Anda di halaman 1dari 5

KEPERLUAN CALON

PROGRAM BERTEMUDUGA ASASI TESL


SESI 1 2022/2023 (KEMASUKAN OGOS 2022)

FAKULTI PENDIDIKAN

A. KAEDAH ALTERNATIF PROGRAM BERTEMUDUGA

Negara kini berada di fasa peralihan endemik. Sebagai langkah mengekang penularan wabak,
Fakulti Pendidikan UiTM telah mengambil pendekatan alternatif bagi menggantikan
pelaksanaan temuduga secara bersemuka. Calon akan dinilai berdasarkan pencapaian
akademik dan dokumen sokongan serta video resume. Kaedah ini HANYA terpakai bagi Sesi
Akademik 1 2022/2023.

Sila baca arahan di bawah dengan teliti.

Terima Kasih.

B. MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN

1. DOKUMEN

a. Salinan keputusan percubaan SPM (bagi calon SPM 2021 hanya salinan keputusan
Percubaan ataupun keputusan akhir tingkatan 4 )
b. Sijil Kelahiran
c. Kad Pengenalan
d. Sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa
e. Dokumen-dokumen dan sijil-sijil lain yang berkaitan

2. VIDEO RESUME

a. Calon perlu menyediakan video klip berdurasi 3 – 5 minit.

ms 1 / 5
b. Calon perlu memastikan 3 SOALAN WAJIB (i), (ii) dan (iii) di jawab di dalam video
resume tersebut. Iaitu merangkumi perkara di bawah:
i. Ringkasan pengenalan diri (nama, dari mana, latar belakang akademik,
penglibatan kokurikulum dan pencapaian).
ii. Justifikasi kenapa program Asasi TESL menjadi pilihan.
iii. Kekuatan/ potensi calon [dari aspek kompetensi atau berkemahiran insaniah
(soft-skills): contohnya kemahiran kerja berpasukan (team building), kemahiran
menyelesaikan masalah (problem solving skills) atau kemahiran kepimpinan
(leadership skills) dan inovatif dan kreatif].
iv. Lain-lain perkongsian yang dirasakan dapat menarik minat panel penilai untuk
memilih anda.
c. Calon PERLU menjawab kesemua soalan di atas dalam Bahasa Inggeris.
d. Calon perlu menggunakan kreativiti dalam penghasilan video klip. Video hendaklah
menunjukkan keseluruhan diri calon dan mempunyai audio dan visual yang jelas.
e. Calon boleh menggunakan smartphone, webcam atau screen recorder untuk merakam
video. Saiz video klip yang di muat naik perlulah tidak melebihi 1GB. Calon boleh
menggunakan HandBrake Open Source Video Transcoder untuk mengecilkan saiz
video. Panduan link adalah seperti berikut: https://handbrake.fr/
f. Calon yang memuatnaik video ke YouTube boleh berkongsi link tersebut.

C. SAHSIAH RUPA DIRI

Calon perlu menjaga etika berpakaian seperti amalan temuduga walaupun di dalam video klip.
Calon tidak dibenarkan memakai jeans dan baju-T. Etika berpakaian adalah penting
melambangkan peribadi anda.
i. Lelaki: Berkemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut (jika pengambaran
dijalankan di luar rumah). Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan.
ii. Perempuan : Baju kurung atau Kebaya dan berkasut (jika pengambaran dijalankan di
luar rumah). Berambut kemas dan tidak diwarnakan.

D. SERAHAN BAHAN

Perkara 1 dan 2 iaitu Dokumen dan Video Resume perlu dimuat naik melalui link google form
http://bit.ly/asasi_tesl_uitm yang disediakan sebelum atau pada 15 MEI 2022 JAM 11.59
MALAM. Calon juga boleh imbas QR code di bawah untuk memuat naik bahan.

ms 2 / 5
Sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang telah disahkan perlu di muat naik dalam bentuk pdf
atau imej (Jpeg/png/jpg) tetapi dipalang dan ditulis penyataan berikut: UNTUK TUJUAN
PENGAMBILAN KE UiTM SAHAJA.

E. PENAFIAN (DISCLAIMER)

Universiti berhak menolak permohonan calon atau menggugurkan status pelajar sekiranya
calon/pelajar didapati menipu atau memalsukan sijil atau apa-apa dokumen yang diserahkan
kepada Universiti.

PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI (WAKTU PEJABAT):


Nama / Jawatan No. Telefon Alamat email
Dr. Hamimah Hashim 03-3258 4921 edu.official@uitm.edu.my
Timbalan Dekan (Akademik)
Nor Hahima Mohd Sukor 03-8924 5225 norha527@uitm.edu.my
Ketua Pusat Pengajian Asasi
Puan Zulfa Zainal Abidin 03-3258 4990 zulfaza@uitm.edu.my
Penolong Pendaftar Kanan (Akademik)

ms 3 / 5
En. Abd. Malek Hj. Kamarun 03-3258 4991 abdma666@uitm.edu.my
Pegawai Eksekutif Kanan (Akademik)

ms 4 / 5
SENARAI SEMAKAN DOKUMEN BAGI PROSES TEMU DUGA
PROGRAM ASASI TESL, UiTM

MAKLUMAT CALON
NAMA : ........................................................................................................................
NO. MYKAD : ...............................................
MAKLUMAT TEMU DUGA

KOD PROGRAM UiTM / KOD PROGRAM UPU : ....................../.........................


NAMA PROGRAM : ........................................................................................................................
KAMPUS : ............................................................ TARIKH : ..............................

Dokumen yang perlu bagi proses temu duga adalah seperti berikut:

NO. Kegagalan menyediakan dokumen seperti berikut boleh menyebabkan calon TIDAK SEMAKAN OLEH SEMAKAN OLEH
CALON FAKULTI
AKAN DITAWARKAN program pengajian yang dipohon.
(sila tandakan √) (sila tandakan √)
Surat Panggilan Temu Duga
1.
(Dicetak dari laman web online.uitm.edu.my)
Kad Pengenalan Calon
2. (Sekiranya tiada/ kehilangan Kad Pengenalan anda perlu membuat Kad Pengenalan sementara di
Jabatan Pendaftaran Negara).
Kad Pengenalan ibu dan bapa Ibu
3. (Sekiranya tiada/ kehilangan Kad Pengenalan ibu/ bapa anda perlu membuat Kad
Pengenalan sementara Jabatan Pendaftaran Negara). Bapa
Sijil Kelahiran Calon
4. (Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran, anda perlu membuat cabutan sijil kelahiran/ kad pengenalan yang
baru di Jabatan Pendaftaran Negara).
Sijil Kelahiran ibu dan bapa
Ibu
(Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran ibu/ bapa, anda perlu membuat cabutan sijil
5. kelahiran/ kad pengenalan yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara). Bagi ibu/ bapa
yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian ibu/ bapa PERLU dibawa semasa hari Bapa
temu duga
6. Peperiksaan Percubaan SPM/ setaraf

• Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Gred 41 ke atas)/ Pengetua (Gred 41 ke atas)/ Guru Besar (Gred 41 ke
atas)/ Guru Penolong Kanan (Gred 41 ke atas)/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri. Semua pegawai hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop
pegawai hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

ms 5 / 5

Anda mungkin juga menyukai