Anda di halaman 1dari 40

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI AKADEMIK 2 0 1 2 /2 0 1 3

DITERBITKAN OLEH: JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

www.uum.edu.my/hea

MAKLUMAT DI DALAM BUKU INI ADALAH BENAR PADA MASA BUKU INI DICETAK
1

Selamat Datang Ke Universiti Utara Malaysia Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Syabas dan tahniah kerana anda berjaya terpilih menjadi sebahagian daripada ribuan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), sebuah universiti pengurusan yang terkemuka di negara ini. Kejayaan anda melangkah ke Universiti merupakan satu amanah tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. dan

Anda insan yang terpilih untuk berada di menara gading bagi menelaah ilmu sebanyak mungkin sebelum menjadi warganegara yang mempunyai mentaliti kelas pertama. Sehubungan itu, saya dan seluruh keluarga UUM gembira menerima anda dan mendoakan semoga kembara ilmu anda di UUM ini berjaya menuju matlamatnya satu hari nanti. Kami di UUM ingin melihat anda berjaya dan meminta anda menggunakan sepenuhnya peluang ini untuk menimba ilmu dan pengalaman bagi menyiapkan diri untuk kembali berbakti kepada negara, masyarakat dan keluarga setelah tamat pengajian kelak. Fikir dan lakukanlah pilihan yang terbaik dalam membuat setiap keputusan penting semasa belajar di UUM supaya ia merupakan satu keputusan yang terbaik untuk masa depan anda. Banyak pengorbanan dan pengurusan masa yang perlu dilakukan dengan sebaiknya untuk berjaya dalam pengajian secara separuh masa seperti yang anda semua ikuti ini. UUM akan cuba memberikan khidmat terbaik kami bagi menjadikan kembara ilmu anda sesuatu yang menyeronokkan dan membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita murni negara. ILMU BUDI BAKTI PROFESOR DATO DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK Naib Canselor

KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT

1.0

Panduan Pendaftaran 1.1 Set Tawaran Kemasukan Ke UUM

2.0 3.0 4.0 5.0 6.0

Syarat-syarat Tawaran Kemasukan Ke UUM Persediaan Sebelum Hari Pendaftaran Tindakan Semasa Tiba Di UUM Semasa Hari Pendaftaran Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar dan Program Suai Kenal 6.1 6.2 6.3 Sahsiah Rupa Diri Siswa Sahsiah Rupa Diri Siswi Kod Etika Pakaian Rasmi Universiti

5-6 6-7 7-9 10

11-12

7.0 8.0

Tindakan Semasa Di Kaunter Pendaftaran Yuran Pelajar 8.1 8.2 8.3 Kadar Yuran Pelajar Sarjana Muda Kaedah Pembayaran Peraturan Bayaran Balik Yuran Pelajar

13 15-17

9.0

Maklumat Umum 9.1 9.2 9.3 9.4 Maklumat Akademik Pendaftaran Kemasukan Dewan Penginapan Pelajar Unit Kebajikan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Pembiayaan Pendidikan PTPTN

19-26

10.0

Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 Tawaran Kemasukan Program Minggu Suai Kenal Kebajikan Pelajar Bayaran Yuran Pelajar Kolej Akademik Dewan Penginapan Pelajar (DPP)

27-29

11.0 12.0 13.0 14.0 15.0

Lagu Biru Warna Peringatan Penting Cheklist dokumen Laluan Pendaftaran Kemasukan Dewan Penginapan Pelajar Kalendar Akademik Sesi 2012/2013

30 31 32 33 34

16.0

Etika Pakaian Pelajar

35

PANDUAN PENDAFTARAN

1.0 ANDUAN PENDAFTARAN 1.1 SET TAWARAN KEMASUKAN KE UUM Anda seharusnya menerima dokumen-dokumen seperti berikut: a) urat tawaran rasmi kemasukan ke Universiti Utara Malaysia b) uku Panduan Pendaftaran Pelajar Baru c) uku Panduan Kokurikulum Sesi 2012/2013 d) orang Pemindahan Kredit (bagi pelajar lepasan diploma sahaja) e) orang Kebenaran Bius f) orang Takaful g) tiker Laluan Pendaftaran

S B B B B B S

2.0 YARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UUM Tawaran kemasukan ke UUM adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut: a) Pengesahan kesihatan oleh Pegawai Perubatan Universiti Utara Malaysia. Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan X-ray di Pusat Kesihatan Universiti sahaja. (Pemeriksaan kesihatan akan diaturkan oleh pihak UUM) b) Pihak universiti berhak menjalankan apa-apa ujian pengesanan dadah pada bila-bila masa selama tempoh anda menjadi pelajar di universiti ini. Jika anda didapati positif dadah semasa pemeriksaan, sama ada semasa pendaftaran atau semasa dalam pengajian, maka secara automatik status anda sebagai pelajar universiti ini akan digugurkan. c) Pihak universiti berhak menangguhkan kemasukan dan pengajian pelajar jika pelajar didapati menghidap penyakit berjangkit semasa pendaftaran atau dalam tempoh pengajian. d) Pengesahan oleh Senat Universiti. 5

e) Bahawa tiada kesilapan/penipuan yang telah berlaku tentang kelayakan minimum yang diperoleh oleh anda untuk diterima masuk oleh universiti ini. f) Bahawa tiada maklumat yang tidak benar diberikan atau dirahsiakan semasa membuat permohonan masuk ke universiti ini. g) Selama tempoh pengajian di universiti ini, anda wajib mematuhi: (i) (ii) (iii) (iv) Undang-undang dan Perlembagaan Negara. Akta Universiti dan Kolej (AUKU). Statut Universiti. Keputusan Lembaga Pengarah dan Senat Universiti serta keputusan Kolej yang berkenaan dengan saudara-saudari. (v) Peraturan Lalu Lintas Universiti dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). (vi) Kod Etika Pakaian Universiti.

h) Jika anda adalah seorang guru/kakitangan kerajaan, kebenaran dan pelepasan daripada majikan hendaklah diperoleh terlebih dahulu. i) Surat kelulusan menarik diri dari Jabatan Hal Ehwal Akademik dan resit bayaran asal hendaklah dikemukakan bersama apabila memohon pemulangan yuran pengajian. j) Jika anda menerima tawaran ini, sila ambil tindakan yang sewajarnya dan seterusnya mendaftarkan diri pada 03 September 2012 di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang telah ditetapkan. k) Anda diwajibkan menyertai Program Suai Kenal Sesi 2012/2013 yang bermula pada 03 08 September 2012. Pada minggu suai kenal tersebut anda diwajibkan menandatangani surat Aku Janji yang akan diedarkan oleh pihak universiti. l) Jika anda menerima tawaran ini, anda dikehendaki menghadiri Kursus Bina Negara anjuran Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri yang akan dijalankan dari masa ke semasa, serta lain-lain kursus yang ditetapkan oleh universiti. m) Sekiranya anda tidak mendaftar seperti perkara (j) dan tidak menghubungi Jabatan Hal Ehwal Akademik, UUM dengan alasan yang munasabah secara bertulis di dalam tempoh tujuh (7) hari bermula dari tarikh pendaftaran, nama saudara-saudari akan digugurkan daripada senarai nama pelajar yang ditawarkan oleh universiti ini. n) Jika anda menerima tawaran ini, anda tidak dibenarkan untuk menukar program yang ditawarkan dan tawaran yang diberikan adalah muktamad. 6

o) Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menggugurkan anda sebagai pelajar universiti ini jika pada mana-mana peringkat pengajian anda didapati melanggar mana-mana syarat seperti pada perkara (a) hingga (o) di atas. p) Jika anda menerima tawaran ini dan kemudiannya menarik diri selepas anda mendaftar, sebarang pemulangan balik yuran yang dibayar adalah tertakluk kepada peraturan kewangan universiti.

3.0 ERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN Jika anda membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ini anda perlu mengambil tindakan berikut: (a) Lengkapkan semua borang yang disertakan di dalam laman web http://www.uum.edu.my/kemasukan iaitu: (i) (b) Borang Biodata pelajar

Membuat bayaran yuran mengikut jumlah yuran seperti yang telah ditetapkan oleh Bendahari UUM di atas Slip Pembayaran Bil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari pendaftaran. Lihat contoh gambarajah A di muka surat 16. Sila pastikan anda membawa salinan bil bayaran yuran yang telah dicetak oleh pihak bank apabila datang mendaftar bagi mengelakkan sebarang masalah semasa pendaftaran. Anda dinasihatkan menyimpan salinan bil bayaran yuran dengan baik sehingga tamat pengajian.

(c)

(d)

4.0 INDAKAN SEMASA TIBA DI UUM

a.

Bagi anda yang tiba dengan penerbangan, anda boleh ke kampus Universiti Utara Malaysia dengan menaiki teksi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah. Bagi anda yang datang dengan kereta api, anda bolehlah menaiki teksi dari Stesen Kereta Api Alor Setar, Kedah atau Arau, Perlis ke Universiti Utara Malaysia. 7

b.

c.

Bagi anda yang datang menaiki bas ekspres, anda boleh memilih untuk berhenti di Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar atau Changlun dan meneruskan perjalanan dengan menaiki pengangkutan awam ke kampus Universiti Utara Malaysia. Peta laluan dari Changlun ke kampus UUM:

d.

Laluan B

Laluan A dan C

Laluan D

e.

Sekiranya anda sekeluarga memerlukan penginapan, sila hubungi: i. University Inn University Inn menawarkan penginapan yang tenang dan selesa yang terletak di dalam kampus bagi kemudahan pengunjung dari luar. Lokasi hotel tersebut amat strategik kerana terletak berhampiran Masjid dan Varsity Mall. Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi, Tel: 04-9244545 Faks: 04-923 2212. EDC-UUM
http://www.edc.uum.edu.my

ii.

EDC-UUM menawarkan kemudahan penginapan bertaraf hotel yang telah beroperasi pada 1 Ogos 2008, menawarkan 88 bilik 8

penginapan dengan kadar sewa mengikut jenis bilik seperti berikut: Dua Unit Sri Cemara Suites RM 250.00/sebilik Empat Unit Sri Meranti Suites RM 270.00/sebilik 82 Unit Bilik Standard RM 155.00/sebilik Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi, Tel: 04-928 8888 iii. Penginapan Dalam Kampus Setiap Dewan Penginapan Pelajar (DPP) menyediakan penginapan dalam kampus. Maklumat lanjut sila hubungi DPP yang berkenaan rujukan muka surat 29. Taman Siswa UUM Terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, iaitu kira-kira 35 km dari UUM. Penginapan yang disediakan di Taman Siswa adalah berkonsepkan rumah tetamu tiga bilik. Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi: Tel: 04-9199106/04-9199108 Hotel Di Luar Kampus Hotel Grand Crystal, Alor Setar Hotel Seri Malaysia, Alor Setar http://www.serimalaysia.com.my/ Hotel Holiday Villa, Alor Setar http://www.holidayvillahotelalorstar.com Hotel Sentosa Regency, Alor Setar http://sentosaregencyhotel.com.my Darulaman Suite, Jitra Hotel PJ, Jitra Golden Nashmir Hotel, Jitra T-Hotel, Changlun Hotel Changlun, Changlun T-Hotel, Kuala Perlis Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis http://www.putrapalace.com.my Hotel Bustani, Jitra, Kedah http://bustanihotel.com 04-731 3333 04-730 8737

iv.

v.

04-734 9999

04-730 3999

04-917 2008 04-917 6288 04-917 7775 04-924 8888 04-924 1530 04-985 3888 04-976 7755

04-917 7777

5.0 EMASA HARI PENDAFTARAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR Dokumen-dokumen Asal: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) (k) Surat Tawaran Rasmi atau cetakan dari laman web http://www.uum.edu.my/kemasukan Borang Maklumat Biodata Pelajar Slip Pembayaran Bil BIMB (sebagai bukti pembayaran) Kad Pengenalan Sijil Kelahiran Sijil SPM/SPMV/Setaraf (bagi calon semua program) Sijil STPM/Setaraf (jika berkenaan) Sijil STAM/Setaraf (jika berkenaan) Transkrip Matrikulasi/Diploma (jika berkenaan) Keputusan MUET Dokumen lain yang berkaitan

Sekiranya sijil SPM/SPMV anda hilang, maka anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, sijil STPM/STAM dan MUET hendaklah mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia, manakala transkrip Diploma/Matrikulasi dapatkan dari institusi yang anda belajar dahulu. Jika tiada, anda tidak dibenarkan mendaftar.

10

6.0 AHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN PROGRAM SUAI KENAL 6.1 AHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR 1. emasa datang mendaftar anda mestilah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan mengikut Kod Etika Pakaian Rasmi Universiti. Pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa UUM. 2. akaian yang kemas dan sopan adalah lambang ketinggian ilmu individu. Setiap urusan sama ada di bilik kuliah dan di pejabat adalah urusan rasmi, maka amalkan cara berpakaian sopan dalam semua aktiviti dalam kampus. 6.2 AHSIAH RUPA DIRI SISWA Berpakaian formal, bertali leher dan berseluar slack. Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak dibenarkan mencecah kolar baju. Berkasut. Tidak dibenarkan memakai selipar.

6.3 AHSIAH RUPA DIRI SISWI

S emua jenis pakaian mestilah kemas dan sopan. Pakaian mestilah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti di bahagian lutut, dada dan perut. T idak digalakkan memakai barangan kemas. B ersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar.

6.4 ROGRAM SUAI KENAL 1. emua pelajar adalah DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi program suai kenal yang telah diaturkan. 2. 11

egagalan pelajar menghadiri program suai kenal dengan sepenuhnya akan menyebabkan pelajar dihalang untuk mengikuti pengajian di UUM. 3. epanjang tempoh program suai kenal, pelajar akan dibantu oleh Pengetua Dewan Penginapan Pelajar (DPP), Penolong Pengetua DPP dan Ahli Jawatankuasa Suai kenal (AJKS). 4. enginapan, makan dan minum akan disediakan sepanjang tempoh program suai kenal. P S

6.5 OD ETIKA PAKAIAN SEPANJANG PROGRAM SUAI KENAL Pelajar dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut: 1. Pakaian semasa Program Suai Kenal Lelaki : Kemeja lengan panjang (berwarna cerah, bukan bercorak), seluar, slack panjang hitam/gelap, bertali leher dan kasut kulit. Baju kurung (bagi pelajar Islam) Berpakaian sesuai, sopan dan mengikut etika (bagi pelajar bukan Islam). Bersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar * Pakaian yang ketat dan menjolok mata adalah dilarang.

Perempuan:

2. Pakaian semasa Program Ikrar Lelaki : Kemeja lengan panjang berwarna cerah, berwarna gelap dan bertali leher. Berkasut. Tidak dibenarkan memakai selipar. seluar

Perempuan :

Baju kurung warna cerah (bagi pelajar Islam). Berpakaian sesuai, sopan dan mengikut etika pakaian (bagi pelajar bukan Islam). Bersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar.

12

13

7.0 INDAKAN SEMASA DI KAUNTER PENDAFTARAN


(a) Anda dikehendaki melaporkan diri pada 03 September 2012 di Dewan Penginapan Pelajar pada masa yang telah ditetapkan. Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

(b)

KAUNTER 1. Kolej

TINDAKAN
Menunjukkan Surat Tawaran Asal, Slip Keputusan MUET dan Slip Pembayaran Tunai (SPT), BIMB. Memasukkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan ke dalam Fail Peribadi Pelajar yang dibekalkan mengikut susunan berikut:

Salinan Surat Tawaran atau cetakan dari


laman web.

Borang Maklumat Pelajar bertampal gambar. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu bapa. Salinan Sijil SPM/SPMV/setaraf (bagi calon
semua program).

Salinan Sijil STPM/setaraf (jika berkenaan). Salinan Diploma dan Transkrip (jika
berkenaan). Salinan Sijil STAM (jika berkenaan). Salinan Transkrip Matrikulasi (jika berkenaan). Salinan Keputusan MUET. Salinan sijil berhenti sekolah, salinan testimonial/kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah/daerah/negeri/negara dan PLKN (sekiranya ada). Perakuan Kebenaran Bius (Anestesia) dan Pembedahan Borang Penamaan Takaful Kemalangan Diri

PENTING: Nombor matrik adalah seperti yang tertera dalam surat tawaran.

14

YURAN PELAJAR

15

8.0 URAN PELAJAR 8.1 adar Yuran Pelajar Sarjana Muda Berkuatkuasa Semester Pertama 2012/2013 (A121) Pelajar Tempatan Teknologi Maklumat/ YURAN Multimedia RM Bayaran Sekali Sahaja Pendaftaran Pemeriksaan Kesihatan 634 80 714 Bayaran Setiap Semester Pengajian Makmal Perkhidmatan Penginapan Jumlah a) Jum. Keseluruhan b) Jum. Sebahagian 660 373 375 1,408 2,122 2,122 1,050 550 300 373 375 1,598 2,312 2,312 1,150 550 373 375 1,298 2,012 2,012 1,000 634 80 714 634 80 714 RM RM Pengurusan Hospitaliti Lain-lain Program

Nota : Universiti berhak mengkaji semula kadar yuran di atas mengikut keperluan semasa. program selain program Pengurusan Hospitaliti Teknologi Lain-lain program adalah Maklumat/ Multimedia dan

16

MAKLUMAT TAMBAHAN: i. Yuran Penginapan Yuran perkhidmatan seperti di jadual 8.1 adalah termasuk yuran penginapan untuk 2 orang sebilik. Lain-lain kadar penginapan adalah seperti berikut:Yuran Penginapan Pelajar Tempatan (RM) 2 orang/bilik 3 orang/bilik 4 orang/bilik DPP MAYBANK 375/semester 300/semester 225/semester 900/semester (perseorangan) 450/semester (berdua) 250 - Deposit Pelajar Antarabangsa (RM) 450/semester 350/semester 250/semester 1,000/semester (perseorangan) 500/semester (berdua) 250 - Deposit

8.2 AEDAH PEMBAYARAN YURAN 1. elajar yang menerima tawaran kemasukan hendaklah membuat pembayaran yuran sebelum mendaftar. 2. embayaran yuran hendaklah dibuat menggunakan Slip Pembayaran Bil yang boleh diperolehi di semua cawangan Bank Islam, selewatlewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh pendaftaran. Pelajar hanya perlu mengisi maklumat berikut pada slip berkenaan dan serahkan di kaunter cawangan BIMB beserta wang tunai yang secukupnya; a) ama Pelajar b) o. Kad Pengenalan Pelajar c) ayar Kepada: UUM d) umlah Bayaran (Jumlah yang perlu dibayar seperti di Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baru 2012/13)

N N B J

Gambarajah A: Contoh Slip Pembayaran

17

18

3.

Pelajar perlu mendapatkan satu salinan Slip Pembayaran Bil dari bank selepas membuat bayaran dan salinan tersebut perlu disimpan sebagai bukti bayaran dan perlu menunjukan salinan tersebut jika diminta berbuat demikian semasa pendaftaran. P elajar adalah diwajibkan membayar yuran sebelum mendaftar sebagai pelajar Universti Utara Malaysia. Pelaja diberi dua (2) pilihan untuk pembayaran yuran bagi tujuan pendaftaran seperti di jadual 8.1 a) umlah Keseluruhan, atau b) umlah Sebahagian J J

4.

5. elajar yang memperolehi tajaan seperti biasiswa, pinjaman dan sumbangan/bantuan kewangan hendaklah membawa bersama surat tawaran yang asal semasa hari pendaftaran dan satu salinan surat tawaran tersebut hendaklah diserahkan ke Jabatan Bendahari. 8.3 ERATURAN BAYARAN BALIK YURAN PELAJAR 1. elajar yang menangguhkan pengajian/berhenti/ menarik diri adalah layak mendapat bayaran balik mengikut peratus seperti di para 8.3.2 dan tertakluk kepada syaratsyarat berikut; elajar memohon menangguh pengajian, berhenti dan menarik diri dan mendapat surat kelulusan dari Kolej Akademik atau Jabatan Hal Ehwal Akademik. engemukakan maklumat akaun bank ke Jabatan Bendahari untuk tujuan bayaran balik. 2. uran dan peratus yang layak dibayar balik kepada pelajar adalah seperti di bawah:
Peratus Yang Layak Dibayar Balik Tangguh/ Berhenti/ Menarik diri Yuran Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Pendaftaran Pendaftaran Takaful Makmal Pemeriksaan perubatan Kebajikan pelajar Komputer Tiada bayaran balik 100% Selepas Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Pendaftaran Menolak Tawaran/ Menarik Diri (Bayaran dibuat tetapi tidak mendaftar) Tiada Bayaran Balik

19

Penginapan Kesihatan Pengajian Perpustakaan Perkhidmatan pergigian Sukan Latihan peradaban eksekutif

Tiada Bayaran Balik

50%

100%

MAKLUMAT UMUM

20

9.0 AKLUMAT UMUM 9.1 AKLUMAT AKADEMIK (a) Aktiviti Kokurikulum (Sila rujuk Buku Panduan Pemilihan dan Peraturan Kokurikulum) Pelajar diwajibkan mengumpul empat jam kredit bagi empat semester aktiviti kokurikulum kecuali Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Kor Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS) selama enam jam kredit sebelum dapat dianugerahkan ijazah.

(b) Pemindahan Kredit (Sila rujuk Buku Kriteria Pemindahan Kredit) Hanya pelajar yang berkelulusan Diploma atau berpindah dari Universiti lain yang diterima masuk ke UUM layak memohon pemindahan kredit. (c) Lain-lain maklumat akademik akan dimaklumkan semasa Program Taklimat oleh pihak kolej. U NIT KEBAJIKAN PELAJAR Perkhidmatan yang ditawarkan untuk pelajar UUM:1. Peranan dan Fungsi Unit Kebajikan Pelajar (UKP) merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab mengenai pinjaman/dermasiswa/bantuan dan kebajikan pelajar. Kemudahan ini ditawarkan oleh agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, swasta dan orang perseorangan kepada semua pelajar yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Universiti Utara Malaysia (UUM). Semua permohonan untuk mendapatkan biasiswa/pinjaman hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh diperolehi daripada Unit Kebajikan Pelajar. Tarikh pengeluaran borang adalah tertakluk kepada pengumuman yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa. ( sila rujuk papan notis di HEP) Untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar khususnya kepada pelajar yang berhadapan dengan kes-kes kecemasan, pihak UUM turut menyediakan kemudahan bantuan terus melalui tabung-tabung yang diwujudkan. 21

9.2

Dalam usaha memastikan aspek kebajikan pelajar terpelihara, UUM turut menyediakan skim kebajikan pelajar yang menawarkan kemudahan bantuan kewangan kepada pelajar yang menghadapi kecemasan seperti kematian waris/malapetaka/bencana dan sebagainya. Jumlah bantuan ini tertakluk kepada syarat yang berkuat kuasa.

Semua pelajar UUM dilindungi oleh Skim Kemalangan Diri Berkelompok/Skim Takaful Malaysia dengan manfaat tertakluk kepada skim tersebut. Semua pelajar layak dipertimbangkan untuk memohon Skim Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Rujuk laman web PTPTN.

9.3 EMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a. Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh di peringkat seperti berikut:i) ii) iii) iv) v) Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD) Kursus Profesional

b. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah kesemua hutang terdahulu diselesaikan. Walau bagaimanapun, pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi. c. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan. d. Pelajar yang telah menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat pembiayaan daripada penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:i) Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang sama) 22

Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah pembiayaan yang bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan. ii) Pelajar yang membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima pembiayaan daripada mana-mana penaja lain. e. Pembiayaan akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal meneruskan pengajian pada peringkat jurusan atau IPT sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian. 9.4 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN a) Pelajar layak memohon pembiayaan memenuhi syarat-syarat berikut:i. ii. iii. iv. pendidikan sekiranya

v.

vi.

vii.

viii. ix.

Pemohon adalah warganegara Malaysia. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurangkurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pelajar lepasan Sijil Kolej Komuniti dan Diploma Politeknik dengan syarat memperolehi CGPA 3.0 dan ke atas. Bagi pelajar-pelajar IPTA/IPTS/Politeknik, mereka hendaklah telah mendaftar untuk mengikuti kursus yang telah diluluskan oleh Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/IPTS) atau Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah telah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan. Semua pelajar hendaklah mempunyai kelayakan masuk yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengikuti kursus berkaitan. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan, pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada agensi sebagaimana dinyatakan di perkara di atas. Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat hendaklah tidak kurang dari satu tahun. Tidak mempunyai penaja lain. 23

x.

Jumlah keseluruhan pembiayaan pendidikan yang telah diperoleh pelajar dengan mengambil kira pembiayaan yang akan diluluskan hendaklah tidak melebihi RM 65,000.

9.5

PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN Pelajar PERLU membuka akaun simpanan (persendirian) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai persediaan untuk membuat permohonan. Pelajar DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum RM 20.00 untuk memohon PTPTN. Pemohon PERLU membeli Nombor PIN bernilai RM5.00 disemua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui tiga saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama permohonan pembiayaan pendidikan iaitu: i. Kaunter ii. Mesin Teller Automatik (ATM) iii. Mesin Deposit Tunai (CDM)

9.6

KAEDAH PERMOHONAN a. Permohonan adalah secara atas talian melalui http://www.ptptn.gov.my b. Bagi pemohon kali pertama, anda perlu mendaftarkan diri di laman web ini. c. Sediakan PIN, Tarikh dan Masa. Maklumat ini boleh didapati di resit BSN anda.

9.7

PERSEDIAAN SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN. Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan. Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu-satu muka surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam. 24

i.

ii.

iii.

iv.

Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2, 3 dan 4). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Setiap satu Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan, hendaklah dilekatkan dengan setem hasil bernilai RM10.00 di sudut atas kanan pada muka depan setiap set dokumen perjanjian. (RUJUK LAMPIRAN A PADA DOKUMEN PERJANJIAN PEMBIAYAAN )

Pelajar hanya boleh menggunakan pen/pen mata bulat (ball point) BERDAKWAT HITAM atau BIRU sahaja. Pastikan hanya satu warna pen sahaja digunakan. Setiap dokumen hendaklah DITULIS DENGAN TANGAN dan BERHURUF BESAR. Jika berlaku KESILAPAN semasa MENGISI DOKUMEN TAWARAN, pelajar perlu gariskan satu garisan lurus dan turunkan tandatangan ringkas di hujung sebelah kanan tempat yang salah (dilarang sama sekali menggunakan sebarang getah atau cecair pemadam/liquid paper). Penerima biaya juga perlu mengemukakan bersama SATU (1) SALINAN dokumen sokongan yang telah DISAHKAN / DITANDATANGANI seperti berikut: i. Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. - dokumen ini tidak perlu disahkan. ii. Salinan Kad Pengenalan Penerima Biaya. Salinan fotokopi muka hadapan dan belakang kad pengenalan tersebut perlu dilakukan pada muka surat yang sama. iii. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV). Slip transkrip keputusan peperiksaan SPM / SPMV hanya sah untuk digunakan sekiranya tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil. iv. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT perlu disahkan oleh Pegawai Kumpulan A daripada IPT pelajar berkenaan sahaja. v. Salinan Buku akaun (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip Deposit Bank / Pengesahan nombor akaun persendirian mengikut bank yang telah ditetapkan oleh IPT. vi. Salinan Transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh : STPM / Diploma / Matrikulasi/ Ijazah / Sarjana. vii. Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan (Boleh didapati di 25

viii.

ix.

x.

xi.

xii.

laman web PTPTN)/ Surat Pengesahan Tidak Bekerja - PENJAGA PERTAMA (1). Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Kad Pesara / Penyata Pencen / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja -PENJAGA KEDUA (2). Salinan Slip Gaji / Salinan Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan (Boleh didapati di laman web PTPTN) PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya masih bekerja) Salinan Slip Gaji / Borang Cukai Pendapatan ( Individu ) / Surat Pengesahan Pendapatan / Surat Pengesahan Tidak Bekerja PASANGAN PENERIMA BIAYA. (sekiranya penerima biaya telah berkahwin) Surat Pengesahan/ Surat Akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat/ Pusat Zakat sekiranya penerima bantuan bulanan dari Agensi berkenaan PENERIMA BIAYA/ IBU BAPA KANDUNG / PENJAGA. Surat Pengesahan Pengalaman Kerja daripada Majikan. ( Bagi Penerima Biaya yang menggunakan pengalaman kerja sebagai salah satu syarat kelayakan masuk )

Salinan dokumen sokongan di atas hendaklah disediakan pemohon dengan menggunakan kertas BERSAIZ A4 berwarna putih dan DISAHKAN oleh pegawai yang layak. Pegawai yang boleh menjadi saksi pelajar dan untuk pengesahan dokumen sokongan di atas adalah seperti berikut:i. Wakil Rakyat / Senator ii. Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) iii. Pengamal Undang-Undang iv. Pesuruhjaya Sumpah / Jaksa Pendamai v. Pengetua/Guru Besar (Gred A & Sekolah kerajaan sahaja) vi. Pegawai Polis berpangkat ASP dan ke atas / Pegawai Tentera berpangkat Kapten atau setaraf dan ke atas vii. Ketua Kampung / Penggawa / Penghulu / Ketua Masyarakat / Sidang / Pegawai Pembangunan Mukim / Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) viii. Untuk Sabah dan Sarawak Ketua Kaum / Ketua Anak Negeri / Kapitan / Pemanca / Pegawai Taman Sabah (Penting: Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah lengkap mempunyai Jawatan Pegawai dan Jabatan/Alamat di mana pegawai bertugas) Tarikh bagi sesi semakan dan serahan dokumen tawaran/ perjanjian Pembiayaan PTPTN akan dimaklumkan kemudian oleh pihak UUM

9.8

PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 26

a) Pengeluaran pembiayaan kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN. b) Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan status pelajar daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi keputusan GPA 2.0 dan ke atas.

PERTANYAAN/ RUJUKAN Semua pelajar dinasihatkan agar menghubungi/berjumpa dengan pegawai dan kakitangan Unit Pinjaman dan Biasiswa HEP jika mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan. Nama Pegawai Bahagian Khidmat Siswa:1. Cik Nur Afiqah binti Abu Bakar Telefon : 04-9283219 E-mail : nurafiqah@uum.edu.my 2. Pn. Shaidah Shaari Telefon : 04-9283220 E-mail : aidah@uum.edu.my 3. Pn. Asmanaim Abdul Wahab Telefon : 04-9283220 E-mail : asmanaim@uum.edu.my

27

PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT

28

10.0 ERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendaftaran kemasukan ini sila hubungi:
10.1 awaran Kemasukan Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi Jabatan Hal Ehwal Akademik Universiti Utara Malaysia Tel. Faks E-mel 10.2 rogram Minggu Suai Kenal Bahagian Pembangunan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia 10.5 Tel. Faks E-mel : 017-4725514/04 928 4074 : 04 928 3216 : n.hidayah@uum.edu.my ayaran Yuran Pelajar Unit Biasiswa Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia Tel. : 04-928 3126/3136/4171 Faks : 04 928 5764 E-mel : eylani@uum.edu.my Tel. Faks E-mel : 013-3923277/04-928 3287 : 04 928 3226 : khairone@uum.edu.my : 04 928 3108/3174/3168/3107 : 04 928 3109 : heanet@uum.edu.my

10.4 nit Kebajikan Unit Kebajikan Bahagian Khidmat Siswa Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia

10.3 ahagian Khidmat Siswa Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia Tel. Faks E-mel : 0192725352/04-9283219 : 04 928 3216 : nurafiqah@uum.edu.my 10.6

usat KoKurikulum Pusat KoKurikulum Universiti Utara Malaysia Tel. : 04-928 4033 Faks : 04 928 5764 E-mel : chenoorma@uum.edu.my

29

10.7 usat Pengajian


BIL. 1. 2. PUSAT PENGAJIAN E-MEL arikah@uum.edu.my asri@uum.edu.my NO. TEL. 04-928 4706 04-928 6904 04-928 6825 04-928 3404 04-928 3804 04-928 7106 04-928 6355 04-928 6394 04-928 6339 04-928 6854 04-928 6576 04-928 6578 04-928 6302 6309 04-928 6873 NO. FAKS 04-928 4753 04-928 6906 04-928 6824 04-928 5750 04-928 5754 04-928 7117 04-928 6363 04-928 5762 04-928 6346 04-928 6860 04-928 6565 04-928 6565 04-928 6307

Pengkomputeran Sains Kuantitatif Teknologi Multimedia dan Komunikasi Pendidikan dan Bahasa Moden Pembangunan Sosial Pengurusan Perniagaan Perniagaan Islam Perakaunan Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Pengurusan Teknologi dan Logistik Kerajaan Undang-Undang Pengajian Antarabangsa Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar

3.

sitizaleha@uum.edu.my

4. 5. 6. 7. 8. 9.

abakar@uum.edu.my lee@uum.edu.my mujahid@uum.edu.my md_sukri@uum.edu.my maimunah@uum.edu.my umisofian@uum.edu.my

10.

roslizawati@uum.edu.my

11. 12.

anuarm@uum.edu.my razakwahab@uum.edu.my

13.

zor@uum.edu.my

14.

zanariah@uum.edu.my

04-928 6883

30

10.8 ewan Penginapan Pelajar


NAMA DAN E-MEL PEN.PENGURUS ASRAMA
ABDUL AZIZ BIN ABDULLAH aaziz@uum.edu.my JAFRI BIN ISMAIL jafri@uum.edu.my SITI AISYAH BT. YAHYA aisyah@uum.edu.my HAMILIA BT. AB. HALIM hamilia@uum.edu.my NORAINI BT. ALI noraini@uum.edu.my NORLIA BT. OTHMAN norlia@uum.edu.my ana@uum.edu.my

BIL. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

DPP BSN MISC YAYASAN ALBUKHARY BANK MUAMALAT MAS TNB

NO. TEL. 04-928 5654 04-928 5406/5401 04-928 4522/4523 04-928 4503 04-928 5577/5578 04-928 5539 04-928 5597 04-928 5502/5584 04-928 5453 04-928 5461 04-928 5445 04-928 5548 04-928 4303 04-928 4304 04-928 4306

NO. FAKS 04-928 5417 04-928 5408 04-928 4524 04-928 4502 04-928 5839 04-928 5585 04-928 5526 04-928 5506 04-928 5456 04-928 5465 04-928 5448 04-928 5546

TRADEWINDS ANA HAYATI BT. SALLEH PETRONAS EON SIME DARBY TM PROTON
RUZAIDI BIN SAAD sruzaidi@uum.edu.my MOHD. YUSRI BIN HANAFI yusri@uum.edu.my TARMIDI BIN MAHAMOD mtarmidi@uum.edu.my NOR ALIZA BT. KHALIM aliza@uum.edu.my MOHD. ZAHIR BIN MAT ISA mohdzahir@uum.edu.my HALIMULIHSAN BIN MUSTAFFA ihsan@uum.edu.my

13.

BANK RAKYAT

04-928 4305

14.

SME BANK

NORHAFIZA BT. ABD. HADI nhafiza@uum.edu.my

04-928 4343 04-928 4344 04-928 4346 04-928 4943/4942

04-928 4345

15.

MAYBANK

NURUL HAMIZA BT. HAMZAH hamiza@uum.edu.my

04-928 4943

31

32

11.0 LAGU UNIVERSITI

BIRU WARNA

Kami Anak Alam Insan Tuhan Ngembara Langit Biru Mencari Ilmu Berteman Kebudimanan Bina Nusa Bina Dunia Sejahtera UNIUTAMA Ibu Yang Tercinta Kami Doa Lanjut Usia Bahagia Kami Janji Hormati Pesanmu ILMU BUDI DAN BAKTI

33

1 1 .0

PERINGATAN PENTING

Pelajar yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat berkaitan dengan: Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak. Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan.

Akan diambil tindakan tegas dengan: Menarik balik surat tawaran tersebut. Dikenakan tindakan undang-undang.

Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran pelajar baru. SEKIRANYA ANDA MELAKUKANNYA, BAGI MENJAGA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK HADIR MENDAFTAR.

AMARAN

JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

34

13.0 CHECKLIST DOKUMEN PENTING: Sila pastikan susunan salinan dokumen-dokumen berikut dibawa, dilengkapkan, ditebuk dan dimasukkan ke dalam Fail Peribadi Pelajar yang dibekalkan semasa hari pendaftaran mengikut susunan senarai semak seperti berikut: a) b) c) d) e) f) g) h) i) j) k) l) m) Salinan Surat Tawaran Rasmi atau cetakan dari laman web Salinan SPT, BIMB yuran pengajian yang telah dijelaskan Borang Maklumat Biodata Pelajar Salinan Keputusan MUET Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu bapa Salinan Sijil SPM/SPMV/Setaraf (bagi calon semua program) Salinan Sijil STPM/Setaraf (jika berkenaan) Salinan Diploma dan Transkrip (jika berkenaan) Salinan Sijil STAM (jika berkenaan) Salinan Transkrip Matrikulasi (jika berkenaan) Salinan sijil berhenti sekolah, salinan testimonial/kegiatan kokurikulum di peringkat Sekolah/Daerah/Negeri/Negara dan PLKN (sekiranya ada) Borang Takaful Borang Kebenaran Bius

Semua salinan dokumen perkara (d) hingga sepuluh (j) perlulah mendapat pengesahan daripada Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A)/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK. Manakala dokumen (l) dan (m) perlu mendapat kebenaran waris/penjaga. DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT MESTI DILENGKAPKAN DAN DIMASUKKAN KE DALAM FAIL PERIBADI PELAJAR YANG AKAN DIBERIKAN SEMASA HARI

35

PENDAFTARAN. JIKA ANDA GAGAL MEMATUHI ARAHAN INI, ANDA TIDAK AKAN DIDAFTARKAN SEBAGAI PELAJAR UUM.

36

14.0 LALUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (a) Masa dan Laluan Tempat Pendaftaran Tempat pendaftaran kemasukan pelajar adalah di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) seperti yang telah ditetapkan dalam surat tawaran. Sila patuhi arahan papan tanda yang disediakan di sepanjang jalan berdasarkan pada warna pelekat kenderaan yang telah ditetapkan mengikut laluan seperti berikut:

PENDAFTARAN SESI PAGI


DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (DPP) MAS TRADEWINDS TNB PROTON EON TM SIME DARBY BSN MISC PETRONAS YAYASAN AL-BUKHARY BANK MUAMALAT SME BANK BANK RAKYAT PINTU MASUK PINTU UTAMA KOD/WARNA LALUAN PINTU MASUK MASA PENDAFTARAN

A B

8.30 PG 12:00 TGH

PINTU BUKIT TANGGA

8.30 PG 12:00 TGH

PINTU UTAMA BUKIT KACHI

C
D

8.30 PG 12:00 TGH 8.30 PG 12:00 TGH

(b)

Panduan Laluan Kenderaan Sila lekatkan pelekat kenderaan pada cermin hadapan kenderaan sebelum memasuki kawasan kampus. Sila patuhi arahan Pengawal Keselamatan dan tanda arah laluan yang telah ditetapkan.

Paparkan Pelekat Kenderaan ini di sebelah kiri cermin kenderaan anda.

Paparkan Pelekat Kenderaan ini di sebelah kiri cermin kenderaan anda.

Paparkan Pelekat Kenderaan ini di sebelah kiri cermin kenderaan anda.

Paparkan Pelekat Kenderaan ini di sebelah kiri cermin kenderaan anda.

DPP MAS,TRADEWINDS,TNB & PROTON

DPP EON, TM,SIME DARBY, BSN, MISC & PETRONAS

DPP YAYASAN AL-BUKHARY & BANK MUAMALAT

DPP BANK RAKYAT & SME BANK

(c)

Tempat Letak Kenderaan Pelajar atau ibu bapa/penjaga dinasihatkan untuk mematuhi arahan Pengawal Keselamatan berkenaan ruang tempat meletak kenderaan yang disediakan di sekitar laluan Dewan Penginapan Pelajar Laluan A, B ,C dan D.

(d)

Proses Pendaftaran

37

Pelajar perlu mengambil nombor giliran di kaunter yang ditetapkan sebelum proses pendaftaran.

15.0

KALENDAR AKADEMIK SESI 2012/2013 *

SEMESTER PERTAMA
AKTIVITI Pendaftaran Pelajar Baru & Minggu Suaikenal Tempoh Pengajaran Cuti Pertengahan Semester Tempoh Pengajaran Peperiksaan Cuti Antara Semester TARIKH Isnin, 3 September 2012 Sabtu, 8 September 2012 Ahad, 9 September 2012 Khamis, 25 Oktober 2012 Jumaat, 26 Oktober 2012 Sabtu, 3 November 2012 Ahad, 4 November 2012 Khamis, 20 Disember 2012 Sabtu, 22 Disember 2012 Khamis, 17 Januari 2013 Jumaat, 18 Januari 2013 Sabtu, 16 Februari 2013 TEMPOH 1 minggu 7 minggu 1 minggu 7 minggu 4 minggu 4 minggu CATATAN Hari Malaysia, 16 September 2012 Hari Raya Qurban, 26 27 Oktober 2012 Hari Deepavali, 13 November 2012 Maal Hijrah 1434, 15 November 2012 Hari Krismas, 25 Disember 2012 Maulidur Rasul, 24 Januari 2013 Tahun Baru Cina, 10 11 Februari 2013

SEMESTER KEDUA AKTIVITI Tempoh Pengajaran Cuti Pertengahan Semester Tempoh Pengajaran Peperiksaan Cuti Panjang TARIKH Ahad, 17 Februari 2013 Khamis, 4 April 2013 Jumaat, 5 April 2013 Sabtu, 13 April 2013 Ahad, 14 April 2013 Khamis, 30 Mei 2013 Sabtu, 1 Jun 2013 Khamis, 27 Jun 2013 Jumaat, 28 Jun 2013 Sabtu, 31 Ogos 2013 TEMPOH 7 minggu 1 minggu 7 minggu 4 minggu 9 minggu Hari Raya Puasa, 8 9 Ogos 2013 Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2013 Cuti Hari Pekerja, 1 Mei 2013 Cuti Hari Wesak, Mei 2013 CATATAN

Pendaftaran Pelajar Baru dan Minggu Suaikenal Semester Pertama Sesi 2012/2013 Ahad, 2 September 2012 Jumaat, 7 September 2012 Hari Kebangsaan Jumaat, 31 Ogos 2012 Cuti Hari Malaysia Ahad, 16 September 2012 Hari Raya Qurban Jumaat, 26 Oktober 2012 Sabtu, 27 Oktober 2012 Hari Deepavali Selasa, 13 November 2012 Hari Krismas Selasa, 25 Disember 2012 Tahun Baru Cina 2013 Ahad, 10 Februari 2013 - Isnin, 11 Februari 2013 Hari Raya Puasa Khamis, 8 Ogos 2013 Jumaat, 9 Ogos 2013 Hari Kebangsaan Sabtu, 31 Ogos 2013

38

* Tertakluk kepada pengesahan Senat

39

16.0

ETIKA PAKAIAN PELAJAR

40

Anda mungkin juga menyukai