Anda di halaman 1dari 10

KP(IPG)8585/600/1/1/1 (1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALASIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN TAWARAN
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN AMBILAN JUN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200 JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6 CYBERJAYA TELEFON: 03-83126666/6759/6762/6763/6758/6723/6734/6720/6729 FAKS: 03-83126725

PANDUAN TAWARAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP)

AMBILAN JUN 2013

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

Penerimaan Tawaran Kursus/ Penolakan Tawaran Kursus

34

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Pendaftaran Kursus Pertukaran Bidang Kehadiran Disiplin dan Perjanjian Elaun Penginapan Pelanggaran dan Penamatan Perjanjian Surat-surat Surat Pemeriksaan Doktor Surat Akuan

5 6 7 7 7 8 8 9 9 10

PANDUAN TAWARAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013

A. Keterangan Program Nama Program Jenis Ijazah Mod Kursus B. Tempoh Kursus i) Program Persediaan (Dua Belas Bulan/Dua Semester) ii) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Empat Tahun/Lapan Semester) Buku Panduan Tawaran ini disediakan sebagai panduan untuk anda mengambil tindakan sewajarnya setelah menerima Surat Tawaran. 1. PENOLAKAN/PENERIMAAN TAWARAN KURSUS 1.1 JIKA MENOLAK : Sila ambil tindakan berikut jika menolak tawaran berkursus. (a) Sila isi borang penolakan dan klik pada butang menolak dan hantar Apabila anda klik pada butang menolak, anda dikira tidak berminat dan tidak menerima tawaran tersebut. :Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian :Sepenuh Masa

(b) 1.2

JIKA MENERIMA: Sila ambil tindakan berikut : (a) (b) Sila isi borang penerimaan dan klik pada butang menerima dan hantar Apabila anda klik pada butang menerima, anda akan mencetak surat tawaran sementara dan surat akuan penerimaan tawaran serta (rujuk lampiran) dokumen yang berkaitan.

2.

PENERIMAAN TAWARAN KURSUS Sila ambil tindakan berikut :

2.1

Lengkapkan dengan betul, lima (5) salinan borang Perjanjian Pendidikan Guru. ( Selepas mendaftar) (a) Borang Perjanjian Pendidikan Guru (lima salinan) akan diserahkan kepada anda semasa anda mendaftar. Pihak institut akan memberikan taklimat berkaitan borang perjanjian tersebut. (b) Ketika mendaftar, anda dikehendaki membawa lima keping setem hasil yang bernilai RM10.00 tiap-tiap satu untuk urusan borang perjanjian berkenaan. Urusan mematikan setem akan dilakukan oleh pihak Institut Pendidikan Guru Kampus berkenaan.

2.2

Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor. (a) Anda hendaklah melengkapkan surat KP(IPG)8585/100/20/1/1 Jld. 3 (36) dan Borang Am 402 (sila hubungi IPG yang anda ditempatkan). Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta untuk mendapatkan pemeriksaan doktor. Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (keratan Borang Am 402) tersebut mengandungi nama pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan, keputusan pemeriksaan xray dada dan paru-paru juga alamat lengkap hospital atau klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut. Keputusan pemeriksaan doktor tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas ketika mendaftar. Anda perlu menyediakan satu keputusan asal dan empat salinan fotostat keputusan pemeriksaan doktor yang telah disahkan untuk kegunaan IPG berkenaan. Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor serta x-ray adalah tanggungan anda sendiri.

(b)

(c)

(d)

PERINGATAN 1. Sekiranya anda sedang berkhidmat dengan pihak swasta anda hendaklah meletak jawatan sebelum mendaftar di IPG yang ditetapkan. Penangguhan pendaftaran tidak dibenarkan. Sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan, kelulusan cuti belajar/cuti belajar tanpa gaji/pelepasan jawatan dengan izin/perletakan jawatan perlu diperoleh sebelum anda mengikuti
4

2.

latihan ini. Adalah diingatkan bagi tujuan lantikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, pegawai yang meletak jawatan adalah tertakluk kepada Perintah Am 6 Bab A. 3. Anda tidak boleh didaftarkan secara rasmi sekiranya anda gagal menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk keputusan xray semasa pendaftaran. Anda diberi tempoh tidak lebih daripada 30 hari dari tarikh anda mendaftar untuk mendapat dan menyerahkan keputusan pemeriksaan doktor termasuk x-ray. Tawaran berkursus akan terbatal dengan sendirinya jika anda memberi sebarang maklumat/dokumen palsu tentang diri anda sebagaimana yang dikehendaki.

4.

5.

3.

PENDAFTARAN KURSUS (a) Calon dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak dibenarkan. Calon mesti melapor di IPG yang telah ditetapkan pada tarikh dan masa seperti yang tertera dalam surat tawaran. Semasa mendaftar, calon dikehendaki mengemukakan dokumen asal dan salinan untuk semakan dan pengesahan. i) ii) iii) iv) v) vi) (c) Surat Tawaran Berkursus (surat tawaran sementara) Surat Akuan Penerimaan Tawaran IPG (Cetakan Komputer) Sijil kelahiran. Kad Pengenalan yang menunjukkan taraf warganegara Malaysia. Sijil Peperiksaan SPM/SMU/SMA/UEC / Sijil berhenti sekolah dan sijil-sijil yang berkaitan.

(b)

Calon tidak akan didaftarkan sebagai pelajar di Institut Pendidikan Guru sekiranya gagal mengemukakan semua dokumen ASAL. Semasa mendaftar, bersama-sama : i) calon juga dikehendaki membawa

(d)

Dua salinan fotostat bagi setiap dokumen seperti tersebut di atas dan yang telah disahkan.(Rujuk Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu Borang 7) Lima salinan borang Perjanjian Pendidikan Guru dan Butiran Penjamin dan Saksi (akan diserahkan semasa pendaftaran)
5

ii)

iii) iv) v)

Borang Pemeriksaan Kesihatan (Borang Am 402) yang telah disahkan oleh pegawai perubatan. Gambar berukuran pasport sebanyak 8 keping. Bayaran untuk minggu pendaftaran pelajar sebanyak RM500.00.(cara bayaran sila rujuk IPG berkenaan) Pakaian dan kasut sukan. Pakaian rasmi dan formal. i. Lelaki - Kemeja lengan panjang putih, seluar slack hitam/gelap, berkasut hitam, berstoking dan bertali leher. ii. Perempuan - Berbaju kurung putih, berkain hitam, berkasut hitam bertutup dan bertumit.

vi) vii)

viii) (e)

Keperluan asas untuk pembelajaran dan semasa menginap di asrama.

Semua calon yang telah didaftarkan wajib mengikuti Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) yang akan bermula selepas pendaftaran.

PERINGATAN: Tawaran bagi mengikuti kursus ini adalah tidak sah bagi calon yang didapati mengandung atau baru melahirkan anak dan masih belum melepasi tempoh 60 hari bersalin atau ditimpa kemalangan/sakit yang memerlukan rawatan berpanjangan/beberapa bulan untuk sembuh sepenuhnya semasa menerima tawaran ini. Penangguhan pendaftaran kursus adalah tidak dibenarkan dalam kes-kes di atas. Calon bolehlah memohon untuk mengikuti kursus ini pada tahun berikutnya.

5.

PERTUKARAN BIDANG PENGAJIAN (PENGKHUSUSAN) DAN PUSAT BERKURSUS Adalah diingatkan bahawa pertukaran bidang pengajian (pengkhususan) dan pusat berkursus tidak dibenarkan. (Rujuk Dokumen Perjanjian Pendidikan Guru Perkara 2.2 (b) dan (c))

Oleh yang demikian, anda hendaklah mempertimbangkan sebaikbaiknya masalah yang dihadapi (jika ada) seperti mempunyai anak kecil yang perlukan perhatian, ibu bapa yang tua dan uzur dan ingin berdekatan dengan suami/isteri/keluarga sebelum membuat keputusan menerima tawaran ini.

6.

KEHADIRAN (a) Kehadiran 100% bagi setiap komponen kursus adalah wajib. Penglibatan secara aktif adalah perlu dalam gerak kerja kokurikulum (Kokurikulum) seperti sukan, permainan, unit beruniform, persatuan dan aktiviti luar yang lasak. Syarat lulus Kokurikulum juga adalah wajib.

(b)

7.

DISIPLIN DAN PERJANJIAN Sebagai pelajar institut, anda adalah tertakluk kepada Akta 174 iaitu Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib 1976 dan warta pindaan). Oleh itu, seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib oleh pihak berkuasa tatatertib, boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali seperti berikut : (a) (b) (c) amaran; denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit; digantung daripada menggunakan apa-apa atau kesemua kemudahan-kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan; digantung daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan; dihalang daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi; disingkir daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan; dan dibuang daripada institusi.

(d)

(e) (f)

(g)

8.

ELAUN Anda akan diberi elaun semasa berkursus. Bagaimanapun anda dinasihatkan membawa bersama-sama wang untuk keperluan asas yang mencukupi selama 3 bulan sementara menunggu pembayaran elaun. Elaun anda hanya dibayar setelah anda didaftarkan sepenuhnya sebagai pelajar institut (mengemukakan semua dokumen ASAL, laporan pemeriksaan doktor dan menyempurnakan Perjanjian Pendidikan Guru).

9.

PENGINAPAN (a) Anda dimestikan tinggal di asrama sekiranya penginapan semasa berkursus disediakan oleh IPGK. Anda dikehendaki mematuhi semua arahan/peraturan penginapan yang dikeluarkan oleh pihak IPGK sama ada anda menginap di asrama atau di luar asrama.

(b)

10.

PELANGGARAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU (a) Semasa berkursus anda sebagai pelajar diwajibkan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus yang berkenaan. Sekiranya melanggar syarat tersebut anda (pelajar) akan diberhentikan daripada mengikuti kursus seperti yang tersebut dalam Fasal 5 Perjanjian Pendidikan Guru dan anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan atau seperti yang tercatat dalam perjanjian. Sekiranya didapati anda (pelajar) telah mengemukakan maklumat palsu untuk mendapatkan tempat berkursus, dan anda akan diberhentikan. Jika kesalahan ini terbukti selepas anda menamatkan kursus dan sedang berkhidmat anda akan dipecat dan Ijazah anda akan ditarik balik. Anda serta penjamin-penjamin akan dikehendaki membayar balik kepada Kerajaan sejumlah wang yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti yang tersebut dalam Fasal 2 Perjanjian Pendidikan Guru berkenaan.

(b)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6 63000 CYBERJAYA TEL: 03-83126666 / FAKS: 03-83126655

Ruj. Kami : KP(IPG)8585/100//1/1.Jld.3 (36) Tarikh : Pengarah/Penguasa Perubatan/Pegawai Perubatan Hospital/Klinik ... ... Tuan, PEMERIKSAAN DOKTOR UNTUK MENGIKUTI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) AMBILAN JUN 2013 DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU Sukacita dimaklumkan bahawa Encik/Puan/Cik .. No. Kad Pengenalan .telah ditawarkan untuk mengikuti kursus di atas dan akan melapor diri pada .............. di Institut Pendidikan Guru Kampus ........................................................................................................... 2. Untuk makluman tuan, bidang kursus yang akan diikuti di Institut Pendidikan Guru merangkumi: a) b) c) Akademik; Gerak kerja kokurikulum (persatuan, unit beruniform, sukan permainan dan aktiviti luar yang lasak); Praktikum.

3. Oleh yang demikian, mohon kerjasama tuan membuat pemeriksaan ke atas beliau (pemeriksaan hendaklah termasuk x-ray dada dan paru-paru) dan memberikan keputusan pemeriksaan dengan kadar segera dengan menggunakan Borang Am 402 yang disertakan. 4. Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor dan x-ray adalah tanggungjawab pelajar berkenaan. 5. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia b.p. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Ini adalah cetakan komputer, tandatangan adalah tidak diperlukan. 9 Kerjasama tuan dalam hal ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, JALAN PERSIARAN APEC, CYBER 6 63000 CYBERJAYA TEL: 03-83126666 / FAKS: 03-83126655

Ruj. Kami Tarikh

: KP(IPG)8585/600/1/1/2/( ) :

SURAT AKUAN

Saya ..................................................................................... No. KP ......................................... Dengan ini memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai keputusan peperiksaan atau laporan mengenai diri saya dari institut pengajian di mana saya ditempatkan sepanjang tempoh pengajian.

Tandatangan

Saksi

__________________ (Nama Pelajar) Tarikh:

_____________________ (Nama Pensyarah/Mentor)

10

Anda mungkin juga menyukai