Anda di halaman 1dari 2

8/1/22, 1:00 PM NIOSH | E-Daftar

Rujukan Kami: 02-06/01/NTSP/2022/339

Tarikh: 01/08/2022

LEE HENG SOON

EV CONNECTION SDN BHD

12, JALAN DAGANG SD/1C, BANDAR BARU SRI DAMANSARA, 52100, KL.

52100 KUALA LUMPUR

W.P KUALA LUMPUR

Tuan/Puan,

PERKARA: TAWARAN MEMASUKI KURSUS

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan memasuki kursus telah disahkan. Sila beri perhatian kepada butiran dan syarat seperti di bawah :-

Tajuk Kursus
: NIOSH Tenaga Safety Passport

Tarikh Kursus
: 02/08/2022

Tempat
: BILIK MN8-3, ARAS 8, MENARA NIOSH

Cara Bayaran
: FPX

Yuran
: RM 265.00

ID Bayaran : 2208011258580099

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN KURSUS


1. 1.1 Mulai Ogos 2021, pihak NIOSH telah melaksanakan pendaftaran secara dalam talian di laman sesawang NIOSH melalui e-daftar.
1.2 Pendaftaran kursus adalah disahkan setelah bayaran yuran dibuat secara dalam talian.
1.3 Pelanggan yang ingin membuat pembayaran yuran melalui Skim Latihan SBL Khas, HRD Corp, adalah diminta untuk mendapatkan kelulusan daripada
HRD Corp terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran kursus NIOSH. Pelanggan hendaklah menghantar salinan dokumen kelulusan HRD Corp melalui
emel NIOSH (training@niosh.com.my) sebelum tarikh kursus. (Sila maklumkan tajuk kursus, lokasi kursus dan tarikh kursus di dalam email tersebut).
1.4 Pendaftaran kursus yang telah dibuat adalah TIDAK BOLEH dibatalkan/ ditunda tarikh/ ditukar kursus/ ditukar lokasi/ menukar peserta dan bayaran tidak
akan dikembalikan.
2. Waktu pendaftaran kursus bermula pada jam 8.00 pagi di semua premis NIOSH.
3. Peserta hendaklah membawa kad pengenalan atau pasport ASAL (bagi bukan warganegara).
4. Peserta yang lengkap 100% kehadiran dan lulus penilaian BERTULIS layak menerima kad passport keselamatan setelah bayaran dijelaskan.
5. Peserta diminta untuk membawa alat tulis (pensil dan pen) untuk sesi pembelajaran.
6. NIOSH adalah kawasan larangan merokok.
7. NIOSH tidak akan bertanggungjawab keatas barangan peribadi peserta jika berlaku sebarang kehilangan di premis NIOSH.
8. Pihak NIOSH tidak menanggung kos penginapan atau pengangkutan peserta sepanjang kursus berjalan.
9. Peserta digalakkan membawa keperluan solat sendiri bagi yang beragama Islam.
10. Peserta digalakkan untuk membawa Hand Sanitizer sendiri dan bekas minuman sendiri.
11. Peserta diminta berpakaian kemas dan berkasut (Selipar tidak dibenarkan).
12. Sila maklumkan kepada pihak NIOSH sekiranya terdapat gejala atau keadaaan yang dikhuatiri boleh memudaratkan.
13. Pihak pelanggan NIOSH yang membuat pembayaran atas talian sama ada melalui e-Daftar atau e-Payment di website NIOSH akan menerima:

i) Notifikasi bayaran daripada bank pembayar.

ii) Notifikasi NIOSH Online Payment Receipt melalui email daripada MyPay.

Jika tidak terima, sila ke pautan https://mypay.com.my/receipt masukkan no. MyKad peserta ATAU no. pendaftaran syarikat ATAU no. rujukan semasa
pembayaran. (Hanya menggunakan komputer atau laptop, tidak boleh melalui handphone).

Pada resit MyPay yang terbaru telah dinyatakan THIS PAYMENT SLIP IS DEEMED AS OFFICIAL RECEIPTS.
14. Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-8769 2100 / 03-8911 3800 atau emelkan ke training@niosh.com.my.

SYARAT LULUS DAN PEMBERIAN KAD PASSPORT KESELAMATAN/


CONDITIONS FOR PASSING AND ISSUE OF SAFETY PASSPORT CARD
1. Peserta hanya boleh menjawab soalan penilaian sekiranya diarahkan oleh tenaga pengajar.

Participants can only answer assessment questions if instructed by the trainer.


2. Melengkapkan 100% kesemua soalan penilaian.

Complete 100% of all assessment questions.


3. Menghadiri sepenuhnya sesi latihan.

Fully attend training sessions.


4. Melengkapkan sendiri penilaian. Tiada bantuan dari pihak lain.

Complete your own assessment. No help from other parties.


5. Memenuhi semua kriteria penilaian yang ditetapkan khususnya memastikan jawapan yang betul bagi setiap soalan.

Meets all the prescribed evaluation criteria in particular ensuring the correct answer to each question.

MAKLUMAT SBL KHAS


1. Majikan akan dikenakan bayaran penuh sekiranya peserta dibawah Skim Latihan SBL Khas menarik diri, tidak hadir lengkap dan tidak menghadiri kursus.
2. Peserta yang menggunakan Skim Latihan SBL Khas adalah diwajibkan menghadiri 75% jam kehadiran.
3. Sijil / kad / keputusan penilaian akan di beri kepada peserta selepas pihak majikan menyerahkan borang JD14 dan borang-borang lain yang telah lengkap kepada
pihak NIOSH.

https://edaftar.niosh.net.my/confirmLetter/ba4bf28298322836f11d0afa1771f5293977bd5272cc61afe8e6ede49b1ea0e4c35cdc8f3c48e7db1bf3e5c… 1/2
8/1/22, 1:00 PM NIOSH | E-Daftar
DOKUMEN PERLU DIBAWA SEWAKTU PENDAFTARAN KURSUS DI NIOSH
1. Membawa Kad Pengenalan/Pasport yang asal;
2. Sekeping gambar berukuran passport;
3. Membawa bukti pendaftaran dan pembayaran yang telah siap dicetak;
4. Membawa bukti pesanan kerajaan / surat daripada jabatan jika peserta datang daripada kerajaan (siap dicetak);
5. Bagi yang ingin mendapatkan invois, peserta hendaklah membawa salinan Letter of Undertaking (LoU) atau Surat Jaminan (GL) yang telah dicetak bagi tujuan
pengeluaran invois;
6. Jika ada sebarang dokument atau purchase order (PO) yang perlu ditandatangani dan dicop, peserta hendaklah membawanya sewaktu hari pendaftaran kursus
di NIOSH;
7. Peserta yang menggunakan Geran SBL Khas hendaklah membawa salinan dokumen kelulusan HRDCorp.

PROSEDUR NORMA BAHARU COVID-19:


Operasi Kursus/ Peperiksaan
1. Peserta/Calon WAJIB memakai pelitup muka sepanjang berada di dalam premis NIOSH dan semasa menghadiri kursus/peperiksaan NIOSH;
2. Peserta/ calon/ tenaga pengajar WAJIB menjalankan saringan kesihatan di lokasi yang telah ditetapkan sebelum masuk ke bilik latihan/ peperiksaan. Antara
butiran bagi saringan kesihatan adalah seperti:

     2.1 Semakan status risiko peserta kursus/ calon peperiksaan dalam MySejahtera.

     2.2 Individu yang berstatus Berisiko Tinggi atau di bawah HSO TIDAK DIBENARKAN memasuki bilik latihan NIOSH.

3. Penggunaan bilik latihan/ dewan bagi operasi kursus/ peperiksaan dijalankan 100% mengikut kapasiti premis;
4. Penyediaan makanan bagi peserta/calon adalah secara packed food;

Thank you for choosing NIOSH as your OSH Preferred Partner!

Pengurus Besar

Jabatan Pendidikan Dan Latihan NIOSH

Dokumen ini adalah cetakan komputer, tandatangan tidak diperlukan.

https://edaftar.niosh.net.my/confirmLetter/ba4bf28298322836f11d0afa1771f5293977bd5272cc61afe8e6ede49b1ea0e4c35cdc8f3c48e7db1bf3e5c… 2/2

Anda mungkin juga menyukai