Anda di halaman 1dari 2

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SEBAGAI PEMBANTU PENGAWAS PEPERIKSAAN

1. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat seperti di bawah:

 Warganegara Malaysia.
 Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas tetapi tidak melebihi 30 tahun pada tarikh
permohonan dibuat. Pemohon yang belum mencapai umur 18 tahun hendaklah mendapat
kebenaran ibu/ bapa atau penjaga.
 Sihat tubuh badan.
 Sekurang-kurangnya telah tamat Tingkatan 5 atau mempunyai SPM atau setaraf dengannya.
 Pelajar UMK/ Bekas Pelajar UMK/ Staf Akademik & Pentadbiran UMK tidak dibenarkan
memohon.
 Calon-calon hendaklah komited dengan bidang tugas sebagai Pembantu Pengawas
Peperiksaan.
 Pihak UMK boleh menamatkan tempoh perkhidmatan Pembantu Pengawas pada bila-bila masa,
jika didapati melanggar etika dan peraturan yang ditetapkan.

2. Tempoh diperlukan adalah bermula 01 Februari 2023 sehingga 28 Februari 2023.

3. Kadar bayaran adalah sebanyak RM54.00 sehari/ RM6.00 sejam (melaksanakan tugas selama
sembilan 9 jam sehari termasuk waktu rehat dengan ditetapkan waktu masuk dan waktu balik
oleh Ketua Jabatan).

4. Tiada bayaran bagi cuti mingguan, cuti kelepasan am, hari yang tidak hadir bertugas dan hari
yang tidak dijadualkan bertugas.

5. Borang permohonan yang disenarai pendek akan dihubungi.

6. Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang tinggal berdekatan dengan Universiti Malaysia
Kelantan Kampus Kota/ Kampus Bachok/ Kampus Jeli dan mempunyai kenderaan sendiri (sila
lampirkan salinan lesen memandu yang sah).

7. Pemohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 19 Januari 2023 adalah
dianggap tidak terpilih.
CARA MEMOHON

1. Borang permohonan seperti dilampirkan di sini (sila klik)


2. Semua permohonan boleh dibuat dengan menghantar borang yang telah lengkap diisi mengikut
kampus yang dipohon seperti alamat di bawah:

Kampus Kota/ Bachok


Bahagian Pentadbiran Akademik
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Aras 2, Kompleks Akademik
Dewan Tuanku Canselor
Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Peperiksaan)
Tel : 09-779 7609/ 7613

Kampus Jeli
Pusat Pentadbiran Kampus Jeli
Universiti Malaysia Kelantan
Kampus Jeli
17600 Jeli
Kelantan Darul Naim
(U/P: Unit Akademik)
Tel : 09-9477000

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

15 Januari 2023

Anda mungkin juga menyukai