Anda di halaman 1dari 7

LAM-PT07-02

SEGERA / PENTING Ruj Kami : IPIS 03-033 Jld.9 ( )


Tarikh : 22 Disember 2008

Seperti nama dalam surat tawaran


KP(BPG)9115/523/Jld.17 (16)

Saudara / Saudari,
Surat Pemberitahuan Pendaftaran Dan Arahan Melaporkan Diri
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah(KPLI - SR) Mode Sepenuh Masa
dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI j-QAF) Mode LPBS
Ambilan Januari 2009
Institut Perguruan Islam Selangor
Dengan hormatnya dimaklumkan, saya bagi pihak Institut Perguruan Islam, Bangi dengan
sukacitanya mengucapkan tahniah dan syabas kepada saudara/saudari kerana telah
berjaya dan terpilih untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah
(KPLI - SR) Mode Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah
(KPLI - j-QAF) Mode LPBS di Institut Perguruan Islam Selangor bagi sesi mulai Januari
2009. Sehubungan itu, saya berharap saudara/saudari akan dapat menggunakan peluang
dan kesempatan ini dengan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu pengetahuan dan
kemahiran Ilmu Keguruan .

2. Sehubungan itu, saudara/saudari diminta membaca dengan teliti dan mengikuti


syarat dan arahan melaporkan diri seperti yang terkandung dalam surat dan lampiran-
lampiran yang disertakan bersama-sama ini .
2.1 Saudara/saudari dikehendaki melaporkan diri seperti berikut :
Tarikh : 12 Januari 2009 (Hari Isnin )
Masa : 8.00 - 10.30 pagi (Sila patuhi masa pendaftaran)
Tempat : Dewan Nik Mahyudin Musa
Institut Perguruan Islam, Selangor
(Dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Islam, Bangi)

(Melaporkan diri dengan cara berwakil atau menelefon tidak boleh diterima)

2.2 Pada masa melaporkan diri, saudara/saudari dikehendaki membawa


bersama-sama sijil-sijil dan dokumen-dokumen asal seperti SPM/SPVM,
Kad Pengenalan, Surat Beranak dan lain-lain yang berkaitan.

2.3 Semua peserta kursus diwajibkan mengikuti Program Pengurusan Pelajar Baru
dari 12 hingga 15 Januari 2009. Pada sepanjang tersebut, semua peserta
kursus diwajibkan tinggal di asrama Institut.
Sebarang permohonan pengecualian daripada program tersebut adalah
tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran.
2.4 Peserta kursus yang pernah menjawat sebarang jawatan sama ada dengan
sektor kerajaan atau swasta dikehendaki membawa surat berhenti kerja atau
pelepasan jawatan. Semua urusan pelepasan jawatan atau penyerahan tugas
hendaklah dibuat sebelum melapor diri. Pelajar tidak dibenarkan
memohon cuti atau melanjutkan tempoh melaporkan diri kerana urusan
perletakan jawatan atau melengkapkan tempoh notis perletakan jawatan.

2.5 Saudara/saudari dikehendaki berpakaian kemas pada masa pendaftaran seperti


dalam Arahan 1. (Semua seluar jenis jeans, baju T dan selipar tidak dibenarkan)
Peserta kursus lelaki dikehendaki berambut pendek.

2.6 Saudara/saudari yang datang dengan menggunakan kenderaan sendiri


dikehendaki melekatkan Pas Kenderaan yang dilampirkan. Sila datang lebih
awal dan mematuhi peraturan dan arahan lalu lintas institut.

3. Kerjasama saudara/saudari adalah sangat diharapkan dan diucapkan terima kasih.

Sekian, “Selamat Datang Dan Selamat Berkursus”. Terima kasih .

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

( HAJI AMIN BIN MOHD RASHID )


Pengarah
Institut Perguruan Islam Selangor.

s.k. 1. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru


Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Timbalan Pengarah
3. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
4. Semua Ketua Jabatan / Unit
5. Pegawai Eksekutif Kanan
6. Ketua Waden Asrama
7. Penyelia Asrama

8. Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar


ARAHAN 1

PERATURAN UNTUK PELAJAR

1. Pakaian Pada Masa Mendaftar :

Semua pelajar hendaklah berpakaian kemas iaitu :

1.1. Bagi pelajar lelaki : Berbaju kemeja putih lengan


panjang, berseluar slack berwarna
hitam/gelap, bertali leher, berkasut
hitam/gelap.

1.2. Bagi pelajar perempuan : Berbaju kurung putih berkain warna


hitam/gelap , bertudung labuh warna
putih/“cream”.

2. Peraturan Dan Disiplin Program Pengurusan Pelajar Pelajar Baru

2.1 Semua peserta kursus hendaklah berpakaian kemas semasa berada di dalam
kampus institut. Syarat dan peraturan berpakaian adalah seperti dalam
Peraturan Am Institut.
2.2 Kad Minggu Pengurusan / Kad Matrik Pelajar hendaklah sentiasa dipakai di
baju pada paras dada sebelah kiri supaya senang dilihat.
2.3 Peserta lelaki hendaklah berambut pendek seperti yang ternyata dalam
Peraturan Institut.
2.4 Peserta kursus mestilah menghadiri dan mengikuti semua atur cara dan
aktiviti Program Pengurusan Pelajar Baru . Peserta kursus tidak dibenarkan
keluar / meninggalkan institut melainkan dengan kebenaran Pengarah.
2.5 Peserta kursus yang memiliki dan menggunakan kenderaan di institut
hendaklah mendaftarkan dan mendapatkan pelekat kenderaan mereka dari
Pejabat Hal Ehwal Pelajar.
2.6 Pelawat tidak dibenarkan berjumpa dengan peserta kursus pada masa
Program Pengurusan Pelajar Baru. Walau bagaimanapun, dalam keadaan
tertentu dan kecemasan, pelajar boleh menemui pelawat di kafeteria
atau di bilik rehat yang disediakan.
2.7 Peserta kursus adalah sama sekali dilarang menghisap rokok sama ada di
dalam atau di luar kawasan institut.

3. Pakaian Semasa Berada di Dewan Makan

3.1 Peserta kursus hendaklah berpakaian kemas. Sebarang jenis selipar tidak
boleh digunakan.
4. Senarai Item Yang Perlu Dibawa Untuk Program Pengurusan Pelajar Baru
Lelaki
4.1 Baju putih lengan panjang (sekurang-kurangnya 2 helai)
4.2 Seluar “Slack” berwarna hitam/gelap
4.3 Tali leher berwarna hitam atau gelap
4.4 Kasut kulit berwarna hitam atau gelap
4.5 Kasut sukan berwarna putih
4.6 Seluar panjang sukan berwarna hitam/gelap (Track Bottom)
4.7 Baju T berwarna putih – kosong ( 2 helai)
Perempuan
4.8 Baju kurung putih dan kain hitam (sekurang-kurangnya 2 pasang)
4.9 Kain/Maxi labuh/busana berwarna hitam atau gelap
4.10 Kasut berwarna hitam atau gelap - jenis “Court Shoes” (bukan daripada
jenis selipar atau selipar/sandel yang bertali)
4.11 Kasut sukan berwarna putih
4.12 Baju T lengan panjang berwarna putih – kosong (2 helai)
4.13 Seluar panjang sukan berwarna hitam/gelap (Track Bottom)
4.14 Tudung labuh berwarna putih /cream .

5. Senarai Item keperluan harian yang perlu dibawa oleh peserta kursus.
5.1 Pakaian harian dan pakaian ke kuliah
5.2 Peralatan pengurusan diri ( sabun ,berus gigi, baldi dll)
5.3 Ubatan peribadi (jika perlu)
5.4 Buku catatan dan alat tulis
6. Dokumen yang diperlukan pada masa mendaftar / melaporkan diri
6.1 11 salinan fotostat Kad Pengenalan Depan Belakang
(Gunakan kertas saiz A4)
6.2 11 salinan fotostat Surat Tawaran Kursus BPG (Bukan melalui internet)
6.3 11 salinan fotostat Sijil Kerakyatan (jika ada )
6.4 11 salinan fotostat Sijil Beranak / Cabutan Salinan Sijil Beranak.
6.5 10 keping gambar berwarna berukuran pasport (tulis nama, No. KP dan
kursus di belakang setiap keping gambar.) (Masukkan dalam sampul kecil)
6.6 Borang-Borang Melapor Diri yang disertakan (Isikan/lengkapkan sebelum
masa pendaftaran).
6.7 Setem Hasil RM10.00 x 5 keping (Borang perjanjian akan diberikan pada
masa taklimat perjanjian semasa di institut)
6.8 1 naskah asal dan 1 salinan naskah Surat Pengesahan Kelulusan
Pemeriksaan Doktor yang ditandatangani oleh Pegawai Perubatan
Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta yang berdaftar dengan MMA
(Fotostat hanya m/s 7 sebanyak 4 salinan )
6.9 11 salinan bagi setiap sijil akademik dan sijil-sijil yang berkaitan.
6.10 6 salinan fotostat Surat Nikah / Pendaftaran Perkahwinan (Jika ada).
6.11 2 salinan fotostat halaman 1 dan halaman akhir Buku Akaun Simpanan
BSN (GIRO) yang mengandungi butiran No. Akaun (16 digit), Nama,
No. Kad Pengenalan dan Alamat. ) Jika tiada, sila buka akaun simpanan
dengan BSN (GIRO).
6.12 1 salinan borang pendaftaran asrama
• (Semua salinan fotostat akan disahkan oleh Ketua Jabatan Maktab, Pensyarah
Tutor sahaja.)
7. Bayaran Yang Perlu Dijelaskan Pada Masa Melaporkan Diri

7.1 Semua peserta kursus dikehendaki menjelaskan bayaran sebanyak


RM 300.00 untuk Pendaftaran dan Keperluan Program Pengurusan Pelajar
Baru . Bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan sekeping Bank Draf
atas nama “KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA”. Catatkan nama pelajar dibelakang dan dibawa semasa
pendaftaran.

8. Penginapan

Bayaran penginapan asrama ialah sebanyak RM 2.65 sehari/malam. Bayaran


penginapan asrama biasanya akan ditolak daripada elaun bulanan pelajar.
Pelajar juga dikehendaki membawa cadar, bantal, sarung bantal dan selimut.

9. Makan Minum

9.1 Pihak institut tidak menyediakan kemudahan makan minum pada sepanjang
kursus. (Makan minum hanya disediakan pada masa Program Pengurusan
Pelajar Baru sahaja). Keperluan makan minum adalah tanggungan pelajar
dan boleh didapati dari kafeteria Institut. Secara purata perbelanjaan makan
minum seorang pelajar sehari adalah lebih kurang RM7.00 – 10.00.

9.2 Sila maklum bahawa pembayaran elaun pertama pelajar adalah lebih kurang
2 bulan selepas tarikh pendaftaran. Sila sediakan wang saku secukupnya.

10. Kedai Koperasi

13.1 Barang-barang keperluan harian dan keperluan peribadi boleh didapati


dari Kedai Koperasi Institut. (Seperti alat bersuci, baldi, cadar, sarung
bantal, alat tulis, minuman, makanan ringan dan sebagainya)

11. Taklimat Khas Kepada Ibu Bapa/ Penjaga

11.1 Semua ibu bapa/penjaga dijemput dan dikehendaki menghadiri Majlis


Taklimat dan Sesi Penerangan Khas berhubung dengan pelaksanaan kursus
seperti berikut : (Sila panjangkan jemputan ini kepada ibu bapa/Penjaga
anda)

Tarikh : 12 Januari 2009


Masa : 11.00 pagi
Tempat: Dewan Syarahan Idris Al Marbawi, IPIS
11. Telefon Perhubungan

10.1 No. Telefon Institut : 03-89250352 Samb. 2291 (Talian Am)

12. Hal-Hal Lain

11.1 Anda dinasihatkan supaya tidak membawa wang yang berlebihan dan
barang-barang kemas / berharga untuk mengelakkan daripada kejadian
yang tidak diingini berlaku. Jangan bawa dahulu PC/Laptop.

Simpan wang anda dalam bank.


Jangan letak No. PIN bank anda dalam beg duit.

11.2 Anda adalah peserta kursus bakal pendidik (guru). Anda dikehandaki
menunjukkan sikap, sahsiah serta berkomunikasi yang dapat menunjukkan
ciri-ciri bakal seorang pendidik. Sila maklum bahawa pada masa yang
sama terdapat pelbagai kursus sama ada pra perkhidmatan atau dalam
perkhidmatan (KDP) yang sedang berjalan di kampus IPIS.

11.3 Peserta yang bercadang mahu menarik diri atau menolak tawaran ini
dikehendaki menghubungi pihak IPIS dan BPG dengan kadar segera.
segera

Sekian, terima kasih.


INSTITUT PERGURUAN ISLAM
SELANGOR

PENDAFTARAN
KURSUS KPLI
(SEPENUH MASA)
AMBILAN JAN 2009
PAS KENDERAAN (Lekatkan di cermin hadapan kereta)

--------------------------- Pas kenderaan / Sah hanya pada 12/01/2009 : Potong di sini --------------

INSTITUT PERGURUAN ISLAM


SELANGOR

PENDAFTARAN
KURSUS KPLI j-QAF
AMBILAN JAN 2009
PAS KENDERAAN (Lekatkan di cermin hadapan kereta)

Anda mungkin juga menyukai