Anda di halaman 1dari 3

ARAHAN DAN KEPERLUAN PENILAIAN CALON

SARJANA MUDA SEPENUH MASA


SESI 1 2023/2024 (KEMASUKAN OKT 2023)

FAKULTI FARMASI
ARAHAN AM

Temu duga bagi program Sarjana Muda Farmasi dengan Kepujian (PH240) Fakulti Farmasi,
Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan dijalankan secara bersemuka bagi calon
semenanjung dan secara dalam talian bagi calon dari Sabah dan Sarawak.

Saudara/i akan dipanggil untuk menduduki temu duga secara bersemuka atau secara dalam
talian yang akan diadakan pada Jun 2023.

TARIKH DAN TEMPAT TEMUDUGA

BIL. TARIKH LOKASI MASA ALAMAT


NEGERI CALON

1. 8 Jun 2023 Dalam Talian 8:30 pagi Sabah &


- Sarawak
4:30 petang

2. 10 - 11 Jun 2023 Dewan Peperiksaan 1 8:30 pagi Semenanjung


Dewan Peperiksaan 5 -
Bilik Pascasiswazah 4:30 petang

A. Dokumen Am dan Peralatan Yang Perlu Dibawa

1. Surat Panggilan Temu duga


2. Sijil dan Transkrip Penuh Diploma/Matrikulasi/Asasi/PASUM/STPM
3. Sijil / Slip Keputusan SPM
4. Keputusan MUET / Slip Daftar MUET
5. Sijil kelahiran Calon
6. Kad Pengenalan Calon
7. Sijil kelahiran dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa/Penjaga
8. Sijil Kematian Ibu Bapa (jika ada)
9. Kurikulum Vitae (CV) / Resume Terkini

Bagi calon daripada Sabah dan Sarawak diminta untuk memuat naik dokumen (1 - 9) di pautan
berikut: https://forms.gle/iA555yJsUxYBMY1G7

Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan saudara/i tidak
dipertimbangkan sebagai calon jaya.

Nota: Semua dokumen yang dimuatnaik adalah dengan kerelaan calon dan hanya akan
digunakan untuk tujuan permohonan kemasukan ke UiTM sahaja. UiTM berhak menolak
permohonan calon sekiranya didapati calon / pelajar mengemukakan dokumen palsu.
B. Proses Temu duga

1. Temu duga ini memerlukan saudara/i untuk melalui beberapa stesen di mana setiap
stesen memerlukan saudara/i untuk menjawab soalan tertentu.

2. Calon akan dinilai dari pelbagai aspek bukan kognitif seperti kemahiran komunikasi,
etika, pemikiran kritis dan kecenderungan minat calon terhadap program.

3. Bagi calon temu duga secara dalam talian, saudara/i perlu memastikan sambungan
internet adalah stabil sepanjang sesi temuduga.

C. Sahsiah Rupa Diri

Lelaki : Berkemeja, bertali leher, berseluar slack dan berkasut


Berambut pendek, kemas dan tidak diwarnakan

Perempuan : Baju kurung atau kebaya dan berkasut


Berambut kemas dan tidak diwarnakan (bagi yang tidak bertudung)

Calon-calon yang menghadiri temu duga hendaklah mematuhi peraturan arahan pakaian
yang ditetapkan oleh fakulti atau berpakaian kemas dan sopan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai:


(waktu / hari bekerja sahaja)

Puan Syahida Fathiah Ahmad Kamal 03-3258 4607


Penolong Pendaftar (Akademik)

Encik Shahrul Nizam Abu Samah 03-3258 4601


Pegawai Eksekutif (Akademik)

Bahagian Hal Ehwal Akademik 03-3258 4747


Fakulti Farmasi (Urusetia)

Calon juga boleh menyertai talian telegram https://t.me/+c47SmVfAIOcxMmY1 untuk


mendapatkan maklumat terkini mengenai temu duga.

Terima kasih.
SENARAI SEMAKAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA TEMU DUGA
PROGRAM SARJANA MUDA, UiTM

MAKLUMAT CALON
NAMA : ........................................................................................................................
NO. MYKAD : ...............................................
MAKLUMAT TEMU DUGA

KOD PROGRAM UiTM / KOD PROGRAM UPU : ....................../.........................


NAMA PROGRAM : ........................................................................................................................
KAMPUS : ............................................................ TARIKH : ..............................

Dokumen yang perlu dibawa semasa hadir temu duga adalah seperti berikut:
(Pastikan dokumen yang dibawa mengikut susunan senarai semakan)
● Dokumen Asal – sebagai semakan pihak UiTM sahaja
● Salinan dokumen yang telah disahkan

NO. DOKUMEN YANG TELAH DISAHKAN* SEMAK


[SATU (1) SALINAN SAHAJA & TIDAK DIPULANGKAN] AN
Kegagalan menyediakan dokumen seperti berikut boleh menyebabkan calon OLEH
SEMAKAN
FAKULT
TIDAK AKAN DITAWARKAN program pengajian yang dipohon. OLEH CALON
I
(sila tandakan √)
(sila
tandaka
n √)
Surat Panggilan Temu Duga
1.
(Dicetak dari laman web online.uitm.edu.my)
Kad Pengenalan Calon
2. (Sekiranya tiada/ kehilangan Kad Pengenalan anda perlu membuat Kad Pengenalan sementara
di Jabatan Pendaftaran Negara).
Kad Pengenalan ibu dan bapa Ibu
3. (Sekiranya tiada/ kehilangan Kad Pengenalan ibu/ bapa anda perlu membuat
Kad Pengenalan sementara Jabatan Pendaftaran Negara). Bapa
Sijil Kelahiran Calon
4. (Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran, anda perlu membuat cabutan sijil kelahiran/ kad
pengenalan yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara).
Sijil Kelahiran ibu dan bapa
Ibu
(Sekiranya tiada/ hilang sijil kelahiran ibu/ bapa, anda perlu membuat cabutan sijil
5. kelahiran/ kad pengenalan yang baru di Jabatan Pendaftaran Negara). Bagi ibu/
bapa yang telah meninggal dunia, salinan sijil kematian ibu/ bapa PERLU dibawa Bapa
semasa hari temu duga
SPM/ setaraf
6. (Sekiranya kehilangan sijil SPM/ setaraf anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia).
STPM/ STAM/ Asasi/ Matrikulasi/ setaraf
7. (Sekiranya kehilangan sijil STPM/ STAM/ Asasi/ Matrikulasi/ setaraf anda perlu mendapatkan
salinan yang dikeluarkan oleh Agensi yang berkenaan).
8. Salinan Borang Permohonan Online UPU
Surat Pengesahan Tamat Pengajian
9.
(Calon lepasan Diploma IPT lain yang belum menghadiri konvokesyen)
10. Pengiktirafan Program Dari MQA (Calon lepasan Diploma IPT lain/A-Level sahaja)

11. Skrol Diploma

12. Transkrip penuh semester satu (1) hingga semester akhir Diploma

13. Keputusan MUET

* NOTA: Salinan Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru
Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK
(Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri.

Semua pegawai atau saksi hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama
dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

Anda mungkin juga menyukai