Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN PENGAMBILAN PELAJAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM)


BANGUNAN UIC
40450 SHAH ALAM
SELANGOR
NO. TELEFON :
Talian 1 : 03-55443164
Talian 2 : 03-55443165
NO. FAKS : 03-55443170
E-MEL : bpp@salam.uitm.edu.my
http://istudent.uitm.edu.my/intake

SYARAT AM UNIVERSITI

Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja serta berumur tidak melebihi
35 tahun pada tarikh iklan dikeluarkan.
Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada 28 Jun 2011 pada atau selepas 28
Jun 1976.
Syarat Am
1.

Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia dengan
PNGK sekurang - sekurangnya 2.75;
atau

2.

Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan
diluluskan oleh Senat universiti.
dan

3.

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia
Kertas Julai;
dan

4.

Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik


kertas Julai;
dan

5.

Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)

6.

Lulus Temu duga dan diperaku oleh panel penemu duga.

Syarat Khas Program


1.

Pemohon perlu memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam
SYARAT KHAS PROGRAM dalam e-Panduan Permohonan Kemasukan ke IPTA di laman web
http://upu.mohe.gov.my

2.

Pemohon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan dengan bidang pengkhususan
yang dipohon akan diberi keutamaan.

3.

Semua program pengajian di UiTM dikhaskan untuk Bumiputera sahaja.

Syarat Tambahan
1.

Pemohon yang telah tamat pengajian dan telah mendapat pengesahan tempat pengajian
oleh senat Universiti pada 31 Disember 2010 sahaja yang akan dipertimbangkan.

2.

Sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti
program-program yang dirangka untuk kursus ini.

3.

Pemohon yang memohon bidang pengajian Sains Tulen/ Sains Teknikal atau Matematik
hendaklah menguasai Bahasa Inggeris dengan baik dalam aspek lisan dan penulisan.

4.

Sila semak laman web JPA :


http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainiktiraf.asp untuk
memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

5.

Pemohon wajib mencetak MAKLUMAT PERMOHONAN setelah mengemukakan permohonan/


pengemaskinian maklumat dan kemudian menghantar bersama-sama salinan dokumen
yang telah disahkan kepada semua IPTA pilihan selewat-lewatnya pada 18 Mac 2011 .
Salinan dokumen yang perlu disahkan dan dihantar adalah seperti berikut :o

Maklumat Permohonan (Cetak Pengesahan Permohonan)

Salinan Kad Pengenalan/MyKad Calon

Salinan Sijil Kelahiran Calon

Salinan Sijil Kelahiran Ibu dan Bapa (Calon UiTM sahaja)

Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan

Salinan Transkrip Akademik yang lengkap dan telah di sahkan oleh Senat.

Salinan sijil SPM

Ujian MEdSI dan Temu duga


1.

Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Diploma Pendidikan diwajibkan menduduki
ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.

2.

Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan
dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.

3.

Panggilan untuk ujian MEdSI boleh disemak mulai 22.04.2011 hingga 30.04.2011
melalui laman web http://www.mpm.edu.my.

4.

Panggilan temu duga boleh disemak mulai 13.05.2011 hingga 18.05.2011 melalui
laman web http://upu.mohe.gov.my

5.

Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan
pemohon.

PANDUAN UJIAN MEdSI


1. SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis
Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 22 April 2011.
2.

Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 30 April 2011.

3.

NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa
mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian.

4.

TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI.

5.

Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN


PENDIDIKAN ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara
Aplikasi Dalam Talian.

6.

Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP
PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI
GURU.

7.

Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1
JAM 10 MINIT.

8.

Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4)
Bahagian.

9.

Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi alamat dan talian seperti berikut:


PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
ARAS 1, BLOK E9, PARCEL, PRESINT 1
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62505 PUTRAJAYA
No. Tel: 03-88835801/5802
No. Faks: 03-88894260
E-Mel: upu@mohe.gov.my

Catatan:-

* Kementerian Pelajaran Malaysia akan menaja yuran pengajian serta


elaun bagi pemohon yang layak dan terpilih untuk mengikuti Program
Diploma Pendidikan di IPTA.

* Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh
pendaftaran di IPTA adalah dianggap tidak berjaya.

CARA MEMOHON:
PERMOHONAN ONLINE dibuka mulai 28 FEBRUARI 2011 (ISNIN)
jam 12.00 TENGAH HARI di Laman Web Kemasukan ke IPTA (Unit
Pusat Universiti - UPU) : http://upu.mohe.gov.my
PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID MELALUI BANK SIMPANAN
NASIONAL (BSN)
Bayaran boleh dibuat di Kaunter BSN atau Mesin ATM BSN /
Perbankan SMS BSN (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) dengan
harga RM20.60 (termasuk RM0.60 bayaran perkhidmatan bank)
NO. AKAUN UPU : 14100-29-83030691-5
Jika melalui mesin ATM BSN - Pilih URUSAN LAIN > NO. PIN >
IPTA > DIPLOMA PENDIDIKAN dan masukkan No. Kad Pengenalan
anda atau pemohon lain. Boleh juga membeli No. Pin pemohon
lain menggunakan Kad ATM anda.
Pemohon juga boleh membeli No. Pin melalui Perbankan Internet
BSN : http://www.mybsn.com.my/ - Pin Purchase > UPU >
Diploma Pendidikan
Nota: Sila simpan slip pembayaran untuk rujukan dan sebagai
bukti sah pembelian.
TEMPOH PERMOHONAN & PEMBELIAN NO. UNIK ID (PIN) : 28
FEBRUARI 14 MAC 2011
TARIKH TUTUP PERMOHONAN ON-LINE : 14 MAC 2011
TARIKH TUTUP MENGHANTAR SALINAN DOKUMEN KE IPTA : 18
MAC 2011

APLIKASI PERMOHONAN ON-LINE:


https://online.mohe.gov.my/upu/online1112/allstpm/index_dp.
html
MUAT TURUN IKLAN:

http://www.ziddu.com/download/13984674/DiplomaPendidikan
LepasanIjazahDPLIAmbilanJulai2011.pdf.html

Anda mungkin juga menyukai