Anda di halaman 1dari 8

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

BAHAGIAN MATRIKULASI
PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SISTEM DUA SEMESTER TAHUN SESI 2020/ 2021

1.0 PENDAHULUAN

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) mengucapkan


tahniah atas kejayaan saudara kerana berjaya dipilih mengikuti Program
Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sistem Dua Semester bagi
sesi 2020/ 2021.

Semua maklumat di bawah bertujuan membantu saudara membuat persediaan


sebelum mendaftar. Maklumat ini hanya kepada pelajar yang ditawarkan tempat
di kolej matrikulasi KPM sahaja. Sila baca dengan teliti dan ikut arahan yang
diberikan.

2.0 PROSEDUR TERIMA TAWARAN

2.1 Membayar yuran seperti yang ditetapkan di mana-mana kaunter cawangan


Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Pengarah Kolej Matrikulasi
saudara ditawarkan.
2.2 Membuka akaun dan membuat kad ATM berikut untuk tujuan pembayaran
Bantuan Sara Hidup Pelajar (jika layak):
i. Bank Simpanan Nasional jika saudara ditempatkan di salah satu kolej
berikut:
 Kolej Matrikulasi Perak
 Kolej Matrikulasi Pahang
 Kolej Matrikulasi Selangor
 Kolej Matrikulasi Sarawak
 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor

ii. Bank Rakyat jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
 Kolej Matrikulasi Melaka
 Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
 Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
 Kolej Matrikulasi Perlis
 Kolej Matrikulasi Labuan
 Kolej Matrikulasi Johor
 Kolej Matrikulasi Kedah
 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah
iii. Bank Islam jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
 Kolej Matrikulasi Kelantan
 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang

iv. Bank CIMB jika saudara ditempatkan di salah satu kolej berikut:
 Kolej MARA Kulim
 Kolej MARA Kuala Nerang
Sekiranya saudara telah mempunyai akaun di bank berkenaan, sila
pastikan akaun tersebut masih aktif dan hanya ada nama saudara sahaja
(bukan akaun bersama).
2.3 Menyediakan dan melengkapkan semua Dokumen Peribadi Pelajar
yang mengandungi:
2.3.1 BMKPM/02/03 (Dokumen Peribadi Pelajar)
2.3.2 BMKPM/02 – Pin 3 (Maklumat Pelajar)
2.3.3 BMKPM/02/01 – Pin 3 (Akuan Persetujuan Ibubapa/ Penjaga &
Kesihatan Pelajar)
2.3.4 BMKPM/02/02 (Pengakuan Bebas Penyalahgunaan Dadah)
2.4 Menyediakan keperluan peribadi pelajar (SILA RUJUK LAMPIRAN 1).
2.5 Mengesahkan pendaftaran di kolej yang telah ditetapkan pada tarikh yang
tertera pada surat tawaran.

3.0 YURAN

3.1 Pembayaran yuran hendaklah dibuat di mana-mana kaunter cawangan


Bank Simpanan Nasional (BSN) sebaik-baiknya sebelum 3 Ogos 2020
dengan menyertakan bersama-sama surat tawaran untuk pengesahan
tawaran dan nombor akaun kolej penempatan atau saudara boleh
berurusan terus dengan pihak kolej untuk sebarang isu berkaitan.

* Bayaran yuran secara tunai atau cek peribadi atau perbankan dalam
talian tidak diterima semasa pendaftaran di kolej.

3.2 Bagi pelajar yang ditawarkan di Kolej MARA Kuala Nerang dan Kolej
MARA Kulim, saudara boleh melayari
http://apponline.mara.gov.my/upimonline/ atau terus berurusan dengan
kolej berkaitan bagi proses pendaftaran dan pembayaran yuran.

3.3 Jumlah yuran yang perlu dibayar sepanjang tempoh pengajian ialah:
Jurusan Jumlah
Sains Sistem RM 599.60 (Semua kolej matrikulasi KECUALI
Dua Semester (Kolej MARA Kulim – RM920.00)
Kejuruteraan RM 599.60
RM 546.60 (Kolej MARA Kuala Nerang –
Perakaunan
RM920.00)

Perakaunan Semester 1: RM1,146.60


Profesional Semester 2: RM1,690.00

2
Bagi Jurusan Perakaunan Profesional hanya yuran semester satu sahaja
yang perlu dibayar dahulu sebelum pendaftaran.

4.0 PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN

4.1 Pendaftaran pelajar baharu secara dalam talian dilaksanakan bagi


melancarkan dan mempercepatkan proses pendaftaran di Kolej
Matrikulasi. Pendaftaran calon jaya Program Matrikulasi KPM sesi
2020/2021 dijalankan secara dalam talian mulai jam 12:00 tengahari,
15 Julai 2020 hingga jam 11:59 malam, 24 Julai 2020.

4.2 Kaedah pendaftaran secara dalam talian Program Matrikulasi KPM

1. Membuat bayaran yuran di Bank Simpanan Nasional (BSN)


2. Layari laman sesawang kolej matrikulasi yang ditawarkan kepada
saudara untuk proses pendaftaran seterusnya.

4.3 Berikut adalah laman sesawang pendaftaran secara dalam talian


mengikut kolej matrikulasi:

1. Kolej Matrikulasi Melaka


http://mis.kmm.matrik.edu.my/online

2. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan


http://mis.kmns.matrik.edu.my/online

3. Kolej Matrikulasi Pulau Pinang


http://mis.kmpp.matrik.edu.my/online

4. Kolej Matrikulasi Perlis


http://mis.kmp.matrik.edu.my/online

5. Kolej Matrikulasi Labuan


http://mis.kml.matrik.edu.my/online

6. Kolej Matrikulasi Johor


http://mis.kmj.matrik.edu.my/online

7. Kolej Matrikulasi Perak


http://mis.kmpk.matrik.edu.my/online

8. Kolej Matrikulasi Kedah


http://mis.kmk.matrik.edu.my/online

9. Kolej Matrikulasi Pahang


http://mis.kmph.matrik.edu.my/online

10. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah


http://mis.kmkk.matrik.edu.my/online

3
11. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang
http://mis.kmkph.matrik.edu.my/online

12. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor


http://mis.kmkj.matrik.edu.my/online

13. Kolej Matrikulasi Selangor


http://mis.kms.matrik.edu.my/online

14. Kolej Matrikulasi Sarawak


http://mis.kmsw.matrik.edu.my/online

15. Kolej Matrikulasi Kelantan


http://ematris.matrik.edu.my/eStudent/login

16. Kolej MARA Kulim & Kolej MARA Kuala Nerang


http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

5.0 TATACARA PENDAFTARAN DI KOLEJ

5.1 Saudara dikehendaki mendaftar pada tarikh yang tertera pada surat
tawaran. Sekiranya saudara tidak mendaftar pada tarikh dan masa
yang ditetapkan tanpa kebenaran pihak kolej berkenaan, saudara
dianggap menolak tawaran ini.

5.2 Sila pastikan dokumen dan borang berikut dibawa bersama-sama pada
hari pendaftaran.

a. Salinan ASAL slip pembayaran yuran BSN (1 salinan)

b. Salinan buku akaun bank (muka surat yang (1 salinan)


tercatat nombor akaun SAHAJA) bagi tujuan
pembayaran Bantuan Sara Hidup Pelajar
(jika layak)
c. Surat tawaran yang dimuat turun dan (2 salinan)
dicetak

d. Maklumat Pelajar yang dimuat turun, (1 salinan)


dicetak dan lengkap diisi
e. Dokumen Perjanjian Pengambilan dan (2 salinan)
Pembiayaan (PPM/BM.1/99-Pin-3) yang
dimuat turun, dicetak dan diisi (rujuk
panduan)
f. Setem hasil RM 10.00 (2 keping)

g. Gambar berwarna berukuran pasport (4 keping)

4
6.0 PENAMPILAN DIRI SEMASA PENDAFTARAN/ KULIAH/ TUTORAN/ AMALI/
BENGKEL/ ACARA RASMI KOLEJ

6.1 Pelajar Lelaki


a. Dikehendaki memakai kemeja berlengan panjang, bertali leher dan
berseluar panjang (slack). Tali pinggang yang lebarnya tidak melebihi 3
sm.
b. Rambut pendek dan kemas
c. Seluar jeans tidak dibenarkan.
d. Berkasut kulit / PVC.

6.2 Pelajar Perempuan


a. Baju kurung/ kemeja labuh berlengan panjang.
b. Seluar jeans, baju-T dan Skirt pendek tidak dibenarkan.
c. Berkasut kulit / PVC bertutup.

7.0 MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU

Minggu Pengurusan Pelajar Baharu (MPPB) bermula pada hari pendaftaran.


Semua pelajar diwajibkan mengikuti aktiviti MPPB. Makan minum tidak
disediakan tetapi dijual di kafeteria kolej kediaman. Setiap pelajar perlu
mematuhi Standard Operating Procedure(SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan
semasa pendaftaran. Konsep penjarakan sosial perlu diteruskan sepanjang
masa

8.0 URUSAN PENGANGKUTAN SEMASA PENDAFTARAN

Saudara perlu mengurus sendiri pengangkutan ke kolej matrikulasi yang


ditawarkan. Pelajar disarankan agar tidak menggunakan pengangkutan awam.
Sekiranya perlu menggunakan pengangkutan awam, pelajar perlu mematuhi
tatacara yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan
tatacara penggunaan kenderaan awam.

9.0 BANTUAN KEWANGAN

8.1 Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian


Pendidikan Malaysia.
8.2 Bantuan Sara Hidup Pelajar sebanyak RM1,250.00 satu semester atau
sejumlah yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh kerajaan bagi
pelajar yang layak.

10.0 PENUTUP

Bahagian Matrikulasi mengucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang


tepat untuk mengikuti Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sila layari laman sesawang kolej yang ditawarkan untuk mendapatkan
maklumat lanjut mengenai proses pendaftaran dan lain-lain.

5
LAMPIRAN 1
KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)
Pelajar Lelaki
1. Kemeja berlengan panjang 3 helai
2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai
3. Tali leher 1 helai
4. Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang
5. Songkok (hitam sahaja - Pelajar Islam) 1 buah
6. Pakaian Solat (Pelajar Islam) 2 pasang
7. Baju-T berkolar 3 helai
8. Selimut 1 helai
9. Kasut kulit/ PVC (bertutup) 1 pasang
10. Kasut sukan 1 pasang
11. Sarung kaki 3 pasang
12. Seluar sukan (track bottom) 2 helai
13. Bantal dan cadar
14. Face mask (minimum 3 lapisan)
15. Hand Sanitizer
16. Keperluan peribadi yang lain
Pelajar Perempuan
1. Baju kurung (Pelajar Islam, pelajar bukan Islam 3 helai
digalakkan)/ Kemeja labuh lengan panjang
2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 3 helai
3. Tudung (Pelajar Islam) 1 helai
4. Pakaian Solat (Pelajar Islam) 1 pasang
5. Baju-T berkolar dan berlengan panjang 3 helai
6. Selimut 1 helai
7. Kasut kulit/ PVC (bertutup) 1 pasang
8. Kasut sukan 1 pasang
9. Sarung kaki 3 pasang
10. Seluar sukan (track bottom) 2 helai
11. Bantal dan cadar
12. Face mask (minimum 3 lapisan)
13. Hand Sanitizer
14. Keperluan peribadi yang lain

Perincian etika pakaian pelajar Program Matrikulasi KPM, sila muat turun Buku Peraturan
Pelajar Program Matrikulasi KPM

6
SENARAI KOLEJ MATRIKULASI KPM

Institusi / Alamat Telefon / Faks E-mel / Laman Web

Kolej Matrikulasi Melaka Tel:06-3832000 E-mel:kmm[@]kmm.matrik.edu.my


Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:06-3847190 Laman Web:
78300 Masjid Tanah, Melaka. http://www.kmm.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Negeri Tel:06-4841825 E-mel:info[@]kmns.matrik.edu.my


Sembilan Faks:06-4841821 Laman Web:
Kementerian Pendidikan Malaysia, http://www.kmns.matrik.edu.my
72000 Kuala Pilah, Negeri
Sembilan.

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang Tel:04-5756090 E-mel:info[@]kmpp.matrik.edu.my


Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:04-5757389 Laman Web:
13200 Kepala Batas, Pulau Pinang. http://www.kmpp.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Perlis Tel:04-9868613, E-mel:info[@]kmp.matrik.edu.my


Kementerian Pendidikan Malaysia, 04-9868614, Laman Web:
02600 Arau, Perlis. 04-9868615, http://www.kmp.matrik.edu.my
04-9868616
Faks:04-9868542,
04-9868543

Kolej Matrikulasi Labuan Tel:087-465311, E-mel:


Kementerian Pendidikan Malaysia, 087-465314 adminkml[@]kml.matrik.edu.my
Jalan OKK Daud, Merinding, Faks:087-466500 Laman Web:
Peti Surat 81735, http://www.kml.matrik.edu.my
87027 Wilayah Persekutuan
Labuan.

Kolej Matrikulasi Johor Tel:06-9781613 E-mel:info.kmj[@]kmj.matrik.edu.my


Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:06-9781595 Laman Web:
Jalan Payamas, http://www.kmj.matrik.edu.my
84900 Tangkak, Ledang, Johor.

Kolej Matrikulasi Perak Tel:05-3594449, E-mel:info[@]kmpk.matrik.edu.my


Kementerian Pendidikan Malaysia, 05-3594600 Laman Web:
31600 Gopeng, Perak. Faks:05-3594412, http://www.kmpk.matrik.edu.my
05-3594413

Kolej Matrikulasi Kedah Tel:04-9286100 E-mel:info[@]kmk.matrik.edu.my


Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:04-9242186 Laman Web:
06010 Changlun, Kedah. http://www.kmk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Pahang Tel:09-5495000 E-mel:info[@]kmph.matrik.edu.my


Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:09-5499612, Laman Web:
26300 Gambang, Pahang. 09-5498996 http://www.kmph.matrik.edu.my

7
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Tel:04-4682508 E-mel:
Kedah Faks:04-4682281 admin.kmtk.matrik[@]1govuc.gov.my
Kementerian Pendidikan Malaysia, Laman Web:
Pokok Tai, 06720 Pendang, Kedah. http://www.kmkk.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Tel:09-4677103 Laman Web:


Pahang Faks:09-4677102 http://www.kmkph.matrik.edu.my
Kementerian Pendidikan Malaysia,
26400 Bandar Jengka, Pahang.

Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Tel:07-6881629, E-mel:info[@]kmtj.matrik.edu.my


Johor 07-6881630 Laman Web:
Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:07-6881631, http://www.kmkj.matrik.edu.my
KM 5, Jalan Kukup, 07-6882720
Mukim Rimba Terjun, 82000
Pontian, Johor.

Kolej Matrikulasi Selangor Tel:03-31201410 E-mel:


Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:03-31201372 webmaster[@]kms.matrik.edu.my
Kathong Mukim Jugra, Laman Web:
42700 Banting, Selangor. http://www.kms.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Kelantan Tel:09-7808000 E-mel:


Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:09-7808080 webmaster[@]kmkt.matrik.edu.my
Beg Berkunci No. 3, Laman Web:
16810 Selising, Kelantan. http://www.kmkt.matrik.edu.my

Kolej Matrikulasi Sarawak Tel:082-439100 E-mel:


Kementerian Pendidikan Malaysia, Faks:082-433108 admin[@]kmsw.matrik.edu.my
Lot 216, Fasa II, Laman Web:
Taman Perindustrian Sejingkat, http://www.kmsw.matrik.edu.my
Peti Surat P17, 93457 Kuching,
Sarawak.

Kolej MARA Kulim Tel:04-4906422 E-mel:info[@]kmkulim.edu.my


Jalan Junjong, Faks:04-4906426 Laman Web:
09000 Kulim, Kedah. http://www.kmkulim.edu.my

Kolej MARA Kuala Nerang Tel:04-7867250, E-mel:


Lot 556, Daerah Padang Terap, 04-7867255 sysadmin[@]kmknerang.edu.my
06300 Kuala Nerang, Kedah. Faks:04-7867254 Laman Web:
http://www.kmkn.edu.my

Anda mungkin juga menyukai