PANDUAN PENDAFTARAN
Tindakan yang perlu diambil oleh Calon 02 - 03
Syarat-syarat tawaran kemasukan ke UMS
Menarik Diri
SENARAI SEMAK 20 - 23
MAKLUMAT UMUM 25 - 28
SOALAN-SOALAN LAZIM 29 - 32
1. Calon hendaklah mencetak surat tawaran dalam talian dan hendaklah dibawa bersama semasa
Pendaftaran Universiti.
2. Calon hendaklah mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaranmelalui talian (Online E-Daftar) dalam
tempoh 10 hari (04 13 Ogos 2017) daripada tarikh surat tawaran. Sekiranya dalam tempoh tersebut
Universiti tidak menerima sebarang pengesahan, pelajar dianggap telah menolak tawaran tersebut.
Pengesahan tawaran boleh dibuat melalui laman web http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS. Untuk
makluman pihak Universiti tidak akan menghantar sebarang PERINGATAN.
Nota:
Anda dinasihati supaya membuat keputusan yang teliti termasuk berbincang dengan ibubapa sama ada menerima atau
menolak tawaran. Ini kerana setelah keputusan dibuat, keputusan tersebut tidak boleh lagi dipinda.
Penolakan tawaran pada sesi ini tidak memberi kesan kepada permohonan anda untuk sesi akan datang.
ii. Tawaran ini adalah tertakluk kepada pengesahan Senat Universiti Malaysia Sabah.
iii. Program yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang permohonan pertukaran tidak dibenarkan.
iv. Tawaran ini adalah terbatal dengan sendirinya sekiranya pihak Universiti mendapati maklumat
kelayakan masuk adalah tidak benar / manipulasi maklumat.
v. Tawaran akan terbatal sekiranya calon tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang telah
ditetapkan.
vi. Universiti tidak akan bertanggungjawab sekiranya anda masih terikat kontrak dengan mana-mana
pihak.
vii. Tawaran ini sah untuk sesi kemasukan yang dinyatakan sahaja. Sebarang penangguhan pendaftaran
adalah tidak dibenarkan dan perlu memohon semula untuk kemasukan pada masa akan datang.
viii. Pihak UMS berhak membatalkan tawaran yang telah dikeluarkan, sekiranya didapati calon tidak
memenuhi syarat kelayakan masuk.
ix. Segala perbelanjaan yang timbul bersabit dengan pembatalan tawaran ini tidak akan ditanggung
oleh Universiti Malaysia Sabah.
x. Dengan penerimaan tawaran ini bermakna calon bersetuju mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan
oleh Universiti Malaysia Sabah.
xi. Adalah menjadi tanggungjawab calon membaca dan memahami semua maklumat yang
dibekalkan oleh Universiti Malaysia Sabah.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
3/37
xii. Sila bawa kad pengenalan dan sijil-sijil asal (Sijil Lahir, Sijil SPM, Sijil STPM / STAM / Diploma dan Transkrip,
Slip Keputusan MUET, Surat dari penaja Kewangan (sekiranya ada)) semasa lapor diri.
xiii. Saudara/i diwajibkan lulus ujian Malaysian University English Test (MUET) sekurang-kurangnya
mendapat Band 3 sebagai syarat pengijazahan sebelum menamatkan pengajian.
2. Calon yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, terutama guru / guru pelatih perlu menunjukan surat
kebenaran dan pelepasan melanjutkan pelajaran dari majikan (Kementerian Pelajaran Malaysia). Surat
Kebenaran hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya
walaupun pelajar telah mendaftar sebagai seorang pelajar Universiti jika gagal menunjukkan surat
kebenaran majikan.
i. Mematuhi Undang-undang Negara dan Undang-undang Universiti termasuk Akta Universiti dan Kolej
Universiti (AUKU);
ii. Mematuhi Peraturan Kaedah Pengajian Prasiswazah, Peraturan Asrama Universiti, Peraturan
Perpustakaan serta peraturan-peraturan lain Fakulti / Pusat yang berkenaan;
iii. Mematuhi Peraturan Lalulintas dan Undang-Undang Lalulintas Negara serta Peraturan Keselamatan
Universiti;
iv. Sentiasa memelihara nama baik Universiti dan menjaga harta benda serta kemudahan perkhidmatannya
daripada dirosak oleh sesiapa juga;
vi. Mengambil bahagian dalam segala kegiatan akademik, ko-kurikulum, khidmat masyarakat dan
aktiviti lain yang berkenaan yang dianjurkan oleh Universiti dan Negara;
vii. Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan Universiti;
4. Pelajar diwajibkan mengikuti Minggu Suai Mesra (MSM) kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada
pihak Universiti;
5. Pihak berkuasa Universiti berhak menarik balik tawaran sekiranya pelajar didapati melanggar syarat-syarat
tersebut di atas.
MENARIK DIRI
1. Jika pelajar telah menerima tawaran ini dan melapor diri tetapi kemudiannya menarik diri dari pengajian,
bayaran yang layak dituntut (rujuk muka surat 11).
2. Resit bayaran ASAL, surat tawaran, surat permohonan dan surat kelulusan menarik diri daripada pengajian
hendaklah dikemukakan bersama apabila memohon pemulangan yuran pengajian.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
4/37
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
5/37
MULA
Semak Status
E-Rayuan TIDAK BERJAYA
Kemasukan
BERJAYA
03 Ogos 2017
Laman Semakan Keputusan Melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
YA
04 25 Ogos 2017
Calon jaya boleh cetak surat tawaran online
Cetak Surat Tawaran Online melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS
05 - 30 Ogos 2017
Pendaftaran Universiti Sila rujuk Carta Alir Pendaftaran Secara Online
Sesi 20187/201 di muka surat 6
Secara Online
Catatan : Calon yang tidak dapat membuat
pendaftaran secara online wajib
menyelesaikan pendaftaran sebelum minggu
MSM bermula
TAMAT
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
6/37
MULA
Kemaskini Maklumat
Langkah 2-5: Mengemaskini Maklumat Kemaskini / lengkapkan maklumat peribadi, ibu bapa,
kesihatan dan maklumat bank
TAMAT
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
7/37
MULA
YA
Mengikuti MSM
SELESAI
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
8/37
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
9/37
CATATAN : SILA MASUKKAN SALINAN DOKUMEN TERSEBUT KE DALAM FAIL PELAJAR YANG DIBERIKAN
SEMASA HARI PENDAFTARAN
2. Lengkapkan semua borang / dokumen berikut yang boleh dimuat turun melalui laman web
http://bpa.ums.edu.my/semakanUMS atau dalam Buku Panduan Pendaftaran dan bawa semasa lapor diri.
UMS/HEP/01Ikrar
UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian Sila muat turun borang
pada laman web
UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar
bpa.ums.edu.my/Sem
Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar (*Sekeping gambar perlu disertakan) akanUMS
Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada)
Jumlah yuran yang perlu dibayar boleh dirujuk melalui Bil Pelajar dan Buku Panduan Pendaftaran (muka surat 12).
Bayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad di seluruh Malaysia.
Pelajar adalah TIDAK DIBENARKAN untuk membuat bayaran secara TUNAI di Kaunter Jabatan Bendahari,
Universiti Malaysia Sabah.
Proses pengesahan bayaran akan dikemaskini sebaik sahaja pihak Jabatan Bendahari menerima pengesahan
Terimaan bayaran daripada pihak bank.
Bagi bayaran yang dibuat pada hari Jumaat / Cuti Hujung Minggu / Cuti Umum, pengesahan bayaran hanya
akan dibuat pada hari bekerja berikutnya.
Sila pastikan status bayaran pelajar di dalam e-Daftar telah dikemaskini oleh pihak Jabatan Bendahari sebelum
tarikh tutup proses pada 30 Ogos 2017.
Sila buat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan kesulitan semasa hari pendaftaran.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari UMS seperti berikut:
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
10/37
088-320000 089-248100
No. Telefon 087-466915
(Samb. 1019/1060/1116/1120/1432/1855) (Samb. 8120/8121)
No. Faks
088-320235 (u/p: Bahagian Kewangan Pelajar) 087-465152 089-220703
ii. Kad Kredit / Debit (Visa dan Mastercard) untuk bayaran di Kaunter Bendahari sahaja.
iii. Menggunakan Cek dan Deraf Bank (pembayaran hendaklah dibuat atas nama UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH dalam Ringgit Malaysia) menggunakan bank tempatan di dalam Malaysia sahaja.
Sila pastikan maklumat penaja sentiasa dikemaskini di dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP) untuk mengelakkan
sebarang kesulitan yang timbul.
Pelajar DIGALAKKAN membuka akaun di Bank Islam bagi tujuan memudahkan pembayaran yuran pengajian
melalui kaedah:
i. Pindahan Wang dan bayaran Bil Pelajar melalui ATM (Automatic Teller Machine)
ii. Pindahan Wang melalui Perbankan Internet
Pelajar yang memohon PTPTN adalah DIWAJIBKAN untuk membuka akaun Bank Islam bagi tujuan kemasukan
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
11/37
Pelajar yang telah membuka akaun Bank Islam Malaysia Berhad atau di lain-lain bank WAJIB mengemaskini
maklumat akaun bank dalam e-Daftar dengan memberikan NOMBOR AKAUN dan juga NAMA BANK bagi
memudahkan sebarang urusan bayaran pemulangan kepada pelajar sepanjang berada di universiti.
BIDANG
SAINS & BIDANG BIDANG BIDANG
YURAN TEKNOLOGI SASTERA KEJURUTERAAN PERUBATAN
MAKLUMAT
(RM) (RM) (RM) (RM)
(l) Bayaran Sekali
Sepanjang Tempoh
Pengajian Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu 515.00 490.00 515.00 515.00
(Pendaftaran
Kemasukan)
(ll) Bayaran Setiap
Yuran Pengajian 960.00 865.00 1,040.00 1,240.00
Semester
- 18 minggu /
Yuran Asrama 665.00 665.00 665.00 665.00
Semester
(2 Semester
Yuran Akreditasi - - 50.00 -
Setahun)
Jumlah 1,625.00 1,530.00 1,755.00 1,905.00
Sains HC / HG / HS / HY
Sastera HA / HE / HP / HT
Kejuruteraan HK
Perubatan HM
iv. Pembayaran Balik Yuran Bagi Pelajar Yang Menarik Diri Dari Pengajian
Jika pelajar telah menerima tawaran ini dan mendaftar tetapi kemudiannya menarik diri daripada
pengajian,bayaran yang layak dituntut adalah seperti berikut:-
(I)
Bayaran Sekali
Luput Luput
Sepanjang Tempoh Pengajian
(Pendaftaran Kemasukan)
(II)
Bayaran Setiap Semester Luput
65% dari jumlah 40% dari jumlah
-18 minggu/ Semester
bayaran / yuran* bayaran / yuran*
(2 Semester Setahun)
(III)
Bayaran Setiap Permulaan Sesi Luput Luput
(Tahunan)
*Perbezaan yuran yang tidak dipulangkan adalah disebabkan kos kos yang telah terlibat semasa penerimaan
tawaran.
ii. Sekiranya tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan, anda dibenarkan membuat
pemeriksaan tersebut dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh lapor diri.
iii. Sila muat turun borang pemeriksaan pada laman web semakan ums (bpa.ums.edu.my/semakanUMS)
9. Keperluan Peribadi
Persiapan keperluan peribadi adalah seperti berikut:
NOTA : Segala keperluan harian boleh didapati di Koperasi UMS atau kedai yang berhampiran.
1. LAPOR DIRI
Pelajar dikehendaki melapor diri pada hari, masa dan tempat yang telah dinyatakan dalam surat tawaran. Semasa
melapor diri pelajar dikehendaki mengambil tindakan berikut:
Lapor diri di Kolej Kediaman
Mendapatkan pakej Minggu Suai Mesra
Menyerahkan maklumat dan borang-borang yang telah diisi lengkap seperti yang dikehendaki
Pelajar tidak digalakkan membawa atau menyimpan wang tunai yang berlebihan semasa melapor diri. Pelajar
adalah digalakkan untuk membuka akaun di Bank Islam. Pembukaan akaun di Bank Islam semasa hari pendaftaran
adalah PERCUMA. Walaubagaimanapun, deposit minimum sebanyak RM10.00 adalah diperlukan bagi tujuan
pengaktifan akaun tersebut.
Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara dan darat, kaunter pengangkutan Universiti
Malaysia Sabah disediakan pada 03 dan 04 September 2017 (Masa 8:00 pagi 11:00 malam) kepada pelajar baharu
sahaja mengikut lokasi seperti berikut :
Dokumen Asal
Semasa melapor diri, pelajar WAJIB membawa dokumen asal seperti berikut:
1. Kad Pengenalan
2. Sijil Kelahiran
3. Salinan Surat Tawaran
4. Sijil SPM
5. Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip
6. Sijil Keputusan MUET
7. Slip Pembayaran Yuran (Bank Islam) / Dokumen Bukti Bayaran
8. UMS/HEP/01 Borang Ikrar
9. UMS/HEP/02 Akujanji Etika Berpakaian
10. UMS/HEP/03 Aku Janji Pelajar
11. Borang Pemeriksaan Kesihatan Pelajar yang lengkap (*Sekeping gambar perlu disertakan)
13. Surat dari penaja kewangan (sekiranya ada).
14. Salinan Bil elektrik / air atas alamat pelajar yang yang terkini
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
17/37
NOTA:
Sekiranya kehilangan sijil SPM / SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.
Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar/ibu/bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah dari
Pesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.
Dokumen Salinan
Sila sediakan dokumen berikut untuk tujuan permohonan bantuan kewangan / pinjaman mengikut susunan seperti di
bawah:
1. Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
2. Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
3. Sijil SPM
4. Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan dan transkrip
5. Slip MUET
6. Salinan penyata akaun bank(pelajar)
7. Sijil Berhenti Sekolah
8. Penyata Cukai Pendapatan ibu bapa (jika ada)
9. Sijil Kerakyatan pelajar / ibubapa (jika ada)
10. Slip gaji ibu bapa / penjaga yang terkini (jika ada)
Surat pengesahan daripada Penghulu / ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pegawai Daerah /Pegawai
11.
Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat berkaitan dengan (bagi ibu bapa/penjaga yang tidak bekerja);
a. Pekerjaan dan pendapatan ibu bapa / penjaga
b. Tempoh bermastautin pelajar / ibu bapa di negeri berkenaan
NOTA :
Perkara 1 hingga 10 dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi
JKKK / Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat
3. SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MELAPOR DIRI DAN SEPANJANG SESI PENGAJIAN
a) Pelajar hendaklah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan kerana pakaian
melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa/i UMS.
b) Pelajar DILARANG berpakaian tidak sopan dan menjolok mata seperti berikut:
Berselipar
Memakai skirt atau berseluar pendek di atas paras lutut
Berbaju T tanpa kolar
Berbaju tanpa lengan
Berseluar terlalu ketat
Berpakaian nipis
c) Pakaian yang menutup sebahagian muka (BERPURDAH) TIDAK DIBENARKAN kerana menyukarkan pihak berkuasa
universiti mengenali pelajar.
d) Untuk aktiviti makmal, sukan dan kebudayaan, pelajar hendaklah mematuhi amalan pakaian yang
dikuatkuasakan.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
18/37
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
19/37
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
20/37
Semua pelajar baharu DIWAJIBKAN mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) yang bermula pada tarikh lapor
diri.Sebarang urusan peribadi seperti mengurus cuti belajar, perletakan jawatan atau menyelesaikan pemeriksaan
perubatan, perlu dilakukan sebelum atau selepas Minggu Suai Mesra (MSM).
Bagi memastikan semua pelajar baharu dapat mengikuti MSM tanpa sebarang gangguan, ibu/bapa / penjaga TIDAK
DIGALAKKAN untuk berjumpa atau melawat anak kecuali jika berlaku kecemasan.
Pelajar Lelaki
2 pasang baju kemeja berwarna putih / krim
2 pasang seluar berwarna gelap (hitam / biru tua)
2 pasang track bottom
Baju Melayu dan songkok hitam (bagi beragama Islam)
Pelajar Wanita
2 pasang baju kurung berwarna putih / krim
Kain berwarna gelap (hitam / biru tua)
2 pasang track bottom
Baju T lengan panjang berwarna gelap
Para pelajar juga diingatkan supaya membawa keperluan asas yang lain seperti cadar, sarung bantal, selimut, dan
sebagainya.
3. PENDAFTARAN KURSUS
Bagi membolehkan seseorang pelajar mengikuti program dan menduduki peperiksaan akhir pelajar perlulah membuat
pendaftaran kursus semasa Minggu Suai Mesra seperti ketetapan berikut :
b) Pelajar Perempuan
Megalab, Perpustakaan
Kampus Antarabangsa
Labuan Makmal Serbaguna, KAL
2.00 petang 4.30
Fakulti Pertanian Lestari, petang
Sandakan Makmal Komputer, FPL
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
21/37
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
22/37
4. WAJIB melabel / memasang tag pada semua beg dengan butiran berikut :
Nama
Nombor telefon
Alamat lengkap
Kolej Kediaman (seperti dalam surat tawaran)
6. Menyediakan dokumen Salinan Dokumen bagi tujuan Kewangan / Pinjaman seperti berikut :
Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu dan Bapa
Salinan Sijil Kelahiran Pelajar, Ibu dan Bapa
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
23/37
Menyediakan dokumen Salinan Dokumen bagi tujuan Fail Pelajar seperti berikut :
Salinan Surat Tawaran
Sekeping gambar untuk Fail Pelajar (berukuran pasport)
Satu Salinan dokumen dan sijil-sijil di bawah yang telah disahkan benar;
Salinan Kad Pengenalan Pelajar
Salinan Sijil kelahiran
Salinan Sijil SPM
Salinan Sijil STPM / Diploma / Politeknik / Perguruan
Salinan MUET
Sila masukkan semua dokumen diatas dalam fail pelajar yang akan diberikan semasa melapor diri
mengikut susunan di bawah dan diserahkan semula ke Fakulti semasa program bersama Fakulti (Rujuk
Jadual Minggu Suai Mesra yang akan Diberikan Kemudian)
NOTA :
dokumen-dokumen salinan perlu mendapat pengesahan daripada Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi
JKKK / Pegawai Daerah / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Wakil Rakyat
Sekiranya kehilangan sijil SPM / SPMV anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh
LembagaPeperiksaan Malaysia manakala sijil STPM mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis
Peperiksaan Malaysia.
Sekiranya kehilangan sijil kelahiran pelajar / ibu / bapa anda perlu mendapatkan Surat Akuan Sumpah
dariPesuruhjaya Sumpah yang diiktiraf.
Sekiranya kehilangan kad pengenalan pelajar / ibu / bapa anda perlu membuat kad pengenalan
sementara.
Serahkan dokumen ini di Kaunter Jabatan Bendahari, Universiti Malaysia Sabah, Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori
dalam tempoh 1 bulan dari tarikh lapor diri
Penyerahan Fail Pelajar ke Pejabat Akademik Fakulti yang mengandungi dokumen-dokumen berikut :
SILA MUAT NAIK BORANG-BORANG YANG PERLU DIISI PADA LAMAN WEB SEMAKAN KEPUTUSAN UMS
http://bpa.ums.edu.my/SemakanUMS
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
26/37
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
27/37
Bagi mereka yang datang menggunakan pengangkutan udara dan darat, kaunter pengangkutan
Universiti Malaysia Sabah disediakan pada 03 dan 04 September 2017 (Masa 8:00 pagi 11:00 malam)
kepada pelajar baharu sahaja mengikut lokasi seperti berikut :
NOTA PENTING:
Sila pastikan tag telah di pasang pada beg anda bagi mengelakkan kehilangan semasa ketibaan. Sila
labelkan beg dengan maklumat berikut :
1. Nama
2. Nombor telefon
3. Alamat lengkap
4. Kolej kediaman (seperti yang dinyatakan pada surat tawaran)
Sila pastikan dokumen penting anda tidak tertinggal / tercicir sebelum atau semasa berada di Universiti
Malaysia Sabah bagi mengelakkan kerumitan semasa proses lapor diri Universiti.
NAMA : ..
NO.TEL :..
ALAMAT :
KOLEJ KEDIAMAN :
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
29/37
BIASISWA
Pelajar boleh memohon biasiswa / pinjaman daripada Kerajaan Negeri, Badan-badan Berkanun dan pihak swasta. Iklan
mengenai tawaran biasiswa / pinjaman ini biasanya dikeluarkan melalui akhbar-akhbar. Pihak Universiti Malaysia Sabah juga
akan memaklumkan biasiswa / pinjaman daripada agensi-agensi berkenaan.
Bagi memudahkan urusan permohonan biasiswa / pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi berkenaan, pelajar
dinasihatkan supaya menyediakan sekurang-kurangnya 5 salinan sijil / dokumen berikut yang telah disahkan oleh mana-
mana pegawai kumpulan A. Sila simpan salinan tersebut sehingga pelajar memerlukannya.
Tabung Kebajikan pelajar disediakan bagi membantu mereka yang menghadapi masalah kewangan. Pelajar boleh
berurusan dengan Unit Kebajikan dan Kewangan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Pelajar yang memohon PTPTN adalah diwajibkan untuk membuka akaun Bank Islam untuk tujuan kemasukan bayaran
wang pembiayaan.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
30/37
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
31/37
S2: Bolehkah saya membuat Pendaftaran Universiti secara online selepas tiba di UMS?
J2: Tidak boleh. Anda perlu membuat pendaftaran universiti dalam tempoh yang ditetapkan.
S3: Saya tidak mempunyai akaun emel. Bolehkah saya membuat proses Pendaftaran Universiti?
J3: Sila gunakan emel rasmi Universiti yang telah diberikan bagi tujuan masuk ke dalam sistem e-daftar UMS.
S4: Saya tidak mempunyai talian internet di rumah. Bagaimana untuk saya mendaftar?
J4: Sistem Pendaftaran Universiti boleh dicapai di mana-mana tempat yang mempunyai kemudahan talian
internet, contohnya siber kafe dan sebagainya.
S5: Saya menghadapi masalah semasa membuat Pendaftaran Universiti secara online. Siapa perlu saya
hubungi untuk bantuan?
J5: Sebarang masalah berkaitan Pendaftaran Universiti secara online boleh dikemukakan melalui talian
Hotline iaitu (masa 8.30 pagi 4.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat)
Bahagian Perkhidmatan Akademik : 088-320 193
Jabatan Bendahari : 088-320 194
S6: Bolehkah saya melapor diri jika dokumen-dokumen tidak mendapat pengesahan?
J6: Tidak Boleh.
S7: Apakah kesannya jika saya tidak lapor diri pada tarikh lapor diri yang ditetapkan?
J7: Tawaran kemasukan akan terbatal kecuali anda mengemukakan rayuan bertulis dengan alasan
munasabah dan mendapat kebenaran daripada Seksyen Pengambilan dan Kemasukan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan
Akademik UMS. Tiada rayuan akan dipertimbangkan setelah tawaran kemasukan terbatal.
S10: Bagaimana cara membuat permohonan Perpindahan atau Pengecualian Jam Kredit?
J10: Boleh memohon selepas mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaysia Sabah dan boleh
dirujuk dalam Kaedah Pengajian Prasiwazah UMS (Muat turun di Lama Sesawang http://bpa.ums.edu.my).
S11: Saya belum membuat pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya datang untuk lapor diri?
J11: Boleh. Anda diberi tempoh selama tiga (3) minggu dari tarikh lapor diri.
S14: Saya mewakili negara dalam bidang olahraga, adakah disediakan kemudahan untuk saya menjalani latihan?
J14: Ada, di samping itu terdapat juga kemudahan sukan yang lain disediakan.
S15: Ibu/Bapa saya tidak mempunyai borang J, bagaimanakah saya hendak mengesahkan pendapatan
Ibu/bapa saya?
J15: Anda boleh mendapatkan pengesahan pendapatan ibu/bapa anda daripada Penggawal / Penghulu /
Ketua Kampung.
S18: Bagaimana kaedah bayaran yuran yang boleh dibuat oleh pelajar semasa Pendaftaran Universiti?
J18: Pihak Universiti menyediakan 3 pilihan bagi tujuan pembayaran Pendaftaran Universiti iaitu :
i. ATM (Automatic Teller Machine) bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
ii. Perbankan Internet bagi pemegang akaun Bank Islam sahaja.
iii. CDM (Cash Deposit Machine) di mana-mana cawangan Bank Islam di seluruh Malaysia.
S20: Adakah saya perlu mendaftar dengan MEPS FPX untuk menggunakan perkhidmatan MEPS FPX?
J20: Tiada pendaftaran diperlukan untuk menggunakan kemudahan MEPS FPX. Anda cuma perlukan akaun
Internet Banking dengan mana-mana bank yang terlibat dengan MEPS FPX untuk menggunakan kemudahan ini.
S21: Bolehkah saya membuat pembayaran secara tunai semasa lapor diri?
J21: Tidak boleh. Kaunter bayaran hanya akan menerima bayaran melalui Kad Kredit/ Debit, Cek dan Deraf Bank sahaja.
S22: Adakah saya perlu membawa bersama salinan asal buku BANK ISLAM?
J22: Tidak perlu, pelajar boleh mengemaskini sendiri maklumat akaun bank dalam Sistem Maklumat Pelajar (SMP).
KATEGORI 3 : ASRAMA
S24: Jika saya sampai selepas waktu bekerja semasa hari lapor diri ke mana harus saya tuju?
J24: Anda dinasihatkan supaya berhubung dengan pegawai di Kolej Kediaman di talian +6088- 320666 ataupun Bahagian
Keselamatan 088-320111.
S25: Keluarga saya ingin turut serta menghantar saya pada hari lapor diri. Di manakah penginapan yang
terdekat dengan UMS untuk keluarga saya menginap?
J25: Banyak tempat-tempat penginapan yang berdekatan dengan kampus UMS di bandaraya Kota Kinabalu.
Sila rujuk laman web http://www.sabahtourism.com
S27: Siapa yang perlu saya hubungi semasa kecemasan di luar waktu pejabat?
J27: Anda boleh berhubung dengan Pengetua Kolej Kediaman atau Penyelia Asrama atau Bahagian
Keselamatan di setiap Kolej Kediaman.
Nota: Sila rujuk nombor telefon yang patut dihubungi seperti di halaman Maklumat dan Pertanyaan.
PANDUAN PENDAFTARAN PROGRAM PENGAJIAN
PRASISWAZAH UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SESI 2017/2018
34/37
JABATAN BENDAHARI
PERPUSTAKAAN
Web Rasmi
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LAGU UNIVERSITI
Bertekad Cemerlang
UMS lambang puncak jaya
Pancaran perjuangan semangat waja
Pembentuk citra pelindung budaya
Memandu bangsa memaju negara