Anda di halaman 1dari 11

ISI KANDUNGAN BUKU PANDUAN PENDAFTARAN

BIL/ KANDUNGAN MUKA SURAT


PERKARA

A. MAKLUMAT AM 1/9
1. PANDUAN UNTUK KE PTSB
2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
3. BAYARAN YURAN

B. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 2/9


1. HARI PENDAFTARAN
2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DIBAWA PADA HARI
PENDAFTARAN.
3. PAKAIAN & RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN 3/9
4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL / TAWARAN ASRAMA
5. BANTUAN KEWANGAN
6. PAKAIAN & RUPADIRI SEMASA HARI PERKULIAHAN DAN 4/9
BERURUSAN DI PEJABAT
a. Pakaian & Rupadiri Siswa
b. Pakaian & Rupadiri Siswi

7. HAL-HAL LAIN 6/9

PELAN KE POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH, 7/9


KEDAH.

PELAN POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH, 8/9


KEDAH.

8. ALAMAT TEMPAT PENGINAPAN DI SEKITAR BANDAR 9/9


KULIM, KEDAH.
A. MAKLUMAT AM

Baca maklumat am berikut dengan teliti dan sila ambil tindakan yang sewajarnya agar
anda dapat mengikuti pengajian anda di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB)
dengan selesa.
1. PANDUAN UNTUK KE PTSB.
Kampus Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah terletak di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-
Tech Park). Sekiranya anda melalui Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), anda perlu menyusur keluar
ke Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE) melalui Pekan Kelang Lama dan boleh juga terus ke jalan
utama Taman Teknologi Tinggi Kulim, anda akan nampak papan tanda Politeknik Tuanku Sultanah
Bahiyah sebagai petunjuk.

Sila rujuk pelan lokasi Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah yang disertakan di bahagian belakang
Buku Panduan ini.
2. PERINGATAN SEBELUM PENDAFTARAN
a. Bawa semua DOKUMEN ASAL yang dikehendaki oleh PTSB pada hari pendaftaran.
Pendaftaran anda akan ditolak sekiranya anda gagal menunjukkan dokumen-dokumen
tersebut.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia juga berhak menarik balik tawaran belajar di
PTSB sekiranya terdapat PERCANGGAHAN MAKLUMAT di antara dokumen asal dengan maklumat
yang telah anda berikan ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia semasa memohon ke
Politeknik.
b. Lengkapkan semua borang yang disertakan sebelum diserahkan kepada PTSB dan ikut arahan di
dalam Borang-borang Pendaftaran tersebut.

3. BAYARAN YURAN
Semua pelajar baharu perlu menjelaskan bayaran seperti berikut:-
i. Yuran Pengajian - RM 200.00
ii. Yuran Asrama - RM 60.00 (Jika mendapat tawaran masuk ke asrama)
iii. Yuran Pendaftaran - (Sila rujuk jadual di bawah)

CALON LEPASAN CALON LULUSAN SIJIL CALON LULUSAN SIJIL


SPM KOLEJ KOMUNITI POLITEKNIK
SEMESTER SEMESTER SEMESTER SEMESTER
1 2 2&3 5
560.00 500.00 500.00 480.00

Nota :
1. Sila catatkan Nama, No. Kad Pengenalan dan Program anda di belakang setiap Slip Bank. SEMUA PEMBAYARAN YANG
TELAH DIBUAT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN sekiranya anda berhenti dari menjadi pelajar PTSB.

2. Pelajar yang mendapat tajaan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta hendaklah membawa bersama Surat
Pengesahan Penajaan (yang asal) semasa mendaftar. Mana-mana bayaran yang tidak ditanggung oleh penaja
hendaklah dijelaskan oleh pelajar semasa pendaftaran. Satu salinan fotostat surat tersebut hendaklah diserahkan kepada
Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk disimpan di dalam Fail Peribadi Pelajar.

-1/9–
B. PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
Anda dinasihatkan supaya membaca maklumat dan arahan di bawah dengan teliti supaya urusan pada HARI
PENDAFTARAN berjalan dengan lancar. Anda tidak akan didaftarkan sekiranya mana-mana perkara yang
disebutkan di bawah tidak dipenuhi.
1. HARI PENDAFTARAN
Anda hendaklah hadir untuk melapor diri sebagai pelajar PTSB menurut maklumat berikut:
Tarikh : Seperti dalam Surat Pendaftaran Pelajar Baharu.
Masa : Seperti dalam Surat Pendaftaran Pelajar Baharu.
Tempat : Dewan Mu’adzam Shah, PTSB.
Sila rujuk Pelan Kawasan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah di mukasurat 10.

JIKA ANDA TIDAK MENDAFTAR PADA TARIKH, MASA DAN TEMPAT YANG TELAH
DITETAPKAN BERMAKNA ANDA MENOLAK TAWARAN INI

2. PERKARA-PERKARA YANG MESTI DI BAWA PADA HARI PENDAFTARAN


2.1 Dokumen-dokumen ASAL yang berikut :
a. Kad Pengenalan Pelajar
b. Surat Tawaran ke Politeknik
c. Slip BSN bagi Bayaran Yuran Pengajian dan Yuran Asrama.
d. Slip BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD untuk bayaran Yuran Pendaftaran.
e. Keputusan SPM/SPM(V)
f. Keputusan Peperiksaan bagi Semester 1 – 4 (bagi Lepasan Sijil Politeknik).
g. Sijil Berhenti Sekolah.
h. Dokumen / Sijil Ko-Kurikulum yang berkaitan (terutamanya yang mewakili negara
dan negeri).
i. Surat Akuan/Testimonial Sekolah (jika berkaitan/ada)
.

2.2 Borang-borang Pendaftaran berikut yang telah lengkap diisi dan dihantar mengikut arahan di
dalam borang tersebut:
a. HEP 1 – Borang Maklumat Peribadi Pelajar.
b. HEP 2 – Akuan Pelajar.
c. HEP 3 – Ikrar Pelajar dan Lepas Tanggung.
d. HEP 4 – Kebenaran Ibu/Bapa/Penjaga untuk Rawatan Pembedahan.
e. HEP 5 – Laporan Pemeriksaan Kesihatan & Laporan X-ray (PERLU ADA).

PEMERIKSAAN KESIHATAN & X-RAY adalah DIWAJIBKAN bagi setiap pelajar baharu di setiap politeknik.
Ianya boleh dibuat di Klinik atau Hospital Kerajaan / Swasta. Laporan X-ray (Report X-ray) hendaklah disertakan
bersama Laporan Pemeriksaan Kesihatan (HEP 5) ini.

SEKIRANYA ANDA GAGAL MENGEMUKAKAN / MEMBAWA DOKUMEN-


DOKUMEN ASAL BERKENAAN, PENDAFTARAN ANDA AKAN DITOLAK

2.3 Lapan (8) keping gambar warna yang terbaharu berukuran Kad Pengenalan. Sila catatkan
nama dan Program anda di belakang setiap keping gambar.

a. Pelajar lelaki – berkemeja, bertali leher dan berambut pendek


b. Pelajar perempuan (Islam) – bertudung
c. Pelajar perempuan (Bukan Islam) - tidak mendedahkan bahagian bahu

-2/9–
3. PAKAIAN DAN RUPADIRI SEMASA PENDAFTARAN

3.1 Pelajar-pelajar hendaklah berpakaian kemas, bersih dan menutup aurat (bagi pelajar
Islam). Semua jenis pakaian hendaklah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat,
jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti
dada, perut, bahu dan belakang.

3.2 Berkasut serta berstokin.

3.3 Rambut mestilah kemas dan pendek bagi pelajar lelaki. Aras belakang tidak melebihi paras
kolar baju. Aras tepi tidak melebihi paras setengah telinga dan aras depan tidak melebihi
aras dahi.

3.4 Topi, Baju-T tidak berkolar, seluar jeans, seluar pendek, seluar sukan dan selipar/sandal
adalah DILARANG.

4. KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL/TAWARAN ASRAMA


Pelajar PTSB yang ditawarkan asrama akan menginap di asrama selama satu semester sahaja (6
bulan). Selepas satu semester pelajar dikehendaki mencari tempat tinggal sendiri di luar kampus.
Walau bagaimanapun tawaran penempatan asrama bergantung kepada kekosongan yang ada.

Pihak asrama tidak menyediakan keperluan seperti berikut iaitu bantal, sarung bantal dan cadar.
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar yang ditawarkan asrama untuk menyediakan keperluan
seperti di atas.

Sekiranya pengambilan Pelajar Baharu melebihi kapasiti asrama, pihak PTSB berhak untuk tidak
menawarkan asrama terutamanya pelajar yang tinggal berdekatan dengan PTSB.

Pelajar yang tidak ditawarkan asrama dinasihatkan supaya mendapatkan tempat tinggal sebelum
mendaftar diri di PTSB. Sediakan wang yang secukupnya untuk tujuan bayaran deposit, sewa,
membeli kelengkapan seperti cadar, sarung bantal, tilam (jika perlu) dan sebagainya. Urusan
penyewaan adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
Asrama PTSB menjalankan perkhidmatan kantin secara kafetaria (bayar tunai).

5. BANTUAN KEWANGAN
Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menyediakan wang perbelanjaan secukupnya untuk
sara hidup, pengangkutan, alatan pelajaran, buku dan lain-lain.
a. PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN) hanya akan
meluluskan permohonan pinjaman yang lengkap sahaja kepada semua pelajar Program
Diploma di politeknik.
Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN adalah secara ON-LINE. Sila layari laman
web :

www.ptptn.gov.my
Sila baca dan fahami arahan di halaman tersebut untuk memudahkan urusan
permohonan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi PTPTN HOTLINE di talian


03-20804455 atau emel kepada webmaster@ptptn.gov.my.

ARAHAN KEPADA PELAJAR:

SILA SEDIAKAN MAKLUMAT ATAU DOKUMEN YANG DIKEHENDAKI OLEH PIHAK


PTPTN SEBELUM MENDAFTAR KE PTSB UNTUK MENGELAKKAN PERMOHONAN ANDA
BERMASALAH ATAU TERGENDALA.

-3/9-
6. RUPADIRI – SEMASA KULIAH/BENGKEL & BERURUSAN DI PEJABAT
Semua pelajar adalah tertakluk kepada semua peraturan bertulis di politeknik.
Secara umumnya pelajar-pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih, menutup aurat (bagi
pelajar Islam) dan sopan. Semua jenis pakaian yang menjolok mata adalah dilarang.
A. PAKAIAN DAN RUPADIRI SISWA

RUPADIRI SISWA CONTOH RAMBUT TIDAK KEMAS/PANJANG

Baju
i. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.
ii. Baju-T jenis berkolar yang dibenarkan, tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa
pengertian liar atau negatif.
iii. Sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
iv. Mestilah sentiasa dikenakan butang dengan sempurna.
Seluar
i. Seluar ‘slack’ panjang.
ii. Seluar ‘jeans’ adalah dilarang.
Kasut
i. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut sukan dibenarkan.
ii. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya adalah dilarang.
iii. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising adalah dilarang.
Rambut
i. Rambut sentiasa pendek dan kemas. Aras belakang tidak melebihi paras kolar baju, aras tepi
tidak melebihi paras telinga dan aras depan tidak melebihi aras dahi (lihat gambar contoh di
atas)
ii. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.
iii. Tidak botak kecuali yang disyariatkan oleh agama.
Perhiasan
Sebarang bentuk perhiasan dilarang melainkan cincin. Cincin emas adalah dilarang.
Kad Pelajar
Kad Pelajar hendaklah sentiasa disematkan/dipakai di baju semasa berada di dalam kawasan PTSB
(terutamanya di dalam bilik kuliah/bengkel dan waktu berurusan di pejabat).

-4/9–
B. PAKAIAN DAN RUPADIRI SISWI

RUPADIRI
SISWI RUPADIRI SISWI
- ISLAM - - NON-MUSLIM -

Baju
i. Pakaian yang menutup aurat, bersih, kemas dan sopan bagi semua pelajar Islam.
ii. Pakaian yang menjolok mata dilarang (contoh pakaian yang menjolok mata ialah pakaian yang
ketat, jarang, pendek, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti
dada, perut, bahu dan belakang).
iii. Pakaian hendaklah berlengan panjang sampai ke pergelangan tangan.
iv. Labuh baju sekurang-kurangnya menutupi paras punggung.
v. Pelajar bukan Islam dilarang memakai ‘skirt’ yang lebih pendek dari paras lutut.
vi. Baju – T adalah dilarang.
Seluar
Sarung/Maxi
i. Labuh. i. Seluar ‘slack’ panjang.
ii. Longgar. ii. Seluar ‘jeans’ adalah dilarang.
iii. Tidak jarang. iii. Tidak ketat.
Kasut
i. Hendaklah sesuai untuk kerja di pejabat dan sempurna berstokin. Kasut sukan dibenarkan.
ii. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya tidak dibenarkan.
iii. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising dilarang.
Rambut
i. Pelajar Islam wajib memakai tudung seperti yang disyariatkan oleh Islam.
ii. Hendaklah kemas dan beridentitikan seorang pelajar perempuan.
iii. Rambut berfesyen seperti ‘afro’, ‘punk’, berekor dan diwarnakan adalah dilarang.
Perhiasan
i. Tidak digalakkan memakai barang kemas.
ii. Mencukur bulu kening dan solekan yang berlebihan adalah dilarang.
Kad Pelajar
Kad Pelajar hendaklah sentiasa disematkan/dipakai di baju/tudung semasa berada di dalam kawasan
PTSB (terutamanya di dalam bilik kuliah/bengkel dan waktu berurusan di pejabat).

-5/9-
7. HAL-HAL LAIN

a. Semua pelajar dinasihatkan membawa pakaian sukan yang sesuai dan memenuhi syarat-syarat pakaian
seperti yang dijelaskan dalam Buku Panduan Pelajar.

b. Pelajar digalakkan membawa 3 salinan fotostat dokumen-dokumen peribadi yang telah disahkan
untuk urusan permohonan biasiswa/pinjaman pelajaran, termasuklah salinan fotostat kad pengenalan
ibu / bapa / penjaga (di atas kertas saiz A4).

c. BORANG PENDAFTARAN KENDERAAN PELAJAR & SURAT KEBENARAN MEMBAWA KENDERAAN OLEH
IBUBAPA / PENJAGA bagi pelajar yang ingin membawa kenderaan ke PTSB selepas Hari Pendaftaran.

Salinan yang dikehendaki (dalam kertas saiz A4) :

1. Kad Pengenalan Pelajar 3. Cukai Jalan Kenderaan (bagi motosikal) atau


2. Lesen Memandu Pelajar Cover Note Insurans (bagi kereta)
.

Pendaftaran kenderaan dalam talian(online) akan dibuka 7 hari selepas hari pendaftaran melalui
Portal Pelajar. Sila hantar borang yang telah lengkap ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PTSB untuk
mendapatkan STIKER KENDERAAN PELAJAR).

Tindakan Disiplin akan dikenakan kepada pelajar yang tidak mempunyai Stiker
Kenderaan Pelajar pada kenderaan pelajar tersebut.

Stiker hendaklah dipamerkan/dilekatkan di bahagian hadapan dan mudah dilihat oleh pihak berkuasa
PTSB.

d. PEGAWAI YANG LAYAK UNTUK MENGESAHKAN SIJIL DAN DOKUMEN atau sebagai SAKSI.

SAKSI mestilah terdiri daripada PEGAWAI KERAJAAN KUMPULAN A (yang memiliki Ijazah)
atau PENGETUA SEKOLAH KERAJAAN sahaja.

PERINGATAN :
PIHAK JKKK & PEGAWAI SEKTOR SWASTA adalah TIDAK MENGIKUT
SYARAT yang ditetapkan oleh Politeknik untuk menjadi saksi dan
mengesahkan salinan dokumen pelajar.

-6/9-
TOL BKE
(BUTTERWORTH-
(BUTTERWORTH-
KULIM EXPRESS)
PEKAN SG SELUANG /
LUNAS PADANG SERAI

DARI
BUTTERWORTH

5 KM
DARI
BALING/
KELANTAN

PARK
`
TAMAN
SELASIH

CH
KHTP

HI-TE
BUSSINESS
PEKAN CENTRE
KULIM BANK

KULIM
MUAMALAT
PEKAN
SEK KEB
2 KM

KELANG HI-TECH
LAMA
SG KOB /

9 KM
SELAMA,
KEDAH
HOSPITAL KULIM
KULIM GOLF
RESORT
PEJABAT UNI. KL/
PENDAFTARAN MSI
KULIM

PINTU 1
JPJ
KULIM POLITEKNIK
TUANKU
SULTANAH
BAHIYAH
SG ULAR

PEKAN
SERDANG
3 9 KM

LUBOK
BUNTAR
MASUK KE TOL
DARI
BANDAR BARU /
PULAU PARIT BUNTAR /
PINANG SERDANG

DARI
IPOH

BANDAR BHARU /
PARIT BUNTAR Pelan di atas tidak mengikut
skala yang sebenar.

-7/9-
Y Z K1
L4 L3 X K4
L1 L2 T2
K2 T1
L
V5
K V4
G
K3 V6
V6
M1 M2
M3 N
M V3

J V2
D
B
U
F V1

A H
PINTU 1 C S2
P
PETUNJUK :
S1 Q3
A Pentadbiran, Unit Latihan Industri & Unit
Peperiksaan
B Perpustakaan & Unit Multimedia
C Dewan Kuliah Utama R
F Jabatan Matematik, Sains & Komputer
Q1 Q2
H Dewan Muadzam Shah (Dewan Besar)
N HAL EHWAL PELAJAR & Kedai Koperasi
T1 Kafetaria
T2 Pejabat Asrama (Pengurusan Asrama) PINTU 2
V1, V2 & V3 Asrama Siswi
V4, V5 & V6 Asrama Siswa
U Pusat Islam
– Pendaftaran / Semakan Penginapan Asrama

Q1, Q2, Q3, S1, S2 & R Kuarters kakitangan PTSB

-8/9–
ALAMAT TEMPAT PENGINAPAN WARIS DI SEKITAR BANDAR KULIM, KEDAH
E-MAIL / WEBSITE PEGAWAI YANG NO. TEL.
BIL NAMA TEMPAT PENGINAPAN NO. TELEFON NO. FAX
BOLEH DIHUBUNGI BIMBIT
BILIK PENGINAPAN PTSB
1. 04-4033333
KULIM HI-TECH PARK
Samb. 04-4033033 www.ptsb.edu.my EN. SHAHIZAN 012-4919714
09000 KULIM
2008 / 2361
KEDAH DARUL AMAN.
HOTEL SERI MALAYSIA
NO. 2 TAMAN TASIK PUTRA
2. 04-4909898 04-4900510
09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN.
POON SOON GREEN PARK MOTEL
NO. 195 LRG SEROJA 6
3. TAMAN SEROJA 04-4917786 04-4917787
09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN.
KULIM INN
JALAN BUKIT AWI
4. 04-4900420
09000 KULIM
KEDAH DARUL AMAN
PUTRA GARDEN HOME STAY
34 & 35, TAMAN PUTRA,
PN. TEH
5. KILANG LAMA, 04-4959298 013-4070936
TN. HAJI TARMIZI
09000 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN
ROSE N LILY
D’ MOTEL SRI IMPIANA Cosmetics-rnz@hotmail.com
NO. 41, 42, 43 & 44, 04-4930189 04-4930600 CIK WIYAH
6.
LEBUH LEMBAH IMPIANA 04-4930170 04-4930170 CIK ADILAH
-
TAMAN LEMBAH IMPIANA www.rnzcosmetics.com
09000 KULIM, KEDAH.
ROSE N LILY Rnl_dvilla@yahoo.com
D’ MOTEL SRI PETALING Cosmetics_rnz@ hotmail.com
04-4917520 / 7521 / CIK AZIE
7. NO. 364 & 365, JALAN PETALING 10 04-4916520 www.rnzcosmetics.com -
7523 CIK AYU
TAMAN SRI PETALING www.rosenlilydvilla.
09000 KULIM, KEDAH. enetmyne.com
8. HIASS HOMESTAY 0194100142 / TN.HAJI HAMZAH
04-4891353

DAMAI HOMESTAY 019-4166446 CIKGU SOBRI

MERAK HOMESTAY 0194127291 CIKGU DIN


2. SRI KENARI HOMESTAY 012-4592872 PN. NOORAZLINA

-9/9-

Anda mungkin juga menyukai