Anda di halaman 1dari 28

BUKU

PENDAFTARAN PELAJAR

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)


MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)
INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)

Unit Pengambilan Pelajar

Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA


Tingkat 21, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan MARA
50609 Kuala Lumpur

03-26132000
Sambungan : 34605/ 34598/ 34589/ 34611
Assalamualaikum warahmatullah,

Alhamdulillah, saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt diatas rahmat dan
pertolonganNya membolehkan MARA membangunkan institusi pendidikan berasaskan
kemahiran yang ringkasnya disebut KKTM, MJII dan IKM.

Saya juga mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan syabas dan tahniah diatas
kejayaan saudara/saudari terpilih dan mendapat tawaran belajar di KKTM, MJII dan IKM.

KKTM, MJII dan IKM adalah institusi pendidikan berasaskan teknikal. Ilmu di institusi ini
dicurahkan melalui dua kaedah iaitu teori dan amali. Kesungguhan dan komitmen adalah
asas dan amat penting untuk saudara/saudari mencapai impian kejayaan di institusi ini.

Justeru saya menyeru agar saudara/saudari mengambil kesempatan sepanjang berada


di institusi ini untuk bersungguh-sungguh belajar dan menimba sebanyak mungkin ilmu
kemahiran dalam bidang-bidang yang telah saudara/saudari pilih atau ditawarkan.
Janganlah saudara/saudari membazirkan masa, umur, wang ringgit dan harapan ibu
bapa dengan perkara-perkara yang sia-sia.

Sepanjang saudara/saudari berada di KKTM, MJII dan IKM ini, rakan-rakan sepengajian,
pensyarah dan tenaga pengajar, pengarah dan staf pentadbiran serta pengawal
keselamatan adalah keluarga terdekat anda. Jalinlah hubungan yang baik dengan semua
berasaskan adab susila bangsa dan ajaran agama.

MARA sebagai sebuah agensi yang khusus dipertanggungjawabkan untuk membela


nasib kaum bumiputera sentiasa mengambil berat soal masa depan saudara / saudari.
Kejayaan saudara / saudari adalah juga kejayaan MARA.

Sekian, selamat maju jaya.

Pengarah
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
PENERANGAN UNTUK PELAJAR-PELAJAR BARU
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM)
MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE (MJII)
INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM)

1. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1.1 Anda mestilah mempunyai kelayakan akademik yang telah disyaratkan


untuk mengikuti kursus yang ditawarkan.

1.2 MARA berhak menarik balik tawaran ini jika anda tidak memenuhi syarat
kelayakan akademik atau lain-lain syarat yang ditetapkan.

2. KESIHATAN

2.1 Anda mestilah sihat, tidak cacat anggota tubuh badan dan lulus dalam
pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti kursus/latihan.

2.2 Pemeriksaan kesihatan hendaklah dibuat di Hospital Besar/Klinik Kerajaan


atau Klinik Swasta. Kos bagi segala urusan pemeriksaan kesihatan adalah
menjadi tanggungjawab anda sendiri.

2.3 Menjalani pemeriksaan doktor termasuk pemeriksaan X-ray dengan


mengemukakan Borang Laporan Kesihatan (Filem X-ray tidak perlu
dibawa semasa pendaftaran).

2.4 MARA berhak menarik balik tawaran anda jika anda didapati tidak sihat
atau cacat anggota tubuh badan.

3. PERSIAPAN KE KKTM, MJII DAN IKM

3.1 Di dalam Buku Pendaftaran Pelajar ini, disertakan Dokumen Pendaftaran


yang perlu dilengkapkan sebagai persiapan anda ke KKTM, MJII dan IKM;

3.1.1 Buku Pendaftaran


Lampiran-lampiran di dalam Buku Pendaftaran Pelajar hendaklah
dilengkapkan.

1
3.1.2 Dokumen Perjanjian (Tiga Set)

Ketiga-tiga set Dokumen Perjanjian yang telah dilengkapkan dan


ditandatangani (kecuali ruangan yang perlu ditandatangai oleh pihak
MARA) hendaklah dimatikan setem serta dibawa bersama semasa
hari pendaftaran/lapor diri. Sila baca Panduan Mengisi Dokumen
Perjanjian dengan teliti.

3.1.3 Pelajar perlu membawa Salinan Asal dan satu Salinan Fotokopi
yang telah disahkan bagi semua dokumen yang diperlukan semasa
melaporkan diri di institusi. Dokumen-dokumen tersebut seperti
berikut:-

a) Resit Asal Bayaran Setuju Terima


b) Salinan Resit Bayaran Setuju Terima
c) Surat Tawaran
d) Kad Pengenalan
e) Sijil Lahir Pelajar dan Ibu Bapa
f) Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
g) Sijil Akademik lain yang berkaitan (telah disahkan)
h) Dokumen Perjanjian yang telah dimatikan setem (3 salinan)
i) Lampiran-lampiran di dalam Buku Pendaftaran yang telah
lengkap diisi (1 salinan)

3.2 Pelajar tidak akan dibenarkan mendaftar jika tiada DOKUMEN ASAL DAN
SALINAN FOTOKOPI YANG TELAH DISAHKAN.

4. TAMBANG PERJALANAN PELAJAR SABAH/SARAWAK KE SEMENANJUNG


ATAU PELAJAR SEMENANJUNG KE SABAH/SARAWAK ATAU SABAH KE
SARAWAK ATAU SARAWAK KE SABAH

4.1 Anda adalah layak dibayar tambang perjalanan sekali pergi dan sekali
pulang ke tempat asal atau tempat yang lebih dekat dari tempat asal bagi
penerbangan kelas ekonomi.

4.2 Pelajar boleh membuat tuntutan tambang perjalanan dengan


mengemukakan tiket asal penerbangan kepada pihak institusi/kolej.

2
5. ELAUN SARA HIDUP

5.1 ESH akan dibayar kepada pelajar yang pendapatan keluarganya


(Pendapatan Bercukai) kurang dari RM40,000.00 setahun.

5.2 Pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MARA akan menerima
ESH seperti berikut:-

Program : RM300.00/sebulan setiap tahun selama 11


Diploma bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan
sebanyak RM9,900.00 sepanjang tiga (3)
tahun tempoh pengajian.

Program Sijil : RM250.00/sebulan setiap tahun selama 11


bulan sahaja dengan jumlah keseluruhan
sebanyak RM5,500.00 sepanjang dua (2)
tahun tempoh pengajian.

5.3 Proses penyediaan Elaun Sara Hidup (ESH) akan mengambil masa dua
hingga tiga bulan pertama pada semester pertama. Justeru ibu
bapa/penjaga perlu menyediakan wang saku pelajar dalam tempoh
tersebut untuk perbelanjaan makan/minum dan lain-lain keperluan harian.

6. KEMUDAHAN PENGINAPAN

6.1 Penginapan disediakan bagi semua pelajar Tahun Satu (Semester Satu &
Dua) sahaja. Pelajar-pelajar Tahun Dua (Semester Tiga dan seterusnya)
akan diberikan kemudahan penginapan tertakluk kepada kekosongan
tempat dan syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh institusi tersebut.

7. YURAN PENGAJIAN

7.1 Yuran Pengajian dikecualikan sepanjang tempoh pengajian bagi semua


pelajar.

3
8. BAYARAN SETUJU TERIMA DAN BAYARAN-BAYARAN LAIN

8.1 Bayaran Setuju Terima mengikut program adalah seperti berikut:

BAYARAN
BIL PROGRAM SETUJU
TERIMA
i. DIPLOMA
(Tek. Kejuruteraan/Teknologi/Herba/Rekabentuk/ RM350.00
Pearson/Senibina/Filem & Animasi/Industri/
Teknousahawan/Kompetensi PW4/ A1/ Kimpalan)
ii. SIJIL
(Tek. Kejuruteraan/ Teknologi/ Senibina/ RM340.00
Rekabentuk/ Landskap)
iii. DIPLOMA KOMPETENSI ELEKTRIK A4 RM200.00

8.2 Perincian Bayaran Setuju Terima adalah seperti berikut:

DIPLOMA
BIL ITEM DIPLOMA SIJIL
(A4)
i. Bayaran ESR Semester 1 RM 100.00 RM 100.00 RM 100.00
ii. Keceriaan Asrama RM 50.00 RM 50.00 RM 14.00
iii. Aktiviti Sukan & Ko-kurikulum RM 30.00 RM 30.00 RM 30.00
Buku Panduan
iv. (Akademik/Tatatertib & RM 8.00 RM 8.00 RM 8.00
Asrama)
v. Program Amal Islami/Moral RM 40.00 RM 40.00
vi. Insurans Kelompok RM 36.00 RM 26.00 RM 13.00
vii. Urine Test Kit RM 15.00 RM 15.00 RM 15.00
viii. Kad Pelajar/ Kad Matrik RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00
ix. Baju T-shirt Kesatria RM 25.00 RM 25.00
x. MSR (Aktiviti & Kit Program) RM 26.00 RM 26.00
Jumlah RM 350.00 RM 340.00 RM 200.00

8.3 Bayaran Setuju Terima hendaklah dibayar sebelum hari pendaftaran


menggunakan Nombor Akaun Pelajar seperti yang tertera di skrin
semakan SPUPIM.

4
8.4 Bayaran boleh dibuat di mana-mana Pejabat MARA Negeri/Daerah atau
secara Perbankan Elektronik. Bank-bank yang menyediakan kemudahan
ini adalah seperti berikut:-

CAJ
BANK/ POS
BIL. KEMUDAHAN/ PERKHIDMATAN/
MALAYSIA
PERKHIDMATAN TRANSAKSI

BSN RM 1.00
i. Kaunter BIMB RM 1.00
Pos Malaysia Percuma
Maybank RM 1.00
BIMB RM 1.00
Perbankan Internet CIMB RM 0.50
ii.
https://bayar.maraeps.my/ PBB RM 1.00
AmBank RM 1.00
Affin Bank Berhad Percuma

8.5 Sila pastikan anda menerima resit bayaran asal. Sila bawa resit bayaran
asal serta satu salinan (fotokopi) pada hari pendaftaran sebagai bukti
pembayaran. Resit bayaran asal hendaklah diserahkan kepada pihak
institusi.

8.6 Selain Bayaran Setuju Terima, bayaran-bayaran lain akan dikenakan


oleh institusi tertakluk kepada perkhidmatan yang disediakan. Bayaran-
bayaran lain boleh dibayar semasa hari pendaftaran dalam bentuk tunai
atau secara perbankan elektronik yang akan dimaklumkan oleh pihak
institusi.

9. AKAUN SIMPANAN UNTUK PEMBAYARAN ELAUN SARA HIDUP

9.1 Semua pelajar perlu membuka Akaun Simpanan bagi tujuan pembayaran
Elaun Sara Hidup (ESH) di salah satu bank-bank berikut:

i. Bank Islam Malaysia Berhad


ii. Bank Simpanan Nasional
iii. CIMB Bank
iv. Maybank
vi. Bank Muamalat
vi. Affin Bank Bhd

5
10. RAWATAN PERUBATAN DAN PERLINDUNGAN INSURANS

10.1 Semasa menjalani latihan, anda adalah bertanggungjawab atas semua


perbelanjaan perubatan dan kesihatan. Sekiranya memerlukan rawatan
perubatan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan di Hospital
atau Klinik Kerajaan.

10.2 Setiap pelajar diwajibkan mengambil Perlindungan Insurans Kemalangan


Kelompok yang akan diuruskan oleh pihak institusi.

11. PERKAHWINAN

11.1 Sepanjang tempoh pengajian, anda tidak dibenarkan berkahwin dan/atau


mengandung.

12. LATIHAN INDUSTRI

12.1 Anda perlu menjalani Latihan Industri (LI) atau lain-lain program latihan
yang ditetapkan oleh MARA sebagai keperluan wajib pada kursus yang
diikuti.

13. LATIHAN AMALI

13.1 Anda dikehendaki menjalani Latihan Dalam Bengkel/Makmal atau lain-lain


program latihan yang ditetapkan oleh MARA sebagai keperluan wajib pada
kursus yang diikuti.

14. PERATURAN DAN TATATERTIB

14.1 Anda dikehendaki mengikuti kursus sepanjang tempoh masa latihan


dengan bersungguh-sungguh serta meneruskan dan menyempurnakan
latihan yang telah ditetapkan sehingga tamat (bagi maksud ini, latihan
adalah juga bermaksud segala aktiviti latihan dan ko-kurikulum yang
dikendalikan di institusi-institusi berkenaan).

14.2 Anda juga hendaklah mematuhi semua arahan dan peraturan yang
dikeluarkan oleh MARA dari semasa ke semasa.

6
15. PEKERJAAN

15.1 MARA tidak menjamin sebarang pekerjaan kepada anda setelah tamat
latihan/kursus di KKTM, MJII dan IKM.

15.2 Anda tidak dibenarkan bekerja sepanjang tempoh pengajian samada


secara sepenuh masa atau sambilan.

16. BERHENTI DARI KKTM, MJII ATAU IKM

16.1 Sekiranya anda telah mendaftar di KKTM, MJII atau IKM dan kemudian
menarik diri atau berhenti/diberhentikan dari/oleh KKTM, MJII atau IKM,
semua pembayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan. Selain
itu, anda juga akan dikenakan bayaran gantirugi ke atas semua elaun yang
telah dibayar oleh MARA.

16.2 Diingatkan juga sekiranya anda telah berhenti/diberhentikan dari mana-


mana KKTM, MJII atau IKM, anda tidak akan diterima masuk atau tidak
boleh mendaftar semula di mana-mana KKTM, MJII atau IKM lain dalam 12
bulan dari tarikh berhenti dan tertakluk kepada kes masing-masing.

17. MENGULANGKAJI/MEMINDA SYARAT TAWARAN

17.1 MARA berhak, pada bila-bila masa mengubah, mengubahsuai atau


meluaskan syarat-syarat tawaran ini tanpa menyentuh jaminan penjamin
dan tanpa melepaskan atau dengan apa-apa cara menyentuh tanggungan
penjamin-penjamin tuan/puan.

18. KEMASAN DIRI DAN PERATURAN PAKAIAN PELAJAR

18.1 KEMASAN DIRI

18.1.1 Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian sopan, menutup aurat dan


tidak menjolok mata.

7
18.1.2 Pakaian pelajar sentiasa kemas dan bersih. Kemas merujuk kepada
pakaian yang dibutangkan rapi, baju yang bergosok dan saiz
pakaian yang berpadanan dengan saiz tubuh. Bersih merujuk
kepada pakaian yang tidak tercemar dengan kotoran, tidak berbau
hapak atau busuk.

18.1.3 Keterampilan fizikal pelajar mestilah sentiasa bersih. Bersih fizikal


merujuk kepada tubuh badan yang bersih, tidak berbau busuk, kuku
tangan dan kaki dipotong pendek, gigi yang bersih, mulut tidak
berbau busuk dan rambut disisir rapi.

18.2 PERATURAN PAKAIAN

18.2.1 PAKAIAN SEMASA HARI PENDAFTARAN

a) PELAJAR LELAKI

i. Baju kemeja lengan panjang/pendek, berseluar ʽslackʾ dan


bertali leher.
ii. Kasut kulit/kanvas bertutup.

b) PELAJAR PEREMPUAN

i. Baju kurung/kurung moden sepasang (digalakkan bertudung


bagi yang muslim)
ii. Berkasut kulit/kanvas bertutup.

18.3 PAKAIAN KE KELAS/BENGKEL/MAKMAL/STUDIO

18.3.1 PELAJAR LELAKI

i. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek.


ii. Baju 'T' berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan
mana-mana parti politik. Baju tanpa lengan, seluar pendek dan
baju 'T' tidak berkolar TIDAK dibenarkan.
iii. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck-in).
iv. Baju hendaklah dibutangkan dengan sempurna.
v. Berseluar 'slack'. Seluar lusuh, koyak, bertambal, ketat dan
seluar jeans adalah TIDAK dibenarkan.

8
vi. Baju Melayu mestilah lengkap bersamping dan bersongkok hitam
vii. Berkasut dan berstoking.
viii. Selipar, terompah, capal dan seumpamanya TIDAK dibenarkan.
ix. Sebarang bentuk perhiasan TIDAK dibenarkan.
x. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang
tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras
atas telinga dan paras depan tidak melebihi paras dahi.
xi. Rambut berfesyen afro, punk. Berekor atau diwarnakan TIDAK
dibenarkan.
xii. Baju bengkel (mengikut keperluan program yang ditetapkan)

18.3.2 PELAJAR PEREMPUAN

i. Baju ʽT’ berkolar/blaus berlengan panjang dan berseluar ʽslack’.


ii. Baju kurung/kurung moden dan berkain. Jubah tidak dibenarkan.
iii. Pakaian yang menjolok mata seperti ketat, jarang, pendek,
berbelah, nipis dan mendedahkan tubuh seperti baju tanpa
lengan dan berseluar pendek TIDAK dibenarkan.
iv. Seluar jeans, lusuh, koyak dan bertampal adalah TIDAK
dibenarkan.
v. Baju ʽT’ berkolar yang tidak mempunyai tulisan atau gambar yang
membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan
mana-mana parti politik.
vi. Skirt hendaklah melepasi paras lutut. Skirt kurang daripada paras
lutut TIDAK dibenarkan bagi pelajar yang bukan beragama islam.
vii. Kasut bertutup. selipar, terompah, kasut tumit tinggi (yang
runcing) dan kasut yang berladam logam dan berbunyi TIDAK
dibenarkan.
viii. Rambut hendaklah kemas. Rambut berfesyen seperti berekor
dan diwarnakan TIDAK dibenarkan.
ix. Pelajar yang beragama Islam digalakkan memakai tudung.
x. Perhiasan diri sederhana. memakai aksesori/barang kemas dan
bersolek berlebihan TIDAK digalakkan.

18.4 PAKAIAN MAJLIS RASMI

Setiap pelajar mempunyai pilihan berpakaian berikut mengikut ketetapan


atau kesesuaian majlis.

9
18.4.1 PELAJAR LELAKI

i. Baju kemeja lengan panjang/pendek, berseluar ‘slack’ dan bertali


leher.
ii. Baju batik lengan pendek/panjang dan berseluar ‘slack’.
iii. Baju Melayu sepasang, bersamping dan songkok hitam.
iv. Kasut kulit/kanvas bertutup.
v. Jaket rasmi KKTM, MJII atau IKM.

18.4.2 PELAJAR PEREMPUAN

i. Baju kurung/kurung moden sepasang (bertudung bagi pelajar


yang beragama islam).
ii. Baju batik kurung/kurung moden sepasang (bertudung bagi
pelajar yang beragama islam).
iii. Berkasut kulit/kanvas bertutup.
iv. Jaket rasmi KKTM, MJII atau IKM.

18.5 PAKAIAN SUKAN/RIADAH

Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti dan


persekitaran. Tertakluk kepada peraturan berpakaian di atas.

18.5.1 PELAJAR LELAKI

Baju ʽT’ lengan panjang/pendek, seluar sukan panjang/track bottom


dan kasut sukan dan berstoking.

18.5.2 PELAJAR PEREMPUAN

Baju ʽT’ lengan panjang, seluar panjang/track-bottom, kasut sukan


dan berstoking.

10
KEPERLUAN SEMASA MELAPOR DIRI

BIL PERKARA KUANTITI CATATAN


1. Dokumen-dokumen seperti yang
dinyatakan di Senarai Semak Dokumen
dan di dalam surat tawaran
2. Baju Bengkel/Pakaian Seragam KKTM,
MJII atau IKM*
3. Pakaian Kebangsaan (Pelajar lelaki sahaja) 1 pasang Warna: Bebas
4. Pakaian Sukan 2 pasang Warna: Bebas
5. Baju T 2 helai Warna: Bebas
6. Songkok (Pelajar lelaki Islam sahaja) 1 buah Warna: Hitam
7. Telekung Sembahyang (Pelajar perempuan
1 pasang Warna: Bebas
Islam sahaja)
8. Pakaian Harian (Selepas Latihan) 3 pasang Warna: Bebas
9. Kain Cadar * 2 helai Boleh dibeli di
Koperasi
10. Sarung Bantal * 2 helai
Institut.Sila rujuk
11. KKTM / MJII /
Kain Selimut * 1 helai
IKM berkaitan
12. Selipar 1 pasang Warna: Bebas
13. Tuala 2 helai Warna: Bebas
14. Buku / Alatulis / Peralatan Bengkel *

Nota:

i. Sila bawa bersama Sijil Asal dan Salinan yang telah disahkan semasa melapor diri
ii. *Lain-lain keperluan asas

11
LAMPIRAN A

SURAT PERJANJIAN LATIHAN KEMAHIRAN MARA


LAPORAN PENJAMIN

Saya sepertimana yang bertulis di bawah mengesahkan kesanggupan saya menjadi


penjamin kepada Encik/Cik ………………………………………………………………... dan di
bawah ini diturunkan butir-butir peribadi diri saya:-

Nama : …………………………………… No K/P : ……………………………….


Tarikh Lahir : …………………………………... Umur : ……………………………….
Alamat Tetap : ……………………………...........................................................................
…………………………………………………………………………………...
Jumlah Pendapatan : RM………………..
Pekerjaan : …………………………………………..…………………………….
Taraf Perkahwinan : *Bujang / Berkahwin
Jum.Tanggungan : ……….... Orang
Lain-Lain Pendapatan: RM………………..

NOTA : PENJAMIN TIDAK DIBENARKAN MENJAMIN LEBIH DARI DUA (2) ORANG
PENUNTUT PADA SATU-SATU MASA

Saya mengaku dan mengesahkan bahawa maklumat-maklumat yang disebutkan di atas adalah
keterangan yang benar

Tarikh: …………………………… Tandatangan Penjamin: …………………….

____________________________________________________________________________

Ruangan ini hendaklah diisi oleh Ketua Jabatan/Guru Besar atau Penghulu yang mana ada
hubungan dengan penjamin.

Saya mengesahkan bahawa keterangan yang diberikan oleh Encik / Cik ………………….…….

………………………………………....... seperti di atas adalah benar.

Tarikh : ………………………….. Tandatangan: ……………………………….


(Cop Rasmi Jabatan)

*Sila potong mana yang tidak berkenaan

12
LAMPIRAN B1

LAPORAN PEMERIKSAAN KESIHATAN PELAJAR


Report of Student’s Medical Examination

BAHAGIAN 1 [Untuk dilengkapkan oleh calon]


Part 1 (To be filled by the candidate)

A. MAKLUMAT PELAJAR

c) Nama / : _________________________________________________________
Name

d) No Kad Pengenalan / : ____________________ 3. Tarikh Lahir / : __________________


Indentity Card No Birthdate

4. No. Tel. Bimbit / : ____________________ 5. Jantina / : __________________


HP No Gender

6. Kursus Pengajian / : _________________________________________________________


Couse of Study

7. Tahun Pengajian / : _________________________________________________________


Year of Study

B. MAKLUMAT IBU/BAPA/PENJAGA

1. Nama / Name : _________________________________________________________

2. Pekerjaan / Occupation : _________________________________________________________

3. Alamat / Address : _________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

4. No. Telefon / : _________________________


Telephone No (Rumah/House)

: _________________________
(Pejabat/Office)

: _________________________
(Tel Bimbit/HP)

13
LAMPIRAN B2

BAHAGIAN 2 - PENGAKUAN KESIHATAN DIRI


Part 2 - Declaration of Health Status
Sila tandakan (/) dalam kotak berkenaan / Please tick (/) the relevant box

A. ADAKAH ANDA PERNAH MENGIDAP ATAU MENERIMA RAWATAN BAGI PENYAKIT-PENYAKIT


BERIKUT :
Have you ever suffered or are you undergoing treatment for the following condition:

Ya / Tidak / Catatan /
Yes No Note
Lelah (Asthma)

Tibi (Tuberculosis)

Sakit Jantung (Heart Disease)

Tekanan Darah Tinggi (High Blood Pressure)

Kencing Manis (Diabetes)

Penyakit Buah Pinggang (Kidney Disease)

Sawan (Fits)

Penyakit Jiwa/Psikiatri (Mental/Psychiatric)

Kecacatan Anggota (Deformity)

Barah (Cancer)

Penyakit Kulit Kronik (Chronic Skin Disease)

Alahan Kepada Ubat / Makanan


(Allergy to Medicine / Food)

Lain-lain Penyakit yang Mudarat


(Other Serious Disease)

Nyatakan berapa bilangan


Adakah Anda Merokok sehari
(Are you a smoker) Amount smoked daily of
smoking
_____________________

PENGAKUAN PELAJAR
(Student’s Declaration)

Saya dengan ini mengaku segala maklumat kesihatan yang diberi di atas adalah benar.
(I hereby certify that the information given above is correct)

_____________________________________ Tarikh : __________________________


Tandatangan pelajar di hadapan doktor
No. Kad Pengenalan / IC No

14
LAMPIRAN B3

BAHAGIAN 3 – LAPORAN PEMERIKSAAN PEGAWAI PERUBATAN


[Diisi oleh Pegawai Perubatan yang memeriksa]
Part 3 – Report of Medical Officer Examination (To be filed by examining Medical Officer)

Sila tandakan (/) dalam kotak berkenaan / Please tick (/) the relevant box

A. ANTROPOMETRY

Tinggi / : _________________ m Tekanan Darah / :_______________ mmHg


Height Blood pressure

Berat / : _________________ kg Nadi / : _______________ /min


Weight Pulse rate

BMI : _________________ kg/m²

B. PEMERIKSAAN MATA / EYE EXAMINATION

Penglihatan Tanpa Kacamata / : Kanan / ______________ Kiri / _______________


Unaided Right Left

Penglihatan Dengan Kacamata / : Kanan / ______________ Kiri / _______________


Aided Right Left

Ujian Rabun Warna / : Biasa ( ) Luar Biasa ( )


Colour Blind Test Normal Abnormal

C. PEMERIKSAAN KESELURUHAN / SYSTEMIC EXAMINATION

Biasa / Luar Biasa / Catatan /


Normal Abnormal Note
Mata (Eyes)

Telinga (Ears)

Gigi (Teeth)

Kulit (Skin)

Jantung (Heart)

Paru-paru (Lungs)

Abdomen (Abdomen)

Sistem Urat Saraf (Nervous System)

Sistem Otot dan Kerangka


(Musculoskeletal System)

15
D. PEMERIKSAAN AIR KENCING / URINE TEST

Perkara / Ada / Tiada / Catatan /


Items Present Absent Note
Albumin (Albumin)

Gula (Urine Sugar)

Darah (Blood/RBC)

E. LAPORAN X-RAY DADA / X-RAY CHEST REPORT


Nota : Filemnya hendaklah dilampirkan bersama laporan tersebut

Perkara / Keputusan /
Items Result
No. X-Ray Dada (Chest X-Ray No.)

Tarikh (Date)

Laporan (Report)

16
BAHAGIAN 4 - PENGESAHAN PEGAWAI PERUBATAN
Part 4 – Certification by Medical Officer
Sila tandakan (/) dalam kotak berkenaan / Please tick (/) the relevant box

Saya mengesahkan bahawa pada hari ini saya telah memeriksa / I certify that on this day I have examine

____________________________________________________________________________________

No. Kad Pengenalan / IC No. ____________________________ dan mendapati bahawa / and found

that

Beliau tidak menghidapi apa-apa penyakit dan disahkan sihat.


The above name is fit and in good health

Beliau menghidap penyakit ____________________________


The above named has

Beliau sedang mendapatkan rawatan / memerlukan peperiksaan dan kajian


selanjutnya.
The aboved named is undergoing treatment / needs further treatment.

Beliau tidak sihat dan dinasihatkan supaya mendapat rawatan lanjut sebelum
mendaftar di Institut Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / MARA Japan
Industrial Institute.
The aboved named is unfit and is advised to get further treatment before enrolling into Institut
Kemahiran MARA / Kolej Kemahiran Tinggi MARA / MARA Japan Industrial Institute.

Tarikh / Date : _______________________ __________________________________


Tandatangan Pegawai Perubatan
(Signature of Medical Officer)

__________________________________
Nama Pegawai Perubatan
(Name of Medical Officer)

__________________________________
Kelulusan dan Cop Rasmi Klinik
(Qualification and official stamp of clinic)

17
LAMPIRAN B4

LAPORAN PEGAWAI PERUBATAN


KEMENTERIAN KESIHATAN/KLINIK SWASTA

Pengarah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA/ MARA Japan Industrial Institute/Institut Kemahiran MARA

Tuan,

PERKARA : PERAKUAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN

Dengan ini saya …………..……………………………………… Seorang Pegawai Perubatan


mengesahkan bahawa saya telah menjalankan pemeriksaan fizikal dan mental terhadap penama
berikut :

Nama : ………………………………......................................
No. K/P : …………….…………………………………………….
Tarikh : ……………………………..........................................
Tempat : …………………………………………………………..

Berdasarkan pemeriksaan fizikal dan mental yang dijalankan dan keputusan ujian dadah penama
di atas, saya memperakui bahawa :

a) Beliau adalah seorang penagih dadah sebagaimana yang ditakrifkan


dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

b) Beliau adalah seorang yang menggunakan atau mengambil, selain


bagi maksud perubatan, suatu dadah berbahaya atau
menyalahgunakan suatu dadah yang berbahaya yang disenaraikan
dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952.

c) Beliau bukan seorang penagih dadah sebagaimana yang ditakrifkan


dalam Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 atau
menggunakan dadah disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta
Dadah Berbahaya 1952

Bersama ini dikemukakan keputusan ujian dadah penama tersebut bertarikh …………………….
dan Nombor Rujukan Makmal ………………..………

………………………………………. ……………………………...
(Tandatangan Pegawai Perubatan Tarikh
Dan Cop Rasmi)

18
LAMPIRAN C

SURAT KEBENARAN PEMBEDAHAN DAN PERKHIDMATAN RAWATAN BIUS

Kursus yang diikuti


(sila rujuk surat tawaran)
KKTM/MJII/IKM

Adalah saya ………………………………………………….. *Ibu/Bapa/Penjaga kepada pelajar


……………………………………………No. Kad Pengenalan …………………………… dengan ini
memberi keizinan menyerahkan *anak/anak jagaan saya untuk menjalani pembedahan yang
mana keadaan dan tujuannya adalah menurut nasihat atau/dan kata putus pihak Hospital
tempatan dan yang mana dipersetujui oleh Pengarah KKTM/MJII/IKM
………………………......................... (yang berkenaan) atau wakilnya.

2. Saya juga memberi izin untuk sebarang langkah pembedahan selanjutnya atau yang lain
sebagaimana yang didapati perlu bagi pembedahan tersebut di atas dan memberi Bius Umum,
Pelali bahagian tempat atau lain-lain bagi apa-apa jua tujuan ini.

3 Saya faham tiada jaminan saya bahawa pembedahan itu akan dijalankan oleh mana-
mana Pengarah Perubatan yang tertentu atau pun perkhidmatan rawatan bius akan dijalankan
oleh mana-mana Pegawai Bius yang tertentu.

Yang benar,

………………………………….. ………………………………….
Tandatangan *Ibu/Bapa/Penjaga Tandatangan Saksi
Nama Penuh :
Tarikh : ………………...................... Cop Rasmi :
No Kad Pengenalan : ………………………………
*Bapa/Ibu/Penjaga
Alamat Rumah : ……………………………..
………………………………
………………………………
No Telefon Rumah : ……………………………..

*Sila potong yang mana tidak berkenaan

19
LAMPIRAN D

KEBENARAN UNTUK MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI KO-KURIKULUM


(Pasukan Simpanan Tentera Darat, Persatuan Bulan Sabit Merah,
Pasukan Pertahanan Awam dan Sebagainya )

Pengarah
KKTM/MJII/IKM: ……………………………………….………………

Adalah saya ………………………………………………….. *Ibu/Bapa/Penjaga kepada pelajar


…………………………………………… No. Kad Pengenalan ………………………………………..
dengan ini bersetuju membenarkan pelajar yang butir-butir peribadinya sepertimana di bawah,
mengikuti aktiviti sepertimana di atas yang mana menjadi salah satu syarat mengikuti Latihan
Kemahiran.

Nama Pelajar : ……………………………………………

No Kad Pengenalan : ……………………………………………

Kursus : …………………………………………...

KKTM/MJII/IKM : …………………………………………...

2. Dengan ini juga saya mengaku tidak akan membuat apa-apa dakwaan dan tuntutan
terhadap MARA sekiranya berlaku apa-apa kemalangan sewaktu pelajar menjalani aktiviti
tersebut.

Yang benar,

...................................................
Tandatangan *Ibu/Bapa/Penjaga

Tarikh: ..………………………

*Sila potong yang mana tidak berkenaan

20
LAMPIRAN E

SURAT PENGAKUAN PELAJAR

Saya ………………..………………………………………… No K/P …………………….…………….


Beralamat …………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………. mengaku *bersetuju/tidak bersetuju
mengikuti kursus …………………………………………....................................................................
di KKTM/MJII/IKM …………………………………............................. selama ……… bulan / tahun.

Saya juga mengaku mematuhi segala peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang berikut ini:-

1. Saya akan mematuhi peraturan dan disiplin pelajar-pelajar Kemahiran MARA.

2. Saya akan mengikuti latihan ini sehingga tamat dalam masa yang telah ditetapkan. Jika
saya tidak mengikuti latihan sehingga tamat tanpa sebab-sebab tertentu, SAYA
BERSETUJU AKAN MEMBAYAR BALIK kepada MARA segala perbelanjaan yang
diberikan kepada saya semasa menjalani latihan secukupnya.

3. Semasa menjalani latihan, saya akan bekerja dengan tekun dan berusaha sehingga
berjaya agar mendatangkan faedah kepada diri saya sendiri dan Masyarakat Bumiputera
seluruhnya.

4. MARA berhak memberhentikan saya dari latihan pada bila-bila masa sahaja atas sebab-
sebab yang munasabah tertaluk kepada peraturan yang sedang berkuatkuasa.

5. Saya sanggup menerima imbuhan sebanyak RM …………………….. sebulan.

6. Saya bersetuju untuk membenarkan data peribadi saya digunakan oleh pihak Majlis
Amanah Rakyat (MARA) bagi tujuan yang berkaitan dengan urusan pengajian.

Saya telah membaca, faham dan bersetuju akan mematuhi segala undang-undang dan peraturan
MARA yang dikhaskan kepada saya sebagaimana yang tercatat dalam surat ini.

Saya yang benar,

…………………………………. Tarikh : …………………………


(Tandatangan Pelajar) (Tarikh pelajar melapor diri)

Pengesahan tarikh pelajar melapor diri oleh Pengarah : ………………………...

…………………………………..................
(Tandatangan Pengarah KKTM/MJII/IKM)
*Sila potong yang mana tidak berkenaan

21
LAMPIRAN F

PENENTUAN KADAR ELAUN PELAJAR KKTM/MJII/IKM

1. KETERANGAN DIRI

Nama :… …………………………………………………………………………………………….
Alamat : ……………………………………………………………………………………………….
………………….………………………………………………………..…….…….……...
No K/P : ……………………………………………………………………………..………………..

2. JENIS LATIHAN

*KKTM / IKM / Latihan Dalam Bengkel / Makmal / Latihan Sambil Kerja / Chargeman / Lanjutan

3. TEMPAT LATIHAN (JIKA DALAM INSTITUT)

KKTM/MJII/IKM:……............…………………………………………...................................................
Jabatan :……..…………………….………..…... Tarikh Masuk : …………...……………
Semester Sekarang :………………….…... Tarikh Tamat Latihan: ……..….…………...….

TEMPAT LATIHAN (DI LUAR INSTITUT)

Nama Alamat Tempat Latihan: ……………………………………………………………………….....


………………………………………………….……………………………………….……………..….…
Jabatan: …………………………………………….……………………………………………………...
Tarikh Mula: ……………………………... Tarikh Akan Tamat: …………….………………..…..

4. BUTIR BUTIR MENGENAI *BAPA / IBU / PENJAGA

Nama *Ibu/Bapa/Penjaga : …………………………..………………………………………….………..


No Kad Pengenalan : ……………………………………………………………………….……………..
Pekerjaan : ………………………………………….………….…………………………………………..
Alamat Majikan :………………………………….………………..……………….………………………
……………………………………………………………………………..…………………………………

Pendapatan & Gaji Sebulan : RM………………...(Pendapatan Ketua Keluarga)


Pendapatan Lain Sumber : RM…………………
Jumlah Pendapatan Sebulan : RM…………………
Bilangan Tanggungan : ……………….........

Diakui Oleh, Disahkan Oleh,

_________________________ _____________________________
Tandatangan Tandatangan *Majikan/Penghulu
*Ibu/Bapa/Penjaga *Nama Penuh dan Cop Rasmi

Tarikh: __________________ Tarikh: ______________________

22
LAMPIRAN G

Pengarah
KKTM/MJII/IKM: ……………………………………….………………

Tuan

SURAT AKU JANJI KELAKUAN BAIK

Bahawasanya saya,…………………………………..……………………………….………………………… No.


Kad Pengenalan ………………..…………………… beralamat di ………………………….…………..
………..………………………………………………………………………………………………………….....ber
setuju mengikuti pengajian di …………………………………………………………..…..……..… (selepas ini
disebut sebagai “Institusi Pengajian”) dan mengakujanji mematuhi segala peraturan dan syarat-syarat
seperti berikut :

i. Akan memasuki dan dengan sesungguhnya meneruskan kursus pengajian/latihan dan memasuki
semua ujian atau peperiksaan yang disyaratkan dalam kursusnya untuk mendapatkan sama ada Sijil,
Ijazah atau Diploma dan akan menamatkan kursus pengajian/latihan yang tersebut itu dalam masa
yang ditetapkan oleh “Institusi Pengajian” atau dalam sesuatu masa yang lebih lama sebagaimana
yang diluluskan oleh “Institusi Pengajian”;

ii. Akan menghadiri semua kelas/kuliah dalam tempoh kursus pengajian/latihan seperti yang ditetapkan
oleh “Institusi Pengajian”;

iii. Semasa dalam tempoh kursus pengajian/latihan, akan mengekalkan prestasi akademik pada tahap
yang ditetapkan oleh “Institusi Pengajian”;

iv. Semasa dalam tempoh kursus pengajian/latihan itu, akan mematuhi apa-apa statut, kaedah-kaedah
dan peraturan, termasuklah kaedah-kaedah tatatertib, sebagaimana yang berkuatkuasa dari semasa
ke semasa dalam “Institusi Pengajian” atau di lain-lain tempat di bawah arahan “Institusi Pengajian” di
mana kursus pengajian/latihan itu atau mana-mana bahagiannya mungkin dijalankan;

v. Semasa dalam tempoh kursus pengajian/latihan itu, tidak akan menjadi ahli atau mengambil bahagian
di dalam apa-apa aktiviti, parti politik, kesatuan sekerja, pertubuhan, badan atau kumpulan, sama ada
di dalam atau di luar “Institusi Pengajian” atau Malaysia, kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis
terlebih dahulu daripada “Institusi Pengajian” dan

vi. Akan bertanggungjawab sepenuhnya membayar segala yuran pendaftaran dan apa-apa yuran lain
yang dikenakan oleh “Institusi Pengajian” dari semasa ke semasa.

Adalah dipersetujui dan diakui bahawa sekiranya saya melakukan pelanggaran terhadap mana-mana
yang tersebut di atas, maka tindakan tatatertib akan diambil ke atas diri saya.

Diakui Oleh, Disahkan Oleh,

_____________________ ________________________
Tandatangan Pelajar Nama dan Cop Rasmi

Tarikh: ___________________ Tarikh: ___________________

23
LAMPIRAN H

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA/


MARA JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE/INSTITUT KEMAHIRAN MARA

MAKLUMAT PELAJAR

No. Matrik Pelajar : _______________________


Sesi Kemasukan : _______________________
LEKATKAN Kursus yang ditawarkan : _______________________
GAMBAR KKTM/MJII/IKM : _______________________
DISINI

A. MAKLUMAT PERIBADI PELAJAR


Nama Penuh : ___________________________________________________________
No. K/P :___________________________________________________________
Alamat Tetap :___________________________________________________________
No. Telefon :_____________________ Bil. Adik Beradik : ____________________
Agama :_____________________ Keturunan : ___________________
Tarikh Lahir :_____________________ Tempat Lahir : ___________________

B. MAKLUMAT WARIS (SELAIN IBU/BAPA) YANG BOLEH DIHUBUNGI SEMASA KECEMASAN


Nama Waris (1) :___________________________________________________________
Hubungan :_____________________ No. Telefon : ___________________
Nama Waris (2) :___________________________________________________________
Hubungan :______________________ No. Telefon : ___________________

C. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN


Peperiksaan yang diambil :SPM / SPMV Tahun : __________________________
Maklumat Keputusan :_________________
Bil Subjek yang diambil Gred Bil Subjek yang diambil Gred
1 7
2 8
3 9
4 10
5 11
6 12

PENGAKUAN PELAJAR
Dengan ini, saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberi adalah benar dan MARA berhak
menarik balik tawaran masuk atau mengarahkan saya keluar dari institut berkenaan atau MARA berhak
menarik balik tawaran pemberian elaun pengajian/sara hidup pada bila-bila masa sekiranya didapati
mana-mana keterangan adalah tidak benar.

Tandatangan Pelajar : _______________________ Tarikh : ___________________________

24
LAMPIRAN I

BORANG AKUAN PENGESAHAN PENDAPATAN

**Untuk dilengkapkan bagi Ibu/Bapa/Penjaga yang tidak mempunyai penyata gaji/penyata


pencen.

Sesiapa Yang Berkenaan

Tuan/Puan,

PENGESAHAN PENDAPATAN
MAKLUMAT IBU BAPA PENJAGA

Nama Penuh

No. Kad Pengenalan

Pekerjaan

Pendapatan Bulanan

MAKLUMAT TANGGUNGAN
BIL NAMA HUBUNGAN UMUR SEKOLAH/KOLEJ/IPT

PERAKUAN IBU/BAPA/PENJAGA
Dengan ini, saya mengaku bahawa segala keterangan yang diberi adalah benar dan sekiranya
maklumat ini didapati tidak benar, maka pihak MARA berhak membatalkan apa jua urusan yang
berkaitan dengannya.

Yang benar, Disahkan oleh,

_________________________ _________________________
Tandatangan Tandatangan
Ibu/Bapa/Penjaga Nama Penuh dan Cop Rasmi

Tarikh: _______________ Tarikh: _______________

*Sila potong yang mana tidak berkenaan

25
NOTA

26

Anda mungkin juga menyukai