Anda di halaman 1dari 18

PANDUAN PENDAFTARAN

PELAJAR BAHARU
POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN

TAHUN 2021
1|Page
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Maklumat Am
1.1 Pengenalan 3
1.2 Kemudahan Tempat Tinggal (Kolej Kediaman) 3
1.3 Bantuan Kewangan 4

2.0 Panduan Pendaftaran


2.1 Peringatan Penting 6
2.2 Proses Pendaftaran 7
2.3 Jadual Yuran Pengajian 8
2.4 Kaedah Bayaran Yuran Pengajian 9
2.5 Maklumat Hari Pendaftaran 14
2.6 Program Haluan Siswa dan Program Transformasi Siswa 14

3.0 Manual Pendaftaran Online Pelajar Baharu


3.1 Pendaftaran Online Menggunakan Sistem Pengurusan
15
Maklumat pelajar (SPMP)

2
1.0 MAKLUMAT AM

1.1 PENGENALAN

Visi Politeknik Malaysia:


Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.

Misi Politeknik Malaysia:


i. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf;
ii. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat (PSH);
iii. Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang; dan
iv. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.

1.2 KEMUDAHAN TEMPAT TINGGAL (KOLEJ KEDIAMAN)

Blok Kolej Kediaman Pelajar Lelaki (Kapasiti 1260 orang)


i. Hi Tech 1 (HT1)
ii. Hi Tech 2 (HT2)
iii. Hi Tech 3 (HT3)
iv. Info Tech 1 (IF1)
v. Info Tech 2 (IF2)

Blok Kolej Kediaman Pelajar Perempuan (Kapasiti 1000 orang)


i. Hi Tech 1 (HT1)

Kemudahan di Kolej Kediaman Pelajar


i. 2 buah kafeteria disediakan untuk pelajar membeli makanan dan minuman. Segala
perbelanjaan ditanggung oleh pelajar sendiri.
ii. Mini koop juga terdapat di kawasan kolej kediaman pelajar untuk pelajar membeli
keperluan asas.
iii. Setiap bilik disediakan katil, tilam, almari baju dan meja belajar. Peralatan tambahan lain,
perlu dibawa sendiri oleh pelajar

Bagi sesi 1 2021/2022 ini, semua pelajar baharu TIDAK AKAN menduduki Kolej Kediaman
kerana sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan berjalan secara atas talian sahaja.

3
1.3 BANTUAN KEWANGAN

Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) TIDAK MENYEDIAKAN pembiayaan atau elaun khas untuk
pelajar, sebaliknya pelajar perlu memohon sendiri mana-mana bantuan kewangan (Biasiswa /
Pinjaman) yang ada bagi menampung perbelanjaan sepanjang pengajian di sini. Pembiaya
pendidikan pelajar yang terbesar di PIS adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) bagi pelajar peringkat Diploma dan Sarjana Muda manakala bagi peringkat
Sijil Kemahiran Khas Polteknik (Ketidakupayaan Pendengaran) pula mendapat Bantuan
Kewangan Program Pendidikan Khas (PPK).

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)


Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar PIS yang mengikuti pengajian
secara sepenuh masa dan separuh masa di peringkat seperti berikut:-
i. Diploma
ii. Sarjana Muda

Setiap permohonan PTPTN mestilah dilampirkan bersama SATU (1) SALINAN dokumen
sokongan seperti berikut:
i. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke Politeknik Ibrahim Sultan

Permohonan PTPTN dibuat melalui laman web http://www.ptptn.gov.my


SESI KELOMPOK 1 KELOMPOK 2
Sesi 1 2021/2022 1 Ogos – 31 Ogos 2021 1 September – 30
(Diploma dan Sarjana Muda) September 2021
Sesi 2 2021/2022 1 Februari – 28 Februari 1 Mac – 31 Mac 2022
(Diploma dan Sarjana Muda) 2022

Pelajar layak memohon PTPTN sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:-


i. Pemohon adalah warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
iii. Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan
masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA);
iv. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu
(1) tahun;
v. Tiada penaja lain; dan
vi. Mempunyai akaun SSPN-i sebelum membuat permohonan

Persediaan Sebelum Membuat Permohonan PTPTN


i. Membuka akaun simpanan SSPN dengan simpanan minimum RM20.00
ii. Membeli No.Pin untuk permohonan on-line PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN)
iii. Membuka akaun simpanan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

4
Senarai Pembiaya Pinjaman Atau Biasiswa

Bil Nama Pembiaya Pinjaman / Biasiswa Laman Web


1 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi http://www.ptptn.gov.my/
Nasional (PTPTN)
2 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) http://www.jpa.gov.my/
3 Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah http://www.biasiswa.sabah.gov.my/
4 Jabatan Kemajuan Orang Asli http://www.jakoa.gov.my/
5 Biasiswa Sukan KPM https://biasiswa.moe.gov.my/sukan/
6 Bantuan Kewangan Pelajar OKU https://biasiswa.mohe.gov.my/bk_oku/
7 Yayasan Telekom Malaysia https://www.tm.com.my/YayasanTM
8 Yayasan Pelajaran Johor http://portal.ypj.gov.my/
9 Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka https://tapem.melaka.gov.my/1/
(TAPEM)
10 Yayasan Sarawak http://yayasansarawak.org.my/
11 Yayasan Pahang http://www.yp.org.my/
12 Tabung Kumpulan Wang Biasiswa (TKWBNS) http://tkwbns.selangor.gov.my/
13 Yayasan Selangor http://www.yayasanselangor.org.my/
14 KUOK Foundation http://www.kuokfoundation.com/
Nota: Sebarang maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Biasiswa dan Tajaan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar PIS

Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas (PPK)


Bantuan ini diberikan kepada pelajar peringkat Sijil Kemahiran Khas Politeknik
(Ketidakupayaan Pendengaran) sepanjang mengikuti pengajian di PIS.

Pelajar diminta untuk menyediakan 2 SALINAN DOKUMEN BERSAIZ A4 seperti berikut:


i. Salinan Kad Pengenalan pelajar
ii. Salinan Akaun Bank Islam pelajar (Bank Islam Malaysia Berhad)
iii. Salinan Keputusan SPM (Jika ada) / Sijil Tamat Belajar Tingkatan 5
iv. Salinan Sijil PMR (Jika ada)
v. Surat Tawaran Pengajian di Politeknik
vi. Salinan Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kesemua salinan ini perlu diserahkan bersama Borang HEP 1-6 (Borang Maklumat Peribadi
Pelajar, Laporan Pemeriksaan Doktor, Kebenaran Rawatan Pembedahan, Ikrar Pelajar dan
Lepas Tanggung, Akuan Pelajar dan Ibubapa dan Aku Janji Pelajar) bermula 1 September
hingga 31 Oktober 2021 secara pos biasa atau pos laju.

5
2.0 PANDUAN PENDAFTARAN

2.1 PERINGATAN PENTING

2.1.1 Maklumat anda akan disemak secara terperinci sebelum hari pendaftaran. Tindakan akan
diambil sekiranya anda:
i. memberi maklumat salah atau palsu semasa permohonan berkaitan dengan:
a. Kewarganegaraan
b. Keputusan Peperiksaan SPM atau Keputusan Peperiksaan Semester Akhir
(lepasan selain SPM) atau Keputusan Akademik (bagi yang berkenaan)
ii. seorang penagih, pengedar atau terlibat dengan sebarang penyalahgunaan dadah.

2.1.2 Jika anda terlibat dengan perkara (i) dan (ii), tawaran kemasukan anda ke politeknik
akan ditarik balik dan terbatal.

2.1.3 Pelajar yang mendapat tawaran program yang disenaraikan di bawah ini, dikehendaki
memaklumkan kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Ibrahim Sultan dengan
SEGERA sekiranya didapati Buta Warna setelah membuat Pemeriksaan Doktor. Rujuk
HEP 2 (m/s 16 - 19).

i. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik*


ii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Kawalan)*
iii. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)*
iv. Diploma Kejuruteraan Mekatronik*
v. Diploma Rekabentuk Fesyen Dan Pakaian*
vi. Diploma Rekabentuk Grafik*
vii. Diploma Rekabentuk Industri*

*Syarat bagi program ini adalah calon tidak buta warna.

2.1.4 Pelajar dikehendaki mencetak surat tawaran terkini di laman web


http://ambilan.mypolycc.edu.my untuk simpanan sendiri.

6
2.2 PROSES PENDAFTARAN

MULA

Membuat setuju terima tawaran dan menghantar Borang


Jawapan Terima (BJT) ke Politeknik dalam tempoh 28 hari
(Layari portal rasmi: http://ambilan.mypolycc.edu.my)

Muat turun panduan pendaftaran di portal politeknik masing-


masing (selepas menghantar BJT) bermula tarikh 20 Ogos 2021

Membuat bayaran yuran pengajian


(Rujuk Jadual dan Kaedah Bayaran di m/s 8 - 13)

Daftar secara online, selepas 24 jam hari bekerja bayaran dilakukan di laman
http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp & cetak salinan Slip
Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian (Online)
* Pelajar yang mempunyai tajaan yuran, tidak perlu membayar yuran dahulu.
Tetapi pelajar perlu menyerahkan surat asal tajaan kepada Jabatan Hal Ehwal
Pelajar melalui emel ke alamat emel biasiswajhep@gmail.com bagi tujuan
pengaktifan pendaftaran pelajar

Melengkapkan Borang HEP 1-6 (Borang Maklumat Peribadi Pelajar, Laporan


Pemeriksaan Doktor, Kebenaran Rawatan Pembedahan, Ikrar Pelajar dan
Lepas Tanggung, Akuan Pelajar dan Ibubapa dan Aku Janji Pelajar)

Kesemua borang ini boleh diposkan ke alamat Jabatan Hal Ehwal Pelajar, PIS
secara pos biasa atau laju (bil pos adalah tanggungan pelajar sendiri) bermula
1 September hingga 31 Oktober 2021

* Pelajar yang sudah menghantar BHEP1-6 bersama BJT-JPP, boleh


abaikan langkah ini

Ikuti Program Haluan Siswa (Diploma dan Sijil Kemahiran Khas) dan Program
Transformasi Siswa (Sarjana Muda) mengikut tarikh yang ditetapkan.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan diadakan secara atas talian
bermula 26 September 2021 (Ahad)

Selesai

7
2.3 JADUAL YURAN PENGAJIAN PELAJAR BAHARU SESI I 2021/2022

JENIS JUMLAH
BIL BUTIRAN PEMBAYARAN KAEDAH BAYARAN
BAYARAN (RM)
Politeknik KPT - Cash Deposit
1 Yuran 200.00 No Akaun: Tidak Machine (CDM) atau,
Pengajian
memerlukan no akaun. - Automatic Teller
Hanya perlu masukkan No Machine (ATM) atau,
Kad Pengenalan calon - Perbankan Internet
sahaja (rujuk kaedah di BIMB
dalam mukasurat 9-13)
- JOMPAY (manual
pembayaran
menggunakan
kaedah ini akan
diberikan bermula
1 September 2021)

2 Segala perbelanjaan pemeriksaan doktor ditanggung oleh pihak pelajar.

Nota:
a. Yuran boleh dibayar mulai 23 Ogos 2021 hingga 16 September 2021 di mana-mana
cawangan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB) menggunakan kaedah pembayaran
seperti yang dinyatakan di dalam jadual di atas.
b. Patuhi arahan ketika membuat pembayaran Yuran Pengajian di Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB).
c. Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang berlaku dalam
proses pembayaran yuran.
d. Setiap resit bayaran yuran hendaklah dibuat salinan dan disimpan sebagai bukti
pembayaran.
e. Pelajar boleh membuat pendaftaran secara online selepas 24 jam (hari bekerja) membuat
bayaran. Pendaftaran boleh dibuat melalui
http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp

Bermula 1 September 2021, pihak politeknik akan SEPENUHNYA menggunakan


kaedah pembayaran yuran secara JOMPAY.

Manakala kaedah CDM / ATM / Bill Presentment pula akan DITUTUP apabila JOMPAY
dilaksanakan. Manual penggunaan JOMPAY akan dikemaskini pada 1 September 2021.

8
2.4 KAEDAH BAYARAN YURAN PENGAJIAN

a. Kaedah menggunakan mesin Cash Deposit (CDM) BIMB

1. Pilih menu YURAN IPT 4. Amaun akan dipaparkan mengikut


jenis bayaran.
SILA SAHKAN PEMBAYARAN BIL

PENERIMA: POLITEKNIK KPT


NAMA: AHMAD BIN ABDULLAH
NO IC: 0301XXXXXXXX
NO BILL: 09000261RM200

SILA PASTIKAN AMAUN

RM200.00

TEKAN JIKA BETUL

TEKAN JIKA SALAH

2. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar.


5. Sahkan jumlah kemasukan wang.
6. Transaksi selesai dan ambil resit.

3. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran


Pengajian (RM 200).

SILA PILIH

POLITEKNIK KPT
09000261RM200

POLITEKNIK KPT
09000261RM060

POLITEKNIK KPT
09000261RM630

9
b. Kaedah menggunakan mesin Auto Teller (ATM) BIMB

1. Pilih menu LAIN-LAIN. 5. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar.

SILA PILIH URUSNIAGA ANDA

PERMOHONAN WANG SEGERA


BUKU CEK

PERMOHONAN PENGELUARAN
PENYATA WANG TUNAI

LAIN-LAIN PINDAH WANG

PERTANYAAN
BAKI

2. Pilih menu PEMBAYARAN BIL & 6. Klik menu Politeknik KPT untuk Yuran
YURAN IPT. Pengajian (RM200)
SILA PILIH
SILA PILIH URUSNIAGA ANDA

PERBANKAN PEMBAYARAN BIL &


POLITEKNIK KPT
INTERNET YURAN IPT
09000261RM200
TAMBAH NILAI
POLITEKNIK KPT
(MAEPS CASH)
09000261RM060

POLITEKNIK KPT
09000261RM630

MENU UTAMA PENUKARAN PIN

3. Pilih menu YURAN IPT. 7. Amaun akan dipaparkan


mengikut jenis bayaran
SILA PILIH URUSNIAGA ANDA
SILA SAHKAN PEMBAYARAN BIL
PEMBAYARAN BIL PENERIMA: POLITEKNIK KPT
NAMA: AHMAD BIN ABDULLAH
YURAN IPT NO IC: 0301XXXXXXXX
NO BILL: 09000261RM200

SILA PASTIKAN AMAUN

RM200.00

TEKAN JIKA BETUL


4. Pilih Akaun Pembayar (akaun yang TEKAN JIKA SALAH
akan didebit).

10
c. Kaedah menggunakan perbankan internet BIMB

1. Layari www.bankislam.biz. Masukkan “USER ID” dan kata laluan.

2. Pilih “Bill Presentment”.

Klik “Bill
Presentment”

3. Pilih New Ic Number. Masukkan No Kad Pengenalan Pelajar pada ruang Kad Pengenalan
dan klik “Submit”.

1. Pilih “New IC Number”

2. Masukkan No
KP Pelajar
Klik “Submit”

11
4. Senarai bil akan dipaparkan. Pilih bil yang hendak di bayar dan klik “pay”. Klik menu
Politeknik KPT untuk bayaran Yuran Pengajian RM200.00.

Yuran Pengajian
RM200

5. Maklumat bil yang hendak dibayar akan dipaparkan. Pilih “From account” yang hendak
didebitkan. Sahkan jumlah amaun dan klik “pay”.

6. Klik Request i-access code untuk dapatkan nombor kod transaksi melalui sms. Masukkan
no i-access code. Klik "Confirm" untuk meneruskan pembayaran.

12
7. Skrin berikut akan menunjukkan makluman bayaran yang telah dilakukan. Tekan “print”
setelah transaksi berjaya sebagai bukti bayaran.

13
2.5 MAKLUMAT HARI PENDAFTARAN

Pelajar Diploma dan Sijil Kemahiran Khas akan membuat pendaftaran pelajar seperti
maklumat berikut:

Tarikh : 19 September 2021 (Ahad)


Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Kaedah : Atas talian (melalui link Google Forms)
Pelajar DIWAJIBKAN menyertai kumpulan telegram melalui link ini
https://bit.ly/37KLWnj sebelum 19 September 2021 dan maklumat
berkenaan pendaftaran akan dimaklumkan di dalam kumpulan
telegram ini.

Pelajar Sarjana Muda akan membuat pendaftaran pelajar seperti maklumat berikut:

Tarikh : 21 September 2021 (Selasa)


Masa : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
Kaedah : Atas talian (melalui link Google Forms)
Pelajar DIWAJIBKAN menyertai kumpulan telegram melalui link ini
https://bit.ly/3jU6u2g sebelum 21 September 2021 dan maklumat
berkenaan pendaftaran akan dimaklumkan di dalam kumpulan
telegram ini.

Kegagalan pelajar untuk membuat pengesahan pendaftaran dalam tempoh yang ditetapkan
akan menyebabkan gangguan dalam kelancaran Program Haluan Siswa (Diploma dan
Sijil Kemahiran) atau Program Transformasi Siswa (Sarjana Muda) pelajar bagi sesi 1
2021/2022 ini.

2.6 PROGRAM HALUAN SISWA DAN PROGRAM TRANSFORMASI SISWA

Maklumat Program Haluan Siswa (Diploma dan Sijil Kemahiran Khas)


Tarikh : 19 – 23 September 2021
Hari : Ahad – Khamis
Kaedah : Secara atas talian
Medium : Akan dimaklumkan semula di dalam kumpulan telegram
https://bit.ly/37KLWnj

Maklumat Program Transformasi Siswa (Sarjana Muda)


Tarikh : 21 – 23 September 2021
Hari : Selasa – Khamis
Kaedah : Secara atas talian
Medium : Akan dimaklumkan semula di dalam kumpulan telegram
https://bit.ly/3jU6u2g

14
3.0 MANUAL PENDAFTARAN ONLINE
PELAJAR BAHARU

3.1 PENDAFTARAN ONLINE MENGGUNAKAN SISTEM PENGURUSAN


MAKLUMAT POLITEKNIK (SPMP)

a. Taipkan atau klik URL di bawah pada pelayar web:


http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru.jsp (Diploma dan Sijil Kemahiran Khas)
http://spmp.pis.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru_degree.jsp (Sarjana Muda)

b. Masukkan No Kad Pengenalan dan klik


butang “Teruskan”

c. Panduan untuk langkah seterusnya dipaparkan.

i. Paparan skrin sekiranya pelajar BELUM membuat bayaran yuran

15
ii. Paparan skrin sekiranya pelajar SUDAH membuat bayaran yuran

d. Untuk membuat pendaftaran online, klik pada butang Teruskan Untuk Pendaftaran
pada Langkah 4. Seterusnya, skrin maklumat pendaftaran online dipaparkan.

16
e. Klik pada butang Cetak Slip untuk mencetak Slip Pendaftaran Online

3.2

LAMPIRAN

17
f. Sekiranya pelajar hendak mencetak semula slip pendaftaran online, klik pada
Semak Semula dan Cetak Slip.

g. Proses pendaftaran online pelajar telah berjaya. Sekiranya calon menghadapi


masalah untuk pendaftaran, sila hubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar di talian 07-261
2060 / 1070 / 1032 atau hubungi kami di e-mel pisjhep17@gmail.com

18

Anda mungkin juga menyukai