Anda di halaman 1dari 15

1

GARIS PANDUAN PERMOHONAN BIASISWA


UNTUK PERINGKAT IJAZAH LANJUTAN (SARJANA DAN PROFESIONAL)
DI DALAM DAN LUAR NEGARA BAGI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) 2014

(Hendaklah dibaca sebelum mengisi borang permohonan)

1. PENDAHULUAN

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyediakan kemudahan biasiswa kepada bekas pelajar-
pelajar tajaan JPA / Majlis Raja-Raja yang memenuhi syarat-syarat dan kriteria permohonan yang
telah ditetapkan untuk mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Profesional di dalam dan luar
negara.

2. SYARAT-SYARAT DAN KRITERIA PERMOHONAN

2.1 SYARAT UMUM

2.1.1 Pelajar telah ditaja oleh JPA/ Majlis Raja-Raja di dalam Skim Biasiswa semasa
mengikuti pengajian pada peringkat Ijazah Pertama.

2.1.2 Pelajar perlu mengemukakan permohonan dalam tempoh setahun sebaik sahaja
menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Pertama di mana ianya bertujuan
memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan tempat pengajian pada
peringkat Sarjana atau Profesional.

2.1.3 Pelajar mestilah telah menamatkan pengajian dalam masa yang ditetapkan dan
tidak pernah membuat sebarang pelanjutan bagi pengajian semasa di peringkat
ijazah pertamanya.

2.1.4 Program Ijazah Sarjana yang dipohon bukanlah program yang dinilai taraf setaraf
Ijazah Sarjanamuda bagi tujuan pelantikan ke dalam perkhidmatan awam. Sebagai
contoh, Kerajaan telah menetapkan bahawa kelayakan Master of Engineering
(M.Eng) dari universiti-universiti di United Kingdom hanya boleh digunakan untuk
tujuan pelantikan ke jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat
Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan.


2.2 SYARAT KHUSUS

2.2.1 SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

1) Penajaan yang diberikan di bawah PPC ini adalah bagi mereka yang akan
mengikuti pengajian siswazah di dalam bidang berikut sahaja:

i) bidang Sains dan Teknologi (selain dari bidang perubatan, pergigian,
farmasi);
ii) bidang Sains Sosial dan Sastera; dan
iii) bidang Profesional (ACCA/CIMA).

2) Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah seperti berikut:
2

i) semua bidang yang berkaitan dengan pendidikan; dan
ii) penerbangan / penyelenggaraan pesawat.

3) Kelayakan akademik adalah seperti berikut:

i) Pelajar perlu memperolehi Kelas Pertama (tercatat pada Skrol Ijazah
atau dokumen lain yang membuktikan Kelas Pertama tersebut) atau
CGPA 3.75 ke atas atau setaraf dengannya pada peringkat Ijazah
Pertama.

ii) Bagi negara United Kingdom, Australia, New Zealand dan Jepun, PNGK
minimum adalah seperti berikut:

UNITED KINGDOM
AUSTRALIA / NEW
ZEALAND
JEPUN
Kelas Pertama
(70% & ke atas)
85% HD & D
85% A+B
(50%A)

2.2.2 UNIVERSITI
1) Bagi pengajian di dalam negara, penajaan akan dipertimbangkan kepada
pemohon yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan dan mendapat
tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) (kecuali Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI)) dan Intitusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
terpilih (seperti di Lampiran A) serta bidang pengajiannya diiktiraf oleh
Kerajaan Malaysia.

2) Bagi pengajian di luar negara pula, penajaan akan diberikan kepada pemohon
yang melepasi syarat akademik yang ditetapkan serta berjaya mendapatkan
tempat dalam kelompok 20 universiti terbaik dunia berdasarkan The Times
Higher Education (THE) mengikut bidang pengajian yang ditetapkan
seperti di Lampiran B.

3) Walau bagaimanapun, disebabkan terlalu sedikit universiti non-English
speaking countries (Jepun, Korea, Jerman dan Perancis) yang tersenarai di
dalam THE, maka satu senarai universiti terbaik bagi setiap negara tersebut
telah dikenal pasti sebagai panduan pemilihan institusi pengajian pelajar.
Senarai universiti tersebut adalah seperti di Lampiran C.

4) Bagi bidang-bidang professional, pelajar-pelajar perlu menyemak senarai
kelayakan dengan Badan-badan Profesional Malaysia seperti senarai berikut
tertakluk kepada institusi pengajian yang dinyatakan di atas:






3

Bil. Badan Profesional Malaysia
1 Lembaga Arkitek Malaysia
2 Lembaga Juru ukur Tanah
3 Lembaga Jurutera Malaysia
4 Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah
5 Institut Akauntan Malaysia
6 Lembaga Perancang Bandar Malaysia
7 Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
8 Lembaga Kelayakan Profesyen Undang-undang Malaysia
9 Majlis Veterinar Malaysia


2.3 SYARAT-SYARAT LAIN

2.3.1 Senarai universiti yang dilampirkan di Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C
adalah masih tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
2.3.2 Setiap pemohon perlulah merujuk kepada Jabatan ini terlebih dahulu bagi
memastikan bidang dan tempat pengajian yang dipohon telah mendapat
pengiktirafan dari Kerajaan Malaysia.
2.3.3 Pelajar yang mengikuti pengajian Ijazah Pertama di universiti dalam dan luar
negara dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran di luar negara akan
dikehendaki menghadiri program Student Assessment Center (SAC) dan
temuduga.
2.3.4 Syarat-syarat lain tertakluk kepada dasar sedia ada yang berkuatkuasa termasuk
syarat-syarat tawaran penajaan.

3. MAKLUMAT PERMOHONAN

3.1 Tarikh Permohonan Dibuka/ Ditutup

Permohonan bagi sesi 1/2014 akan dibuka pada 10 Julai 2014 (jam 5.00 petang) dan
ditutup pada 15 Julai 2014 (12.00 tengah malam).

3.2 Cara Membuat Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara online di Portal JPA di www.jpa.gov.my atau di
Portal eSILA http://esilav2.jpa.gov.my dan disusuli dengan penghantaran dokumen-
dokumen sokongan.




4
3.3 Penghantaran Dokumen-Dokumen Sokongan

Penghantaran dokumen-dokumen sokongan (hardcopy) hendaklah sampai ke JPA
selewat-lewatnya 18 Julai 2014. KECUALI bagi pelajar yang ingin mengikuti pengajian
sarjana/kedoktoran di luar negara, dokumen-dokumen sokongan boleh diserahkan semasa
menghadiri program Student Assessment Center (SAC) dan temu duga.

3.4 Tarikh Program Student Assessment Center (SAC) dan Temu Duga

Program Student Assessment Center (SAC) dan Temu Duga bagi pelajar yang ingin
mengikuti pengajian di luar negara dan akan melanjutkan pengajian sarjana/kedoktoran
dijangka akan diadakan pada 21 dan 22 Julai 2014.

3.5 Dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan perlu dihantar kepada JPA setelah
permohonan secara online dilengkapkan:
i) Salinan kad pengenalan;
ii) Semua salinan transkrip peperiksaan di peringkat Ijazah Pertama dan Skrol Ijazah;
iii) Plan of study;
iv) Salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/ institusi untuk pengajian peringkat
Sarjana (Unconditional Offer);
v) Sekiranya tawaran kemasukan adalah Conditional Offer, ia mestilah di atas sebab
pengesahan sumber kewangan sahaja;
v) Dokumen lain bagi pembuktian keputusan Kelas Pertama (sekiranya tiada catatan di
atas Skrol Ijazah)

Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan
Profesional, atau Ketua Kampung / Penghulu. Bagi pelajar yang telah berada di luar
negara pengesahan boleh juga dibuat oleh Pegawai Kedutaan Besar Malaysia / Pegawai
Penasihat Latihan / Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia yang juga dalam Kumpulan
Pengurusan dan Profesional.

3.6 Dokumen yang telah lengkap hendaklah dialamatkan kepada:

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Unit Pengurusan Penawaran Sebelum Perkhidmatan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

Sila catatkan Dokumen PPC di bahagian atas sebelah kiri sampul surat.

4. HAK JPA

4.1 Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada serta
perubahan dasar kerajaan dari semasa ke semasa. Oleh itu, JPA tidak terikat untuk
meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun pemohonan tersebut
memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

5
4.2 JPA berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada kemudahan biasiswa yang
disediakan pada bila-bila masa termasuk syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan
sebarang notis pemberitahuan terlebih dahulu.

4.3 JPA berhak menarik balik tawaran biasiswa sekiranya didapati perlu, tanpa perlu memberi
sebarang notis terlebih dahulu.

5. MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai program penajaan, sila tuliskan ke alamat berikut :-

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Unit Pengurusan Penawaran Sebelum Perkhidmatan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

Tel. : 03-8885 3564
Faks. : 03-8889 2170
E-mel : penawaranlsp@jpa.gov.my


















6
LAMPIRAN A



Senarai Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Bagi Program Pelajar Cemerlang


Universiti Government Link Company (GLC):

i) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
ii) Universiti Multimedia (MMU)
iii) Universiti Teknologi Petronas (UTP)


Kampus Cawangan Universiti Luar Negara Di Malaysia:

i) University of Nottingham
ii) Monash University
iii) Swinburne University of Technology
iv) Curtin University of Technology
























7


LAMPIRAN B

SENARAI UNIVERSITI MENGIKUT BIDANG
DIBAWAH TIMES HIGHER EDUCATION TAHUN 2013/2014 BAGI PROGRAM
PELAJAR CEMERLANG 2014

1. KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI Aerospace (selain penerbangan) /
sustainable energy / software design / robotik / kejuruteraan & pembuatan /
teknologi hijau
BIL. INSTITUSI NEGARA
1 Massachusetts Institute of Technology (MIT) Amerika Syarikat
2 Stanford University Amerika Syarikat
3 University of California, Berkeley Amerika Syarikat
4 California Institute of Technology (Caltech) Amerika Syarikat
5 Princeton University Amerika Syarikat
5 University of Cambridge United Kingdom
7 University of Oxford United Kingdom
8
ETH Zrich Swiss Federal Institute of
Technology Zrich Switzerland
9 Imperial College London United Kingdom
10 University of California, Los Angeles (UCLA) Amerika Syarikat
11
Georgia Institute of Technology (Georgia
Tech) Amerika Syarikat
12 Carnegie Mellon University Amerika Syarikat
13 National University of Singapore (NUS) Singapore
14 University of Texas at Austin Amerika Syarikat
15 cole Polytechnique Fdrale de Lausanne Switzerland
16 University of Michigan Amerika Syarikat
17 Cornell University Amerika Syarikat
18 University of Illinois at Urbana Champaign Amerika Syarikat
19 Northwestern University Amerika Syarikat
20 University of California, Santa Barbara Amerika Syarikat



8

2. SAIN HAYAT - Berkaitan pertanian / biologi / zoologi / sains tani / sains makanan
/bioteknologi / marin / perhutanan

BIL. INSTITUSI NEGARA
1 Harvard University Amerika Syarikat
2 Massachusetts Institute of Technology (MIT) Amerika Syarikat
3 University of Oxford United Kingdom
4 University of Cambridge United Kingdom
5 Stanford University Amerika Syarikat
6 University of California, Berkeley Amerika Syarikat
7 California Institute of Technology (Caltech) Amerika Syarikat
8 Princeton University Amerika Syarikat
9 Yale University Amerika Syarikat
10 Imperial College London United Kingdom
11 Johns Hopkins University Amerika Syarikat
12 University of California, Los Angeles (UCLA) Amerika Syarikat
13 Columbia University Amerika Syarikat
14 Cornell University Amerika Syarikat
15
ETH Zrich Swiss Federal Institute of
Technology Zrich Switzerland
16 Duke University Amerika Syarikat
17 University of California, San Diego Amerika Syarikat
18 University of California, Davis Amerika Syarikat
19 University College London (UCL) United Kingdom
20 University of Chicago Amerika Syarikat






9

3. SAINS FIZIKAL - Sains tulen (selain biologi) fizik / kimia / matematik /
Statistik / Sains computer / sains aktuari / astronomi

BIL. INSTITUSI NEGARA
1 California Institute of Technology (Caltech) Amerika Syarikat
2 Princeton University Amerika Syarikat
3 Massachusetts Institute of Technology (MIT) Amerika Syarikat
4 Harvard University Amerika Syarikat
5 University of California, Berkeley Amerika Syarikat
6 Stanford University Amerika Syarikat
7 University of Cambridge United Kingdom
8 University of Oxford United Kingdom
9 University of California, Los Angeles (UCLA) Amerika Syarikat
10 University of Chicago Amerika Syarikat
11 Yale University Amerika Syarikat
12
ETH Zrich Swiss Federal Institute of
Technology Zrich Switzerland
13 Imperial College London United Kingdom
14 Columbia University Amerika Syarikat
15 Cornell University Amerika Syarikat
16 The University of Tokyo Japan
17 University of Toronto Canada
18 University of Washington Amerika Syarikat
19 Ludwig-Maximilians-Universitt Mnchen Germany
20 University of California, Santa Barbara Amerika Syarikat





10
4. SAINS SOSIAL - Perniagaan / ekonomi / komunikasi / geografi / undang-
undang /Hubungan Antarabangsa / psikologi / kulinari / fesyen & design
BIL. INSTITUSI NEGARA
1 Stanford University Amerika Syarikat
2 Massachusetts Institute of Technology (MIT) Amerika Syarikat
3 University of Oxford United Kingdom
4 Harvard University Amerika Syarikat
4 Princeton University Amerika Syarikat
6 University of Chicago Amerika Syarikat
6 Yale University Amerika Syarikat
8 University of Cambridge United Kingdom
9
University of California, Berkeley Amerika Syarikat
10 University of California, Los Angeles (UCLA) Amerika Syarikat
11 University of Pennsylvania Amerika Syarikat
12 University of Michigan Amerika Syarikat
13
London School of Economics and Political
Science (LSE) United Kingdom
14 New York University (NYU) Amerika Syarikat
15 Columbia University Amerika Syarikat
16 University College London (UCL) United Kingdom
17 Northwestern University Amerika Syarikat
18 University of Wisconsin-Madison Amerika Syarikat
19 University of Toronto Canada
20 University of British Columbia Canada











11
5. SASTERA DAN KEMANUSIAAN Contoh: Teori Politik/ Hospitaliti/
Antrapologi/linguistic/Muzik
BIL. INSTITUSI NEGARA
1 Stanford University Amerika Syarikat
2 Harvard University Amerika Syarikat
3 University of Oxford United Kingdom
3 University of Cambridge United Kingdom
5 University of Chicago Amerika Syarikat
6 University of California, Berkeley Amerika Syarikat
7 Princeton University Amerika Syarikat
8 Yale University Amerika Syarikat
9 University of California, Los Angeles (UCLA) Amerika Syarikat
10 Columbia University Amerika Syarikat
11 University College London (UCL) United Kingdom
12 University of Toronto Canada
13 University of Melbourne Australia
14 University of Michigan Amerika Syarikat
15 Australian National University Australia
16 University of Edinburgh United Kingdom
17 New York University (NYU) Amerika Syarikat
18 University of Pennsylvania Amerika Syarikat
19 King's College London United Kingdom
20 University of Sydney Australia













12
LAMPIRAN C

SENARAI UNIVERSITI BAGI NON-SPEAKING ENGLISH COUNTRY BAGI
NEGARA JEPUN, JERMAN, KOREA DAN PERANCIS


1. NEGARA : JEPUN

a) SENARAI UNIVERSITI DI BAWAH PROJEK GLOBAL 30

BIL INSTUTUSI
1 Tohoku University
2 University of Tsukuba
3 The University of Tokyo
4 Nagoya University
5 Kyoto University
6 Osaka University
7 Kyushu University
8 Keio University
9 Sophia University
10 Meiji University
11 Waseda University
12 Doshisha University
13 Ritsumeikan University
b)
b) ASAHI SHIMBUN PUBLICATIONS

BIL INSTUTUSI
1 Tokyo Institute of Technology
2 Osaka Prefecture University
3 Kobe University
4 Tokyo University of Science
5 Hokkaido University
6 Ochanomizu University
7 Yokohama National University
8 Chiba University
9 Hiroshima University
10 Osaka City University





13

2. NEGARA: JERMAN

a) CLASSIC/TECHNICAL UNIVERSITY
BIL INSTUTUSI
1 Karlsruhe Institute of Technology, Karlsruhe
2
Technische Universitaet Carolo-Wilhemina zu Braunschweig,
Braunschweig,
3 Universitaet der Bundeswehr Muenchen, Munich
4 Technische Universitaet Damstads, Damstadt
5 Technische Universitaet Dresden, Dresden
6 Rheinisch-Westfaelische Technische Hochschule Aachen, Aachen
7 Brandenburg University of Technology, Cottbus
8 Gottfried Wilhelm Leibniz Universitaet, Hannover
9 Technische Universitaet Muenchen, Munich
10 Universitaet Bremen, Bremen
11 Technische Universitaet Chemnitz, Chemnitz
12 Otto-von-Guericke-Universitaet Magdeburg, Magdeburg
13 Technische Universitaet Clausthal, Clausthal
14 Technische Universitaet Bergakademie Freiberg, Freiberg
15 Technische Universitaet Ilmenau, Ilmenau


b) UNIVERSITY OF APPLIED SCIENCES
BIL INSTUTUSI
1 Hochschule Karlsruhe, Karlsruhe
2 Hochschule Deggendorf, Deggendorf
3
Hochschule Aschaffenburg, Aschaffenburg
4
Hochschule Ingolstadt, Ingolstadt
5 Hochschule Ulm, Ulm
6 Hochschule fuer Technik und Wirtschaft Dresden, Dresden
7 Fachhochschule Bingen, Bingen
8 Hochschule Esslingen, Esslingen
9 Hochschule Ravensburg-Weingarten, Weingarten
10 Hochschule Mannheim, Mannheim
11
Hochschule Amberg-Weiden - Hochschule fuer angewandte
Wissenschaften, Amberg-Weiden
12
Hochschule fuer Technik,Wirtschaft und Informatik Heilbronn,
Heilbronn
13 Hochschule Offenburg, Offenburg
14 Hochschule Merseburg, Merseburg
15 Hochschule Bochum, Bochum

14

3. NEGARA : KOREA

BIL INSTUTUSI
1 Seoul National University
2 Korea Advanced Institute of Science & Technology
3 Pohang University of Science & Technology
4 Yonsei University
5 Korea University
6 Sungkyunkwan University
7 Hanyang University
8 Ewha Womens University
9 Kyung Hee University
10 Sogang University



































15

NEGARA : PERANCIS

Senarai universiti dengan syarat untuk kemasukan/permohonan adalah
Baccalaurat.

BIL INSTITUSI
1 INSA LYON
2 Universit Technology Compigne (UTC)
3 INSA Toulouse
4 INSA Rouen
5 ECE Paris
6 CPE Lyon
7 ESIEE Paris, Marne la Valle
8 ECAM Lyon
9 INSA Rennes
10 ICAM Lille-Nantes-Toulouse

Senarai universiti dengan syarat untuk kemasukan/permohonan adalah
Baccalaurat+2.

BIL INSTITUSI
1 cole Polytechnique - Palaiseau
2 cole Centrale - Paris
3 cole des Mines - Paris
4 coles des Ponts - Marne la Valle
5 Suplec - Gif sur Yvette
6 Tlcom ParisTech
7 cole Centrale - Lyon
8 ISAE Toulouse (ex Supaero+Ensica)
9 AgroParisTech
10 Arts et Mtier Paristech

Anda mungkin juga menyukai