Anda di halaman 1dari 2

Rujukan Kami: 08-01/01/OGSP/2023/55

Tarikh: 10/12/2023

SHAHBAZ ALI
MEKAR INDUSTRIES SDN BHD
NO 48,LORONG BERTAM INDAH 12,TAMAN BERTAM INDAH, KEPALA BATAS 13200 KEPALA
BATAS PULAU PINANG
13200 SEBERANG PERAI UTARA
PULAU PINANG

Tuan/Puan,

PERKARA: TAWARAN MEMASUKI KURSUS

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan memasuki kursus telah disahkan. Sila beri perhatian kepada butiran dan
syarat seperti di bawah :-

Tajuk Kursus : Oil And Gas Safety Passport


Tarikh Kursus : 26/12/2023
Tempat : NIOSH Wilayah Utara (Kepala Batas)
Cara Bayaran : FPX
Yuran : RM 265.00
ID Bayaran : 2312101003420502

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN KURSUS


1. 1.1 Mulai Ogos 2021, pihak NIOSH telah melaksanakan pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang NIOSH melalui
e-daftar.
1.2 Pendaftaran kursus adalah disahkan setelah bayaran yuran dibuat secara dalam talian.
1.3 Pelanggan yang ingin membuat pembayaran yuran melalui Skim Latihan SBL Khas, HRD Corp, adalah diminta untuk
mendapatkan kelulusan daripada HRD Corp terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran kursus NIOSH. Pelanggan
hendaklah menghantar salinan dokumen kelulusan HRD Corp melalui emel NIOSH (training@niosh.com.my) sebelum
tarikh kursus. (Sila maklumkan tajuk kursus, lokasi kursus dan tarikh kursus di dalam email tersebut).
1.4 Pendaftaran kursus yang telah dibuat adalah TIDAK BOLEH dibatalkan/ ditunda tarikh/ ditukar kursus/ ditukar lokasi/
menukar peserta dan bayaran tidak akan dikembalikan.
2. Waktu pendaftaran kursus bermula pada jam 8.00 pagi di semua premis NIOSH.
3. Peserta hendaklah membawa kad pengenalan atau pasport ASAL (bagi bukan warganegara).
4.
i. Peserta yang lengkap 100% kehadiran dan lulus penilaian BERTULIS layak menerima kad passport keselamatan
setelah bayaran dijelaskan. Kad passport keselamatan boleh diambil mengikut ketetapan berikut :-
Jenis Pengeluaran Kad Kaedah Tempoh Masa Pengambilan Kad
Kad Fizikal Kursus Fizikal Satu (1) Hari Bekerja Selepas Kursus
Kad Digital
ii. Bagi peserta dibawah HRDCorp Claimable Courses(SBL Khas), kad dan sijil hanya boleh dijana sekiranya pihak
majikan menyerahkan Borang JD14 dan Borang T3 yang telah ditandatangan

5. Perlindungan insuran akan berkuatkuasa pada tarikh kursus untuk semua program passport keselamatan kecuali Program
Passport keselamatan NIOSH TM (NTMSP).
6. Bagi program NTMSP, tarikh kuatkuasa perlindungan insuran adalah pada tarikh lulus penilaian.
7. Peserta boleh membuat semakan polisi insurans di https://verge-assist.com/, selepas 2 bulan daripada tarikh kelas
dijalankan.
8. Bermula 1 Januari 2024, NIOSH tidak menyediakan makan-minum kepada peserta sepanjang kursus dijalankan. Peserta
dinasihatkan membawa bekal sendiri atau membeli makanan daripada penjual di NIOSH atau membeli makanan daripada
kedai/restoran yang berhampiran dengan NIOSH.
9. Peserta diminta untuk membawa alat tulis (pensil dan pen) untuk sesi pembelajaran.
10. NIOSH adalah kawasan larangan merokok.
11. NIOSH tidak akan bertanggungjawab keatas barangan peribadi peserta jika berlaku sebarang kehilangan di premis NIOSH.
12. Pihak NIOSH tidak menanggung kos penginapan atau pengangkutan peserta sepanjang kursus berjalan.
13. Peserta diminta berpakaian kemas dan berkasut (Selipar tidak dibenarkan).
14. Sila maklumkan kepada pihak NIOSH sekiranya terdapat gejala atau keadaaan yang dikhuatiri boleh memudaratkan.
15. Pihak pelanggan NIOSH yang membuat pembayaran atas talian sama ada melalui e-Daftar atau e-Payment di website
NIOSH akan menerima:
i) Notifikasi bayaran daripada bank pembayar.
ii) Notifikasi NIOSH Online Payment Receipt melalui email daripada MyPay.

Jika tidak terima, sila ke pautan https://mypay.com.my/receipt masukkan no. MyKad peserta ATAU no. pendaftaran syarikat
ATAU no. rujukan semasa pembayaran. (Hanya menggunakan komputer atau laptop, tidak boleh melalui handphone).

Pada resit MyPay yang terbaru telah dinyatakan THIS PAYMENT SLIP IS DEEMED AS OFFICIAL RECEIPTS.
16. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-8769 2100 / 03-8911 3800 atau emelkan ke training@niosh.com.my.

SYARAT LULUS DAN PEMBERIAN KAD PASSPORT KESELAMATAN


1. Peserta hanya boleh menjawab soalan penilaian sekiranya diarahkan oleh tenaga pengajar.
2. Melengkapkan 100% kesemua soalan penilaian.
3. Menghadiri sepenuhnya sesi latihan.
4. Melengkapkan sendiri penilaian. Tiada bantuan dari pihak lain.
5. Memenuhi semua kriteria penilaian yang ditetapkan khususnya memastikan jawapan yang betul bagi setiap soalan.

MAKLUMAT SBL KHAS


1. Majikan akan dikenakan bayaran penuh sekiranya peserta dibawah Skim Latihan SBL Khas menarik diri, tidak hadir lengkap
dan tidak menghadiri kursus.
2. Peserta yang menggunakan Skim Latihan SBL Khas adalah diwajibkan menghadiri 75% jam kehadiran.
3. Sijil / kad / keputusan penilaian akan di beri kepada peserta selepas pihak majikan menyerahkan borang JD14 dan borang-
borang lain yang telah lengkap kepada pihak NIOSH.
4. Peserta atau majikan yang telah membuat bayaran yuran kursus, tidak boleh menukar kaedah bayaran menggunakan Grant
HRDC Claimable Courses (SBL-KHAS).

DOKUMEN PERLU DIBAWA SEWAKTU PENDAFTARAN KURSUS DI NIOSH


1. Membawa Kad Pengenalan/Pasport yang asal;
2. Sekeping gambar berukuran passport;
3. Membawa bukti pendaftaran dan pembayaran yang telah siap dicetak;
4. Membawa bukti pesanan kerajaan / surat daripada jabatan jika peserta datang daripada kerajaan (siap dicetak);
5. Bagi yang ingin mendapatkan invois, peserta hendaklah membawa salinan Letter of Undertaking (LoU) atau Surat Jaminan
(GL) yang telah dicetak bagi tujuan pengeluaran invois;
6. Jika ada sebarang dokument atau purchase order (PO) yang perlu ditandatangani dan dicop, peserta hendaklah
membawanya sewaktu hari pendaftaran kursus di NIOSH;
7. Peserta yang menggunakan Geran SBL Khas hendaklah membawa salinan dokumen kelulusan HRDCorp.

Thank you for choosing NIOSH as your OSH Preferred Partner!

Pengurus Besar
Jabatan Pendidikan Dan Latihan NIOSH

Dokumen ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai