Anda di halaman 1dari 1

SKIM UJRAH UniSHAMS

1) Apa itu Skim Ujrah?


Skim bayaran upah atau insentif kepada sesiapa yang menaja masuk pelajar baru.

2) Siapa yang layak menyertai?


Terbuka kepada kakitangan, pelajar tempatan & alumni UniSHAMS dan kaunselor sekolah.

3) Bagaimana cara untuk mendaftar?


Daftar sebagai ahli Ujrah di Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri dan Komuniti atau
emailkan butiran lengkap seperti nama, alamat,no.kad pengenalan,no.staf/no.pelajar,
kulliyyah/jabatan,no.telefon,email dan salinan akaun bank ke ujrah@unishams.edu.my

4) Berapa jumlah Insentif yang diberikan?


1) Insentif RM 150.00 bagi setiap prospek yang mendaftar sebagai pelajar untuk Program Diploma
– PhD (kecuali program MBBS)
2) Insentif RM 500.00 bagi setip prospek yang mendaftar sebagai pelajar MBBS.

5) Bila saya boleh buat tuntutan/claim (insentif)?


1) Pembayaran secara “bank transfer”.
2) Kaedah bayaran kepada ejen adalah setelah pelajar yang mendaftar menjelaskan yuran
pengajian bagi semester pertama pengajian.

6) Siapa yang boleh saya daftarkan pelajar baru?


Mereka yang layak untuk mendaftar di semua peringkat (Diploma – PhD) KECUALI
1) Lepasan SPM ke Asasi DAN
2) Lepasan Asasi UniSHAMS ke Ijazah Sarjana Muda UniSHAMS.

7) Bagaimana saya ingin daftarkan pelajar baru?


Pendafaran menggunakan borang MANUAL yang dikeluarkan hanya oleh pejabat Bahagian
Pemasaran, Jaringan Industri dan Komuniti.

Manual
1) Daftar diri sebagai ahli ujrah.
2) Dapatkan borang permohonan secara manual.
3) Borang diisi lengkap dihantar ke Bahagian Pemasaran, Jaringan Industri dan Komuniti.
4) Simpan No. Kad Pengenalan permohonan pelajar baru untuk semkaan dan rujukan.

8) Adakah skim ini dibuka sepanjang masa?


 Pendaftaran ejen adalah terbuka sepanjang masa.
 Pendaftaran/ Tajaan pelajar baru dibuka mengikut semester melalui hebahan/pengumumam.

9) Lain-lain perkara
 Pelajar yang ditaja hanya boleh memohon menggunakan borang manual.
 Bayaran kepada penaja/ahli Ujrah tertakluk kepada pembayaran yuran pendaftaran oleh
pelajar yang ditaja setelah mendaftar.
 Sekiranya permohonan bertindih (pelajar telah memohon sebelum ditaja), permohonan
kedua akan dibatalkan.
 Prospek tidak boleh ditaja melalui sebarang aktiviti promosi dibawah anjuran universiti.
Keterangan: anjuran universiti bermaksud mana-mana aktiviti yang dianjurkan oleh
mana-mana PTJ dengan kelulusan dan bajet dari Jabatan Bendahari UniSHAMS.

Anda mungkin juga menyukai