Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERMOHONAN

e-PENGELUARAN KWSP SECARA ONLINE

A) PANDUAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN:

1) Bagaimana cara untuk mengaktifkan i-Akaun?


Langkah 1:
Dapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad di
 Kios,
 Kaunter KWSP atau
 Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000.

Langkah 2:
Untuk pengaktifan layari laman web KWSP.
 Klik pada i-Akaun, Login Ahli (e-Pengeluaran) dan masukkan kod pengaktifan
(perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari).

2) Apakah syarat kelayakan e-Pengeluaran?


 Warganegara Malaysia.
 Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.
 Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.
 Mempunyai i-Akaun.
 Program pengajian yang dibenarkan.
 Peringkat pengajian yang dibenarkan.
 Yuran Pengajian dan bayaran berkaitan yang dikenakan oleh pihak Institusi
Pengajian Tinggi (IPT).
 Pemohon yang memohon untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan mesti
berstatus telah tamat pengajian.
 Pemohon adalah pelajar atau ibu bapa yang membiayai pendidikan anak.

CENTRE FOR LEARNER AFFAIRS & ALUMNI (CLAA)


12 OCT 2017
3) Bilakah saya boleh mula membuat permohonan?
Pengeluaran boleh dibuat pada bila-bila masa selagi masih mempunyai baki dalam
simpanan Akaun 2 (tertakluk kepada syarat-syarat pengeluaran).

4) Berapakah jumlah amaun pengeluaran yang dibenarkan?


Mengikut baki simpanan dalam Akaun 2.

5) Adakah terdapat had kekerapan memohon e-Pengeluaran Pendidikan?


Tiada had kekerapan membuat permohonan.

6) Adakah saya boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP menggunakan


akaun IBU/BAPA?
Boleh, pelajar boleh membuat permohonan e- Pengeluaran menggunakan i-Akaun
KWSP IBU/BAPA.

Nota: Sila rujuk PAUTAN untuk melihat carta alir proses permohonan
e-Pengeluaran.

B) PANDUAN SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN:

1) Berapa lamakah masa yang diberikan untuk membuat pengesahan cap jari?
Pelajar diberi tempoh selama empat belas (14) hari untuk melakukan pengesahan
Cap Ibu Jari di kaunter KWSP.

2) Bolehkah sekiranya saya tidak hadir untuk pengesahan cap jari?


Pelajar wajib hadir untuk pengesahan cap jari. Jika pelajar tidak hadir dalam tempoh
yang ditetapkan, permohonan akan ditolak secara automatik.

3) Berapa lamakah tempoh masa yang diambil oleh KWSP untuk membuat
pembayaran ke OUM setelah pengesahan cap jari dilakukan?
Dalam tempoh (15) hari bekerja, bermula dari tarikh hadir pengesahan cap jari.

CENTRE FOR LEARNER AFFAIRS & ALUMNI (CLAA)


12 OCT 2017
4) Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa pengecaman Cap Ibu Jari (CIJ) di
kaunter?
 Kad pengenalan diri (MyKad/MyPR/KP Polis/ KP Tentera) asal bagi tujuan
pengecaman dan pengesahan identiti ahli.
 Dokumen pengesahan penangguhan semester (bagi pelajar berkaitan sahaja).
Dokumen ini akan diproses oleh OUM dan dihantar ke Pusat Pembelajaran
pelajar ATAU melalui email kepada pelajar.

5) Bagaimanakah cara saya boleh menyemak status permohonan?


Pelajar akan menerima SMS dari pihak KWSP dan penyemakan status boleh dibuat
melalui :
 i-Akaun (semakan di ‘Status Pengeluaran’).
 Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP dengan menghubungi (03-89226000).
 Kunjungi kaunter KWSP yang berdekatan.

6) Sekiranya berlaku lebihan bayaran yang telah dibuat oleh KWSP kepada OUM
adakah wang akan dikembalikan?
 Bagi pelajar belum tamat pengajian, lebihan bayaran tersebut akan dibawa ke
semester hadapan.
 Bagi pelajar yang telah tamat pengajian, mereka perlu mengisi borang
Permohonan Pengembalian Caruman (KWSP14) dan wang akan
dikembalikan semula ke KWSP.
 Borang tersebut boleh boleh diakses di laman web www.kwsp.gov.my,pilih
boring berkaitan caruman dan pilih Permohonan Pengembalian Caruman
(KWSP14).

7) Mengapakah ahli masih perlu hadir ke kaunter untuk pengecaman Cap Ibu Jari
(CIJ) sedangkan permohonan dibuat secara online?
Ini adalah bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan.

8) Apakah yang menyebabkan permohonan e-Pengeluaran ditolak?


 Nombor resit yang dimasukkan untuk membuat tuntutan kepada pelajar tidak
sama seperti yang tertera dalam penyata kewangan (nombor resit boleh dirujuk
dalam Student Profile –> Financial –> Account Statement).

CENTRE FOR LEARNER AFFAIRS & ALUMNI (CLAA)


12 OCT 2017
 Amaun pada resit tidak sama dengan amaun yang ditulis dalam permohonan.
 Amaun yang dipohon melebihi yuran tahunan.
 Amaun dalam AKAUN 2 tidak mencukupi.
 Pelajar membuat pengeluaran tunggakan semester lama serentak dengan
bayaran semester semasa.
 Pelajar telah membuat pengeluaran maksimum, melebihi jumlah keseluruhan
yuran pengajian.

9) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya permohonan e-Pengeluaran


ditolak?
 Pelajar boleh membuat pertanyaan melalui eCRM/emel sebelum membuat
permohonan e-Pengeluaran sekali lagi (sertakan nombor K/P, nombor telefon
dan perkara).
 Bagi pelajar yang telah membuat pengeluaran maksimun, mereka perlu
mendapatkan surat pengesahan Pemakluman Mengenai Pertambahan
Jumlah Yuran Pengajian daripada pihak Kewangan OUM.

10) Jika saya seorang Polis/Tentera, Nombor Pengenalan diri yang manakah saya
perlu gunakan untuk membuat permohonan ?

Setiap permohonan perlu menggunakan Nombor Pengenalan Diri yang didaftarkan


di OUM. Jika Nombor Pengenalan Diri tersebut berbeza dengan Nombor
Pengenalan Diri yang didaftarkan di KWSP, pelajar perlu mengemaskini rekod
NoPengenalan Diri di KWSP.

11) Bolehkah saya membuat pengeluaran bagi membiayai yuran keseluruhan


pengajian?

Boleh,dengan syarat permohonan perlu dilakukan samada pada setiap semester


ataupun setahun sekali.

CENTRE FOR LEARNER AFFAIRS & ALUMNI (CLAA)


12 OCT 2017
12) Berapakah tempoh yang diambil oleh pihak KWSP untuk memproses

permohonan saya selepas menerima pengesahan dari OUM?

Pelajar akan mendapat kelulusan dalam tempoh 3 hari bekerja setelah pihak KWSP

mendapat pengesahan dari OUM.

13) Berapakah tempoh yang diambil oleh pihak OUM untuk mengesahkan

permohonan saya?

OUM akan mengesahkan permohonan pelajar dalam tempoh 3 hari bekerja.

14) Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya permohonan saya masih berstatus
“Telah di hantar ke IPT untuk pengesahan” selepas 3 hari bekerja?

Pelajar dikehendaki memaklumkan kepada pihak OUM melalui


eCRM/emel/WhatsApp untuk semakan status permohonan kerana berkemungkinan
permohonan tidak diterima oleh OUM.

15) Saya telah membuat bayaran yuran ke OUM dengan wang saya sendiri.
Bolehkah saya membuat tuntutan atas bayaran yang telah saya buat?
 Pelajar boleh membuat tuntutan tersebut dengan:-
 Menggunakan borang e-Pengeluaran, pilih “Pembayaran Kepada Diri
Sendiri”.
 Memasukkan nombor resit, tarikh dan amaun mengikut paparan
dalam Penyata Kewangan di Portal Pelajar (maklumat mesti sama
dan tepat).
 Mengemukkan resit rasmi OUM semasa proses pengecaman Cap Ibu
Jari di kaunter KWSP.

CENTRE FOR LEARNER AFFAIRS & ALUMNI (CLAA)


12 OCT 2017
C. PANDUAN TARIKH PERMOHONAN:

1) Bilakah saya boleh membuat permohonan e-Pengeluaran?


 Pelajar boleh membuat permohonan bermula apabila Pendaftaran Online
semester dibuka.
 Permohonan yuran boleh dibuat bagi yuran semester semasa ATAU bagi
menjelaskan semua yuran semester semasa selewat-lewatnya sebelum
Tutorial 1 (Kalendar Akademik).
Berikut adalah tarikh-tarikh membuat permohonan e-Pengeluaran.

Tarikh Permohonan Bermula 30 Oktober 2017


Semester Januari 2018 Sehingga 11 Januari 2018
Tarikh Permohonan Bermula 17 Mac 2018
Semester Mei 2018 Sehingga 11 Mei 2018
Tarikh Permohonan Bermula 10 Julai 2018
Semester September 2018 Sehingga 13 September 2018

D. MAKLUMAT PEGAWAI OUM YANG BOLEH DIHUBUNGI:

1) Siapakah yang patut saya hubungi sekiranya ada kemusykilan berkenaan


dengan e-Pengeluaran?
Pegawai yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

 W Intan Munira Yusuf (Pn Intan)


Pusat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (CLAA)
Email: intan@oum.edu.my

 Mohamad Mundzir Mohamad Saodi (En Mundzir)


Pusat Hal Ehwal Pelajar & Alumni (CLAA)
Email: mundzir@oum.edu.my

 WhatsApp : 019-260 0264


 eCRM

CENTRE FOR LEARNER AFFAIRS & ALUMNI (CLAA)


12 OCT 2017

Anda mungkin juga menyukai