pelajar yang
mempunyai masalah kesihatan atau menghidapi apa-apa jenis penyakit adalah
layak untuk mendaftar, tetapi kos rawatan penyakit tersebut tidak akan
ditanggung oleh UKM.
5. Setelah selesai melakukan pemeriksaan kesihatan, sila muat naik Laporan
Pemeriksaan Kesihatan yang lengkap di https://appsmu.ukm.my/edaftar.
Laporan dan filem x-ray hendaklah disimpan oleh pelajar dan TIDAK PERLU
dihantar kepada Universiti.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-8921 4510 / 4555 / 5087

H Pendaftaran Diri

Semua pelajar diminta untuk mendaftar secara dalam talian (e-daftar) dengan
menekan butang Pendaftaran Diri Pelajar Baru, apabila tarikh pendaftaran dibuka
(rujuk muka depan sistem e daftar). Dan, memastikan yuran kemasukan telah dibayar.
Sila cetak Slip Pengesahan Pendaftaran daripada sistem e-daftar dan simpan sebagai
rujukan pelajar.

2. Keperluan Semasa Berada Di Kampus


A Sentiasa berpakaian kemas dan sopan semasa berada di Kampus. (Sila rujuk panduan
Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM yang disertakan dalam buku ini).

B Sediakan 6 keping gambar (berwarna) terbaru ukuran pasport dan di belakangnya


catatkan nama dan nombor pendaftaran.
7
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

C Sediakan pakaian berikut sepanjang berada di Kampus.

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan


- 2 atau 3 helai baju kemeja lengan - 2 atau 3 helai baju kurung berwarna
panjang warna putih kebiruan (corak pilihan sendiri)
- Seluar panjang berwarna gelap - Baju sukan lengan panjang/pendek
- Baju sukan lengan pendek berkolar berkola
- Kasut sukan - Kasut sukan

D Sediakan keperluan seperti bantal, sarung bantal, selimut, cadar dan keperluan
peribadi yang lain.

3. Sekiranya saudara/i menolak tawaran, sila ambil tindakan berikut dengan SEGERA:
A Sahkan penolakan tawaran melalui laman web https://appsmu.ukm.my/edaftar
mulai 23 - 31 Julai 2022.

II. MAKLUMAT PENTING

1.0 MAKLUMAT YURAN DAN KAEDAH BAYARAN

KETERANGAN YURAN SEMESTER 1 YURAN SEMESTER 2


YURAN YURAN PENGAJIAN YURAN PENGAJIAN DAN
PENDAFTARAN & PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN
Amaun RM665 RM830 RM830.00
Kaedah Sila bayar di https://join.ukm.my/ Sila bayaran di
bayaran https://ekewangan.ukm.my/
Tempoh akhir Sebelum pelajar Sebulan selepas mendaftar
bayaran mendaftar diri
ke Universiti

i. Yuran Penginapan
Yuran penginapan akan dikenakan kepada setiap pelajar apabila pelajar mendaftar di
kolej. Bayaran hendaklah dibuat satu (1) bulan selepas pelajar mendaftar di kolej. Kadar
yuran penginapan berbentuk pakej dan tiada pemulangan sekiranya pelajar mendaftar
keluar lebih awal.

BIL YURAN PENGINAPAN KADAR


1 Yuran Penginapan RM462 RM3.50 sehari
(anggaran satu semester)
2 Yuran Aktiviti Kolej RM50 Setiap Semester
Jumlah RM512

*Kadar yuran di atas tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa


8
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

1.1 Sebarang pertanyaan berkenaan yuran, boleh diajukan kepada Unit Kewangan Pelajar,
Jabatan Bendahari melalui emel ukpbendahari@ukm.edu.my.

1.2 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN DAN LAIN-LAIN BAYARAN

Berikut merupakan kemudahan yang disediakan bagi memudahkan pelajar membuat


bayaran yuran termasuk penginapan dan lain-lain bayaran seperti denda/gantian kad
matrik:

BAYARAN ATAS TALIAN MELALUI PORTAL eKEWANGAN UKM

Link portal adalah https://ekewangan.ukm.my/signin

 Log masuk menggunakan ID & Password SMP.


 Pilih Invois
 Tandakan invois yang hendak dibayar
 Tekan Bayar
 Pilih kad kredit Visa/Master atau FPX meliputi bank-
bank terkemuka atau eWallet
 Pastikan status transaksi adalah Successful
 Perincian bayaran akan dipaparkan. Cetak perincian
bayaran sebagai bukti/rujukan (untuk rujukan sendiri)

*Tekan Refresh. Resit dan Bayaran akan dikemaskini serta


merta dalam maklumat kewangan pelajar.
TAJAAN Pelajar yang mendapat tajaan biasiswa atau bantuan
kewangan perlu memuatnaik surat tajaan lengkap di
https://join.ukm.my/

Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk memastikan


penaja membayar yuran setiap semester.

2.0 POLISI KEWANGAN JIKA PELAJAR MENARIK DIRI / GANTUNG PENDAFTARAN

2.1 Bagi pelajar yang menarik diri atau gantung pengajian, hanya bayaran YURAN PENGAJIAN
SAHAJA AKAN DIPULANGKAN kepada pelajar mengikut tempoh yang ditetapkan seperti
berikut:

TEMPOH PEMULANGAN YURAN


Sebelum minggu kuliah 100%
Minggu 1-2 kuliah 70%
Minggu 3-6 kuliah 50%
Selepas minggu keenam kuliah Tiada
9
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023
10
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

2.2 Pertimbangan pemulangan yuran pengajian hanya akan dibuat berdasarkan kelulusan
menarik diri atau menggantung pengajian daripada Pusat Pengurusan Akademik.
2.3 Yuran penginapan tidak akan dikembalikan sekiranya pelajar keluar dari kolej lebih awal
dari Tarikh yang ditetapkan dalam semester berkenaan kecuali bagi kes-kes seperti
berikut:
i. Pelajar yang ditimpa musibah
ii. Pelajar yang terlibat dengan Program Mobiliti
iii. Pelajar yang menamatkan pengajian lebih awal

3.0 SEMAKAN AKAUN PELAJAR

Pelajar hendaklah sentiasa menyemak penyata kewangan masing-masing di Portal eKewangan,


https://ekewangan.ukm.my bagi memastikan tiada hutang tertunggak atau untuk mendapatkan
maklumat kewangan masing-masing. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh dimajukan
kepada Unit Kewangan Pelajar atau emel ukpbendahari@ukm.edu.my.
11
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

4.0 TARIKH-TARIKH SESI AKADEMIK ASASI PINTAR 2022/2023

Semester I Semester II
Kegiatan
Tarikh Tempoh Tarikh Tempoh

Pendaftaran & Minggu Mesra Pelajar (MMP) 1-5 Ogos 2022 1 minggu

Sesi Pembelajaran 8 Ogos- 30 September 2022* 8 minggu 25 Januari- 19 Mac 2023* 8 minggu

Cuti Pertengahan Semester I 3- 9 Oktober 2022 1 minggu

Peperiksaan Pertengahan Semester I 10-14 Oktober 2022* 1 minggu

Sesi Pembelajaran 17 Oktober - 18 Disember 2022* 9 minggu

Minggu Ulangkaji 19 – 25 Dis 2022* 1 minggu

Cuti Pertengahan Semester II 20 Mac – 26 Mac 2023 1 minggu

Peperiksaan Pertengahan Semester II 27 – 31 Mac 2023 1 minggu

Sesi Pembelajaran 3 April – 4 Jun 2023* 9 minggu

Minggu Ulangkaji 5 – 11 Jun 2023* 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester I 27 Dis -30 Dis 2022* 1 minggu

Peperiksaan Akhir Semester II 12 – 16 Jun 2023 1 minggu

21 minggu (21 Minggu)

Cuti Semester 1 Jan -22 Januari 2023* 3 minggu

TAKWIM ASASIpintar UKM 2022/2023. *Terlibat cuti umum


12
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

31 Ogos 2022- Hari Kebangsaan (Rabu) 2 Jan 2023- Tahun Baru (Isnin)
16 Sept 2022- Hari Malaysia (Jumaat) 23 & 24 Jan 2023- Cuti Tahun Baharu Cina (Isnin & Selasa)
10 Okt 2022- Maulidur Rasul (Isnin) 22-24 Apr 2023- Aidilfitri (Sabtu, Ahad & Isnin)
24 Okt 2022- Hari Deepavali (Isnin) 1 Mei 2023- Hari Pekerja (Isnin)
12 Dis 2022- Keputeraan Sultan Selangor (Isnin) 4 Mei 2023- Wesak (Khamis)
26 Dis 2022- Hari Krismas (Isnin) 5 Jun 2023- Hari keputeraan YDP Agong (Isnin)
13
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

Pusat GENIUS@pintar Negara


5.0 ATUR CARA PROGRAM MINGGU MESRA PELAJAR ASASIpintar UKM SESI AKADEMIK 2022/2023
Tarikh 1.00 – 8.30-
/ 6.00 – 7.00 – 2.00 11.00 11.00-
9.00 pg – 11.00 tgh 11.00pg – 12.00 Tgh 2.00 – 5.00 ptg 5.00 – 8.30 mlm
Masa 7.00 pg 7.30 pg ptg mlm 11.15mlm

Pendaftaran di
Aktiviti
Auditorium Pusat Majlis Ramah Mesra Rehat / Pendaftaran penginapan Kolej Solat / Rehat /Makan Malam Minum
Kolej
GENIUS@Pintar Bersama Ibu Bapa (PGPN) Solat (KPZ) (KPZ) Malam
(KPZ)
Negara UKM (PGPN)

6.30 – 8.00-
6.00 – 7.00 – 1.00- 4.00- 4.30- 11.00-
8.00-1.00 tgh hari 2.00 – 4.00 ptg 8.00 11.00
7.00 pg 7.30 pg 2.00ptg 4.30ptg 6.30ptg 11.15mlm
mlm mlm
Solat dan
Tazkirah Perbincangan Bersama Wakil Sesi Solat /
Subuh / Sarapan Aktiviti
**Kenali Perpustakaan Tun Seri Lanang/ Lawatan Rehat / Kesihatan, Keselamatan & Rehat / Bersama Rehat Minum
Ceramah pagi Pelajar
Pusanika (PTSL) Solat Kebajikan Pelajar Solat Alumni /Makan Malam
Moral (KPZ) (KPZ)
(KPZ) (KPZ) Malam
(KPZ)

6.30 – 8.00-
6.00 – 7.00 – 1.00- 2.00 tgh – 4.00 4.30 – 5.15 5.15-6.30
8.00 – 10.30 pg 10.30-1.00 tgh 8.00 11.00
7.00 pg 7.30 pg 2.00ptg ptg ptg ptg
mlm mlm
Solat dan
Tazkirah **Sesi Bersama Raptai Majlis Ikrar Solat /
Subuh / Sarapan (PGPN)
Majlis Ikrar Pelajar Aktiviti
Pentadbir & Rehat / Aktiviti Rehat
Ceramah pagi Baharu Rehat / Solat Pelajar
(KPZ)
Pensyarah ASASIpintar • Perlu Wakil Solat sukan (KPZ) /Makan
(KPZ)
Moral (PGPN) (PGPN) Malam
HEP, PKK
(KPZ)

*Paparan jadual hanyalah untuk rujukan dan tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal. Pelajar diminta bawa kesemua keperluan asrama semasa proses pendaftaran di PGPN.
Pakaian formal serta kasut bertutup (L= kemeja dan bertali leher; P: baju kurung, menutup aurat).
Pakaian semi-formal (T-shirt berkolar, seluar panjang, berpakaian sopan)
14
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

6.0 LARANGAN DERAAN (RAGGING)

Kepada,
Semua Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Saudara/i,

DERAAN (RAGGING) ATAU PERKARA YANG SEUMPAMANYA

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa deraan fizikal, mental termasuk perbuatan dan
perkataan yang menjatuhkan air muka, maruah dan kehormatan diri seseorang pelajar dalam apa jua
bentuknya yang boleh ditafsirkan sebagai DERAAN (RAGGING) adalah SATU KESALAHAN TATATERTIB
YANG MANA IA ADALAH MENJADI PERBUATAN YANG MEROSAKKAN NAMA BAIK UNIVERSITI DAN
TIDAK HARUS MENJADI BUDAYA MAHASISWA UNIVERSITI.

2. PIHAK UNIVERSITI TIDAK AKAN BERTOLAK ANSUR TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG
MELAKUKAN PENDERAAN DAN AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP MEREKA
DENGAN MENGENAKAN HUKUMAN YANG BERAT TERMASUK DISINGKIRKAN DARI UNIVERSITI.
(KEPUTUSAN PERSIDANGAN NAIB CANSELOR KE – 22 PADA 21 JULAI 1989).

3. Semua pihak yang melihat dan mengetahui adanya deraan ke atas mahasiswa berlaku di mana-
mana sahaja, hendaklah melaporkan kepada pihak Pengetua Kolej atau pihak Keselamatan UKM
dengan segera. Pihak Pengetua dan pihak Keselamatan selepas menerima aduan hendaklah serta
merta menyiasat dan memanggil mereka yang terlibat dan membuat laporan bagi dakwaan. Pihak
Berkuasa Tatatertib akan mengambil tindakan selanjutnya. Ibu bapa / penjaga kepada pelajar yang
terlibat akan dihubungi mengenai kes ini.

4. UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELAJAR, MINGGU MESRA PELAJAR (MMM) AKAN BERMULA PADA
1 Ogos 2022 DAN BERAKHIR PADA 3 Ogos 2022. MANA-MANA PELAJAR ATAU KUMPULAN PELAJAR
YANG TERLIBAT MENGADAKAN ‘SUAIKENAL / ORIENTASI’ SELEPAS TARIKH INI AKAN DIAMBIL
TINDAKAN.

Sekian, terima kasih.

ARAHAN TIMBALAN NAIB CANSELOR


HAL-EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
15
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

7.0 PERATURAN PENTING

Pelajar-pelajar diingatkan supaya mematuhi semua peraturan UKM termasuk perkara-perkara


yang dinyatakan di bawah:

1. Undang-Undang Universiti
Pelajar dikehendaki mematuhi Akta Universiti dan Kolej Universiti, Kaedah-kaedah Universiti
Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar 1999), Statut dan Peraturan, dan keputusan yang
dibuat oleh pihak berkuasa Universiti dari semasa ke semasa.

2. Pemakaian Kad Kampus


Kad Kampus merupakan pengenalan diri bagi seluruh warga UKM. Setiap pelajar dikehendaki
memakai dan mempamerkan kad kampus semasa berada di dalam kampus.

3. Larangan Membawa dan Memandu Kenderaan Bermotor


Pelajar Asasi Pintar dilarang membawa dan memandu kenderaan bermotor di dalam kawasan
Kampus UKM, Bangi. Berbasikal adalah digalakkan.

4. Peraturan Pakaian dan Kemasan Diri Pelajar UKM


Pelajar dikehendaki mematuhi peraturan pekaian dan kemasan diri untuk pelajar UKM demi
menjaga nama baik Universiti dalam membentuk suasana kampus yang tenteram dengan
pelajar yang bermoral, berdisiplin serta mempunyai kesopanan dan kesusilaan selaras dengan
kedudukan Universiti sebagai institusi pendidikan dan pusat ilmu.

5. Kawasan Larangan Merokok


Kampus UKM merupakan kawasan larangan merokok. Larangan dikuatkuasakan kepada
semua pelawat dan warga UKM semasa berada di dalam kampus.

6. Pembayaran Yuran
Pelajar dikehendaki menjelaskan semua yuran yang dikenakan oleh Universiti.

8.0 MAKLUMAT UMUM

1. Kampus Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia mempunyai dua (2) kampus iaitu;
a. Kampus Induk di Bangi
b. Kampus Kuala Lumpur

Kampus Induk Bangi menempatkan;


i. Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
ii. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
iii. Fakulti Pendidikan
iv. Fakulti Pengajian Islam
v. Fakulti Sains dan Teknologi
vi. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
vii. Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
viii. Fakulti Undang-Undang
ix. Graduate School of Business (UKM-GSB)
x. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
16
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

xi. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)


xii. Institut Biologi Sistem (INBIOSIS)
xiii. Institut Informatik Visual (IVI)
xiv. Institut Islam Hadhari (HADHARI)
xv. Institut Kajian Etnik (KITA)
xvi. Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)
xvii. Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN)
xviii. Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI)
xix. Institut Perubahan Iklim (IPI)
xx. Institut Sel Fuel
xxi. Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA UKM)
xxii. Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (UKMSHAPE)
xxiii. Pusat Siswazah (PS)
xxiv. Pusat GENIUS@pintar Negara

Kampus Kuala Lumpur terletak di:


a. Jalan Raja Muda Abdul Aziz yang menempatkan;
i. Fakulti Pergigian
ii. Fakulti Farmasi
iii. Fakulti Sains Kesihatan

b. Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur yang menempatkan;
i. Hospital Canselor Tuanku Muhriz - hospital pengajar
ii. Fakulti Perubatan
iii. Institut Perubatan Molekul (UMBI)

c. Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang menempatkan;


i. Kolej Tun Syed Nasir

Antara bangunan yang menjadi mercu tanda Universiti ialah Dewan Canselor Tun Abdul Razak
(DECTAR) dan Masjid Universiti yang indah. Terletak bertentangan antara satu sama lain
berhampiran pintu masuk utama, DECTAR mengingatkan semua akan peranan Universiti sebagai
kemuncak kecemerlangan akademik, sementara masjid ialah tempat beribadah dan
mengabdikan diri kepada Allah; kedua-duanya menjadi pengakuan sepanjang kenyataan
falsafah Universiti iaitu; “Panduan antara iman kepada Allah dengan ILMU yang bermanfaat serta
gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses
pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti”.

2. Unit Kebajikan, Pusat Hal-Ehwal Pelajar (HEP-UKM)

Perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di Unit Kebajikan HEP-UKM dalam usaha
membantu pelajar yang memerlukan bantuan sepanjang mengikuti pengajian di Universiti
Kebangsaan Malaysia adalah:

i. Urusan Kebajikan Pelajar


● Urusan hal-ehwal kebajikan pelajar merangkumi aspek kesihatan, kematian pelajar atau
waris, kemalangan, bencana, rawatan hospital, kebakaran, kebajikan pelajar OKU dan
sebagainya.
17
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

● Mengurus urusan permohonan Tabung Kebajikan Pelajar dan Tabung Endowmen Bantuan
Pelajar dan Bantuan Kewangan OKU Kementerian Pendidikan Malaysia . Borang boleh
didapati di Unit Kebajikan, HEP-UKM.
● Membantu dalam urusan tuntutan insuran pelajar (ASASIpintar).
● Maklumat lanjut berkenaan skim-skim tersebut di atas boleh didapati di laman sesawang
Pusat Hal-Ehwal Pelajar iaitu http://www.ukm.my/hepukm/kebajikan-pelajar/

ii. Urusan Penajaan (Pinjaman/Biasiswa)


 Mengurus urusan penyerahan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian PTPTN dan JPA.
 Mengurus urusan PTPTN yang berkaitan dengan Perubahan Maklumat Pelanggan,
Permohonan Perlanjutan Tempoh Pinjaman, Pembatalan dan Penolakan Tawaran
Pinjaman Pendidikan PTPTN dan Permohonan Pertukaran Kursus. Borang yang berkaitan
boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar atau di laman sesawang PTPTN iaitu
https://www.ptptn.gov.my
 Mengurus urusan JPA yang berkaitan dengan Permohonan Perlanjutan Pinjaman,
Permohonan Kebenaran Bernikah Kahwin, Tuntutan Elaun Tambang Penerbangan,
Tuntutan Elaun Tesis dan Elaun Latihan Amali, Laporan Kemajuan Calon PMC, Pindaan
Tempoh Tajaan, Tujuk Sebab Kemorosotan Akademik dan Permohonan Program Mobiliti.
Borang yang berkaitan boleh didapati di Unit Kebajikan Pelajar atau di laman sesawang JPA
iaitu http://www.jpa.gov.my

iii. Antara senarai pembiaya yang menawarkan pinjaman/biasiswa:

Bil. Nama Pembiayaan


1. Pinjaman Pendididikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
2. Pinjaman Pelajaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
3. Khazanah Watan Scholarship Programme
4. Biasiswa Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda
5. Yayasan Tenaga Nasional
6. Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA)
7. Yayasan Sime Darby Undergraduate Scholarship Programme (Local)
8. Yayasan Sime Darby (YSD) Peneraju Tunas Potensi Bursary
9. Yayasan Bank Rakyat
10. Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR)
11. Skim Biasiswa MyBRAINSc
12. CIMB Bank Asean Scholarship
13. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Selangor
14. Biasiswa Unissula Universiti Islam Sultan Agung
15. Bantuan Awal Pengajian Di Bawah Program Jelajah Pendidikan Bumiputra (JBT)
16. Program Biasiswa UMW
17. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
18. Biasiswa Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)
19. Biasiswa UEM Group
20. Bantuan Pelajaran Yayasan Tunku Abdul Rahman
21. Biasiswa Kumpulan DAIKIN Malaysia
22. Biasiswa SONY
18
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

23. Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor (TKWBNS)


24. Biasiswa Penang Future Foundation (PFF)
25. Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI)
26. Biasiswa KEN Foundation’s
27. Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang
28. Hadiah Pengajian IPT Kerajaan Negeri Selangor
29. Pinjaman Yayasan Selangor
30. Biasiswa Yayasan Okazaki Kaheita Jepun
31. Anugerah Biasiswa Fair & Lovely
32. Biasiswa UEM Group
33. Biasiswa YTM Talent-A
34. Pinjaman Kerajaan Negeri Sabah
35. Bantuan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Anak-Anak Sabah (BKPS)
36. Biasiswa Yayasan KLK

* Pelajar adalah dinasihatkan untuk memohon dahulu pinjaman pendidikan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sementara mendapat atau mencari tawaran
pinjaman/biasiswa yang lain.

Sebarang hebahan atau maklumat untuk pengetahuan berkaitan Pinjaman/Biasiswa yang melalui
UKM akan dimaklumkan di portal e-pelajar UKM dan papan kenyataan di Fakulti/Kolej kediaman.

iv. Urusan Skim Takaful Berkelompok


Secara umumnya, semua pelajar yang mendaftar sebagai (ASASIpintar) tempatan dan
antarabangsa dilindungi di bawah Skim Takaful Berkelompok UKM.

 Pelajar tempatan (ASASIpintar) dilindungi di bawah Skim Takaful Berkelompok (Group


Personal Accident) dan manakala;
 Pelajar antarabangsa (ASASIpintar) dilindungi dengan Skim Takaful Berkelompok (Group
Personal Accident) dan Skim Kesihatan & Pembedahan (Group Health & Surgical) yang
mempunyai Kad Perlindungan (Medical Card) yang mana pelajar perlu berurusan dengan
pihak Education Malaysia Global Services (EMGS) untuk sebarang tuntutan.

 Keterangan lanjut berkenaan Unit Kebajikan HEP-UKM boleh diperolehi melalui talian 03-
8921 5316/ 4368/ 4451 atau faks 03-89253352 atau email qai@ukm.edu.my.

3. Pusat Sukan UKM


Pusat Sukan UKM sentiasa berubah membangun serta melaksanakan program dan aktiviti sukan
seiring dengan Dasar Sukan Negara yang telah menggariskan dua peranan utama IPT iaitu untuk
menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti sukan secara aktif dan menyediakan
peluang belajar kepada atlet sukan. Kedua-dua peranan ini bertanggungjawab memberi garis
panduan dalam usaha penyelarasan keseimbangan dan kesinambungan prestasi akademik dan
pencapaian dalam bidang sukan di IPT.

Pusat sukan terbahagi kepada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pengurusan dan Bahagian
Pembangunan dan dipecahkan kepada unit-unit dibawahnya mengikut peranan dan
19
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

tanggungjawab kerja yang selaras dengan Dasar Sukan IPT yang menekankan pembangunan
sukan ke peringkat lebih tinggi. Di bawah Bahagian Pentadbiran mempunyai Unit Kewangan &
Pentadbiran dan Unit Pembangunan Kualiti. Bahagian Pengurusan mempunyai dua unit iaitu
Unit Pengurusan Acara dan Unit Prasarana Sukan & Kampus Cawangan. Manakala Bahagian
Pembangunan mempunyai Unit Pembangunan Atlet dan Unit Aktiviti IPT.

Peranan Pusat Sukan adalah merancang dan melaksanakan program pembangunan sukan
universiti serta menjalankan aktiviti dan program sukan dan rekreasi bagi pelajar dan kakitangan
serta memberi perkhidmatan penganjuran sukan bagi pihak luar. Pusat Sukan juga menyediakan
kemudahan dan prasarana sukan yang lengkap. Pusat Sukan turut menyediakan latihan dan
kursus bagi meningkatkan kompetensi pelajar dan kakitangan dalam bidang sukan.

Perkhidmatan penggunaan kemudahan sukan yang disediakan oleh Universiti adalah di bawah
tanggungjawab Pusat Sukan. Kemudahan-kemudahan sukan yang dimaksudkan adalah seperti
Stadium Universiti, balapan sintetik, padang bola sepak, padang ragbi, gelanggang skuasy,
gelanggang tenis dan sebagainya. Keterangan lanjut mengenai kemudahan dan peralatan sukan
boleh diperolehi dengan menghubungi talian 03-89213097/3071 atau email ke
farid20@ukm.edu.my. Maklumat lanjut berkaitan Pusat Sukan juga boleh didapati dengan
melayari laman web rasmi Pusat Sukan di www.ukm.my/pusatsukan.

4. Perpustakaan UKM
Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia terdiri daripada tujuh buah perpustakaan
termasuk perpustakaan cabang :

Kampus Bangi : Kampus Kuala Lumpur :


 Perpustakaan Tun Seri Lanang (Induk)  Perpustakaan Dr. Abdul Latiff
 Perpustakaan Alam dan Tamadun Melayu
 Perpustakaan Undang-Undang Kampus Cheras :
 Perpustakaan Lingkungan Kedua  Perpustakaan Pusat Perubatan UKM
 Perpustakaan Praklinikal

Perpustakaan UKM menyediakan pelbagai sumber maklumat dan ilmu kepada warga universiti
untuk pembelajaran, pengajaran, penyelidikan, perundingan dan inovasi. Sehingga kini, koleksi
Perpustakaan telah mencecah 4.1 juta bahan.

Sumber maklumat ini boleh diperolehi sama ada dalam bentuk bercetak mahupun elektronik
melalui platform pencarian maklumat di laman web Perpustakaan (https://www.ukm.my/ptsl):
 Katalog Awam Dalam Talian (GEMILANG)
 ESumber@Ptsl (EResources@Ptsl)
 Carian Bestari@UKM (Discovery Services@UKM)
 Repositori Artikel Jurnal UKM (UJAR)
 Repositori Institusi UKM (E-Rep)
 Repositori Pembelajaran & Pengajaran

Akses kepada sumber maklumat ini boleh dilakukan di mana sahaja. Perkhidmatan Perpustakaan
meliputi pinjaman dan pemulangan buku, pembekalan penerbitan, pakej maklumat, bimbingan
dan pendidikan pelanggan, rujukan dan khidmat nasihat. Selain itu, kemudahan juga disediakan
kepada para pelanggan seperti ruang 24 jam, bilik diskusi, bilik karel, makmal komputer, bilik
tayangan, surau dan kafe.
20
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

Para pelanggan juga boleh mengikuti Kursus Kemahiran Maklumat Perpustakaan secara percuma
berdasarkan jadual dan permohonan serta boleh membuat temujanji untuk konsultansi individu
bagi tujuan penyediaan tugasan ilmiah, penyelidikan, penulisan tesis, pengurusan bibliografi dan
petikan. Perpustakaan turut menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada pelajar OKU
antaranya pakej maklumat, pencarian bahan, bilik karel, lif, tandas serta laluan khas untuk akses
ke Ruang 24 Jam Abdul Aziz Shaik Mydin.

Perpustakaan sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik mengikut keperluan semasa


seperti pinjaman pandu lalu, pemulangan 24 jam, pinjaman dan pemulangan secara pos untuk
memudahkan para pelanggan mendapatkan bahan pembelajaran dan penyelidikan serta dapat
menggunakannya secara efektif.
Perpustakaan boleh dihubungi melalui :
Live chat
019-204 5652
03-8921 3446
helpdeskptsl@ukm.edu.my Perpustakaan Tun Seri Lanang
(PTSL)

5. Kesihatan
Pelajar diwajibkan mengemukakan Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang lengkap secara dalam
talian ke Pusat Kesihatan Universiti UKM Bangi sebelum atau sebaik sahaja mendaftar secara
dalam talian. Semua pelajar sepenuh masa layak mendapatkan perkhidmatan kesihatan di
bawah Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar yang disediakan. Skim ini membolehkan pelajar
mendapatkan rawatan perubatan dan pergigian di Klinik Pesakit Luar dan Bahagian Kecemasan
di Pusat Kesihatan Universiti. Rujukan ke Hospital Kerajaan (kecuali Hospital Universiti Lain dan
Hospital Putrajaya) dibuat bagi rawatan lanjut. Perkhidmatan ambulans turut disediakan bagi
kes-kes kecemasan.

Pelajar juga layak mendapatkan perkhidmatan rawatan pesakit luar di klinik panel seperti
berikut;

a. Kampus Kuala Lumpur


Klinik Reddy (03-4042 3173)

b. Kampus Bangi (luar waktu pejabat sahaja)


Poliklinik UKM Kesihatan di Seksyen 15 Bangi (03-8926 6330)

Sebarang pertanyaan, pelajar boleh berhubung melalui talian 03-8921 4510/ 3690/ 5087 (waktu
pejabat). Bagi perkhidmatan kecemasan atas panggilan (on-call), sila hubungi Doktor 012-
6485541, Paramedik 012-6485542 & Pemandu 012-6485546.
21
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

6. Sistem Pengurusan Pembelajaran UKM


Sistem pengurusan pembelajaran di UKM terdiri daripada dua pelantar iaitu UKMFolio™ dan
Microsoft Teams. Kedua-dua pelantar ini merupakan pelantar pengajaran dalam talian tidak
segerak yang dilaksanakan melalui pelantar UKMFolio™. Manakala pengajaran dalam talian
segerak yang dilaksanakan melalui pelantar Microsoft Teams. Bahan pembelajaran yang
diletakkan di UKMFolio™ terdiri daripada pengisian kursus, video pengajaran dan pembelajaran,
dokumen, pautan yang dilengkapi dengan aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, forum,
refleksi, kuiz, laporan dan lain-lain lagi. Manakala pelantar Microsoft Teams digunakan bagi
pengajaran bersemuka secara dalam talian.

I. UKMFolio™
UKMFolio™ adalah sistem pengurusan pembelajaran yang dibangunkan oleh Pusat Teknologi
Maklumat (PTM), UKM untuk kegunaan tenaga pengajar dan pelajar UKM dalam menyokong
pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. UKMFolio™ disepadukan dengan Sistem
Maklumat Pelajar (SMP), UKM yang akan menyenaraikan semua kursus yang diikuti oleh
pelajar pada setiap semester. Bahan pembelajaran boleh diakses oleh pelajar UKM dengan
menggunakan No Matrik dan kata laluan SMP di pautan https://ukmfolio.ukm.my/.

7. Badan (Persatuan, Kelab dan Urusetia) dan Kegiatan Pelajar


Pelajar Universiti boleh menjadi ahli kepada Badan Pelajar. Pendaftaran badan pelajar diuruskan
oleh Unit Kualiti dan Perkhidmatan Pelajar, HEP-UKM dan pelajar digalakkan menjadi ahli mana-
mana persatuan, kelab atau urusetia yang diiktiraf oleh Universiti. Pendaftaran sebagai ahli baru
boleh dilakukan semasa Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) dan Pengambilan Ahli Baru
yang dianjurkan oleh HEP-UKM (sekali dalam setahun). Proses ini diadakan di Pusanika dan
fakulti-fakulti.

Sebarang program yang melibatkan pelajar sama ada program dalam atau keluar negara perlu
mendapat kelulusan dari HEP-UKM. Permohonan mengadakan program perlu melalui Sistem
Integrasi Bakat, Aktiviti dan Resume Pelajar (iSTAR) di alamat https://istar.ukm.my. Khidmat
rundingan berkaitan penganjuran program boleh berurusan dengan Unit Pengurusan Bakat &
Anugerah, HEP-UKM. Para pelajar UKM boleh mengikuti latihan pengurusan organisasi,
kepimpinan dan pembangunan sahsiah yang disediakan oleh Unit Pembangunan Sahsiah Pelajar
di HEP-UKM. Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui talian 03-89214700/3147 atau emel:
pghhep@ukm.edu.my / kp_hep@ukm.edu.my.

8. Pengurusan Penginapan Pelajar

Pusat Perumahan Pelajar, UKM


Penginapan pelajar diletakkan di 12 kolej kediaman di UKM, sepuluh darinya terletak di Kampus
Bangi manakala sebuah di Kampus Kuala Lumpur dan sebuah lagi di Hospital Canselor Tuanku
Muhriz (HCTM). Terdapat lebih kurang 14,000 kemudahan bilik penginapan disediakan untuk
pelajar pelbagai peringkat pengajian. Setiap bilik pelajar disediakan kemudahan asas lengkap
seperti katil, tilam, kerusi dan meja studi, almari pakaian dan mini papan notis. Disamping itu
juga, kolej kediaman menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk pelajar seperti kafeteria,
ruang riadah, bilik TV, ruang bacaan, surau dan bilik aktiviti pelajar. Kemudahan Wi-fi juga
22
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

disediakan untuk pelajar yang menginap di kolej kediaman bagi memastikan mereka menikmati
segala kemudahan yang diperlukan. Kategori bilik penginapan yang terdapat di kolej kediaman
ialah bilik seorang dan bilik kongsi berdua dengan kadar sewa bilik berdasarkan kepada jenis dan
kemudahan yang disediakan untuk pelajar. Tanggungjawab mentadbir urus kolej kediaman
adalah seperti di Lampiran.
23
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

9.0 SENARAI NAMA PENGETUA KOLEJ KEDIAMAN

Kolej Kediaman Pengetua No. Telefon Email Ketua Pentadbiran No. Telefon Emel
Mohd Heesyamuddin Bin
03-89216847 mhk@ukm.edu.my
Khairuddin
Norhazana Dol 03-89216847 yazan@ukm.edu.my
Kolej Pendeta Prof. Ts. Dr. Muhammad 03-89216848/
rahimi@ukm.edu.my Nurul Ajeeha Assiqqin Binti
Za’ba (L) Rahimi Yusop 03-89216851 03-89216851 ajeeha@ukm.edu.my
Ismail
Rohayah Bt. Yusop 0389216007 rohaya@ukm.edu.my
Ruzita Binti Razali 03-89216851 ruzita@ukm.edu.my
24
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

10.0 PERATURAN PAKAIAN DAN KEMASAN DIRI PELAJAR UKM


25
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

11.0 LOKASI KAMPUS INDUK UKM


26
BUKU PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASIPINTAR SESI AKADEMIK
2022/2023

12.0 PELAN KAMPUS INDUK UKM

Anda mungkin juga menyukai