Anda di halaman 1dari 4

MAKLUMAT DAN PANDUAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENAJAAN PENDIDIKAN PETRONAS / KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS (UTP) BERDASARKAN

KEPUTUSAN SPM 2009


Terima kasih kerana memohon Program Penajaan Pendidikan PETRONAS / Kemasukan ke Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) ! Di bawah ini, disertakan maklumat dan panduan berkenaan proses yang terlibat, bermula dari proses permohonan hingga ke proses penilaian / temuduga. Semoga dengan adanya panduan ini, pemohon akan lebih jelas dan tidak keliru dengan proses yang akan dilalui kelak.

PROSES PERMOHONAN Memohon Secara Dalam Talian


Permohonan secara dalam talian dibuka mulai 11 Mac 2010 (jam 9.00 pagi). Permohonan yang dibuat sebelum tarikh tersebut tidak akan diproses. Pemohon dikehendaki melengkapkan kesemua maklumat di ruangan yang berkaitan. Tarikh tutup permohonan secara dalam talian adalah pada 19 Mac 2010, jam 5.00 petang. Permohonan yang dibuat selepas tarikh dan masa tersebut tidak akan diproses. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah sama dengan dokumen yang disertakan. Pihak Jawatankuasa tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesulitan yang berlaku disebabkan oleh kesilapan atau perbezaan maklumat yang diberikan semasa permohonan dibuat secara dalam talian. Untuk memudahkan proses permohonan, pemohon disarankan agar memuat turun Panduan Mengisi Borang yang terdapat di laman web di alamat : http://spmonline.petronas.com.my

Yuran Proses
Setiap permohonan dikenakan bayaran pemprosesan sebanyak RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja). Pembayaran hendaklah dibuat kepada PETROLIAM NASIONAL BERHAD melalui kaunter CIMB BANK sahaja - No Akaun : 1430-0000725-05-5 Pembayaran yang dibuat melalui mesin ATM atau secara dalam talian tidak diterima. Slip Pembayaran yang telah disahkan oleh pihak Bank hendaklah disimpan sebagai bukti pembayaran dan diserahkan kepada Urusetia Pendaftaran Program PETRONAS EduQuest Camp sekiranya anda terpilih.

Cetak Borang Permohonan


Setiap pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan SELEPAS melengkapkan Borang Permohonan tersebut. Sila buat semakan dan pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan tepat seperti yang terdapat di dalam dokumen yang disertakan sebelum menghantar dan mencetak Borang Permohonan anda.

PENGESAHAN
Dokumen-dokumen seperti salinan keputusan SPM 2009 dan sijil-sijil yang berkaitan hendaklah disahkan. PERHATIAN! Kesemua maklumat yang terdapat di borang permohonan hendaklah diteliti sebelum disahkan oleh pihak tersebut.

PERSEDIAAN DOKUMEN PERMOHONAN


Sila pastikan SEMUA salinan dokumen-dokumen berikut disahkan. Dokumendokumen yang disertakan hendaklah menyokong semua informasi yang diberikan di dalam borang permohonan secara dalam talian. Sila pastikan dokumen-dokumen yang diperlukan, disusun seperti ilustrasi di bawah:
12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 12. Salinan Terkini Slip Gaji/Borang J Ibu 11. Salinan Terkini Slip Gaji/Borang J Bapa/Penjaga 10. Salinan Sijil Kelahiran Ibu 9. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kematian Ibu 8. Salinan Sijil Kelahiran Bapa/Penjaga 7. Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kematian Bapa/Penjaga 6. Sijil-sijil Kegiatan Kokurikulum 5. Salinan Keputusan Tingkatan 4 dan SPM 2009 4. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon 3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon 2. Borang Permohonan Online (2 salinan) 1. Senarai Semak Dokumen

Nota: Semua salinan dokumen hendaklah disahkan.

Dokumen-dokumen tersebut perlu disediakan dalam 2 salinan dan hendaklah dimasukkan ke dalam 2 sampul surat bersaiz A4 yang berlainan. Sila tuliskan maklumat berikut di penjuru atas sebelah kiri kedua-dua sampul surat tersebut :i. ii. iii. iv. v. Nama Pemohon No Siri Borang No Kad Pengenalan Pilihan Program (Penajaan PETRONAS atau Persendirian) Kursus Pilihan Pertama

Kedua-dua set dokumen tersebut hendaklah diserahkan ketika Hari Pendaftaran Program PETRONAS EduQuest Camp sekiranya anda terpilih. PERINGATAN : Dokumen-dokumen tersebut tidak perlu dihantar melalui Pos.

PENGUMUMAN CALON-CALON YANG DISENARAI-PENDEK


Hanya pemohon yang disenarai-pendek akan dihubungi. Keputusan jawatankuasa pemilihan bagi mengikuti Program PETRONAS EduQuest Camp akan diumumkan secara dalam talian dan tarikhnya akan diberitahu kelak. Sila layari laman web ini dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat tentang status permohonan anda. Keputusan jawatankuasa pemilihan adalah muktamad.

PERHATIAN! Pemohon adalah dikehendaki mengingati Kata Laluan bagi tujuan mengemaskini Borang Permohonan dan menyemak status permohonan. Sebarang pertanyaan sila hubungi, Talian hotline : Helpdesk PETRONAS Sponsorship (03-2331 2277) UTP Admission (05-368 8407 / 8156 / 8344 / 8359) 9.00 pagi 5.00 petang SELAMAT MAJU JAYA!

SENARAI SEMAK DOKUMEN


Nama Pemohon No K/P No Siri Borang Tarikh : : : :

SILA PASTIKAN KESEMUA DOKUMEN TELAH DISAHKAN SEBELUM DIHANTAR. Dokumen yang tidak lengkap akan menjejaskan permohonan pemohon dan tidak akan diproses.

Satu salinan Borang Permohonan Dalam talian yang telah disahkan

Satu salinan Kad Pengenalan Pemohon yang telah disahkan

Satu salinan Sijil Kelahiran Pemohon yang telah disahkan.

Satu salinan Keputusan Tingkatan 4 dan SPM 2009 yang telah disahkan. Satu salinan Sijil-sijil Kegiatan Kokurikulum dan lain-lain sijil yang berkaitan yang telah disahkan Satu salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kematian Bapa/ Penjaga yang telah disahkan.

Satu salinan Sijil Kelahiran Bapa/Penjaga yang telah disahkan.

Satu salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kematian Ibu yang telah disahkan.

Satu salinan Sijil Kelahiran Ibu yang telah disahkan.

Satu salinan terkini Slip Gaji / Borang J Bapa / Penjaga yang telah disahkan.

Satu salinan terkini Slip Gaji / Borang J Ibu yang telah disahkan.

** Sila semak dan tandakan ( ) bagi dokumen-dokumen yang disertakan.

Anda mungkin juga menyukai