Anda di halaman 1dari 19

MAKLUMAT BANTUAN KEWANGAN DAN KEBAJIKAN PELAJAR

UNIT KEBAJIKAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS


(A) PENGENALAN

Unit Kebajikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) adalah unit yang telah
dipertanggungjawabkan untuk menyelaras segala urusan berkaitan penajaan pinjaman dan biasiswa serta
urusan-urusan berkaitan hal-hal kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian di UniMAP. Unit ini juga
pada masa yang sama harus memastikan segala maklumat dan aktiviti berkaitan dengan penaja dan
kebajikan disebarluaskan kepada pelajar bagi memastikan semua pelajar mendapat maklumat yang betul
dan terkini.

Antara aktiviti berkaitan Unit Kebajikan yang dilaksanakan adalah menguruskan segala urusan bersama
semua penaja mengenai aktiviti-aktiviti mahupun program seperti Program Perjumpaan Bersama Pelajar
Tajaan, Urusan Temuduga, Khidmat Nasihat, Taklimat, Rundingan, Notis Pemberitahuan serta urusan
berkaitan dokumentasi adalah lengkap sebelum diserahkan kepada penaja. Manakala pada masa yang
sama juga hal hal berkaitan kewangan bagi tujuan urusan kebajikan pelajar diuruskan dengan baik serta
memastikan Dana bagi Tabung Khas/Zakat mencukupi bagi menyediakan bantuan kepada semua pelajar
yang kesempitan kewangan serta diproses dalam tempoh masa yang ditetapkan melalui Jawatankuasa
Pemilihan yang dilantik. Selain itu, unit ini juga harus memastikan setiap hal yang berkaitan kebajikan
pelajar seperti penyediaan Surat Jaminan Hospital, Tuntutan Khairat Kematian, Tuntutan Insuran dan
urusan lain berkaitan kebajikan pelajar diuruskan bagi memberi keselesaan kepada semua pelajar yang
terlibat.

(B) JENIS-JENIS BANTUAN KEWANGAN

i ) Pinjaman Pelajaran

Bantuan kewangan ini adalah kategori terbesar yang boleh dipohon oleh pelajar melibatkan bantuan
kewangan yang dikeluarkan oleh agensi Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri mahupun Swasta. Antara
penaja pinjaman terbesar adalah Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Manakala
bagi penaja-penaja lain pula bergantung kepada iklan-iklan yang dibuka dan diisi sendiri oleh pelajar
sekiranya berminat.




ii ) Biasiswa

Biasiswa ini ditawarkan oleh badan-badan korporat, kerajaan ataupun swasta kepada pelajar melalui
iklan melalui media cetak dan lama sesawang masing-masing. Proses temuduga juga selalunya di
atur sendiri oleh agensi berkenaan dengan bantuan HEPA sekiranya diperlukan dan pemilihan juga
ditentukan oleh agensi berkenaan melalui permohonan yang diterima serta memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan.

(C) SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON

Semua pelajar IPT warganegara Malaysia layak memohon dengan berpandukan syarat-syarat kelayakan
yang telah ditetapkan oleh penaja dengan jelas melalui Laman Sesawang. Sila semak Iklan ataupun
borang-borang permohonan yang terdapat di laman sesawang dan hantar sebelum tarikh tutup yang
ditetapkan.

(D) MASA UNTUK MEMOHON

Setiap permohonan telah ditentukan tarikh tutup permohonan. Pelajar boleh menyemak di laman
sesawang penaja, papan kenyataan HEPA, Kolej Kediaman dan portal UniMAP.

Bagi PTPTN pelajar boleh memohon bila-bila masa setelah mendapat tawaran masuk ke UniMAP. Sebelum
pelajar mendaftar diri ke UniMAP pelajar boleh menyemak dan mencetak surat perjanjian serta membawa
bersama bagi tujuan penyerahan semasa hari pengumpulan perjanjian oleh pegawai PTPTN.

(E) CARA UNTUK MENDAPATKAN BORANG

Setiap permohonan hendaklah dibuat dengan cara mengisi borang permohonan yang boleh didapati di
agensi-agensi berkenaan secara online atau di Unit Pinjaman dan Kebajikan Pelajar, JHEPA (sekiranya
agensi berkenaan membekalkan borang tersebut). Biasanya agensi-agensi berkenaan akan memohon
kerjasama JHEPA untuk membuat hebahan tawaran tersebut kepada semua pelajar melalui emel dan
papan-papan kenyataan Kolej Kediaman UniMAP. Selain itu, pelajar boleh memohon borang permohonan
dengan cara menulis sendiri kepada agensi-agensi berkenaan.

Bagi Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ), Pelajar boleh memohon secara online
melalui laman web PTPTN. No PIN untuk password boleh didapati di Bank Simpanan Nasional dengan
harga RM5.00. Setelah permohonan diluluskan pelajar boleh mencetak perjanjian dan menyerahkan
dokumen perjanjian pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh HEPA( selewat-lewatnya dua (2) atau
tiga(3) minggu selepas Minggu Suaikenal selesai.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Call Centre PTPTN di talian 03-2080 4455.


(F) SENARAI SEMAK UNTUK PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN
PTPTN

1. Sila pastikan pemohon memenuhi keperluan berikut SEBELUM membuat permohonan Pembiayaan
Pendidikan PTPTN secara atas talian (Online) :

a. Memenuhi syarat-syarat permohonan Pembiayaan Pendidikan PTPTN;
Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat - syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan
4. masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Agensi
Kelayakan Malaysia (MQA);
5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat
kelulusan pendaftaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia;
6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan
Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah
laku semasa permohonan dikemukakan.
7. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza daripada yang disyaratkan di
perenggan (4) dan (5), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan
kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi
sebagaimana dinyatakan;
8. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari
satu (1) tahun;
9. Tiada penaja lain; dan
10. Mempunyai akaun simpanan SSPN-i sebelum membuat permohonan.
2. Kaedah permohonan pembiayaan pendidikan secara online:
a. Pemohon hendaklah mendapat tawaran kemasukan ke IPT sebelum memohon
pembiayaan pendidikan;
b. Pemohon perlu membeli No PIN bernilai RM 5.00 di semua cawangan Bank Simpanan
Nasional melalui 3 saluran dibawah sebelum membuat pendaftaran kali pertama
permohonan pembiayaan pendidikan iaitu:-
1. Kaunter
2. Mesin Teller Automatik ( ATM )
3. Mesin Deposit Tunai ( CDM )
No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PIN di
Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.
c. Pemohon hendaklah memohon pembiayaan pendidikan secara online melalui portal
rasmi di http://www.ptptn.gov.my.
d. Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah
mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi Gagal / Berhenti / mendapat penaja
lain serta membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
e. Pemohon hanya dibenarkan memohon berpandukan tarikh yang telah ditetapkan
mengikut IPT masing-masing yang boleh dirujuk di Portal Rasmi PTPTN
http://www.ptptn.gov.my.
f. Bagi pemohon yang melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana/PhD (Sepenuh Masa)
di bawah pembiayaan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua (Bajet Mini) dari Kementerian
Pengajian Tinggi, pemohon hendaklah memilih nama kursus pengajian yang bermula
dengan perkataan Bajet Mini di Butiran Nama Program/Kursus;
g. Pemohon perlu mempunyai nombor akaun individu mengikut bank yang telah
ditetapkan oleh IPTmasing-masing kecuali kepada pemohon yang mengikuti pengajian
di IPT yang memberi kemudahan pra-pembukaan akaun bank untuk pelajarnya.
( Bagi UniMAP, pelajar-pelajar perlu membuka akaun di Bank Muamalat
Malaysia Berhad (BMMB).
h. Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web
Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup
permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN;
i. Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web
Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan;
j. Pastikan komputer anda mempunyai program Adobe Acrobat Reader untuk tujuan
cetakan dokumen. Program tersebut boleh dimuat turun daripada laman web
http://www.adobe.com/products/acrobat/. Sila klik pada ikon Get ADOBE READER dan
Install di komputer anda.
(G) DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISEDIA DAN DISAHKAN DAN PANDUAN PENGISIAN
DOKUMEN.
(MOHON RUJUK LAMPIRAN SATU DALM BENTUK PDF YANG DISEDIAKAN)

(H) PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dikreditkan terus ke akaun pelajar. Pengeluaran
pinjaman kali pertama hanya dibuat setelah perjanjian yang sempurna diterima oleh PTPTN;
Bagi bayaran semester berikutnya, pengeluaran akan dibuat setelah PTPTN menerima pengesahan
daripada IPT masing-masing bahawa pelajar berjaya meneruskan pengajian dan memperolehi
keputusan GPA 2.0 dan ke atas.


(I) PENAHANAN PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Pelajar mendapat keputusan peperiksaan dengan GPA kurang daripada 2.00;
Menangguhkan pengajian;dan
Dikenakan tindakan tatatertib dan dijatuhkan hukuman gantung pengajian.

(J) PERMOHONAN KENAIKAN KADAR PINJAMAN PTPTN

Permohonan kenaikan kadar boleh dibuat dengan menggunakan borang PTPTN-P-01/2-2004 Pin.4 yang
boleh didapati di Bahagian Hal Ehwal Pelajar di IPT masing-masing ataupun melalui laman web PTPTN.

Setiap permohonan mestilah dilampirkan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut :
1. Salinan slip gaji terkini/kad pesara/pengesahan pendapatan ibubapa/penjaga terkini.
2. Salinan sijil kelahiran anak-anak dalam tanggungan
ibubapa/penjaga
3. Lain-lain dokumen yang boleh menyokong permohonan.

(Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui HEPA IPT masing-masing dan sebarang
kelulusan permohonan tertakluk kepada peruntukan semasa)

(K) PENAMATAN / PEMBATALAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN

Pelajar perlu memaklumkan kepada Perbadanan sekiranya Gagal/Berhenti/Batal/Penaja lain
dengan menghantar surat rasmi atau menghantar borang pembatalan pinjaman yang boleh
diperolehi di IPT/Lawan Web PTPTN kepada pihak PTPTN.




(L) PERTUKAR PROGRAM PENGAJIAN

MAKLUMAN KEPADA PELAJAR YANG BERHASRAT UNTUK MEMOHON PERTUKARAN PROGRAM
PENGAJIAN SELEPAS PINJAMAN PTPTN DITERIMA:

Perbadanan berhak menamatkan Perjanjian Pinjaman Pendidikan sekiranya pelajar menukar
program/kursus pengajian tanpa persetujuan bertulis Perbadanan.
Pertukaran kursus yang menyebabkan pelajar kembali ke Semester 1 atau menyebabkan pertambahan
tempoh pinjaman adalah tidak dibenarkan.
Sekiranya pertukaran kursus dibuat juga, pinjaman akan ditamatkan dan pelajar perlu mengemukakan
permohonan semula pinjaman serta membuat penyelesaian hutang ke atas jumlah pinjaman yang
telah diterima bagi pengajian/kursus terdahulu.

PERMOHONAN RAYUAN BAGI KES PERTUKARAN PROGRAM PENGAJIAN/KURSUS

Pelajar yang terlibat dengan pertukaran program pengajian/kursus boleh mengemukakan permohonan
rayuan sebelum mengemukakan permohonan pinjaman baru. Antara dokumen-dokumen yang diperlukan
untuk memohon pertukaran pengajian/ kursus adalah:

Surat rasmi permohonan pertukaran program/kursus daripada pelajar kepada PTPTN;
Sesalinan surat tawaran kemasukan ke IPT bagi program/kursus lama yang telah disahkan;
Sesalinan surat kelulusan pertukaran program/kursus baru daripada IPT yang telah disahkan;
Surat pengesahan daripada fakulti baru sama ada pelajar mengulang semester atau tidak
mengulang semester.

*** Makluman berkaitan status rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar/Universiti.

(M) TEMPOH BAYARAN BALIK PINJAMAN:

KES TAMAT
6 bulan selepas tamat tempoh pembiayaan. Tindakan mahkamah akan diambil kepada
peminjam yang gagal membuat bayaran balik;
Peminjam yang membuat bayaran balik dalam tempoh 6 bulan selepas tamat
pembiayaan, kos pentadbiran tidak akan dikenakan

KES GAGAL/BERHENTI
60 hari dari tarikh pembatalan pembiayaan


KES BATAL/PENAJA LAIN
60 hari dari tarikh pembatalan pembiayaan

(N) PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN

Bagi pelajar yang menerima tajaan lain, penangguhan tidak dibenarkan kecuali bagi
pembayaran PTPTN yang tidak bertindih dengan pembayaran penaja baru. Sila hantar surat
permohonan berserta salinan surat tawaran penaja baru yang disahkan oleh Pegawai
Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
Bagi peminjam yang Gagal/Berhenti/Batal/Penaja lain, permohonan penangguhan hanya
dibenarkan jika pelajar menyambung pengajian. Sila hantar surat permohonan berserta
salinan surat tawaran pengajian yang baru;
Tempoh penangguhan akan ditentukan oleh pihak PTPTN.
Pinjaman kali kedua hanya akan dipertimbangkan apabila hutang terdahulu diselesaikan;
Pemberhentian pengeluaran pembiayaan pendidikan PTPTN akan dibuat apabila pelajar gagal
/ berhenti / mendapat penajaan lain / menukar kursus pengajian dengan mengulang semester
/ membatalkan tawaran PTPTN semasa di dalam tempoh perjanjian dengan PTPTN.

(O)PELAKSANAAN DASAR PEMBIAYAAN BOLEH UBAH
BERMULA TAHUN 2010

Ucapan Bajet 2010 pada 23 Okt 2009, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan
supaya pembiayaan PTPTN ditukar kepada biasiswa bagi pelajar yang berjaya
menamatkan pengajian ijazah sarjana muda kelas pertama atau setaraf dengannya
bermula tahun Januari 2010.

Antara syarat yang ditetapkan adalah:-

i. Mengikuti Pengajian secara sepenuh masa;
ii. Pelajar menamatkan pengajian dalam tempoh pinjaman atau lebih awal seperti yang telah
ditetapkan dalam dokumen perjanjian;
iii. Pembiayaan pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penaja lain;
iv. Permohonan dikemukakan dalam tempoh dua belas(12) bulan dari tarikh
pengijazahan semasa konvokesyen;dan
v. Kursus yang diikuti mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan
Malaysia(MQA) (pelajar IPTS sahaja)

Permohonan Pertukaran Pembiayaan Kepada Pembiayaan Boleh Ubah Hendaklah Dikemukakan
Secara Rasmi Ke PTPTN Dengan Menyertakan dokumen-dokumen Berikut:-

a. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama yang telah disahkan oleh Pegawai
Pendaftar/Penolong Pendaftar Bahagian Akademik IPT masing-masing.
b. Salinan Transkript Peperiksaan (ringkasan setiap semester) yang telah disahkan oleh Pegawai
Pendaftar/Penolong Pendaftar Bahagian Akademik sahaja.
c. Akuan pelajar yang telah lengkap diisi (boleh dimuat turun melalui laman web PTPTN) dan;
d. Sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
** Peminjam yang menerima penaja lain dan bertindih dengan pembiayaan PTPTN,
tukar program, peringkat pengajian, dan IPT tanpa kelulusan PTPTN ataupun
melanggar mana-mana syarat yang ditetapakan seperti dalam salinan pinjaman tidak
akan dipertimbangkan u ntuk menerima kemudahan ini.

(P) TABUNG KEBAJIKAN PELAJAR

UniMAP amat perhatin serta mengambil berat tentang kebajikan pelajar-pelajarnya. Terdapat
beberapa bentuk pinjaman dan kebajikan kewangan yang diwujudkan oleh universiti ini demi untuk
membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan. Di antara bantuan kewangan yang
disediakan adalah:

Tabung Pinjaman Jangka Pendek

Tabung ini bertujuan untuk memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar yang menghadapi masalah
kewangan semasa pengajian dalam semester dengan syarat mereka mempunyai
pinjaman/biasiswa dari mana-mana penaja. Pembayaran balik pinjaman ini adalah melalui
pemotongan pinjaman / biasiswa pelajar berkenaan yang dibuat oleh Jabatan Bendahari apabila ia
mendapat pinjaman / biasiswanya.

Urusan permohonan boleh dikemukakan melalui Unit Kebajikan Pelajar dan pelajar perlu melepasi
beberapa tapisan dan syarat-syarat yang ditetapkan.

Permohonan pinjaman ini adalah terbuka kepada semua pelajar UniMAP.

Tabung Amanah Khas UniMAP

Tabung ini adalah sebuah tabung yang dana kewangannya dari hasil kutipan derma dan
sumbangan ikhlas staf-staf Universiti Malaysia Perlis melalui pemotongan gaji mereka pada setiap
bulan. Tabung ini diwujudkan di atas keperhatinan dan sikap mengambil berat oleh staf-staf
berkenaan untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah kewangan. Pelajar-pelajar
yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan hanya dapat menerimanya sekali sahaja
sepanjang pengajiannya di universiti ini. Pelajar-pelajar yang mendapat bantuan kewangan dari
tabung ini tidak perlu membayar balik wang yang diterimanya.

Tabung Amanah Zakat UniMAP

Tabung ini adalah sebuah tabung yang sumber kewangannya dari sumbangan wang zakat dari
syarikat-syarikat swasta di negara ini. Pelajar-pelajar beragama Islam yang memenuhi syarat-
syarat kelayakan yang ditetapkan akan dapat menerima bantuan kewangan dari tabung ini hanya
sekali sahaja sepanjang pengajiannya di universiti ini. Pelajar-pelajar yang mendapat bantuan
kewangan dari tabung ini tidak perlu membayar balik wang yang diterimanya.

* Pelajar juga boleh menyemak Laman Sesawang agensi-agensi kerajaan yang lain bagi
mendapatkan maklumat berkaitan dengan bantuan kewangan yang disediakan.

























UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
PANDUAN HAL-HAL KEBAJIKAN PELAJAR

1.0 Panduan Pelajar Sakit ( Ditahan Di Hospital )
1.1. Syarat syarat permohonan
Pemohon mestilah pelajar UniMAP yang berdaftar dan berstatus aktif.
Warga Negara Malaysia.
Perubatan di lakukan di Hospital Kerajaan.
Pemohon / rakan / pelapor hendaklah mengisi borang permohonan

Selepas permohonan diterima dan semakan bagi tujuan pengesahan, Unit Kebajikan Pelajar akan
memproses pengeluaran surat jaminan Universiti yang di alamatkan ke Hospital yang berkenaan
melalui unit hasil dan akan difaks, diposkan ataupun diambil oleh pemohon mahupun wakil.
Sehingga kini UniMAP telahpun melaksanakan penggunaan Electronic Guarantee letter di Hospital
Tunku fauziah Kangar bagi tujuan daftar dan keluar masuk pelajar UniMAP melalui semakan no
Kad Pengenalan dan No matrik sahaja.


2.0 Panduan kebajikan sekiranya berlaku Kematian (Semasa Pelajar Berada Di Dalam
Pengajian)
2.1 Syarat pengurusan Jenazah Pelajar.
i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis.
ii. Mendapat Kebenaran dari waris pelajar bagi urusan mandi, mengkafan,
sembahyang dan penghantaran pulang.

Unit kebajikan menerima laporan pelajar meninggal dari Hospital keluarga / teman/Kolej
Kediaman atau dari mana-mana pegawai. Urusan berkaitan pengurusan jenazah, solat
jenazah/Sijil Kematian/ sijil Penguburan dan kenderaan akan diuruskan dengan kerjasama Pusat
Isklam dan Kolej Kediaman sekiranya perlu.








2.2 Keperluan Tuntutan Khairat Kematian/ Insurans.

Permohonan oleh pelajar ataupun rakan mahupun keluarga boleh dibuat secara online melalui
laman Web HEPA. Permohonan mestilah disertakan dengan bukti dokumen seperti berikut:
i. Salinan Sijil Kematian.
ii. Salinan Permit Penguburan.
iii. Salinan Kad Pengenalan simati.
iv. Salinan Kad Pelajar
v. Laporan Polis jika berlaku kemalangan.
vi. Laporan doktor jika berlaku penyakit kronik ( bagi tujuan insuran )
vii. Salinan Kad Pengenalan waris.

2.3 Kadar Bantuan Pengurusan Jenazah.

i. Bayaran pengurusan jenazah akan diberikan dengan kadar tidak melebihi RM1,000.00 dengan
menggunakan Tabung Amanah Khas Pelajar UniMAP.
ii. Bantuan kebajikan akan diberikan sebanyak RM3,000.00 dengan menggunakan dana dari
Tabung Kebajikan Pelajar setelah waris mengemukakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Sijil Kematian
Salinan Permit Penguburan
Kad Pengenalan dan alamat surat menyurat waris.

iii. Cek yang berkenaan akan dihantar/diposkan ke alamat waris seperti yang dipersetujui
setelah selesai diproses.

2.4 Sekiranya berlaku Kematian Ibu dan Atau Bapa Pelajar Meninggal.

2.4.1 Syarat Pengurusan Pelajar Pulang.
i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis.
ii. Ibu atau dan Bapa pelajar meniggal dunia.

Setelah laporan diterima, Unit Pinjaman dan Kebajikan HEPA akan menghubungi pelajar bagi
mendapatkan pengesahan bagi memboleh urusan-urusan berkaitan pengangkutan yang
bersesuaian disediakan sama ada kenderaan awam mahupun kenderaan dengan syarat
mendapatkan kelulusan dari TNC HEPA.

2.4.2 Keperluan Dokumen Selepas Pengurusan Jenazah Bagi Mendapatkan
Tuntutan Dari Wang Kebajikan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Sijil Kematian.
Salinan Permit Penguburan.

2.4.3 Kadar Bantuan Dari Kebajikan Pelajar

Bayaran pengurusan penghantaran pelajar pulang akan ditanggung oleh Universiti.
Pelajar akan hanya dihantar dengan menggunakan pengangkutan sama ada teksi,
bas, feri, kapal dan keretapi kecuali bagi pelajar Sabah dan Sarawak mengikut mana
yang bersesuaian.
Bantuan kebajikan akan akan diberikan sebanyak RM300.00 dengan menggunakan
dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah pelajar mengisi borang permohonan
dengan mengemukakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Sijil Kematian
Salinan Permit Penguburan
Cek akan dikeluarkan atas nama pelajar selepas mengisi borang secara online
ataupun manual setelah diluluskan oleh TNC JHEPA.
Pelajar akan dimaklumkan oleh HEPA dan boleh menuntut cek di JHEPA 10 hari
setelah cek surat proses diserahkan kepada Jabatan Bendahari.

2.5 Semasa Kematian Keluarga Terdekat ( Abang, Kakak dan Adik )

2.5.1 Syarat Pengurusan Pelajar Pulang.
i. Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di Universiti Malaysia Perlis.
ii. Abang atau kakak atau adik pelajar meninggal dunia.

2.5.2 Aliran Pengurusan Penghantaran Pulang Pelajar yang meninggal di
Universiti.

i. Unit kebajikan menerima laporan keluarga terdekat pelajar meninggal dari
keluarga / teman / Kolej Kediaman atau dari mana-mana pegawai.
ii. Unit Kebajikan akan menghubungi keluarga pelajar bagi mendapat kepastian.
iii. Unit kebajikan akan menguruskan kenderaan bagi penghantaran pelajar
iv. Sekiranya tidak terdapat kenderaan awam maka Unit kebajikan akan menggunakan
kenderaan Universiti dengan syarat mendapatkan kelulusan dari TNC JHEPA.

2.5.3 Keperluan Selepas Pengurusan Jenazah Bagi Mendapatkan Tuntutan
Dari Wang Kebajikan
a. Salinan Kad Pelajar
b. Salinan Sijil Kematian.
c. Salinan Permit Penguburan.

2.5.4 Kadar Bantuan Dari Kebajikan Pelajar
Bayaran pengurusan penghantaran pelajar pulang akan ditanggung oleh Universiti.
Pelajar hanya akan dihantar dengan menggunakan teksi, bas, feri, kapal dan keretapi
kecuali bagi pelajar Sabah dan Sarawak.
Bantuan kebajikan akan akan diberikan sebanyak RM50.00 dengan menggunakan
dana dari Tabung Kebajikan Pelajar setelah pelajar mengisi borang permohonan
dengan mengemukakan :
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Sijil Kematian
Salinan Permit Penguburan
Cek akan dikeluarkan atas nama pelajar setelah diluluskan oleh TNC JHEPA.
Pelajar boleh memunut cek di JHEPA 10 hari setelah cek surat proses diserahkan
kepada Jabatan Bendahari.

3.0 Garis Panduan Menggunakan Wang Kebajikan pelajar

3.1. Tuntutan Wang Kebajikan Keluarga Meninggal ( Abang, Kakak dan Adik )

3.1.1 Syarat Tuntutan Pelajar

Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP
Keluarga yang meniggal mestilah keluarga terdekat.
Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan lampiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pelajar
- Sijil Kematian
- Permit Penguburan.
Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA




3.1.2 Kadar Tuntutan
Peruntukan RM50.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut.

3.2 Tuntutan Wang Kebajikan Ibu / Bapa Meninggal.

3.2.1 Syarat Tuntutan Pelajar
o Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP
o Keluarga yang meniggal mestilah Ibubapapalajar.
o Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan lampiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pelajar
- Sijil Kematian
- Permit Penguburan.
(Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA)

3.2.2 Kadar Tuntutan
o Peruntukan RM300.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut.

3.3. Tuntutan Wang Kebajikan Pelajar Meninggal.

3.3.1 Syarat Tuntutan Pelajar
o Pelajar hendaklah berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP
o Mengisi borang permohonan tuntutan beserta salinan lampiran
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Kad Pelajar
- Sijil Kematian
- Permit Penguburan.
- Kad Pengenalan waris pelajar
(Mesti mendapat kelulusan dari TNC JHEPA)

3.3.2 Kadar Tuntutan
o Peruntukan RM3,000.00 akan diberikan kepada pelajar tersebut.

4.0 Garis Panduan Tuntutan Insuran pelajar

4.1. Syarat Penerima Insuran
i. Pelajar yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP;
ii. Warganegara Malaysia;
iii. Membayar yuran semester kerana insuran akan dipotong dari yuran Semester;
iv. Sekiranya pelajar tidak membayar yuran dan akan menghadiri program luar,
penaja hendaklah membayar insuran tersebut melalui Jabatan Bendahari.

4.2. Aliran Permohonan Insuran
i. Penaja hendaklah memohon insuran menghantar surat permohonan
dan senarai nama pelajar yang terlibat ke Jabatan Bendahari.
ii. Berserta surat permohonan dan senarai juga disertakan duit insuran
kelompok senayak RM28.00 setahun.
iii. Bendahri akan memproses insuran tersebut dengan syarikat insuran.


4.3. Tuntutan Insuran Semasa Berlaku Kemalangan

4.3.1 Pelajar boleh menuntut insuran dengan mengisi borang yang boleh didapati di
Jabatan Bendahari UniMAP dengan membawa dokumen dokumen :
i. Salinan kad pengenalan
ii. Salinan Kad pelajar
iii. Salinan Laporan Polis
iv. Salinan Laporan doktor

4.3.2 Borang tersebut hendaklah di sahkan oleh JHEPA.
4.3.3 Borang tersebut akan dir poses melalaui Jabatan Bendahari

4.4. Tuntutan Insuran Bagi Pelajar Meninggal

4.4.1 Waris pelajar boleh menuntut insuran dengan mengisi borang yang boleh didapati
di HEPA UniMAP dengan membawa dokumen dokumen :
i. Salinan kad pengenalan
ii. Salinan Kad pelajar
iii. Salinan Sijil Kematian
iv. Salinan Permit Penguburan
v. Salinan Laporan Polis
vi. Salinan Kad Pengenalan waris

4.4.2 Borang tersebut hendaklah di sahkan oleh JHEPA.
4.4.3 Borang tersebut akan di proses melalui Jabatan Bendahari.


4.5. Perolehan Kadar Insuran Kematian Pelajar

Pelajar akan mendapat insuran mengikut perjanjian yang ditandantangani oleh pihak
university.
Bagi pelajar yang berstatus pinjaman, Unit Pinjaman akan mengeluarkan surat
pengesahan kematian pelajar kepada penaja bagi tujuan menamatkan pembayaran
seterusnya menginsurankan pinjaman pelajar tersebut.

5.0 Garis Panduan Pemohonan Tabung Kebajikan pelajar

5.1 Syarat Permohonan Tabung Amanah Khas UniMAP
Pelajar Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di UniMAP.
Warganegara Malaysia
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500.00
Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian.
Mengisi secara lengkap borang permohonan secara online serta menyediakan
dokumen sokongan yang lengkap.

5.2. Cara Memohon Tabung Amanah Khas UniMAP.
Mengisi borang permohonan Tabung Amanah Khas UniMAP secara online melalui
laman web HEPA.
Salinan Kad Pelajar
Slip gaji terkini Ibubapa / penjaga @ akuan pendapatan keluarga bagi yang tidak
mempunyai slip gaji (pengakuan pendapatan keluarga hendaklah disahkan oleh Ketua
Kampung / Penghulu / Imam dan Pegawai Pengurusan Dan Profesional).
Serta dokumen-dokumen lain seperti yang tertera di dalam permohonan secara online
yang diisi.

5.3 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan
Jawatan kuasa pemilihan permohonan akan dibuat mengikut jadual yang ditetapkan.
Jawatan kuasa pemilihan terdiri dari :
i. Timbalan Naib Cancelor HEPA sebagai pengerusi.
ii. Dekan, Jabatan Hal ehwal Pelajar dan Alumni
iii. Pegawai Unit Kebajikan pelajar sebagai urusetia /setiausaha
iv. Bendahari
v. Pengetua Kolej Kediaman
vi. Kaunselor
vii. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan )
viii. Pegawai Pusat Islam, UniMAP.

5.4 Jumlah Pemberian
Jumlah pembayaran yang di persetujui dan ditetapkan antara RM300.00 dan
RM500.00 ( bergantung kepada pertimbangan jawatankuasa yang bersidang)

5.5 Pelajar Menerima Cek.
Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat
dan surat makluman berkaitan akan diberikan setelah mendapat kelulusan dari Naib
Canselor UniMAP.
JHEPA akan mengemaskini senarai nama yang Berjaya melalui Sistem E-Tabung dan
pelajar akan mendapat maklumat tersebut melalui emel yang di berikan.

6.0 Tabung Amanah Zakat Universiti Malaysia Perlis.

6.1 Syarat Permohonan Tabung Amanah Zakat UniMAP
o Pelajar Beragama Islam Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus
aktif di UniMAP.
o Warganegara Malaysia
o Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,500.00
o Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian.
o Salinan Bukti Pelajar menganut agama Islam (bagi saudara baru yang
memeluk agama Islam ).


6.2. Cara Memohon Tabung Amanah Zakat UniMAP.
o Mengisi borang permohonan Tabung Amanah Zakat UniMAP secara atas
Talian di laman Web Jabatan Hal Ehwal Pelajar di dalam system E-tabung.
o Salinan Kad Pelajar
o Slip gaji terkini Ibubapa / penjaga @ akuan pendapatan keluarga bagi yang
tidak mempunyai slip gaji ( pengakuan pendapatan keluarga hendaklah
disahkan oleh Ketua Kampung / Penghulu / Imam dan Pegawai Pengurusan
Dan Profesional).
o Lain-lain borang yang ditetapkan seperti dalam senarai semak.

6.3 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan
Jawatankuasa pemilihan permohonan akan dibuat berdasarkan jadual yang
ditetapkan.
Jawatankuasa pemilihan terdiri dari :
i. Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni sebagai pengerusi.
ii. Dekan, jabatan Hal ehwal Pelajar & Alumni
iii. Pegawai Unit Kebajikan pelajar sebagai urusetia / setiausaha
iv. Bendahari
v. Pengetua Kolej Kediaman
vi. Kaunselor
vii. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan )
viii. Pegawai Unit Agama Islam UniMAP

6.4 Jumlah Pemberian
Jumlah pembayaran yang di persetujui dan ditetapkan adalah RM300.00, RM500.00,
RM700.00 dan RM1000.00 (bergantung pada jawatankuasa yang membuat
pertimbangan)

6.5 Pelajar Menerima Cek.
Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat
dan surat makluman berkaitan akan diberikan kepada semua pelajar setelah
mendapat kelulusan dari Naib Canselor UniMAP.
JHEPA akan mengumumkan senarai nama yang berjaya melalui Sistem E-Tabung dan
pelajar akan mendapat maklumat tersebut melalui emel rasmi yang di berikan.

7.0 Garis Panduan Permohonan Tabung Pinjaman Pelajar

7.1 Syarat Permohonan
Pelajar Diploma dan Ijazah yang berdaftar dan berstatus aktif di
UniMAP.
Warganegara Malaysia
Telah mendapat penaja pinjaman Atau Biasiswa.
Mendapat pengesahan dari Dekan Pusat Pengajian.
Pelajar tahun akhir tidak digalakkan untuk memohon.

7.2 Cara Memohon Pinjaman Jangka Pelajar Pendek UniMAP
Mengisi borang permohonan
Salinan Kad Pelajar
Salinan Tawaran Pembiayaan Penaja.

7.3 Jumlah Pemberian
Jumlah pemberian yang di persetujui dan ditetapkan RM500.00, (bergantung pada
jawatankuasa yang menimbang permohonan )

7.4 Jawatankuasa Pemilihan Permohonan

Permohonan dibuka sepanjang semester.
Jawatan Kuasa pemilihan permohonan akan dibuat setiap 1 bulan sekali.
i. Dekan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni sebagai pengerusi.
ii. Pegawai Unit Kebajikan pelajar sebagai urusetia / setiausaha
iii. Bendahari
iv. Pengetua Kolej Kediaman
v. Kaunselor
vi. Majlis Perwakilan Pelajar ( Exco Kebajikan )

7.5 Pelajar Menerima Cek.
Pelajar yang Berjaya akan dikreditkan terus bantuan ke dalam akaun Bank Muamalat
dan surat makluman berkaitan akan diberikan setelah mendapat kelulusan dari Naib
Canselor UniMAP, atau
JHEPA akan menghubungi Pemohon untuk menuntut cek tersebutdi JHEPA.


Sebarang pertanyaan berhubung maklumat bantuan kebajikan dan kewangan boleh menghubungi :

Unit Pinjaman dan Kebajikan Pelajar
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni
Universiti Malaysia Perlis
Jalan Serawak
02000 Kuala Perlis, Perlis.

No. Telefon : 04 985 1154 ( Puan Noora Binti Md. Yusoff )
: 04 985 4532/1098 ( Puan Nur Atiqah Abdul Ghani )
( Puan Emilia Binti Said)
No. Faks : 04 985 1267

Anda mungkin juga menyukai