Anda di halaman 1dari 8

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR

KERTAS KONSEP

PROGRAM Y-HUB TAHUN 2023


PERINGKAT NEGERI SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH:

CAWANGAN PEMBANGUNAN KEPIMPINAN


BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SELANGOR
PROGRAM Y-HUB | 2023

KERTAS KONSEP
PELAKSANAAN PROGRAM Y-HUB
PERINGKAT NEGERI SELANGOR
TAHUN 2023

1. PENERANGAN AM

Program Y-Hub merupakan aktiviti belia setempat yang menyediakan ruang untuk
pertubuhan belia dan belia massa mengadakan, menyelaras atau menyertai pelbagai
aktiviti pembangunan belia dalam kawasan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri
seperti di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Kompleks Rakan Muda (KRM) atau
Kompleks Sukan Komuniti (KSK) atau di premis agensi lain yang berminat menawarkan
kerjasama.

Y-Hub merupakan port atau tempat belia bersantai selepas sekolah di samping
menjadi lokasi para belia meningkatkan potensi diri melalul aktiviti/ program sampingan
yang disediakan melalul kerjasama dengan pelbagai pihak dalam menyemarakkan
program pembangunan belia. Setiap Y-Hub akan diselia oleh Pekerja Belia dan di
bawah pemantauan JBS Negeri serta persatuan belia yang terlibat.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tabun 2021 menunjukkan populasi
penduduk Malaysia adalah seramai 32.6 juta orang. Daripada jumlah tersebut,
seramai 9,664,700 adalah terdiri daripada mereka yang berumur di antara 15
hingga 30 tahun manakala individu yang berumur di antara 30 hingga 40 tahun
adalah seramai 14,990,900 orang.

2.2 Antara isu semasa yang kerap kali dikaitkan dengan golongan belia adalah
keterlibatan belia dalam masalah sosial seperti melepak, penyalahgunaan
dadah, mencuri, menonton bahan lucah, berjudi, seks sebelum kahwin,
pembuangan bayi dan vandalisms. -Sumber daripada Berita Harian – 7
November 2019 : Gilap Potensi Remaja Tangani Gejala Sosial.

2
PROGRAM Y-HUB 12025

2.3 Berdasarkan kepada Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) Fakulti Sains


Sosial dan Kemanusiaan (UKM); antara penyumbang kepada permasalahan belia
di kawasan seperti Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah kerana rumah dan
persekitaran yang tidak kondusif menyebabkan mereka tidak berminat untuk
belajar di rumah selain berhadapan dengan tekanan hidup keluarga,

2.4 Salah satu daripada strategi untuk mengurangkan penglibatan belia daiam
kegiatan yang tidak berfaedah adalah dengan menggalakkan belia menyertai
program pembangunan belia positlf (positive youth developement) selaras dengan
pendekatan mengiktiraf potensi belia berdasarkan keperluan pembangunan belia
agar mereka dapat berglat aktif daiam pelbagal program.

2.5 Dengan penyediaan ruang selamat di Y-Hub, belia mempunyai alternatif untuk
menggunakan kemudahan yang ada dan berpeluang mendapatkan latihan
kemahiran atau pembelajaran-secara tidak formal selepas waktu persekolahan
dengan bimbingan Pekerja Belia.

2.6 Selain sebagai ruang santai yang selamat, program Y-Hub dapat berperanan
untuk menggalakkan belia menyertal pertubuhan- pertubuhan belia. Cabaran pada
masa kini adalah apabila belia lebih selesa untuk bergerak sendiri tanpa
kolaborasi bersama pertubuhan- pertubuhan yang berstruktur dan tidak berminat
untuk berpersatuan. Pendaftar Pertubuhan Belia melaporkan bahawa sehingga 31
Mac 2020 sebanyak 11,787 pertubuhan telah berdaftardl bawah Akta Pertubuhan
Bella dan Pembangunan Belia (Akta 668). Daripada Jumlah tersebut, sebanyak
9,522 daiam kategori aktif manakala bakinya sebanyak 2,265 telah dibatalkan
pendaftarannya,

2.7 Salah satu strategi untuk menarik minat bella menyertal persatuan adalah dengan
memperkemaskan sistem penyampaian maklumat berkaitan fungsl, peranan dan
aktiviti-aktivlti persatuan yang memberi manfaat kepada belia. Y-Hub adalah
tempat yang tepat sebagai pusat informasi bagi tujuan ini kerana maklumat dapat
diakses semasa mereka mengikuti program di sana.

2.8 Bagi menyelaras pelaksanaan aktivitl di Y-Hub, KBS dengan kerjasama rakan
strategik NGO belia akan menempatkan Pekerja Belia di Y-Hub yang turut
berperanan untuk menyediakan pembelajaran informal.

3
PROGRAM Y-HUB | 2023

Pekerja Belia yang kompeten akan menghasilkan pemangkin besar kepada


pembangunan komuniti setempat sekali gus membina budaya tempatan yang
positif untuk belia dan komuniti.

2.9 Pelaksanaan program-program di Y-Hub juga dapat memaksimakan


penggunaan kemudahan dan fasiliti JBS Negeri serta dapat mempromosikan
lebih banyak produk serta aktiviti Kementerian Belia dan Sukan kepada
masyarakat umum.

2.10 Sehubungan itu, KBS sebagal agensi penyelaras dalam pembangunan belia
mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek rintis dengan mewujudkan Y-
Hub di enam negeri melibatkan beberapa lokasi kemudahan JBS Negeri yang
terpilih serta di premis yang berada dalam kawasan belia berisiko.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan ruang selamat untuk belia menjalankan aktivlti dalam keadaan
dan suasana yang konduslf;

3.2 Menyediakan lebih banyak platform kepada Pekerja Belia untuk berkhidmat
dalam komuniti;

3.3 Meningkatkan penerimaan dan kepercayaan masyarakat terhadap fungsi


Pekerja Belia dalam komuniti;

3.4 Meningkatkan penyertaan belia dalam program belia serta memaksimakan


penggunaan fasiliti dan kemudahan JBSN; dan

3.5 Memperkukuhkan jalinan kerjasama strategik di antara pelbagal stakeholders


pembangunan belia dl peringkat persekutuan, negeri dan komuniti setempat.

4. PENYERTAAN

4.1 Kumpulan sasaran terdiri daripada belia yang dlgariskan di bawah Dasar Belia
Malaysia 2015 yang meliputi lapan kumpuian sasaran belia, iaitu:

i. Belia bersekolah;
ii. Belia pengajian tinggi;
Hi. Belia massa;

4
• Il I. •

PROGRAM Y-HUB | 2023

lv. Belia berkerjaya;


v. Belia Malaysia antarabangsa;
vl. Belia minoriti dan golongan terpinggir;
vll. Belia berisiko; dan
vlll. Perkumpulan bella

Walau bagalmanapun, penekanan adalah kepada belia bersekolah, belia


berisiko dan belia massa.

5.2 Anggaran penyertaan peserta adalah seramai 5,640 orang dicadangkan penyertaan
setiap program di Y-Hub adalah seperti di Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Sasaran penyertaan program Y-Hub

SASARAN
BIL PROGRAM PENYERTAAN
(Peserta)
Youth Gathering (Youth Bike Gathering/ Mass Youth
1. Gathering/ Gotong Royong Perdana/ Belia Bersama 350
Masyarakat)
Kelas Akademik dan Klinik Asas Agama/ Mengaji Bersama
2. 150
Belia,
3. Youth Uptown/ Youth Bazar/ Youth In Biz. 280
Youth Upskill/ Program Kemahiran Belia / Latihan Tidak
4. 80
Formal

5. Unity Youth Camps /Y-Hub Camps 80

940 x 6 Y-Hub =
JUMLAH PENYERTAAN KESELURUHAN
5,640 penyertaan

6. KAEDAH PELAKSANAAN

6.1 Model pelaksanaan Y-Hub adalah berdasarkan konsep youth friendly yang
diadaptaslkan oleh Adab Youth Garage (AYG) bagi penyediaan tempatdan
pelaksanaan program.
(https://adabYouthqaraae.com.mv)

6.2 Y-Hub bertindak sebagai pusat yang menyediakan ruang selamat atau tempat
lepak dengan pelbagal Informasl, aktiviti dan program pembangunan bella yang
ditawarkan oleh Kementerian Bella dan Sukan dan plhak-pihak lain yang berkaitan.

6.3 Cadangan lokasi Y-Hub bagi projek rintis adalah seperti berikut:*

I. PPR Lembah Subang 1 (Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor)

5
PROGRAM Y-HUB | 2023

I. pemilihan lokasi Y-Hub adalah berdasarkan zon, Isu dan maklum balas dari kajlan
tinjauan yang dikemukakan.

II. Seperti mana keputusan Mesyuarat Pelaksana Y-Hub pada 17 April 2023.

6.4 Pemillhan lokasi Y-Hub di premis KBS dilaksanakan kerana mengambil kira
penjimatan kos pengurusan yang mengguna pakai sumber perjawatan/pekerja
sambilan sedia ada selaln dari peranan NGO yang perlu menyediakan Pekerja
Belia. Manakala usaha penjimatan dalam mengoperaslkan Y-Hub di luar premis
KBS di buat di lokasi yang strategik melalui kerjasama agensi atau dengan
pihak-pihak yang berkaitan.

6.8 Perancangan program/ aktiviti Y-Hub perlu dibuat berdasarkan penilaian dan
usaha untuk mencegah dan mengurangkan risiko belia dari terjebak dalam
permasalahan sosial berdasarkan kepada sumber dan dapatan kajian berkaitan
masalah sosial di setiap negeri.

6.9 Bagi memperkasakan kefungsian dan kelangsungan Y-Hub, kerjasama dengan


NGO, agensi kerajaan dan plhak korporat perlu sentiasa dilaksanakan meialui
konsep menang-menang sebagal usaha mempelbagalkan program/ aktlviti
disamping menambahbaik kemudahan sedia ada sepertl Internet, ruang
perbincangan atau kafe untuk penerima manfaat Y-Hub. Secara tidak langsung,
pendekatan ini dapat meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pnogram/aktivltl
dan membantu merancakkan lagi program belia setempat.

6.10 Meialui projek rintis ini, kelebihan dan kekangan pelaksanaan Y-Hub dapat
dikenal pasti bagi membantu melancarkan lagi perancangan pelaksanaannya di
seluruh negara pada masa depan.

7 JANGKAAN OUTPUT DAN OUTCOME PROGRAM

7.1 Output Program

7.1.1 Jumlah pengunjung belia yang mengunjungi ke Y-Hub.


7.1.2 Jumlah penyertaan belia dalam program dan aktiviti anjuran Y- Hub.
7.1.3 Bilangan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh Y-Hub.

6
TERMA RUJUKAN (TOR) Y-HUB - NGO

7.2 Outcome Program

7.2.1 Mengurangkan gejala sosial yang berlaku di kawasan setempat.


7.2.2 Menyediakan lebih banyak platfom penempatan kepada Pekerja Bella.
7.2.3 Meningkatkan kemudahan dan fasiliti KOMBES/ KRM/ KSK.

7.3 Outcome untukjangka sederhana dan masa panjang :


• Penlngkatan Skor Indikator Domain Kesejahteraan Mental dan Fizlkal
(Keselamatan Diri dan Persekitaran (54.2] dan Waktu Lapang [48.49]
• Peningkatan Skor Indikator Domain Nilai dan Identiti (Berdaya [67.52] dan
Gaya Hidup [78.87]
• Jumlah pengamal Kerja Bella dapat dipertingkatkan.
• Peningkatan jumlah pengunjung ke fasiliti JBSN

8 PENILAIAN DAN PEMANTAUAN

8.1 Setiap peserta yang teriibat dengan program di Y-Hub perlu melengkapkan borang
kehadiran dan penyertaan dengan mengisi bgrang secara atas talian {Google
Doc). https://docs.gooqle.eom/forms/d/e/1FAIpQLSfs13qTvYQllQnxlKs5eBZ
mL8XCbP795kkO2eJASvBDQcvLMw/viewform?usp=sharing (Contoh)

8.2 NGO belia yang teriibat dalam pelaksanaan program Y-Hub perlu
. mengemukakan laporan lengkap pelaksanaan program kepada JBS
Negeri. (seperti di lampiran I - Pelaporan Program)

1. Melaksanakan program dan aktiviti di Y-Hub melalui JBS Negeri dan mematuhi takwim
program yang disediakan;

2. Menguruskan dan mentadbir Y-Hub mewakili JBS Negeri;

3. Urusetia kepada pelaksanaan aktiviti tambahan Y-Hub dengan kebenaran daripada JBS
Negeri; ,

4. Menyediakan profiling pekerja belia dan laporan aktiviti. program, kehadlran peserta dan
success story untuk tujuan perekodan;

5. Menyediakan jadual giliran bagi pekerja belia untuk menyelia dan mengoperasikan Y-Hub;

6. Melaksanakan penilaian dan pelaporan bagi setiap program yang dilaksanakan di Y-Hub;

7. Membantu melaksanakan aktiviti promosi, bahan promosi termasuk dokumentasi


pelaksanaan Y-Hub bagi tujuan hebahan platform media; dan
TERMA RUJUKAN (TOR) Y-HUB - NGO

8. Menyediakan dokumen pelaporan lengkap serta kemajuan urus tadbir secara tetap dan
berkala kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri setiap bulan.

9. Menyediakan elaun bulanan kepada pekerja beiia di Y-Hub sekurang - kurangnya


RM1,500.00.
10. KPI NGO penyelia Y-Hub adalah:
a. Bilangan program kerjasama: Sekurang - kurangnya dengan dua pihak swasta/
agenst/NGO.
b. Laporan Profiling Pengunjung Y-Hub secara tahunan/ bulanan.

-xx-

Anda mungkin juga menyukai