Anda di halaman 1dari 11

SULIT 3755/2

Bahagian A
(75 markah)

Jawab tiga soalan sahaja

1. (a) Huraikan Hierarki Keperluan Maslow pada tahap tertinggi [3 markah]

(b) Gambar berikut menunjukkan seorang pemilik kebun sayur yang sedang
mengusahakan tanahnya.

Terangkan tiga faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu. [6 markah]

(c) Rajah yang berikut menunjukkan cabang pengeluaran

Perusahaan

i) Huraikan X. [3
markah]

ii) Apakah jenis pengkhususan yang terdapat di Y? Jelaskan. [3


markah]

1
SULIT 3755/2

d. Gambar berikut menunjukkan perkembangan perniagaan Encik Ananda.


2013

Terangkan dua sumbangan Encik Ananda kepada negara.


[4 markah]

e. Gambar berikut menunjukkan tiga orang individu yang ingin berurus niaga.

i) Kenalpasti sistem perniagaan yang mereka gunakan. [1


markah]

ii) Dapatkah Encik Kadok menukarkan kambingnya dengan ikan?


Nyatakan tiga alasan.
[5 markah]

2
SULIT 3755/2

2 (a) Rajah berikut menunjukkan dua contoh saluran agihan

Pengeluar Pengguna

Pengeluar Peruncit Pengguna

Jelaskan empat faktor yang perlu dipertimbangkan dalam memilih saluran agihan.

[4 markah]

(b) Berikut ialah logo suatu bentuk peruncitan

(i) Namakan bentuk peruncitan tersebut. [1 markah]

(ii)Jelaskan empat ciri peruncitan di (b) (i) . [4 markah]

(c) Terangkan tiga fungsi pemborong kepada peruncit dalam saluran agihan.

[5 markah]

3
SULIT 3755/2

(d)

Dokumen berikut diterima oleh Kedai Baju Yati

ASAL No. 1234


INVOIS
Pemborong Suria Sdn Bhd
12, Jalan Melur
17100 Kota Bharu
Tel : 03-91685445

Kepada: Tarikh: 2 Jun 2013


Kedai Baju Yati
2, Lorong Pulai
17300 Nilam Puri
Kota Bharu, Kelantan

No Rujukan Butiran Kuantiti Harga seunit Jumlah (RM)


K 054 Baju 100 pasang 12.00 1200.00
Dewasa
Tolak : Diskaun niaga 20% 240.00
JUMLAH 960.00

Syarat : 5% 10 hari, 3% 30 hari


Serahan: Angkutan dibayar
K. & K. di K.

Noriah Salma
Penerima Pengurus

(i) Jelaskan dua kegunaan dokumen tersebut. [2


markah]

(ii) Hitung jumlah yang perlu dijelaskan oleh Kedai Baju Yati jika bayaran
dibuat
pada 9 Jun 2013 [ Tunjukkan kerja mengira]
[3 markah]

4
SULIT 3755/2

(e) Gambar menunjukkan perbualan antara Abang Man dengan Ali.

Abang Man, peti sejuk di rumah


Ohhhh..tiada masalah kalau
saya telah rosak.Wang yang saya
wang tidakmencukupi.Ali
ada Cuma RM200.Setahu saya
boleh bayar secara ansuran
harga tunai peti sejuk boleh
mencecah RM2500 sebuah.

Ali Abang Man

(i) Kenal pasti kaedah jualan yang dimaksudkan oleh Abang Man. [1
markah]

(ii) Apakah kelebihan kaedah jualan tersebut kepada Ali? [5


markah]

5
SULIT 3755/2

3. (a) Situasi berikut berkaitan dengan aktiviti perniagaan.

Negara Pengeluaran
Malaysia Petroleum
Thailand Beras
Jepun Kereta

Terangkan dua kepentingan aktiviti perniagaan di 3(a) kepada negara. [4 markah]

(b) Terdapat tiga jalinan utama antara Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dengan industri
berat iaitu Pemasaran Bersepadu, Pengaturan Kontrak Khas dan Subkontrak.

Jelaskan maksud jalinan Pemasaran Bersepadu. [3


markah]

(c ) Gambar berikut menunjukkan perbualan antara Encik Ramli dengan Encik Low.

Low, saya baru memulakan


perniagaan runcit.

Baguslah, kamu
harus memberi
tumpuan dalam
aspek “pengurusan
pelanggan dan
sumber manusia”.

Apakah yang dimaksudkan dengan “pengurusan pelanggan dan sumber manusia” dalam
perbualan tersebut? [4 markah]

(d) (i) Encik Selamat ingin mengembangkan perniagaannya. Namun, dia kekurangan
modal. Dua rakannya ingin berkongsi modal untuk mengembangkan
perniagaannya. Encik Selamat menolak pelawaan rakannya itu.

Terangkan tiga kekurangan yang akan diperoleh oleh Encik Selamat jika dia
menerima pelawaan rakannya. [6 markah]

6
SULIT 3755/2

(ii) Rajah menunjukkan perubahan jenis pemilikan perniagaan Era Cool Sendirian
Berhad.

Era Cool Sendirian Berhad

Era Cool Berhad

Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis milikan perniagaan tersebut?


[8 markah]

7
SULIT 3755/2

4 (a) Rajah berikut menunjukkan saluran agihan bagi beras berjenama Herba Jati.

Pengeluar pemborong peruncit pengguna

Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi pengeluar beras itu untuk memilih saluran
agihan tersebut. ( 6Markah)

(b) Gambar berikut berkaitan dengan sejenis peruncit besar-besaran

(i) Nyatakan 3 ciri perniagaan runcit tersebut ? ( 3 Markah)


(ii) Terangkan dua kelebihan perniagaan itu kepada peniaga. ( 4 Markah)

(c) Gambar berikut menunjukkan aktiviti pengeluaran dalam kilang milik encik Azam

(i) Terangkan tiga factor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti tersebut?
( 6 Markah)

(ii) Nyatakan dua jenis pengkhususan yang diamalkan dalam aktiviti pengeluaran itu.
( 2 Markah)
(iii) Terangkan 2 kepentingan pengkhususan kepada encik Nizam?
( 4 Markah)

8
SULIT 3755/2

5 (a) (i) Gambarmenunjukkancaramemulakanperniagaan.

Saya membeli restoran


Pak Mat kerana beliau
mengalami masalah
kewangan
Puan Indrawati

Amir & Co mempelawa


saya menjadi rakan
kongsi
Encik Budiman

Nyatakan cara memulakan peniagaan untuk setiap individu berikut:


 Puan Indrawati [ 1 markah ]
 Encik Budiman [ 1 markah ]

(b) Rajah menunjukkan jenis pemilikan perniagaan.

Jenis Pemilikan
Perniagaan

Perbadanan Awam Syarikat Berhad Koperasi

Perkongsian X

(i) Terangkan 4 ciri Pemilikan Perniagaan bartanda X. [ 8 markah ]

9
SULIT 3755/2

(a) Situasi berikut adalah berkaitan dengan aktiviti pelaburan.

Encik Hafiz membeli dan menjual syer berdasarkan sentimen dan


khabar angin.

Puan Aminah membeli dan menjual syer berdasarkan prestasi


syarikat.

( i) Siapakah antara mereka merupakan pelabur dan spekulator? [ 2 markah ]

( ii) Berikan maksud spekulator . [ 2 markah ]

(b) Maklumat berikut berkaitan aktiviti pelaburan yang telah dibuat oleh Puan Fatimah.

Puan Fatimah membuat pelaburan dengan membeli sebuah rumah


berharga RM 300 000. Rumah tersebut disewakan dengan kadar
sewa bulanan RM 1 200 selama dua tahun. Selepas itu, rumah
tersebut dijual kepada Encik Bala dengan harga RM 450 000.

Hitungkan jumlah pulangan yang diterima oleh Puan Fatimah daripada pelaburan
tersebut. [ 5markah ]

(c) Berikut adalah perbualan antara Encik Kasim dengan Encik Chong.

Encik Kasim : Chong, saya baru saja membeli saham Syarikat ABC
Berhad.
Encik Chong : Baguslah kalau begitu. Awak akan memperoleh banyak
pulangan.

Berikan dua jenis pulangan yang dimaksudkan oleh Encik Chong.


[ 2 markah ]

(d) Terangkan dua faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang melabur.
[ 4 markah ]

10
SULIT 3755/2

Bahagian B
Bahagian ini mengandungi satu soalan yang wajib dijawab

6 Perniagaan Marko Magik dimiliki oleh Man dan Moong. Mereka menjalankan perniagaan
borong berfungsi penuh yang beroperasi di Pusat Kejiranan Anjung, Nusa Jaya. Perniagaan ini
menjual pelbagai jenis barangan pengguna secara kredit kepada ramai peruncit kecil-kecilan di
sekitar Johor Bahru, Pontian, Pasir Gudang dan Kulai.

Sejak kebelakangan ini, Man dan Moong kerap gagal membekalkan barang yang dipesan
oleh pelanggan pada waktu yang ditetapkan. Mereka menghadapi kekurangan modal untuk
membeli barangan daripada pengeluar. Masalah ini berpunca daripada kelewatan menerima
bayaran daripada peruncitsehingga menjejaskan keuntungan mereka. Untuk memastikan
perniagaan mereka berkekalan, Persatuan Pemborong telah mencadangkan agar mereka
menjalan perniagaan bayar dan bawa.

Semenjak menjadi pemborong bayar dan bawa, Man dan Moong mendapati perniagaan
mereka lebih menguntungkan. Mereka telah bercadang untuk membuka cawangan di seluruh
Malaysia. Justeru , mereka memerlukan modal tambahan. Lima orang rakan karib mereka telah
bersetuju untuk menyumbangkan modal dan sama-sama menyertai perniagaan tersebut. Rakan
mereka telah menetapkan syarat agar mereka tidak menanggung kerugian melebih jumlah
modal yang disumbangkan dan segala maklumat kewangan perniagaan tidak dimaklum kepada
orang ramai. Keadaan ini menyebabkan mereka mengubah jenis pemilikan perniagaan
kepada Syarikat Sendirian Berhad.

Perniagaan yang semakin besar dengan pelanggan yang semakin ramai telah
menyebabkan pusingan stok syarikat bergerak pantas. Syarikat perlu menyediakan ruang yang
lebih luas serta lori yang lebih banyak untuk mengangkut barang dari tempat pengeluar. Melalui
bantuan perniagaan yang sesuai, pengurusan syarikat berjaya ditingkatkan.

(a) Apakah saluran agihan yang digunakan oleh Perniagaan Marko Magik? [ 1 markah ]
Jelaskan. [ 4 markah ]

(b) Jelaskan kelebihan kaedah jualan yang digunakan kepada :-


(i) Perniagaan Marko Magik [ 3 markah ]
(ii) Pelanggan Marko Magik [ 2 markah ]
setelah perniagaan tersebut bertukar kepada jenis pemborong yang baru.

(c) Huraikan kelebihan yang diperolehi Man, Moong dan rakan-rakan apabila menubuhkan
jenis pemilikan perniagaan yang baru. [ 9 markah ]

(d) Jelaskan bantuan perniagaan yang dapat membantu perniagaan tersebut untuk:-
(i) menyimpan stok [ 3 markah ]

(ii) mengangkut barang [ 3 markah ]

KERTAS SOALAN TAMAT

11

Anda mungkin juga menyukai