Anda di halaman 1dari 11

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

NEGERI PULAU PINANG


(THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA, PENANG)
Wisma Pengakap. 1 Solok Scotland, 10450 Pulau Pinang, Malaysia. Tel :604-828 2506 Fax: 604-828 7230
Email: info@penangscout.org fb page: www.facebook.com/PPMNPP Website: http://www.penangscout.org

Ruj. Kami: PLNPP.SU (06)/2022


Tarikh : 18 Februari 2022

PENGETUA/ GURU BESAR


Sekolah-sekolah berkenaan
Negeri Pulau Pinang
(U/P: Pemimpin Pengakap)

Tuan/Puan,

KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT SATU UNIT PENGAKAP MUDA


ANJURAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG

Berhubung dengan perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Pulau Pinang akan menjalankan kursus tersebut seperti ketetapan berikut:-

Tarikh kursus : 25 Mac 2022 – 27 Mac 2022


Tempat Kursus : Pusat Kecemerlangan Pengakap Negeri Pulau Pinang
Masa Pendaftaran : 25 Mac 2022, 6.00 petang
Masa Bersurai : 27 Mac 2022, 4:00 petang

2. Butir-butir penyertaan adalah seperti berikut:-

2.1 Yuran pendaftaran: RM100.00 bagi setiap peserta (tidak termasuk pengangkutan dan
bahan-bahan keperluan peserta sendiri semasa kursus dijalankan). Peserta akan
menerima:

i. Makanan dan minuman sepanjang kursus dijalankan


ii. Sijil penyertaan kursus dari Ibu Pejabat PPM
iii. Bahan-bahan yang berkaitan kursus

2.2 Yuran pendaftaran perlu dibayar menerusi Kaunter / ATM / Transaksi dalam talian
(online) / DuitNow ke

Bank : CIMB Bank


No Akaun : 8003998742
Nama akaun : CHEOK HEINRIZOHN
Ref 1 : Tulis Nama Peserta
Ref 2 : Tulis Nombor Telefon Bimbit Peserta

Simpan resit transaksi untuk rujukan dan kegunaan semasa pendaftaran dalam talian
(online).

2.3 Tarikh Tutup: 20 Mac 2022. Bagi peserta yang berminat menyertai kursus ini, sila
mendaftar secara dalam talian (online) di laman sesawang:
https://forms.gle/21TUFyvYG6A3fyQC7

Tempat peserta adalah terhad, sila daftar dengan segera, siapa cepat dia dapat!

1/3
Ruj. Kami: PLNPP.SU (06)/2022
Tarikh : 16 Februari 2022

3. Syarat-syarat penyertaan:

3.1 Kursus ini terbuka kepada Penolong Pemimpin atau Pemimpin bertauliah tetap atau
sementara dan telah menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan.
3.2 Peserta adalah wajib melampirkan salinan tauliah Pemimpin/Penolong Pemimpin (tetap
atau sementara), salinan Sijil Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan dan
salinan Kad keahlian 2021 atau 2022 semasa pendaftaran.
3.3 Kelulusan daripada kuasa penganjur (Pengetua atau Guru Besar) dan sokongan
daripada Pemimpin Kumpulan adalah wajib untuk menyertai kursus ini.
3.4 Peserta adalah wajib mematuhi tatacara pakaian seragam pengakap. (sila rujuk
lampiran A).
3.5 Peserta lelaki hendaklah siap memotong rambut dengan mematuhi peraturan
Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum melapor diri ke kursus.
3.6 Peserta adalah wajib membawa barang-barang keperluan masing-masing (sila rujuk
lampiran B).
3.7 Peserta adalah wajib mematuhi segala tatacara dan Prosedur Operasi Standard (SOP)
yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara demi memastikan keselamatan dan
kesihatan peserta, jurulatih dan jawatankuasa semasa kursus dijalankan.
Pautan: https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/Pelan-
Pemulihan-Negara-SOP-Fasa-4-Kemas-Kini-7-November-2021-.pdf
3.8 Borang penyertaan adalah dilampirkan dan sila kembalikannya pada hari kursus.
3.9 Peserta akan diminta untuk menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital Program Imunisasi
COVID-19 dan Status Risiko Tahap Rendah (Berwarna Biru) dalam Aplikasi My
Sejahtera semasa pendaftaran serta menjalankan Ujian Kendiri COVID-19 dengan
keputusan Negatif.
3.10 Peserta akan ditahan untuk menyertai kursus jika gagal mematuhi semua syarat-syarat
penyertaan tersebut. Yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan jika peserta ditahan
untuk menyertai kursus atau menarik diri.

4. Sebarang pertanyaan berhubung dengan kursus, sila menghubungi:-

i. Ketua Kursus : Encik Loo Chin Choong (012-487 7345)


ii. Pesuruhjaya Latihan Negeri : Ts. Chew Ching Yee (012 - 407 0003)
iii. Setiausaha Latihan Negeri : Ir. Ts. Dr. Tan Kim Seah (016 - 453 1753)

Segala kerjasama dan sokongan dari pihak Tuan/Puan dalam menjayakan program yang telah
dirancangkan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”

Yang menjalankan tugas


Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Pulau Pinang

(Ir. Ts. Dr. TAN KIM SEAH)


Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
merangkap Setiausaha Latihan Negeri

s.k - Ketua Pesuruhjaya Negeri


- Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
- Pesuruhjaya Latihan Negeri
- Ketua Kursus

2/3
BORANG PENYERTAAN
KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT SATU
(Sila isi borang penyertaan ini dan kembalikannya pada hari kursus)
MAKLUMAT PERIBADI
Nama Penuh
(Huruf Besar)
No Kad
Pengenalan
Tarikh
Umur Jantina
Lahir
No Telefon Emel Pekerjaan
MAKLUMAT PERKHIDMATAN DALAM PENGAKAPAN
Pangkat (Pen. Pemimpin/ No. No. Kad
Pemimpin/ Pemimpin) Kumpulan/Krew Keahlian
Daerah (Bulatkan) BL / BM / BP / BW / GT (U) / GT (S) / NT
Nama Sekolah

Alamat Sekolah /Penganjur

No Telefon Penganjur

Senarai semak borang permohonan semasa pendaftaran.

Bil. Keterangan Semakan


1. Salinan Kad keahlian 2021 atau 2022
2. Salinan Tauliah Pemimpin/Penolong Pemimpin (tetap atau sementara)
3. Salinan Sijil Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Pengenalan
4. Salinan Resit Transaksi (RM100) untuk bayaran Kursus
5. Sijil Vaksinasi Digital Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Dalam Aplikasi My Sejahtera
6. Status Risiko Tahap Rendah (Berwarna Biru) dalam Aplikasi My Sejahtera
7. Kit Ujian Kendiri COVID-19 yang Baru (Belum Digunakan)

Saya memohon untuk menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu yang akan diadakan di Pusat
Kecemerlangan Pengakap Negeri Pulau Pinang pada 25-27 Mac 2022. Saya faham pihak pengelola kursus
atau sesiapa yang terlibat dalam kursus ini tidak akan bertanggungjawab ke atasnya sekira berlaku
sebarang kejadian yang tidak diingini.

Disokong, Diluluskan,

___________________ ____________________ _______________________


Tandatangan Peserta Tandatangan Pemimpin Tandatangan Kuasa Penganjur
Cop Rasmi: Cop Rasmi:

Tarikh: Tarikh: Tarikh:

Remark: The personal data and other related information provided in the application form will be used by the Association for dealing with
this application and other related purposes. The provision of personal data and other related information by means of the application form
is voluntary. However, we may not be able to process the application if no accurate or adequate data is provided. Application forms will
normally be destroyed 6 months after the date of course.

3/3
LAMPIRAN A
TATACARA PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

1. Baju Lelaki
➢ Baju kemeja berlengan pendek warna kelabu asap, leher cekak musang.
➢ Baju kemeja-T mesti masuk ke dalam seluar.

Kemeja – T
Baju Kemeja (Pakaian aktiviti)
(Pakaian Seragam)

2. Baju Perempuan
➢ Baju kemeja berlengan panjang warna kelabu asap, leher cekak musang dan
tanpa saku baju hadapan.
➢ Pemakaian tudung oleh Wanita Islam berwarna kelabu dan dimasukkan dalam
baju.
➢ Baju kemeja-T lengan Panjang untuk aktiviti.

Baju Kemeja Kemeja – T


(Pakaian Seragam) (Pakaian aktiviti)

3. Seluar Lelaki dan Perempuan


➢ Seluar slack panjang warna biru tua.
➢ Poket lurus atau serong 1 – 2 inci.

PLNPP.SU (06)/2022
4. Forage Cap Lelaki & Topi Bowler Wanita
➢ Forage Cap warna biru tua dengan lilitan pita kain kuning ¼” dan Lencana
Lambang Pengakap besi terletak di atas pita kuning dan jarak mesti sekurang-
kurang tiga jari dari hujung Forage Cap.
➢ Topi Bowler warna biru tua dengan lilitan pita hitam dan Lencana Lambang
Pengakap besi terletak di tengah hadapan.

Forage Cap Topi Bowler


Lelaki Wanita
5. Skaf dan Woggle
➢ Skaf rasmi kebangsaan berbentuk segi tiga, berwarna biru tua dan terdapat
jalur puti dan merah kelebaran 0.75 cm masing-masing di bahagian tepinya.
➢ Skaf rasmi Kebangsaan adalah tidak mempunyai sebarang cetakan lambang
pengakap Malaysia.
➢ Woggle hitam dengan lambang pengakap bagi pemimpin yang belum
menyertai Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat Satu (bagi sementara).

Woggle

Skaf Rasmi
Kebangsaan

6. Tali Pinggang
➢ Tali pinggang rasmi pengakap berwarna hitam dan lebar.
➢ Berkepala Perak yang mengandungi Logo Pengakap Malaysia di atas.

7. Kasut dan stokin


➢ Memakai kasut kulit atau kain betutup penuh warna hitam.
➢ Stokin warna biru tua atau hitam

PLNPP.SU (06)/2022
8. Tanda Pangkat (Epolet)
➢ Memakai Tanda Pangkat (Epolet) mengikut jawatan yang ditauliahkan pada
kedua-dua belah bahu.
➢ Epolet perlu ditanggalkan semasa menghadiri Kursus Kepimpinan Manikayu,
tertakluk kepada arahan ketua kursus.

Tanda Pangkat Pemimpin Tanda Pangkat Penolong Pemimpin

9. Tag Nama
➢ Memakai Tag Nama berhuruf besar di atas saku baju sebelah kanan.
➢ Huruf warna putih berlatar hitam.

10. Lencana – Keahlian, Bendera Malaysia dan WOSM


➢ Memakai Lencana Keahlian pada saku baju sebelah kiri.
➢ Memakai Lencana Bendera Malaysia pada saku baju sebelah kanan.
➢ Memakai Lencana WOSM pada 1 cm di atas tag nama.

11. Pita Anugerah


➢ Memakai pita anugerah pada 1 cm di atas saku baju sebelah kiri, jika ada.

12. Lencana – Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan


➢ Nama Negeri, Daerah dan No. Kumpulan dipakai pada lengan baju sebelah
kanan.
➢ Selang jarak 1 cm bagi setiap lencana bahu.

13. Lencana – Nama Pangkat


➢ Memakai nama pangkat mengikut jawatan yang ditauliahkan pada lengan baju
sebelah kiri.

Lengan Baju Lengan Baju


Sebelah Kanan Sebelah Kiri

PLNPP.SU (06)/2022
LAMPIRAN B

KEPERLUAN DIRI UNTUK KURSUS KEPIMPINAN MANIKAYU PERINGKAT SATU

Peserta adalah dikehendaki membawa peralatan seperti berikut:-

1. Sijil Vaksinasi Digital Program Imunisasi COVID-19 dalam Aplikasi My Sejahtera


2. Ujian Kendiri COVID-19 yang baru (Belum digunakan)
3. Pelitup muka yang mencukupi
4. Pakaian seragam pengakap yang lengkap
5. * Pakaian kerja
6. * Pakaian aktiviti
7. Baju hujan/ jaket
8. ** Khemah, sleeping beg,
9. Keperluan mandi dan kebersihan diri
10. Alas tidur dan kain selimut
11. Alat-alat pertolongan cemas peribadi
12. Alat-alat tulis untuk membuat buku log
13. Kompas
14. Tali ikatan (untuk kerja tali)
15. Tongkat Pengakap
16. Peralatan makan & minum
17. Lampu suluh.
18. Kasut yang sesuai untuk kursus dan aktiviti
19. Selipar
20. Lain-lain keperluan untuk berkursus

* Peserta diminta memakai seluar panjang, kemaja-t berkolar dan kasut semasa dalam
kursus/ aktiviti.
** Wajib & tidak boleh dikongsi bersama peserta lain

PERINGATAN:
• Pihak penganjur bertanggungjawab ke atas program keseluruhan, tetapi aspek
keselamatan dan kebajikan peserta adalah atas tanggungjawab peserta sendiri.
• Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan
atau kerosakan.

PLNPP.SU (06)/2022
LAMPIRAN B (Sambung)

Keputusan kit ujian kendiri COVID-19

1. Peserta akan diminta menjalankan ujian kendiri COVID-19 di tempat disediakan


semasa pendaftaran.
2. Peserta yang menunjukkan keputusan Negatif (seperti gambar) sahaja akan diterima
untuk menyertai kursus.

SIJIL VAKSINASI DIGITAL PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN


(DALAM APLIKASI MY SEJAHTERA)

1. Peserta akan diminta menunjukkan Sijil Vaksinasi Digital (gambar kiri) dan Status Risiko
Tahap Rendah (berwarna biru seperti gambar kanan) dalam Aplikasi My Sejahtera
semasa pendaftaran.
2. Peserta yang gagal menunjukkan Sijil Vaksinasi & Status Risiko tersebut akan ditahan
untuk menyertai kursus.

PLNPP.SU (06)/2022

Anda mungkin juga menyukai