Anda di halaman 1dari 5

NOV 2020

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU


SECARA DALAM TALIAN BAGI
PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)
& PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
(BAHAGIAN & AGENSI LUAR)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
DOKUMEN YANG PERLU DIPOS LAJU & DITERIMA OLEH KAMPUS IPG
SELEWAT- LEWATNYA 18 DISEMBER 2020 (JUMAAT)

1. Cetak dan melengkapkan semua borang berikut:-

1.1 Pihak kampus IPG (Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar) perlu menerima dokumen-
dokumen pelajar selewat-lewatnya pada 18 Disember 2020 (Jumaat). Status pendaftaran
pelajar sehingga dokumen diterima oleh IPG kampus adalah diklasifikasikan sebagai
“Pendaftaran Bersyarat”.

1.2 Dokumen yang tidak diterima pada 18 Disember 2020 (Jumaat) akan menyebabkan
tawaran dibatalkan.
1.3 Pastikan anda membuat 1 salinan dokumen di atas untuk simpanan sendiri sebelum di hantar ke
kampus IPG masing-masing.

2
2. Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor:-

2.1 Anda hendaklah melengkapkan Borang 8 – Surat Memberi Kuasa Menjalankan


Pemeriksaan Kesihatan (dalam Kit Pendaftaran) dan Borang Permohonan Pemeriksaan
Perubatan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (Pin.1/2014).
Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan Kerajaan atau
Swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan
pemeriksaan kesihatan.

2.2 Sila pastikan keputusan pemeriksaan kesihatan (keratan Borang Pin.1/2014) tersebut
mengandungi nama pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan juga alamat lengkap
hospital atau klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut.

2.3 Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor adalah di bawah tanggungan
sendiri.
3. Bayaran pendaftaran pelajar baharu:-
3.1 Pecahan kadar bayaran Pendaftaran Pelajar Baharu adalah seperti berikut:-
BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN
a. MSIPGM 20.00 RM40.00 dibayar dengan menggunakan kiriman wang
b. AKTIVITI PELAJAR 20.00 (money order) atas nama:
JUMLAH 40.00
AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T
dan di alamatkan kepada:
Pengarah IPG Kampus

Nota: Slip bayaran kiriman wang (money order) hendaklah


dipos laju bersama-sama dokumen di para 1.
c. FAIL 15.00 Pelajar dikehendaki menghubungi Jabatan Hal Ehwal
d. KAD MATRIK 15.00 Pelajar (JHEP) kampus masing-masing bagi kaedah
pembayaran RM 130.00 ke akaun koperasi IPG.
e. KAIN PASANG 100.00
BERCORAK BATIK

JUMLAH 130.00

f. INSURAN 30.00 Bayaran dibuat melalui *pindahan wang dalam talian (online
transfer) kepada:

TAKAFUL IKHLAS BERHAD – GENERAL FUND


BANK: CIMB ISLAMIC BANK BERHAD
NO AKAUN: 98829071507739

Nota: Slip/Resit pembayaran hendaklah dipos laju bersama-


sama dokumen di para 1. Tulis nama penuh & No. KP di
atas resit.

JUMLAH KESELURUHAN 200.00


BAYARAN

3
3.2 Contoh Slip Bayaran Kiriman Wang (Money Order)

$-1120.00
RGT SATU RIBU SATU RATUS DUA PULUH

4. Bayaran Yuran Pengajian - (Hanya untuk pelajar PDPP/PDPM - Mod Kursus Dalam Cuti)

4.1 Jadual Pembayaran Yuran Pengajian PDPP dan PDPM

Semester 1 Semester 2 Semester 3 Semester 4 Semester 5 Semester 6


dibayar dibayar dibayar dibayar dibayar dibayar
Program sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum sebelum Jumlah
mendaftar mendaftar mendaftar mendaftar mendaftar mendaftar

PDPP
RM1,740.00 RM 1,740.00 RM 1,200.00 - - - RM 4,680.00
*KDC
PDPM
RM 1,470.00 RM 1,020.00 RM 1,020.00 RM 1,020.00 RM 1,020.00 RM 2280.00 RM 7,830.00
* KDC

*Tertakluk pada pindaan

4.2 Kaedah Pembayaran Yuran Pengajian Pelajar Bagi Setiap Semester:-

a. Sila jelaskan yuran pengajian sebelum anda mendaftar bagi setiap semester (seperti
jadual pembayaran di atas).

b. Pembayaran yuran pengajian oleh pelajar hendaklah menggunakan Kiriman Wang (money
order) atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA-KPM-T. Manakala Agensi yang
menaja boleh membuat bayaran secara Elektronik Fund Transfer (EFT) seperti maklumat
di bawah.

c. Slip asal pembayaran yuran pengajian semester 1 hendaklah dipos laju bersama-
sama dokumen di para 1 kepada Pengarah kampus IPG masing-masing untuk perhatian
Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

4
d. Bagi Agensi yang menaja, Senarai Nama dan No. Kad Pengenalan Pelajar serta Salinan
Resit Pembayaran Yuran perlu dihantar kepada Pengarah kampus IPG berkenaan untuk
perhatian Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

e. Bagi semester 2 & 3 (PDPP) dan semester 2,3,4,5 & 6 (PDPM) slip asal bayaran baki yuran
pengajian oleh pelajar serta Agensi hendaklah dihantar ke pejabat JHEP bagi setiap awal
semester seperti di perkara 4.2 (c & d)

5. Dokumen-dokumen lain yang perlu dimuat turun, dibaca dan disimpan untuk rujukan pelajar
adalah seperti berikut:-
a. Buku Peraturan Pelajar IPG
b. Akta 174
6. Pakaian

6.1 Pelajar dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai dengan profesion keguruan ketika PPPB
yang diadakan dalam talian. Pelajar lelaki hendaklah memakai tali leher sepanjang tempoh
PPPB.

6.2. Pelajar perempuan hendaklah memakai pakaian rasmi yang tidak mendedahkan
sebahagian/keseluruhan anggota badan dari paras leher hingga ke paras lutut.

MAKLUMAT PENTING

7. Pendaftaran Calon

7.1 Pendaftaran pelajar baharu akan dilaksanakan secara dalam talian di kampus IPG yang telah
ditetapkan pada tarikh dan masa seperti yang tertera dalam surat tawaran.

7.2 Taklimat Pengurusan Pelajar Baharu akan dilaksanakan secara segerak (real time), dalam
talian mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh kampus IPG masing-masing.

7.3 Pelajar yang didapati mengandung (pelajar PDPP/PDPM – Mod Kursus Dalam Cuti sahaja)
boleh mendaftar setelah menerima tawaran ini.

7.3.1 Pelajar perlu mendapatkan surat perakuan daripada pihak hospital/klinik bahawa
pelajar sihat dan boleh meneruskan pengajian.

7.3.2 Kehadiran interaksi kuliah pelajar hendaklah mencapai seratus (100) peratus.

7.4 Semua pelajar WAJIB mematuhi Akta 174 dan Peraturan Pelajar Institut Pendidikan Guru.

7.5 Pendaftaran anda TERBATAL sekiranya anda tidak mendaftar secara dalam talian pada tarikh
dan masa yang telah ditetapkan.

7.6 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG tetapi gagal
dalam peperiksaan/tidak menamatkan pengajian dan pernah/sedang disabitkan dengan
kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah tidak layak
mendaftar.

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR


IPGM KPM
NOVEMBER 2020

Anda mungkin juga menyukai