Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN MATRIKULASI
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DUA TAHUN
SESI 2018/ 2020

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) mengucapkan tahniah


atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih mengikuti Program Matrikulasi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) Dua Tahun bagi sesi 2018/ 2020.

Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan sebelum


mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat di kolej matrikulasi
KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang diberikan.

2.0 PROSEDUR TERIMA TAWARAN

Sekiranya saudara telah mengambil keputusan untuk :


2.1 Menerima Tawaran – Saudara perlu mengambil tindakan berikut:

a. Membayar yuran pendaftaran seperti yang ditetapkan di mana-mana kaunter


cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Pengarah Kolej
Matrikulasi saudara ditawarkan.
b. Membuka akaun dan membuat kad ATM berikut untuk tujuan pembayaran
elaun wang saku (jika layak):

i. Bank Simpanan Nasional jika saudara ditempatkan di salah satu kolej


berikut:
 Kolej Matrikulasi Perak
 Kolej Matrikulasi Pahang
 Kolej Matrikulasi Selangor
ii. Bank Rakyat jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut :
 Kolej Matrikulasi Melaka
 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
 Kolej Matrikulasi Labuan
 Kolej Matrikulasi Johor
 Kolej Matrikulasi Kedah
iii. Bank Islam jika saudara ditempatkan di Kolej Matrikulasi Kelantan

Sekiranya saudara telah mempunyai akaun di bank berkenaan, sila


pastikan akaun tersebut masih aktif dan hanya ada nama saudara sahaja
(bukan akaun bersama).
c. Menyediakan dan melengkapkan semua Dokumen Peribadi Pelajar yang
mengandungi :
i. BMKPM/02/03 (Dokumen Peribadi Pelajar)
ii. BMKPM/02 – Pin 3 (Maklumat Pelajar)
iii. BMKPM/02/01 – Pin 3 (Akuan Persetujuan Ibubapa/ Penjaga &
Kesihatan Pelajar)
iv. BMKPM/02/02 (Pengakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah)
d. Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).
e. Mendaftar secara dalam talian (Tempoh pendaftaran dalam talian mulai pukul
12:01 tengahari, 14 Mei 2018 hingga pukul 11:59 malam, 18 Mei 2018).
f. Mengesahkan pendaftaran di kolej yang telah ditetapkan pada tarikh yang
tertera pada surat tawaran (23 Mei 2018).

3.0 YURAN

3.1 Pembayaran yuran pendaftaran hendaklah dibuat di mana-mana kaunter


cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menyertakan bersama-sama
surat tawaran untuk pengesahan tawaran dan nombor akaun kolej penempatan
saudara.

* Bayaran yuran pendaftaran secara tunai atau cek peribadi atau perbankan dalam
talian tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.

3.2 Jumlah yuran pendaftaran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah :

Jurusan Jumlah
Sains PDT Semester I (Tahun Pertama) RM 499.64
(Termasuk caj perkhidmatan
dan GST 6%)
Sains PDT Semester III (Tahun Kedua) Akan dimaklumkan

4.0 TATACARA PENDAFTARAN PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI

4.1 Saudara dikehendaki melapor diri pada tarikh yang tertera pada surat tawaran.
Sekiranya saudara tidak melapor diri pada tarikh dan masa yang ditetapkan
tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara dianggap menolak tawaran
ini.

4.2 Sila pastikan dokumen dan borang berikut dibawa bersama-sama pada hari
pendaftaran.

a. Salinan ASAL slip pembayaran yuran pendaftaran (1 salinan)


BSN
b. Salinan buku akaun bank (muka surat yang tercatat (1 salinan)
nombor akaun SAHAJA) bagi tujuan pembayaran
elaun wang saku (jika layak)
c. Surat tawaran yang dimuat turun dan dicetak (2 salinan)

d. Maklumat Pelajar yang dimuat turun, dicetak dan (1 salinan)


lengkap diisi

e. Dokumen Perjanjian Pengambilan dan (2 salinan)


Pembiayaan (PPM/BM.1/99-Pin-3) yang dimuat
turun, dicetak dan diisi (rujuk panduan)

f. Setem hasil RM 10.00 (2 keping)

g. Gambar berwarna berukuran pasport (4 keping)

2
5.0 PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN/ KULIAH/ TUTORAN/ AMALI/ BENGKEL
ACARA RASMI KOLEJ

5.1 Pelajar Lelaki


a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan berseluar
panjang (slack). Tali pinggang yang lebarnya tidak melebihi 3 sm.
b. Rambut pendek dan kemas
c. Seluar jeans tidak dibenarkan.
d. Berkasut kulit / PVC.

5.2 Pelajar Perempuan


a. Baju kurung (Pelajar Islam, bukan Islam digalakkan)/ kemeja labuh berlengan
panjang.
b. Seluar jeans, baju-T dan Skirt pendek tidak dibenarkan.
c. Berkasut kulit / PVC bertutup.

6.0 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) bermula pada hari pendaftaran. Semua
pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak disediakan tetapi dijual di
kafeteria kolej kediaman.

7.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN

Saudara perlu mengurus sendiri pengangkutan ke kolej matrikulasi yang ditawarkan.

8.0 BANTUAN KEWANGAN

8.1 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pendidikan


Malaysia.
8.2 Elaun Wang Saku sebanyak RM 1,250.00 satu semester atau sejumlah yang
ditetapkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan bagi pelajar yang layak.

9.0 PENUTUP

Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat untuk
mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Sila layari laman
sesawang kolej yang ditawarkan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai
proses pendaftaran dan lain-lain.

3
LAMPIRAN 1

KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)

Pelajar Lelaki
1. Kemeja berlengan panjang 3 helai
2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai
3. Tali leher 1 helai
4. Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang
5. Songkok (hitam sahaja - Pelajar Islam) 1 buah
6. Pakaian Solat (Pelajar Islam) 2 pasang
7. Baju-T berkolar 3 helai
8. Selimut 1 helai
9. Kasut kulit/ PVC (bertutup) 1 pasang
10. Kasut sukan 1 pasang
11. Sarung kaki 3 pasang
12. Seluar sukan (track bottom) 2 helai
13. Bantal dan cadar
14. Keperluan peribadi yang lain

Pelajar Perempuan
1. Baju kurung (Pelajar Islam, pelajar bukan Islam 3 helai
digalakkan)/ Kemeja labuh lengan panjang
2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai
3. Tudung (Pelajar Islam) 1 helai
4. Pakaian Solat (Pelajar Islam) 1 pasang
5. Baju-T berkolar dan berlengan panjang 3 helai
6. Selimut 1 helai
7. Kasut kulit/ PVC (bertutup) 1 pasang
8. Kasut sukan 1 pasang
9. Sarung kaki 3 pasang
10. Seluar sukan (track bottom) 2 helai
11. Bantal dan cadar
12. Keperluan peribadi yang lain

Perincian etika pakaian pelajar Program Matrikulasi KPM, sila muat turun Buku Peraturan Pelajar
Program Matrikulasi KPM

Anda mungkin juga menyukai