Anda di halaman 1dari 22

Konsep

kendiri
Pengertian Konsep Kendiri
Ditakrifkan dengan pelbagai definisi yang berbeza,iaitu:

Konsep kendiri terdiri daripada persepsi,


kepercayaan, perasaan, sikap serta
nilai yang khusus dipegang oleh seseorang
individu tentang dirinya.
H.V.Perkins (1974)

Pandangan kekuatan dan


kelemahan diri sendiri serta disokong
dengan maklum balas tentang dirinya daripada
orang lain.
Vernon (1980)
Tangggapan individu terhadap identitinya yang
berbeza dengan individu lain
sejak peringkat bayi

Stewat dan Friedman (1987)

Integrasi pengetahuan bersama


dengan reaksi seseorang
yang membezakan dirinya
daripada individu lain

Poppleston dan Mcpherson (1988)


Integrasi penilaian diri sendiri,
penilaian orang lain dan penilaiannya
tentang tanggapan orang lain
terhadap dirinya
Amir Awang (1991)
Kesimpulannya, konsep kendiri boleh ditakrifkan
sebagai persepsi tentang diri sendiri dan ia
merangkumi gambaran tentang:
- rupa
- kesihatan
- kebolehan
- kelemahan
- kekuatan
- tingkah laku kendiri seseorang
• Konsep kendiri dibentuk hasil daripada
interaksi individu dengan orang lain dan
penyesuaian diri dengan alam sekitar.

• Penyesuaian yang berjaya akan


menghasilkan konsep kendiri positif dan
sebaliknya. Tidak dinafikan bahawa konsep
kendiri seseorang boleh dipengaruhi oleh
tanggapan orang lain.
Jenis-jenis Konsep Kendiri
(a) Konsep kendiri positif

- Personaliti yang harmonis dan seimbang.


- Bersifat tenang dan ketabahan.
- Menikmati lebih banyak kejayaan daripada
kegagalan.
- Bertimbang rasa
- Berpandangan terbuka.
- Berpandangan positif terhadap diri sendiri.
- Merasa bangga diri sendiri dan berani
mencuba.
- Mudah bersosialisasi dengan orang lain.
- Mudah diterima oleh orang lain.
Konsep kendiri positif
- Sedia menerima teguran, kritikan, pendapat
orang
- Penuh keyakinan diri sendiri.
- Optimistik dan sentiasa riang / gembira dalam
apa jua situasi.
- Sentiasa menerima pujian, kasih sayang,
pertolongan dan perhatian keluarga, guru,
rakan sebaya dan ahli masyarakat.
Konsep kendiri negatif

- Sahsiah tidak seimbang dan rendah diri.


- Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama
- Kurang keyakinan diri
- Tidak berani mencuba.
- Berperasaan curiga, prasangka
- Tidak percaya orang lain serta diri.
- Sentiasa berwajah muram dan masam muka.
- Terlalu sensitif terhadap teguran dan kritikan
Konsep kendiri negatif

- penakut,pemalu,tidak mahu bertanggungjawab


- tidak suka bergaul
- tidak diterima oleh rakan sebaya.
- Mengalami lebih kegagalan daripada kejayaan.
- Sentiasa dikritik / dimarahi oleh ahli keluarga,
guru, rakan sedarjah dan ahli masyarakat.
- tidak suka mendengar atau menerima pendapat
- Sukar bersosialisasi dan sentiasa menjauhkan
diri daripada khalayak
Cara guru membantu pembentukan
konsep kendiri positif
* Mengembangkan potensi murid dalam
bidang akademik, kesukanan, bidang seni.

* Tidak membandingkan antara murid kerana


setiap murid adalah unik dan berbeza.

* Bijak menggunakan penilaian fleksibel kerana


prestasi akademik murid sentiasa berubah.
Cara guru membantu pembentukan
konsep kendiri positif
* Memberi bimbingan yang wajar dengan
membetulkan kesilapan murid dalam proses
pembelajaran.

* Menggalakkan interaksi positif dalam kalangan


rakan sebaya.
Helah Bela Diri
Pengertian Helah Bela Diri

Mekanisme helah bela diri merupakan


perlindungan atau pembelaan diri
terhadap sesuatu perbuatan yang
dilakukannya.
Davidoff (1976),
Jenis-jenis helah bela diri
(a) Helah bela diri positif
-Sublimasi
-Rasionalisasi
-Pemindahan
-Projeksi
-Introjeksi
-Pembentukan Reaksi
-Kompensasi
-Fantasi

(b) Helah bela diri negatif


-Represi
-Penafian
-Agresi
-Regresi
Helah bela diri positif

Sublimasi :
Cara seseorang menerima kenyataan dan
menyalurkan kekecewaan, kekurangan atau
kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain
yang sihat.

Rasionalisasi :
Memberi penjelasan dengan tujuan
menyembunyikan kenyataan sebenar demi
menjaga harga dirinya.
Helah bela diri positif

Pemindahan :
Memindahkan perasaan yang kurang
manis daripada sesuatu objek kepada
objek yang boleh menerimanya.

Projeksi :
Membalikkan konflik atau kelemahan
dalam dirinya kepada orang lain.
Helah bela diri positif

Introjeksi :
Menyerapkan ke dalam dirinya dengan
menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai
atau disanjungi.

Pembentukan Reaksi :
Menafikan sesuatu keinginan yang telah
disembunyikan dengan melakukan sesuatu
yang bertentangan.
Helah bela diri positif

Kompensasi :
Melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama
dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti
yang tidak berupaya melakukannya.

Fantasi :
Membentuk khayalan atau angan-angan dengan
tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau
tidak diingini.
Helah bela diri negatif

Represi :
Mengalihkan kesedaran sesuatu
ancaman dalam minda dengan cara
melupakannya

Penafian :
Menyakinkan diri bahawa sesuatu
ancaman tidak akan berlaku atau tiada
Helah bela diri negatif
Agresi :
Tindakan mencederakan atau merosakkan
punca kekecewaan atau ancaman

Regresi :
Pengunduran diri kepada keadaan yang
asal atau mengulangi
tingkah laku yang kurang matang.

Anda mungkin juga menyukai