Anda di halaman 1dari 3

KEMAS KINI 3 JUN 2023

PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP - PERSEDIAAN)
1. Penyediaan Dokumen
Pastikan semua dokumen yang diperlukan dalam Kit Pendaftaran lengkap diisi dan dibawa
bersama pada hari pendaftaran. Sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) IPG Kampus
anda untuk maklumat lanjut.
2. Bayaran Yuran Pendaftaran Pelajar Baharu

2.1 Pecahan kadar bayaran adalah seperti berikut:

BIL PERKARA JUMLAH CATATAN


(RM)
i. MSIPGM 100.00 Bayaran RM 200.00 boleh dibuat 1 bulan SELEPAS
ii. AKTIVITI PELAJAR 100.00 mendaftar. Sila buat bayaran melalui perkhidmatan JomPay
JUMLAH 200.00 selepas menerima taklimat/ pemakluman daripada Unit
Kewangan / JHEP IPG Kampus anda.
iii. MAKAN (RM20 X 4 HARI) 80.00
iv. FAIL 15.00
Bayaran RM 270.00 hendaklah dibuat SEBELUM hadir
v. KAD MATRIK 15.00
mendaftar. Sila hubungi JHEP / Koperasi IPG Kampus
vi. T-SHIRT 60.00 anda untuk bayaran. Pastikan anda menyimpan
vii. KAIN PASANG BERCORAK 100.00 resit/slip bayaran.
BATIK & TALI LEHER (LELAKI)
JUMLAH 270.00
viii INSURAN/TAKAFUL 30.00 Bayaran RM 30.00 hendaklah dibuat 1 minggu
PELAJAR SELEPAS mendaftar atau menerima taklimat berkaitan
insuran.
Bayaran boleh dibuat secara pindahan dalam talian / CDM
kepada Syarikat Penta Ventures PLT (Syarikat Takaful
Malaysia Berhad) iaitu Pengurus Skim Takaful yang
telah dilantik oleh IPGM KPM.
JUMLAH KESELURUHAN 500.00
BAYARAN

3. Pemeriksaan Doktor

3.1 Anda hendaklah melengkapkan Borang 9 (dalam Kit Pendaftaran) dan Borang Permohonan
Pemeriksaan Perubatan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
(Pin.1/2014). Kedua-dua dokumen ini hendaklah diserahkan kepada Pegawai Perubatan di
hospital kerajaan atau swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) untuk mendapatkan pemeriksaan doktor.

3.2 Sila pastikan keputusan pemeriksaan doktor (Keratan Borang Pin.1/2014) tersebut
mengandungi nama pegawai perubatan yang membuat pemeriksaan, keputusan
pemeriksaan x-ray dada dan paru-paru (jika ada) serta alamat lengkap hospital atau
klinik di mana anda menjalani pemeriksaan tersebut.

3.3 Keputusan pemeriksaan perubatan yang mengesahkan anda “tidak menghidap masalah
kesihatan dan sihat” hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas ketika mendaftar.

3.4 Semua urusan dan perbelanjaan bagi pemeriksaan doktor serta x-ray adalah
tanggungan sendiri.

3.5 IPG Kampus berhak untuk mengarahkan anda menjalani pemeriksaan kesihatan kali
kedua, jika anda disahkan menghidap masalah kesihatan.

2
3.6 IPG Kampus berhak untuk memberhentikan / menarik balik tawaran bagi pihak
KERAJAAN sekiranya anda disahkan menghidap masalah kesihatan selepas
pemeriksaan kali kedua (rujuk Perkara 3.5 dalam Surat Tawaran Pengajian).

4. Pendaftaran Pelajar

4.1 Pelajar dikehendaki hadir sendiri semasa mendaftar. Pendaftaran melalui wakil tidak
dibenarkan. Pelajar mesti melapor diri di IPG yang telah ditetapkan padatarikh dan masa
seperti yang tertera dalam surat tawaran.

4.2 Pendaftaran pelajar akan terbatal sekiranya pelajar tidak mendaftar pada tarikhdan masa
yang telah ditetapkan.

4.3 Pelajar tidak akan didaftarkan sebagai pelajar IPG sekiranya gagal
mengemukakan semua dokumen asal.

4.4 Bidang pengajian dan kampus yang ditawarkan adalah muktamad. Sebarang
permohonan pertukaran adalah TIDAK DIBENARKAN.

4.5 *Semua pelajar baharu diwajibkan untuk tinggal di kolej kediaman seperti yang
diarahkan oleh Pengarah kampus IPG (tertakluk kepada pindaan oleh pihak IPG
kampus).

4.6 Semua pelajar yang telah mendaftar, wajib mengikuti PPPB sehingga selesai.

5. Pakaian Semasa PPPB

5.1 Pelajar dikehendaki memakai pakaian rasmi / formal semasa PPPB.

5.2 Lelaki – Kemeja lengan panjang putih, seluar slack hitam, berkasut hitam,
berstokin dan bertali leher.

5.3 Perempuan – Berbaju kurung putih, berkain hitam, berkasut hitam bertutup
dan bertumit dan bagi yang beragama Islam bertudung putih.

5.4 Pakaian sukan yang sesuai jika ada aktiviti riadah.

6. Disiplin

6.1 Semua pelajar WAJIB mematuhi Undang-Undang Malaysia, Akta 174 Akta
Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 Pindaan Jun 2019, Peraturan PelajarInstitut
Pendidikan Guru dan Perjanjian Pendidikan Guru.

6.2 Tawaran ini akan terbatal dengan sendirinya sekiranya didapati pelajar
telah menyembunyikan atau memalsukan dokumen/ maklumat yang
diberikan.

PUSAT HAL EHWAL PELAJAR


INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JUN 2023

Anda mungkin juga menyukai