Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

Bismillahirrohmanirrohim……Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru, Anggota Kumpulan
Pelaksana(AKP), tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak pelajar semua kerana
berkesempatan bersama-sama dalam ruangan live ini bagi menjayakan PROGRAM
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
PESISIRAN PERDANA BAGI TAHUN 2021 pada malam ini. Situasi ketika ini secara Norma
baharu sudah pastilah mendesak kita untuk menggunakan pelbagai bentuk saluran supaya
apa sahaja maklumat atau penyampaian dapat dijayakan dan dilaksanakan seperti biasa
dengan menggunakan kaedah yang luar biasa. Oleh itu, kali pertama dalam sejarah sekolah
ini, kita mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah menerusi Live di channel
youtube. Semoga usaha alternative ini berupaya memberi manfaat kepada semua pihak
khususnya kepada semua pelajar. InsyaAllah..

Perkenalkan, saya cikgu wan nasuha bin w. hanafi. Kaunselor SMK Pesisiran Perdana
merangkap juruacara pada malam ini. Dan sudah pastilah saya tidak berseorangan.
bersama-sama dengan saya ketika ini ialah seorang yang tidak asing lagi diperingkat
pengurusan sekolah, merupakan tunggak utama dalam mengerakkan dan mengaturkan
setiap pengurusan di sekolah berjalan lancar dan sempurna , iaitu Yang berusaha Puan Nor
Haslina Binti Md Yusop, Pengetua SMK Pesisiran Perdana. Apa khabar puan. Selamat
bersiaran. Alhamdulillah …terima kasih puan kerana meluangkan masa bersama-sama
dalam program pada malam ini.

Seterusnya, seorang insan yang berperanan dalam Hal Ehwal Murid. Samaada kebajikan
mahupun Disiplin. Dan mengiikut Laporan sahsiah dari unit Disiplin, murid sekolah kita
adalah antara yang terbaik dari segi disipin. Dan situasi ini sudah pastila perkara yang boleh
dibanggakan. insan yang saya maksudkan ini ialah Yang Dihormati En. Zulkipli bin Ismail,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Apa khabar En Zul, selamat bersiaran. Alhamdulillah.
Seterusnya, Ustaz Mohd Khairunnahar bin Sulaiman, Pembaca doa pada malam ini. supaya
program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan di berkati oleh Allah taala. InsyaAllah.
Selamat bersiaran juga kepada ustaz..terima kasih kerana bersama menjayakan program
pada malam ini.

Dan saya juga mengalu alukan kehadiran penonton dalam ruangan live ini, seluruh warga
sekolah samaada guru-guru, Anggota Kumpulan Pelaksana, , ibubapa dan Pelajar SMK
Pesisiran Perdana untuk turut serta dalam program ini sehingga tamat. sebagai satu ilmu
untuk meningkatkan kesedaran berkaitan bahaya dadah dan bersama-sama mencegah diri
daripada dadah durjana.

Baik, peringatan mesra kepada semua guru, AKP, dan pelajar untuk mengisi kehadiran
melalui google form. yang mana link google form akan dimasukkan sekejap lagi. Hanya
menggunakan 1 google form sahaja. Mohon rujuk link tersebut dibahagian live chat nanti.
Untuk guru-guru dan AKP, kehadiran ini akan didaftarkan dalam SPLKPM. Manakala pelajar
pula, nama yang disenaraikan itu akan didaftarkan dalam markah kokurikulum.

Baik sidang penonton semua….sebelum kita meneruskan agenda pada malam ini. Terlebih
dahulu saya nak berpantun sebagai pemula acara. Biasa pantun in dimasukkan dalam teks
pengacara majlis dalam majlis-majlis rasmi di sekolah. Tetapi malam ini saya nak guna juga
la, sebab dah lama tak guna berikutan majlis disekolah belum dapat diaksanakan. Boleh
cikgu zul ye?

Awal Bismillah pembuka bicara,


Kata disusun untuk keberkatan,
Semoga kebaikan datang jua,
Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa yang dilafazkan oleh USTAZ MOHD
KHAIRUNNAHAR BIN SULAIMAN

Dijemput dengan hormatnya USTAZ MOHD KHAIRUNNAHAR untuk bacaan doa. Dipersilakan...

SELESAI BACA DOA

Amin...amin...yarobbal alamin....terima kasih diucapkn kepada ustaz mohd khairunnahar atas bacaan
doa itu tadi. Semoga program ini diberkati oleh Allah taala. InsyaAllah...
Baik…ada kejutan untuk pelajar pada malam ini. 5 orang pelajar yang bertuah melalui
komen yang kreatif dan menarik berkaitan dadah akan dipilih sebagai pemenang. Saya akan
pilih pemenang dan akan umumkan malam ini juga diakhir rancangan nanti. Hadiah misteri
menanti anda. Nama yang saya sebutkan nanti sebagai pemenang sila hubungi saya di talian
019-6091171. Jadi, buka sekolah nanti, kita akan adakan sesi penyampaian hadiah kepada
pemenang. InsyaAllah

Baik..tanpa buang masa lagi, saya mempersilakan

Yang dihormati, En. Zulkipli Bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk membacakan
perutusan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor sempena Program
Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Johor. Dipersilakan Cikgu Zul…

SELESAI PERKONGSIAN EN ZUL


Terima kasih En. Zulkipli Bin Ismail atas Bacaan Perutusan daripada Pengarah Jabatan
Pendidikan Negeri Johor. Semoga perutusan ini memberi panduan dan kesedaran kepada
kita semua tentang bahaya pengambilan dadah dan berusaha untuk hidup dengan bahagia
dan sejahtera.

Baik, peringatan sekali lagi kepada semua guru, AKP, dan pelajar untuk mengisi kehadiran
melalui google form yang mana link google form telah dimasukkan di bahagian LIVE CHAT.
Mohon rujuk link tersebut dibahagian live chat. Untuk pelajar, markah kokurikulum akan
diberikan mengikut nama yang disenaraikan melalui google form.

Dan….kepada pelajar juga, teruskan komen berkaitan dengan dadah diruangan live chat. 5
Komen yang menarik akan diberikan hadiah misteri. Saya akan memilih komen yang
menarik dan akan umumkan diakhir rancangan nanti.

Baik…seterusnya, saya mempersilakan Yang Berusaha Puan Nor Haslina Binti Md Yusop,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pesisiran Perdana untuk menyampaikan ucapan
dan seterusnya merasmikan program pendidikan pencegahan dadah peringkat sekolah SMK
Pesisiran Perdana. Dipersilakan.
SELESAI UCAPAN PENGETUA

Terima kasih kepada Puan Nor Haslina atas ucapan dan perasmian Program Pendidikan
Pencegahan Dadah SMK Pesisiran Perdana itu tadi. Semoga pesanan dan harapan pengetua
ini mampu menyemarakkan lagi perasaan benci dadah dan secara rasmi jawatankuasa
pencegahan dadah selepas ini akan bertindak untuk mengelola aktiviti-aktiviti berkaitan
kempen bebas dadah bagi tahun 2021.

Semoga usaha ini diberkati dan mendapat rahmat dari Allah subhanahu wataala. Dan
berjalan dengan lancar. InsyaAllah.

Dengan ucapan perasmian itu, maka berakhirlah program kita pada malam ini.

Namun, seperti yang dijanjikan, 5 komen yang terbaik berkaitan bebas dadah telahpun saya
pilih.

Pemenang yang pertama------------------------------------------------------------------------------

Komennya berbunyi begini………………………………………………………

Tahniah kepada pemenang, sila hubungi saya ditalian 0196091171. Untuk berikan maklumat
anda. InsyaAllah…buka sekolah nanti pihak sekolah akan adakan sesi penyampaian hadiah
kepada pemenang.
Sekali lagi nak saya ucapkan terima kasih kepada

Yang berusaha Puan Nor Haslina Binti Md Yusop, Pengetua SMK Pesisiran Perdana atas
kesudian bersama-sama dalam program pada malam ini.

Terima kasih juga kepada En. Zulkipli Bin Ismail, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid kerana
turut meluangkan masa menjayakan program ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada sidang
penonton, baik warga pendidik,AKP, ibubapa dan pelajar yang mengambil peluang untuk
bersama-sama dalam program ini. Saya mohon maaf senadainya ada kesilapan tutur kata
atau menyinggung perasaan tuan-tuan dan puan-puan sepanjang saya mengendalikan
program ini. Kita berjumpa lagi dengan program yang lain melalui channel youtube.

Terima kasih semua. Dan kepada calon SPM 2020 yang masih berjuang ketika ini, teruskan
berusaha. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, alang-alang
berusaha biar sampai ke puncak kejayaan.

SAYA SUDAHI DENGAN LAFAZ


WABILLAHITAUFIKWALHIDAYAHWASSALAMUALAKUMWARAHMATULLAHIWABARKATUH…..

Sekian…terima kasih….dan selamat malam

Anda mungkin juga menyukai