Anda di halaman 1dari 9

KELAB SOSIAL PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN LIMBANG, SARAWAK

KERTAS KERJA PENGANJURAN


“3KM FUN RUN” PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KUBU BHARU

ANJURAN :

JAWATANKUASA SOSIAL PEJABAT KESIHATAN BAHAGIAN LIMBANG

PADA :

14 APRIL 2018

BERTEMPAT DI :

DATARAN JUBLI EMAS, LIMBANG.


01. PENDAHULUAN

Larian merupakan satu aktiviti fizikal/riadah yang amat popular di negara kita
Malaysia pada baru-baru ini. Aktiviti larian ini juga dapat kita lihat turut menular
dikalangan anggota-anggota kesihatan. Melalui aktiviti larian ini juga kita dapat
mengeratkan hubungan dikalangan anggota kita sendiri disamping meningkatkan
tahap kecergasan masing-masing. Oleh yang demikian, bersempena Sambutan Bulan
Pemakanan & Karnival Kecergasan dan Kesihatan Peringkat Daerah Limbang, kami
telah mengambil satu inisiatif untuk menganjurkan satu larian 5Km “Fun Run” bagi
mengamalkan aktiviti kecergasan dikalangan anggota kesihatan dan pada masa yang
sama mempromosikan aktiviti larian ini kepada masyarakat Limbang.

02. MATLAMAT

Matlamat penganjuran larian ini adalah untuk mempromosikan aktiviti larian dan
pada masa yang sama meningkatkan tahap kecergasan masyarakat. Selain itu, ia juga
bertujuan untuk mendidik anggota kesihatan untuk mengamalkan gaya hidup sihat
dengan penyertaan aktif dalam aktiviti fizikal. Disamping itu juga, secara tidak
langsung kejohanan ini juga dapat hiburan dan dapat mengurangkan tekanan yang
dihadapi oleh masyarakat setempat.

03. OBJEKTIF

3.1 Melahirkan masyarakat yang mempunyai tahap kevergasan yang tinggi.


3.2 Membina kesedaran tentang kepentingan aktiviti fizikal terhadap tubuh badan
serta kesihatan diri.
3.3 Memberi peluang kepada masyarakat yang baharu mengikuti aktiviti larian.
3.4 Membina, memupuk dan melahirkan masyarakat yang kuat fizikal dan jatidiri
serta dapat mewujudkan sikap daya saing.
3.5 Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.
04. NAMA ACARA
“6KM FUN RUN” SEMPENA KARNIVAL KECERGASAN & KESIHATAN
PERINGKAT DAERAH LIMBANG TAHUN 2018

05. TARIKH, MASA, DAN TEMPAT

Tarikh : 14 April 2017


Masa : 6.00 – 10.00 Pagi
Tempat : Dataran Jubli Mas, Limbang.

06. ATURCARA

TENTATIF PROGRAM “6KM FUN RUN” SEMPENA KARNIVAL KECERGASAN & KESIHATAN
PERINGKAT DAERAH LIMBANG TAHUN 2018

MASA ATURCARA
6.00 Pagi Pendaftaran peserta larian
7.00 Pagi Pelepasan peserta larian “5Km Fun Run”
7.30 Pagi Anggaran ketibaan terawal peserta larian
9.00 Pagi Anggaran peserta tamat larian
9.30 Pagi Cabutan bertuah untuk peserta “5Km Fun Run”

KATEGORI LELAKI KATEGORI WANITA


HADIAH KEPADA PESERTA;- HADIAH KEPADA PESERTA;-
20 pelari terawal tamat akan memperolehi 20 pelari terawal tamat akan memperolehi
Pingat “Top 20-Finisher” Pingat “Top 20-Finisher”

20 Hadiah Cabutan Bertuah Sumbangan Kelab Sosial Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang

07. AHLI JAWATANKUASA


AHLI JAWATANKUASA
“6KM FUN RUN” SEMPENA KARNIVAL KECERGASAN & KESIHATAN
PERINGKAT DAERAH LIMBANG TAHUN 2018

PENASIHAT
MOHAMAD KHAIRUL BIN MUSTAFA KAMAL

AHLI JAWATANKUASA KECIL

PENGURUS : EN NUR AIZAT BIN KUSHAIRI

PUBLISITI & HEBAHAN : PN SITI NORAZLINA BT NASIR

PENDAFTARAN & HADIAH : PN SOFIAH BT ARSYAD


PN NORYANI BT MATASIN
PN SHALMAH BT AWANG
PN JOHANA BT YUNAK
NOOR AZREEN BINTI JANUDIN

TEKNIKAL & LOGISTIK : EN NUR AIZAT BIN KUSHAIRI

PETUGAS CHECKPOINT : PN SARA BINTI MATNOR


DAYANG SARINAH BT ABD KASHIM
AMAN SHAH BIN KHAIRUL AZMAN
HAIRMAN BIN RADIN
DANNY BELON
08. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
8.1- Penyertaan & Pendaftaran;

i. Pendaftaran adalah Percuma


ii. Nama bagi penyertaan haruslah dihantar sebelum 6 April 2018.
iii. Peserta wajib menemani anak-anak berumur 12 tahun kebawah
yang mengikuti larian
iv. Penyertaan perlu dilakukan dengan mendaftar Nama penuh, No Kad
Pengenalan & No.telefon kepada Ajk Pendaftaran.

09. PEMENANG ‘TOP 20 FINISHER’ & CABUTAN BERTUAH


9.1- Pemenang 20 terawal
i. 40 pelari terawal yang tamat akan diberikan ‘Top 20 finisher medal’
(20 Lelaki & 20 Perempuan)
ii. Pelari akan diberikan riben/gelang getah istimewa sebagai bukti telah
melalui stesen/checkpoint Fun Run.
iii. Pelari akan menunjukkan riben/gelang getah istimewa semasa tamat
larian terutamanya bagi 20 pelari lelaki & wanita terawal.
iv. Tag nombor akan diberikan kepada 40 pelari (Lelaki-20 & Perempuan-
20) terawal yang tamat sebelum dianugerahkan pingat.
9.2- Pemenang Cabutan Bertuah
i. Semua peserta larian yang berdaftar mempunyai peluang memenangi
hadiah cabutan bertuah.
ii. Nombor cabutan akan diberikan semasa pendaftaran sebelum larian
dimulakan.
iii. Cabutan akan dilakukan selepas semua pelari tamat larian
10. LALUAN LARIAN
12. ANGGARAN PERBELANJAAN.

KEPERLUAN ANGGARAN KOS


HADIAH

- Top 20 (Lelaki) RM 400

- Top 20 (Perempuan) RM 400

PERBELANJAAN LAIN
Cetakan Nombor Bib Larian RM 250
Air Minuman:-
RM 110
- Rm11.00 x 10 Kotak
- Khemah, Meja & Kerusi Pendaftaran Dibekalkan oleh penganjur
- Riben/Gelang Getah & Tag 1-20(2set) Sendiri
JUMLAH KESELURUHAN RM 1160.00

13. PENUTUP
Memandangkan pertandingan sebegini adalah pertama kali akan dilaksanakan
Jawatankuasa ini, maka pihak kami berharap ia akan berjalan lancar. Diharap dengan
penganjuran sebegini akan terus mendapat kesinambungannya pada masa akan
datang berjalan dengan jayanya.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh,

……………………………………......
( NUR AIZAT BIN KUSHAIRI )
Ahli Jawatankuasa,
Jawatankuasa Kelab Sosial,
Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang,
Tahun 2018

Disemak oleh,

.............................................
(MOHD KHAIROL BIN MUSTAFA KAMAL)
Pengerusi,
Jawatankuasa Kelab Sosial,
Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang,
Tahun 2018
BORANG PENYERTAAN
6Km Fun-Run Bersempena Karnival Kesihatan & Kecergasan dan Sambutan Bulan
Pemakanan Peringkat Daerah Limbang, Sarawak.
14 April 2018 (Sabtu) bertempat di Tebingan Sungai Limbang,
Anjuran
Jawatankuasa Kelab Sosial, Pejabat Kesihatan Bahagian Limbang.

NAMA
JANTINA
NO. IC
ALAMAT
NO. TELEFON
NO.
PENDAFTARA
N

SURAT AKUAN PESERTA

Saya _________________________________ No. I/C atau Surat Beranak:


__________________ bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Sebarang masalah kesihatan dan kecedaraan yang saya alami adalah di bawah
TANGGUNGJAWAB saya sebagai peserta.

Yang Benar;

_________________________
(Tandatangan Peserta)
Nama Peserta:

Anda mungkin juga menyukai