Anda di halaman 1dari 22

PANDUAN PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU PROGRAM


ASASI SAINS UMK
SEMESTER AKADEMIK I SESI 2022/2023

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Arahan : Sila baca dengan teliti

Jabatan Persediaan Sains UMK

1
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. SEMAKAN DAN PENERIMAAN TAWARAN 2-3


2. SURAT TAWARAN DAN STRUKTUR YURAN 3
3. PERATURAN PEMBAYARAN YURAN 3-4
4. PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN 5
5. PEMERIKSAAN KESIHATAN 5
6. TEMPAT, TARIKH DAN MASA PENDAFTARAN 5-6
7. ETIKA PELAJAR 7
8. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN 7
9. PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN PELAJAR 7-8

10. LAMPIRAN 9

LAMPIRAN 1 : JADUAL BAYARAN YURAN PELAJAR PROGRAM ASASI


SAINS UMK SESI KEMASUKAN SEMESTER I 2021/2022 10

LAMPIRAN 2 : KAEDAH BAYARAN YURAN UNIVERSITI MALAYSIA


11 - 12
KELANTAN (UMK)
LAMPIRAN 3 : PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR PROGRAM 13
ASASI SAINS UMK
LAMPIRAN 4 : KALENDAR AKADEMIK PROGRAM ASASI SAINS UMK SESI
14 - 15
2022/2023
LAMPIRAN 5 : PERATURAN DAN TATACARA PEMAKAIAN 16 - 17
LAMPIRAN 6 : CARTA ALIR PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2022/2023 18
LAMPIRAN 7 : SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 19

11. NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI 20

2
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

1. SEMAKAN DAN PENERIMAAN TAWARAN

1.1. Semakan dan pendaftaran pelajar baharu Universiti Malaysia Kelantan adalah
menggunakan sistem atas talian sepenuhnya.

1.2. Sila buat pengesahan TERIMA tawaran melalui portal Sistem Pendaftaran Pelajar
Baharu Program Asasi Sains UMK https://capsule.umk.edu.my/admission selewat-
lewatnya 27 Julai 202 (Rabu).

PENGESAHAN TAWARAN TINDAKAN

Terima Sila ikuti segala arahan dan panduan pendaftaran


pelajar baharu seperti penerangan seterusnya

Tolak Sila pilih sebab tolak tawaran

Tiada Calon yang tidak membuat pengesahan tawaran ini


selewat- lewatnya 27 Julai 2021 (Selasa) dianggap
tidak berminat dan menolak tawaran

1.3. Sila lengkapkan pendaftaran secara atas talian melalui Sistem Pendaftaran Pelajar
Baharu Program Asasi Sains UMK selewat-lewatnya 27 Julai 2022 (Rabu) dengan
mengikuti langkat-langkah berikut:

i. Layari https://capsule.umk.edu.my/admission
ii. Log Masuk menggunakan No. Kad Pengenalan.
iii. Klik Surat Tawaran dan struktur yuran kemudian teliti, faham kandungan dan cetak
(cetakan berwarna).
iv. Klik Panduan Pendaftaran kemudian teliti dan faham Proses Pendaftaran Pelajar
Baharu.
v. Klik “TERIMA” atau “TOLAK” tawaran selepas meneliti maklumat tawaran dan
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu.
vi. Jika “TOLAK” tawaran sila pilih sebab tolak tawaran.
vii. Jika “TERIMA” tawaran skrin akan memaparkan peringatan yuran perlu dibayar
selewat- lewatnya seperti yang dinyatakan di Perkara 3: PERATURAN
PEMBAYARAN YURAN (muka surat 4).
viii. Lengkapkan maklumat peribadi UMKP1, Ibu Bapa dan lain-lain. Sila lengkapkan
medan kosong sahaja.
ix. Buka akaun simpanan RHB Bank (WAJIB) di cawangan RHB Bank yang
berdekatan.
x. Buat bayaran yuran pengajian sila rujuk:
a. Perkara 3 : PERATURAN PEMBAYARAN YURAN (muka surat 4)
b. Lampiran 1 : JADUAL BAYARAN YURAN PELAJAR PROGRAM ASASI
SAINS UMK SESI 2022/2023 (muka surat 10)
c. Lampiran 2 : KAEDAH BAYARAN YURAN UNIVERSITI MALAYSIA
KELANTAN (UMK) (muka surat 11-12)
xi. Sila muat naik bukti pembayaran yuran di
xii. Status pembayaran yuran akan bertukar kepada PAID selepas pembayaran
diprosess oleh pihak bendahari.
xiii. Proses pendaftaran kursus boleh dilakukan setelah status bertukar PAID. Untuk

3
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

melakukan pendaftaran kursus pelajar perlu klik menu “SUBJECT


REGISTRATION” untuk melengkapkan pendaftaran kursus-kursus. Sila rujuk:
Lampiran 3 : MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR
PROGRAM ASASI SAINS UMK (muka surat 13).
xiv. Selepas semua kursus berjaya didaftarkan, sila cetak Slip Pendaftaran Kursus (2
salinan) dan bawa semasa hadir mendaftar. Satu salinan untuk simpanan pelajar
dan satu salinan untuk dimasukkan ke dalam Folder Pelajar.
xv. Sila muat naik, muat turun dan cetak perkara berikut:
a. Maklumat Peribadi Pelajar (Borang UMKP1) (Cetak dan lengkapkan)
b. Set Borang Pendaftaran Pelajar Program Asasi Sains UMK (Cetak dan
lengkapkan)
c. Surat Tawaran (Cetakan Berwarna, 2 salinan)
d. Struktur Yuran (Cetakan Berwarna, 2 salinan)
e. Slip Pendaftaran Kursus (Cetak, 2 salinan)
f. Gambar Pasport (Muat naik di capsule)
g. Slip Pendaftaran Kolej Kediaman (Cetak melalui ATTENDANCE
CONFIRMATION )
h. Borang Pengisytiharan Kesihatan Covid 19
i. Borang Bantuan Kewangan Asasi (BKA)-Sekiranya ingin memohon
j. Bukti pembayaran yuran (Muat naik di Bukti Pembayaran Yuran Asasi Sesi
2022/2023
xvi. Selepas pendaftaran kursus di lakukan, sila tekan “YES” di menu ATTENDANCE
CONFIRMATION untuk pengesahan kehadiran.
1.4. Segala maklumat yang saudara/i kemukakan dalam Maklumat Peribadi PELAJAR
(UMKP1) hendaklah benar. Jika terdapat maklumat palsu, Universiti berhak menarik balik
tawaran ini atau menamatkan pengajian saudara/i dengan serta-merta pada bila-bila
masa.

1.5. ”Surat Aku Janji” (Set Borang Pendaftaran Pelajar Program Asasi Sains UMK) yang
disertakan wajib ditandatangani selepas hari pendaftaran sebelum diserahkan kepada
fakulti.

2. SURAT TAWARAN DAN STRUKTUR YURAN

2.1. Surat Tawaran dan Struktur Yuran perlu dicetak berwarna oleh pelajar sendiri untuk
dimasukkkan ke dalam fail pelajar dan untuk sebarang urusan kegunaan pelajar.

2.2. Sila buat SALINAN dan WAJIB menyimpan salinan surat tawaran dan struktur yuran ini
untuk kegunaan sebarang urusan. Pihak UMK tidak akan mengeluarkan surat tawaran
dan struktur yuran baharu jika hilang.

3. PERATURAN PEMBAYARAN YURAN

3.1. Bayaran yuran hendaklah dijelaskan selepas pelajar membuat pengesahan setuju terima
tawaran. Tempoh akhir bayaran yuran adalah sehingga 27 Julai 2022 (Rabu).

3.2. Bayaran yuran boleh dibuat melalui saluran bayaran sepertimana penerangan pada:
Lampiran 2 : KAEDAH BAYARAN YURAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
(UMK) (muka surat 11-12).

3.3. Bagi pelajar yang kurang berkemampuan, saudara/i boleh menjelaskan bayaran

4
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

minimum sebanyak RM 365.00, iaitu separuh daripada Yuran Sesi Akademik I Program
Asasi Sains UMK. Baki yuran perlu dijelaskan sebelum Minggu ke-12 Pengajian. Sila
hubungi Jabatan Persediaan Sains jika memerlukan sebarang bantuan.

4. PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN

4.1. Pelajar akan diberikan kunci bilik penginapan semasa melapor diri di universiti pada 31
Julai 2022 (Ahad). Sila tunjukkan SURAT TAWARAN dan SLIP PENDAFTARAN
KOLEJ KEDIAMAN/ALLOCATION SLIP (dicetak melalui ATTENDANCE
CONFIRMATION). SLIP PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN/ALLOCATION SLIP
akan diperoleh setelah pelajr membuat pembayaran yuran pengajian.

4.2. Sebagai makluman, maklumat penginapan seperti pemilihan Kampus, Blok, Aras dan
Nombor Bilik akan dijana oleh sistem berkomputer berdasarkan profil peribadi pelajar.

4.3. Justeru itu, penetapan nombor bilik kepada setiap orang pelajar adalah muktamad.
Sebarang permohonan pertukaran bilik hendaklah dimaklumkan kepada pihak Seksyen
Pengurusan Asrama untuk dipertimbangkan.

5. PEMERIKSAAN KESIHATAN

5.1. Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat
Kesihatan Universiti, UMK.

5.2. Semua pelajar dikehendaki mendapatkan tarikh temujanji di mana-mana kaunter Pusat
Kesihatan Universiti dalam masa seminggu dari tarikh melaporkan diri sebelum
bayaran dibuat.

5.3. BORANG PEMERIKSAAN KESIHATAN akan diberikan kepada pelajar dan diisi pada
tarikh temujanji yang akan diberikan.

5.4. Bayaran perkhidmatan pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan Universiti, UMK


adalah sebanyak.

5.5. RM 40.00 sahaja sekiranya pelajar hadir secara bersemuka.

5.6. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi 09-7717075 / 09-7797515


pada waktu bekerja iaitu hari Ahad – Rabu (8.30 pagi – 5.00 petang) dan Khamis (8.30
pagi – 3.30 petang).

6. TEMPAT, TARIKH DAN MASA PENDAFTARAN

6.1. Sila hadir untuk mendaftarkan diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan seperti
berikut:

5
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

6.1.1. TEMPAT
Lokasi pendaftaran pelajar adalah di Dewan Utama UMK Kampus Jeli.
6.1.2. TARIKH DAN MASA
31 Julai 2022 (Ahad) 10:00 pagi hingga 4:30 petang.
6.2. Pelajar Malaysia Timur (Sabah / Sarawak / W.P Labuan)
6.2.1. Tiada kemudahan bilik transit bagi pelajar yang datang daripada Sabah,
Sarawak atau W.P Labuan yang tiba awal daripada tarikh pendaftaran.
6.2.2. Urusan penginapan pelajar yang datang awal dari tarikh pendaftaran adalah
di bawah tanggung jawab pelajar sendiri.
6.2.3. Kenderaan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke UMK Kampus Jeli
akan disediakan kepada pelajar (pelajar sahaja) pada tarikh:31 Julai 2022
dan waktu: 12.00 tengah hari. Sila pastikan anda berada dilokasi yang
dinyatakan 15 minit awal. Searang pertanyaan berkenaan kenderaan di
Lapangan terbang sila hubungi https://t.me/+dnoUPNTxw1gyNzQ1
6.2.4. Urusan perjalanan dan kenderaan bagi pelajar yang tiba sebelum dan
selepas daripada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan adalah di bawah
tanggung jawab pelajar sendiri.

6.3. PENTING:
1. Ibu bapa/Penjaga dan pelajar WAJIB memakai PELITUP MUKA pada hari
pendaftaran.
2. Hanya pelajar sahaja dibenarkan masuk ke lokasi pendaftaran.
3. Sila patuhi norma baharu yang telah ditetapkan seperti penjarakan fizikal, kerap
mencuci tangan dengan sabun/hand sanitizer dan sentiasa memakai pelitup muka
semasa berada di tempat awam.
4. Ibu bapa/Penjaga dan pelajar dari kategori berikut diminta menangguhkan
pendaftaran iaitu:
a. Sekiranya disahkan positif COVID-19;
b. Sekiranya dikategorikan sebagai patient under investigation (PUI) oleh
mana mana pegawai perubatan;
c. Sekiranya dikategorikan sebagai person under surveillance (PUS); dan
d. Berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD);
Sehingga anda disahkan telah menjalani arahan yang dikeluarkan oleh
pihak berkuasa berkenaan.
5. Pelajar perlu mengambil perhatian dan cakna dengan situasi semasa berhubung
penularan wabak COVID-19 yang akan dimaklumkan oleh Kerajaan Malaysia
menerusi media elektronik dan media sosial serta menerusi laman sesawang UMK.

6.4. Carta Alir Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2022/2023

6.4.1. Semua pelajar diwajibkan hadir bagi pendaftaran mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.
6.4.2. Sila pastikan pelajar menjalani ujian Covid19 Self Test Kit dalam masa tiga
(3) hari sebelum hari pendaftaran. Sila sertakan bukti keputusan ujian

6
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

tersebut.
6.4.3. Hanya PELAJAR SAHAJA yang dibenarkan turun dari kenderaan semasa
proses pendaftaran.
6.4.4. Sila rujuk:
Lampiran 6: CARTA ALIR PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU (muka
surat 18)

7. ETIKA PELAJAR

7.1. Selama tempoh pengajian di Universiti ini, semua pelajar adalah wajib mematuhi:

i. Keputusan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) dan Senat Universiti serta


keputusan Fakulti bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan saudara/i
sebagai seorang pelajar UMK.
ii. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta
kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa juga.
iii. Menghormati para pegawai dan pensyarah Universiti.
iv. Mematuhi peraturan Lalulintas Universiti dan Akta Pengangkutan Jalan Raya
(JPJ) 1987.
v. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, kebudayaan, sukan,
sosial, khidmat masyarakat dan aktiviti lain yang dilaksanakan oleh Universiti.
vi. Patuh kepada etika pemakaian. Sila rujuk:
Lampiran 5: PERATURAN DAN TATACARA PEMAKAIAN (muka surat 16-17)

8. PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

8.1. Pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan Asasi (BKA) boleh merujuk Jabatan
Persediaan Sains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan atau layari
https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/index_penajaan.php

8.2. Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah (pendapatan kasar) bagi BKA Tahun
2022 adalah di bawah RM10,960.00. Sekiranya pelajar layak memohon Bantuan
Kewangan Asasi (BKA), pelajar boleh mengisi maklumat lanjut dipautan ini.

8.3. Pertanyaan mengenai pembiayaan lain boleh merujuk kepada Seksyen Tatatertib dan
Kebajikan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

9. PERSEDIAAN DAN KEPERLUAN PELAJAR

9.1. Gambar berukuran passport sebanyak 4 keping dan 1 keping CD yang mengandungi
fail gambar passport tersebut. Pelajar perlu menulis No. Matrik dalam HURUF BESAR
di setiap kepingan gambar dan CD.

9.2. Pakaian harian dan pakaian sukan yang sesuai dan sopan.
7
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

9.3. Keperluan kolej kediaman : 2 helai cadar berukuran katil bujang, 2 helai sarung bantal,
bantal dan selimut.

9.4. Keperluan untuk solat termasuk sejadah, baju melayu kebangsaan lengkap bersampin
dan songkok berwarna hitam atau biru tua (pelajar lelaki Islam sahaja)

9.5. Pakaian sukan yang sesuai termasuk seluar panjang sukan (track bottom), “t-shirt‟
lengan pendek (lelaki),”t-shirt‟ lengan panjang (perempuan), kasut sukan dan stokin.

9.6. Kasut berwarna gelap dan stokin hitam untuk upacara rasmi.

9.7. Digalakkan menggunakan beg beroda untuk membawa barang-barang keperluan ke


Pusat Pendaftaran dan ke bilik kediaman.

9.8. Untuk setiap upacara rasmi Universiti pada waktu siang, semua pelajar lelaki diwajibkan
memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar panjang. Manakala
pelajar wanita beragama Islam berpakaian baju kurung dan bertudung. Bagi pelajar
wanita bukan Islam dikehendaki berpakaian baju lengan panjang berkolar dan memakai
kain labuh.

9.9. Pelajar lelaki hendaklah membawa :-

• Kemeja lengan panjang (sekurang-kurangnya 3 helai)


• Seluar warna gelap
• Stokin gelap, kasut kulit dan tali leher

9.10. Pelajar perempuan Islam, hendaklah membawa:-

• Baju kurung
• Tudung
• Kasut bertumit dan bertutup yang selesa
• Inner (baju) berwarna hitam
• Handsock (stoking tangan)

9.11. Pelajar perempuan bukan Islam :-

• Baju lengan panjang yang labuh melepasi paras punggung


• Kain labuh
• Kasut bertumit dan bertutup yang selesa

8
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 : JADUAL BAYARAN YURAN PELAJAR PROGRAM ASASI


SAINS UMK SESI KEMASUKAN SEMESTER I 2022/2023
LAMPIRAN 2 : KAEDAH BAYARAN YURAN UNIVERSITI MALAYSIA
KELANTAN (UMK)

LAMPIRAN 3 : MANUAL PENGGUNA PENDAFTARAN KURSUS


PELAJAR PROGRAM ASASI SAINS UMK

LAMPIRAN 4 : KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023

LAMPIRAN 5 : PERATURAN DAN TATACARA PEMAKAIAN

LAMPIRAN 6 : CARTA ALIR PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI 2022/2023

LAMPIRAN 7 : SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU


ASASI SAINS UMK SESI 2022/2023

9
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

LAMPIRAN 1

JADUAL BAYARAN YURAN PELAJAR PROGRAM ASASI SAINS UMK


SESI AKADEMIK 2022/2023

Program pengajian : ASASI SAINS (AMF)


Sesi : SESI AKADEMIK 2022/2023
Jumlah Keseluruhan Yuran : RM 1,430.00 SEPANJANG PENGAJIAN

A. Yuran Pengajian Semester I:

i. Yuran Pendaftaran RM 30.00


ii. Yuran Pengajian RM 215.00
iii. Yuran Penginapan RM 400.00
iv. Insurans kelompok RM 25.00
v. Yuran perkhidmatan RM 60.00
JUMLAH RM 730.00

B. Yuran Pengajian Semester II:

i. Yuran Pengajian RM 215.00


ii. Yuran Penginapan RM 400.00
iii. Insurans kelompok RM 25.00
iv. Yuran perkhidmatan RM 60.00
JUMLAH RM 700.00

C. Jumlah Keseluruhan Yuran Pengajian (Semester I + Semester II):

JUMLAH KESELURUHAN RM 1,430.00

Catatan :
Bayaran balik 50% akan dibuat kepada pelajar menarik diri yang diluluskan dalam tempoh tiga (3)
minggu selepas tarikh pelajar mendaftar. Tiada pemulangan yuran sekiranya jumlah bayaran yang
telah dijelaskan adalah kurang daripada 50% jumlah bayaran maksimum semasa pelajar
mendaftar.
Permohonan bertulis dengan melampirkan bukti bayaran hendaklah dikemukakan kepada Jabatan
Persediaan Sains semasa membuat tuntutan.
Kadar dan struktur yuran di atas adalah tertakluk kepada perubahan dengan pemakluman awal.

10
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

LAMPIRAN 2

KAEDAH BAYARAN YURAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari tidak lagi menerima bayaran yuran pelajar
secara tunai di Kaunter Pejabat Bendahari. Pelajar-pelajar yang ingin membuat bayaran yuran
DIKEHENDAKI menggunakan kaedah pembayaran yuran melalui perbankan internet JomPay
(Biller Code: 33217).

PERHATIAN !!!
PEMBAYARAN MENGGUNAKAN SISTEM CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) DAN INTERBANK
GIRO (IBG) ADALAH TIDAK DIBENARKAN

ASASI SAINS UMK


(JELI)
PEJABAT BENDAHARI UNIVERSITI
MALAYSIA KELANTAN KAMPUS JELI,

17600 JELI, KELANTAN.

09-9477289 / 09-9477281

Sekiranya pelajar mempunyai sebarang kemusykilan mengenai Penyata Kewangan, pelajar boleh
berhubung dengan kakitangan di Bahagian Terimaan dan Kewangan Pelajar di talian seperti yang
tertera di atas.

11
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

KAEDAH : PEMBAYARAN BIL IPT MELALUI PERBANKAN INTERNET JOMPAY

LANGKAH 1 : Lawati Perbankan Internet di laman web atau di aplikasi telefon mudah alih anda.
LANGKAH 2 : Klik pada logo JomPay

LANGKAH 3 : Masukkan Biller Code:33217

LANGKAH 4 : Masukkan No. Matrik Pelajar/ Rujukan Kami (Surat Tawaran) pada Ref -1
LANGKAH 5 : Masukkan nombor telefon pada Ref-2
LANGKAH 6 : Pilih akaun semasa, simpanan atau kad kredit peribadi anda
LANGKAH 7 : Ikut arahan bank
LANGKAH 8 : Masukkan amaun dan sahkan amaun yang ingin di bayar.
LANGKAH 9 : Transaksi selesai dan dapatkan slip urusniaga untuk simpanan.

12
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

LAMPIRAN 3

PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR BAHARU PROGRAM ASASI SAINS


UMK 2022/2023

Calon pelajar dikehendaki membuat pendaftaran kursus-kursus bagi Semester Akademik I Sesi 2022 /2023
seperti berikut:

KOMPONEN BIL. KOD KURSUS Semester Akademik I (2022/2023)


1. UBI1012 BAHASA INGGERIS I
UMUM
2. BAHASA ASING I
UBA2012 BAHASA ARAB I
atau atau
UBM2012 BAHASA MANDARIN I
3. KOKURIKULUM I
UKD1011 PENGURUSAN ORGANISASI
atau atau
UKS1031 BOLA TAMPAR
4. MUS00102 ADAB DAN ETIKA SOSIAL
TERAS 5. MFT00104 MATEMATIK I
6. MFT00203 BIOLOGI
7. MFT00304 KIMIA
8. MFT00404 FIZIK
BEBAS 9. MBK00103 PENGENALAN KEUSAHAWANAN

Jumlah: 25 Kredit

KOD KURSUS KREDIT


Modul Umum Bahasa Asing (UB 01)
UBA2012 Bahasa Arab I 2
UBM2012 Bahasa Mandarin I 2
Modul Umum Kokurikulum (UK 01)
UKS1031 Bola Tampar 1
UKD1011 Pengurusan Organisasi 1

Para pelajar pelajar perlu mengambil kesemua kursus TERAS dan kursus BEBAS namun para
pelajar dibenarkan untuk memilih salah satu kursus bagi MODUL UMUM BAHASA ASING
(Bahasa Arab I atau Bahasa Mandarin I) dan salah satu kursus MODUL UMUM KOKURIKULUM
(Bola Tampar atau Pengurusan Organisasi).

13
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

LAMPIRAN 4

KALENDAR AKADEMIK SESI 2022/2023

KALENDAR AKADEMIK PROGRAM ASASI SAINS UMK SEMESTER AKADEMIK I SESI 2022/2023
(Tertakluk kepada perubahan)

14
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

KALENDAR AKADEMIK PROGRAM ASASI SAINS UMK SEMESTER AKADEMIK II SESI 2022/2023
(Tertakluk kepada perubahan)

15
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

LAMPIRAN 5

PERATURAN DAN TATACARA PEMAKAIAN

16
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

17
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

LAMPIRAN 6

CARTA ALIR PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI


2022/2023

18
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

LAMPIRAN 7

SENARAI SEMAK PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU ASASI SAINS


UMK SESI 2022/2023
PERINGATAN: Sila pastikan semua borang yang berkaitan dilengkapkan sebelum pendaftaran. Maklumat
berkenaan dengan penghantaran dokumen-dokumen ini akan diberikan pada hari pendaftaran.

PERKARA

DOKUMEN UNTUK DISERAHKAN DI KAUNTER PENDAFTARAN KOLEJ


Surat Tawaran (Berwarna, 2 Salinan)
Slip Pendaftaran Kolej Kediaman
Borang Pengishtiharaan Maklumat Kesihatan Covid-19
Borang Permohonan Bantuan Kewangan Asasi (BKA)
Kajian Keberkesanan Program Asasi Sains UMK

DOKUMEN UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM FOLDER PELAJAR DAN DISERAHKAN KEPADAFAKULTI

i. 4 keping gambar berukuran passport


ii. 1 CD gambar

Sila cetak;
i. Slip Pendaftaran Kursus
ii. Maklumat Peribadi Pelajar (Borang UMKP1)
iii. Borang Pengakuan Pelepasan Tanggungan (UMK2a), Borang Jaminan Kewangan Penjamin
Pertama dan Kedua (UMK3a dan UMK3a)
iv. Ikrar Pelajar (UMK4)
v. Borang Perakuan dan Permohonan Bayaran Melalui Bank (ABPB)
vi. Surat Aku Janji

Salinan yang telah disahkan:


i. Sijil SPM
ii. Kad Pengenalan
iii. Sijil Berhenti Sekolah

TARIKH-TARIKH PENTING SEMAKAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU


PERKARA MULA TUTUP
Pengesahan Setuju Terima Tawaran 24 Julai 2022 27 Julai 2022
Lengkapkan Pendaftaran melalui Sistem Pendaftaran Pelajar Baharu 24 Julai 2022 31 Julai 2022
Pembayaran Yuran Pengajian 23 Julai 2022 27 Julai 2022
Hari Pendaftaran Pelajar Baharu 31 Julai 2022 31 Julai 2022
Tarikh muat naik dokumen pendaftaran yang berkenaan 24 Julai 2022 27 Ogos 2022

19
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

NOMBOR TELEFON UNTUK DIHUBUNGI

JABTAN PERSEDIAAN SAINS UMK


Fakulti Sains Bumi
09-947 7346

PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI


Seksyen Pengurusan Asrama
UMK Kampus Jeli : 09-947 7399

Seksyen Tatatertib dan Kebajikan Pelajar


UMK Kampus Jeli : 09-747 7241

PEJABAT BENDAHARI
Bahagian Terimaan Dan Kewangan Pelajar
UMK Kampus Jeli : 09-947 7289 / 7281

20
Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Program Asasi Sains UMK

21

Anda mungkin juga menyukai