Anda di halaman 1dari 4

PEJABAT PENDAFTAR

UNITEN/REG(ENROL)23/3/1/1-COBA
*920203-02-5622*
NURUL JANNAH BT MOHD AZHAR
KAMPUNG TANAH HITAM
08200 SIK
KEDAH
Tuan/Puan,
TAWARAN KEMASUKAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA KOLEJ PENGURUSAN
BISNES DAN PERAKAUNAN DI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL SEMESTER KHAS,
TAHUN AKADEMIK 2013/2014.
Sukacita dimaklumkan bahawa saudara/i ditawarkan tempat untuk mengikuti program Pengajian
Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) seperti di bawah:
Program Pengajian : Bachelor of Business Administration (Hons.) in
Human Resource Management
Tempoh Pengajian : 3 years
Kampus : Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, Muadzam Shah
Pahang
Sesi Pengambilan : SEMESTER KHAS, TAHUN AKADEMIK 2013/2014

Tarikh Pendaftaran : Rabu 12 Februari 2014 (8.30 pg - 12.00 tghr)
Sila semak email anda atau di UNITEN New Student Online Application (UNSOA) untuk mengetahui
giliran pendaftaran dari semasa ke semasa (tarikh, masa dan tempat pendaftaran yang sebenar)
selepas menerima pengesahan penerimaan bayaran BMK.
Tarikh Permulaan Kuliah : 17 Februari 2014 (Isnin)
Tarikh Orientasi : 12 - 14 Februari 2014
(Semua pelajar baru adalah wajib menghadiri program orientasi)
2. Sila ambil langkah-langkah berikut :-
(a) Untuk menerima tawaran kemasukan ini:
i. Kembalikan Surat Jawapan Tawaran Kemasukan bersama-sama Salinan Slip/Resit
Bayaran Menunjukkan Kesungguhan(BMK) sebanyak RM300.00 ke Pejabat Pendaftar
tidak lewat dari 27 January 2014. BMK yang sudah dibayar ini tidak akan
dikembalikan.
ii. Bayaran BMK boleh dibuat melalui FPX, kaunter di mana-mana cawangan Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB) atau secara perbankan internet www.bankislam.com.my ,
secara tunai, kad kredit dan Bankers Cheque. Bayaran melalui Bank Islam sila gunakan
No Application Online ID (276733) sebagai ganti No. Akaun UNITEN. Untuk keterangan
lanjut, sila rujuk lampiran cara bayaran BMK.
iii. Anda masih boleh menghantar surat jawapan dan membuat bayaran selepas dari tarikh
yang dinyatakan di atas dan selewat-lewatnya sebelum hari Pendaftaran. Bagaimanapun
sama ada anda diterima masuk atau tidak ianya tertakluk kepada kekosongan tempat.
(b) Sebelum Hari Pendaftaran:
09 January 2014
Seluruh Kampus Universiti Tenaga Nasional adalah Kawasan Larangan Merokok
UNITEN,KAMPUSPUTRAJAYA
JalanIKRAM-UNITEN,43000Kajang,
SelangorDarulEhsan,Malaysia
Tel:(603)-89212020Fax:(603)-89287166
Web:www.uniten.edu.my
i. Sila isi dengan lengkap E-Booklet/Buku Pendaftaran Pelajar Baru, Letter of Indemnity
(LOI), Letter of Consent (LOC) dan Letter of Guarantee (LOG). Dokumen-dokumen ini
boleh dicetak dilaman web universiti dengan memilih menu Registration Information for
New Studentsatau di UNITEN New Student Online Application (UNSOA).
ii. Sila rujuk buku Panduan Am Tawaran Kemasukan dan Panduan & Peraturan
Pendaftaran yang boleh dimuat turun dari laman web Universiti sekiranya anda menerima
tawaran kemasukan.(Sila klik Registration Information for New Students).
iii. Sila membuat Bayaran Pendaftaran sebanyak RM1288.00. Cara pembayaran boleh
rujuk lampiran di bahagian No 4.
(c) Semasa Hari Pendaftaran:
i. Sila bawa dokumen asal Surat Tawaran Kemasukan, sijil-sijil akademik dan Kad
Pengenalan serta E-Booklet, LOC, LOG dan LOI.
ii. Bayaran Pendaftaran adalah sebanyak RM1288.00 yang perlu dibayar sebelum
hari Pendaftaran. Sila bawa salinan resit/slip Bayaran Pendaftaran sebagai bukti
pembayaran.
iii. Jika anda memerlukan penginapan, bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran
berjumlah RM130.00 RM280.00 sebulan atau RM520.00 - RM1120.00 satu
semester. Walaubagaimanapun ianya adalah tertakluk kepada kekosongan.
Keutamaan penginapan akan diberikan kepada mereka yang telah membuat
bayaran BMK lebih awal.
iv. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di lampiran berkaitan bayaran pendaftaran,
penginapan dan yuran pengajian.
(d) Penarikan Diri dari Pengajian:
i. Sekiranya anda menarik diri dari meneruskan pengajian, Bayaran pendaftaran tidak
akan dikembalikan kecuali Wang Hemat Diri.
ii. Pemulangan yuran pengajian adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan
oleh pihak Universiti. Sila rujuk dilampiran berkaitan dengan jadual pemulangan yuran
pengajian
(e) Penangguhan Pengajian:
i. Pelajar boleh memohon penangguhan pengajian dan permohonan hendaklah dibuat
dalam tempoh 9 (Sembilan) minggu selepas permulaan semester. Walaubagaimanapun
pelajar tetap dikenakan bayaran yuran pengajian, yuran penginapan dan sebagainya.
Selepas minggu kesembilan, penangguhan pengajian tidak dibenarkan.
ii. Pelajar yang tidak meneruskan pengajian akan diberi gred yang sewajarnya berasaskan
pencapaian sebenar pelajar.
3. Anda disyaratkan untuk mendapat MUET Band 2 untuk bergraduat. Sekiranya anda belum
mengemukakan bukti telah mengambil ujian MUET atau keputusan MUET kurang dari Band 2,
anda disyaratkan mengambil ujian MUET dengan segera secara persendirian atau sebaik sahaja
pendaftaran MUET dibuka. Keputusan ujian MUET tersebut hendaklah diserahkan kepada Unit
Enrolmen sebelum tamat pengajian. Kelulusan ujian MUET merupakan keperluan untuk
melayakkan anda digraduankan kelak
4. Anda dilarang membawa kenderaan ke universiti semasa berada dalam tahun pertama
pengajian. Penginapan pelajar di dalam kampus universiti adalah terhad. Walaubagaimanapun,
pihak universiti bersedia membantu anda untuk mendapatkan penginapan di luar universiti
sekiranya penginapan di dalam kampus tidak mencukupi untuk pelajar tahun pertama pengajian.

5. Anda diingatkan untuk berpakaian kemas semasa mendaftar. Pelajar lelaki HENDAKLAH
berbaju lengan panjang, bertali leher, berseluar panjang dan memakai kasut. Pelajar perempuan
MESTI berpakaian kebangsaan atau sopan dan memakai kasut. Sila berpakaian formal
sepertimana dalam gambar yang tertera dibawah Peraturan Am dan Etika Penampilan Pelajar
Universiti Tenaga Nasional.
6. Bagi permohonan menggunakan kelayakan masuk Diploma atau Diploma Lanjutan, anda
boleh memohon pindahan kredit. Pindahan yang dibenarkan adalah sehingga maksimum 30%
daripada jumlah jam kredit bagi sesuatu program. Anda boleh menyemak semula di UNSOA
untuk mengetahui berapa bilangan jumlah jam kredit bakal diperolehi selepas 14 hari bekerja
dari tempoh surat tawaran ini dikeluarkan. Keputusan sama ada dapat atau tidak pindah
kredit adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Universiti iaitu
selepas penilaian terhadap silibus program diploma yang perlu dibawa bersama transkrip
akademik yang asal semasa Minggu Orientasi. Selepas itu, pelajar dikehendaki membuat
pendaftaran subjek dan tawaran subjek adalah terhad kepada kekosongan kelas yang
ditawarkan. Pelajar yang menarik diri dari pengajian adalah tertakluk kepada jadual
pemulangan yuran seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.
7. Sekiranya anda tidak mencapai sekurangnya-kurangnya kepujian/kredit bagi keputusan
mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM, anda diwajibkan mendaftar mata pelajaran
Bahasa Kebangsaan A semasa anda berada di tahun pengajian program Ijazah Sarjana Muda.
Anda juga boleh membuat pilihan untuk menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(Ulangan) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum anda menamatkan program Ijazah
Sarjana Muda anda di UNITEN. Keputusan peperiksaan ulangan Bahasa Melayu ini (hanya
keputusan kepujian/kredit sahaja) hendaklah dihantar ke Unit Enrolmen dengan segera.
Kegagalan anda mematuhi peraturan yang dinyatakan di atas akan menyebabkan anda tidak
memenuhi syarat untuk bergraduan bagi program Ijazah Sarjana Muda di UNITEN. Anda
dikehendaki membuat Akuan Janji di Para 3 yang terdapat dalam Surat Jawapan Tawaran
Kemasukan kepada pihak UNITEN.
8. Sila ambil maklum, UNITEN berhak menolak/menarik balik tawaran yang sudah dibuat atau
mengubah/membatalkan sebarang program yang ditawarkan jika keadaan memerlukan untuk
pihak UNITEN berbuat demikian. Sebarang kos yang terlibat dalam keadaan ini adalah dibawah
tanggungjawab anda.
9. Data Peribadi
9.1 Had Akses.
UNITEN akan melaksanakan langkah-langkah fizikal, teknikal dan pentadbiran yang patut
untuk menghadkan akses Data Peribadi oleh Pihak Ketiga yang diperlukan secara munasabah
oleh UNITEN dalam memenuhi kewajipan UNITEN mengikut data yang diberikan semasa
membuat permohonan (secara online) ke UNITEN dan data yang bakal di berikan semasa
menjadi pelajar UNITEN.
9.2 Akses dan Kerahsiaan.
UNITEN tidak akan mengakses Data Peribadi Pelajar bagi tujuan selain daripada yang dibenarkan
oleh Pelajar. UNITEN akan memproses dan menggunakan Data Peribadi Pelajar hanya untuk
memenuhi kewajipannya di bawah Surat Tawaran ini dan/atau untuk mematuhi mana-mana
undang-undang dan/atau peraturan yang perlu dipatuhi oleh UNITEN. UNITEN akan
mendedahkan Data Peribadi hanya kepada pihak-pihak yang mempunyai keperluan untuk tahu
dan mengikat pihak-pihak tersebut dengan kewajipan untuk menjaga kerahsiaan tidak longgar
daripada yang terkandung dalam data yang telah diberikan semasa membuat permohonan ke
UNITEN (secara online) dan data yang akan bakal diberikan semasa menjadi pelajar UNITEN.
9.3 Perlindungan.
Berhubungan dengan mana-mana Data Peribadi yang UNITEN diberikan akses oleh Pelajar,
UNITEN akan:
9.3.1 mematuhi undang-undang berkaitan dengan perlindungan Data Peribadi;
9.3.2 Menggunakan Data Peribadi semata-mata untuk melaksanakan kewajipannya di
dalam data yang telah diberikan semasa membuat permohonan (secara online)
ke UNITEN dan data yang bakal diberikan semasa menjadi pelajar UNITEN;
9.3.3 Tidak memindahkan Data Peribadi kepada Pihak Ketiga tanpa kebenaran terlebih
dahulu daripada Pelajar.
Bagi maksud Klausa ini:
"Data Peribadi" bermaksud Data Peribadi seperti yang ditafsirkan dalam Akta Perlindungan Data
Peribadi 2010;
"Pihak Ketiga" bermaksud mana-mana orang atau syarikat yang bukan merupakan pihak kepada
mana-mana perjanjian atau transaksi dengan UNITEN, tetapi tidak termasuk Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, syarikat-syarikat yang berkaitan dengan UNITEN, kontraktor, sub-
kontraktor dan penasihat professional UNITEN."
10. Untuk makluman anda, tawaran kemasukan ini adalah hanya untuk penawaran tempat
belajar di UNITEN sahaja. Tawaran penajaan/pinjaman adalah tertakluk kepada syarat-syarat
yang ditetapkan oleh penaja. Bagaimanapun pihak UNITEN akan membantu anda di dalam
proses permohonan penajaan/pinjaman tersebut. Maklumat lanjut berkaitan penajaan boleh
rujuk lampiran yang disertakan bahagian No 7 atau boleh rujuk Pegawai Unit Penajaan UNITEN
di nombor telefon yang tertera dalam lampiran.
11. Sila ambil perhatian bahawa pengambilan ini merupakan pengambilan semasa semester khas
(pendek). Oleh yang demikian penawaran mata pelajaran pada semester khas ini adalah
terhad. Pada semester khas ini juga tiada pembiayaan yuran dari pihak penaja dan pembiayaan
tajaan hanya akan berkuatkuasa pada semester berikutnya.
Tahniah dan selamat maju jaya.
UNITEN MENJANA PROFESIONAL
Yang benar,
(Faizul bin Abdul Raof Faiz)
Pendaftar
Universiti Tenaga Nasional

Anda mungkin juga menyukai