Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

LAWATAN INDUSTRI KILANG YAKULT (M) SDN BHD

Pada 13 Mac 2012 (Selasa) Bertempat di: Kilang YAKULT (M) SDN BHD Seremban, Negeri Sembilan. Anjuran: Hal Ehwal Wanita (HELWA) Dan Biro Agama (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah B.Pahat Tema: Pemantapan Ilmu melalui Pengalaman Dengan kerjasama: Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat
1

PENDAHULUAN
Perkembangan Teknologi bergerak seiring dengan kemajuan ekonomi negara. Dalam usaha untuk mempelbagai dan mencetuskan perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil, kerajaan telah memperkenalkan suatu dasar iaitu yang dinamakan sebagai Dasar perindustrian Negara . Dasar ini bertujuan untuk sebagai langkah Negara mencapai sebuah Negara yang maju melalui usaha peningkatan hasil pembuatan, merancakkan aktiviti pengekspotan keluaran sumber Negara, melatih dan memberikan peluang pekerjaan dalam bidang teknikal dan kemahiran. Oleh yang demikian penggunaan teknologi amat diperlukan dan penting dalam sektor perkilangan terutamanya dalam pengeluaran keperluan Makanan. Penemuan Teknologi banyak membantu peningkatan hasil keluaran hasil makanan Negara. Pelbagai kaedah dan cara telah diaplikasikan dalam kilang semasa kaedah memproses makanan. Kaedah ini bagi memastikan kualiti, tekstur, bentuk, dan rasa makanan atau minuman tersebut tidak berubah daripada yang asal dan ini memudahkan pengguna menyimpan makanan tersebut dalam tempoh masa yang panjang, ruang yang minimum dan penyelenggaraan yang optimum. Oleh yang demikian, kertas kerja projek lawatan ini diadakan bertujuan untuk melihat secara dekat bagaimana pemprosesan minuman kesihatan itu dilakukan oleh kilang yang ingin dilawati, sekaligus membantu memperluaskan ilmu pengetahuan dalam bidang kesihatan dikalangan warga PDRM umumnya serta sihat keluarga khususnya.Ini adalah bersesuaian dengan tuntutan agama kita iaitu kualiti beribadah dari tubuh badan yang sihat

JUSTIFIKASI PROGRAM:
Pembelajaran dan pengetahuan secara teori adalah kurang berkesan sekiranya tidak dijalankan aktiviti-aktiviti pemerhatian, latihan, dan pengalaman. Oleh yang demikian pembelajaran teori akan menjadi lebih efficient sekiranya satu lawatan industri sambil belajar dijalankan. Banyak faedah yang akan diperolehi para peserta sepanjang lawatan tersebut antaranya peserta boleh melihat dengan lebih dekat lagi proses, dan rangka kerja yang dijalankan oleh pihak industri untuk mengawet makanan, pemilihan kaedah pembungkusan yang rapi, kepentingan dan cara bagi setiap proses rangka kerja yang dijalankan oleh industri, serta mengetahui serba sedikit profail dan maklumat berkaitan syarikat tersebut. Selain itu juga, program ini mampu mempereratkan hubungan Silaturrahim dikalangan warga Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat umumnya serta warga PERKEP amnya.Dari sudut pendekatan Islam juga,konteks menuntut ilmu Allah dan memperluaskan ilmu pengetahuan adalah sangat dituntut dalam Islam.ini bersesuaian dengan sabda Rasullulah s.a.w Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat ini bermakna ilmu amatlah penting bagi tiap insan tanpa mengenal usia.

RINGKASAN EKSEKUTIF

BENTUK PROGRAM MATLAMAT PROGRAM

Lawatan sambil belajar Memberi pendedahan kepada para peserta tentang kepentingan kesihatan dalaman terutamanya penghadaman. Modul ini mampu membentuk kesepaduan dan kesefahaman lahiriah dalam konteks persahabatan

TARIKH HARI TEMPAT

13 Mac 2012 Selasa ( 7.00 Pagi) Kilang Yakult (M) SDN BHD Seremban Negeri Sembilan, Malaysia.

PENYERTAAN

Kalangan wanita terdiri daripada:Peg,Anggota dan KTA IPD BP = 15 org Kaum Ibu Dan anak (PERKEP) = 25 org Jumlah penyertaan = ( 40 Orang)

ANGGARAN KOS

* Cenderahati kepada pihak kilang (Sumbangan dari IPD Batu Pahat)

MATLAMAT: Memberi Pendedahan, Pengalaman, pengetahuan secara praktikal tentang Teknologi Pemprosesan Makanan kesihatan yang dijalankan oleh pihak industri secara keseluruhan sehingga kepada teknologi pemasaran produk kesihatan. OBJEKTIF : 1. Mempraktikkan kesihatan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian selaku umat Islam. 2. Mendapatkan beberapa maklumat penting sebagai ilmu berkaitan latarbelakang syarikat dan rekod pencapaian syarikat tentang amalan pengilangan, ISO dan lain-lain yang bakal diperolehi. 3. Mendapatkan pendedahan tentang kaedah pemprosesan makanan yang dijalankan oleh pihak industri. 4. Mengenalpasti teknologi yang digunakan untuk memproses makanan. 5. Melihat dan mengenalpasti teknologi yang digunakan semasa proses pembungkusan minuman benar-benar selamat untuk diminum. MAKLUMAT PROGRAM: Nama Program: Tema: Tarikh Program: Masa Program: Tempat Program: Penyertaan kumpulan sasaran: Lawatan Industri ke Kilang Yakult (M) SDN BHD Pemantapan Ilmu melalui Pengalaman 13 Mac 2012 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang Kilang Yakult (M) SDN BHD Seremban Negeri Sembilan, Malaysia. Ahli Hal Ehwal Wanita (HELWA) Dan Ahli PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

PENGANJUR Hal Ehwal Wanita (HELWA) Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat,Biro Agama PERKEP Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat Johor dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

PENUTUP Melalui penganjuran program ini, diharap ianya dapat memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada para peserta dengan sepenuhnya serta mencapai objektif yang ingin dicapai dalam subjek ini. Diharap pihak Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dapat memberikan pertimbangan dan meluluskan program ini

CARTA ORGANISASI LAWATAN


6

JAWATANKUASA INDUK Penaung ACP DIN BIN AHMAD Ketua Polis Daerah Batu Pahat Penyelaras SUPT RAZALI BIN MAT AWANG Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Penasihat ASP JAMIL BIN HASHIM Pengerusi (SURAU) Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat

JAWATANKUASA PERLAKSANA Pengarah: Timbalan Pengarah : Setiausaha: Penyelaras: Bendahari: AJK Unit Protokol AJK Unit Makanan : : : : : Puan Hapisah Binti Puan Hasnah Binti Puan Hajah Maimunah Binti Haji Sujak Ustazah Norlizana Binti Md Khalid Puan Nadiah Binti Puan Shakila Binti Shoib Puan Zauwiah Binti Osman Shahidah komunikasi Puan Sofia L/Kpl Siti Norliana Binti Nasir ( Balai Sri Gading)

AJK Unit Perhubungan Awam: AJK Unit Cenderamata Ketua Unit Pengangkutan Penolong Pengangkutan

TENTATIF PROGRAM 13 Mac 2012 (Selasa) 7.00 pagi 8.00 pagi 11.30 pagi : : : Peserta-peserta berkumpul di Lobi IPD Batu Pahat. ( Dibekalkan makanan ) Bas bertolak ke Seremban Negeri Sembilan. Dijangkakan tiba di Kilang Yakult Seremban

12.00 Petang

Taklimat Dari pihak Yakult Lawatan ke sekitar Kilang Pembuatan air Minuman Yakult Sesi soal jawab

2.00 Petang

Penyampaian Cenderahati kepada wakil Kilang Yakult (M) SDN BHD Dibuka untuk belian Air Yakult

2.30 Petang 3.00 Petang 6.00 Petang

: : :

Solat Jamak Taqdim Di Masjid berdekatan Bertolak Pulang ke Batu Pahat Johor Dijangka tiba Di IPD Batu Pahat

ANGGARAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN PERINCIAN JUMLAH

1. Cenderamata 2. Pengangkutan 3. Makanan peserta

Sumbangan dari pihak PERKEP Cawangan Pengangkutan Ditanggung oleh Kelab Polis 40 ORANG X RM 5.00

RM 50 RM 200

Jumlah Anggaran Perbelanjaan

RM 250

Anda mungkin juga menyukai