Anda di halaman 1dari 42

6.

0 KONSEP KENDIRI
ISI KANDUNGAN

6.1. Pengertian Konsep Kendiri


6.2. Jenis-Jenis Konsep Kendiri
6.3. Faktor-faktor yang menyebabkan konsep
kendiri yang negatif
6.4. Helah Bela Diri
6.5. Cara-cara guru membantu kanak-kanak
membentuk konsep kendiri positif,
tingkah laku bermasalah dan modifikasi
tingkah laku.
6.1. PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
 H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974),
berpendapat konsep kendiri terdiri daripada persepsi, kepercayaan,
perasaan, sikap serta nila yang khusus dipegang oleh seseorang individu
tentang dirinya.
 Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan
diri sendiri serta disokong dengan maklumbalas tentang dirinya daripada
orang lain.
 Stewat dan Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai
tanggapan individu identitinya yang berbeza dengan individu yang
lain sejak peringkat bayi.
 Amir Awang (1991) berpendapat konsep kendiri ialah integrasi penilaian
diri sendiri, penilaian orang lain, dan penilaiannya tentang tanggapan orang
lain terhadap dirinya.

RUMUSAN PENGERTIAN
Konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan,
kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk
daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru sekolah, rakan sebaya dan
masyarakat, serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.
6.2. JENIS KONSEP KENDIRI.

 Konsep kendiri positif


 Konsep kendiri negatif
6.2.1. CIRI-CIRI KONSEP KENDIRI
POSITIF.
 Mempunyai personaliti yang harmonisdan seimbang
 Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila
menghadapi cabaran.
 Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan
 Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka
 Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri
 Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba
 Mudah bersosialisasi dengan orang lain
 Mudah diterima oleh orang lain
 Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang
lain
 Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri
6.2.2. CIRI-CIRI KONSEP KENDIRI
NEGATIf
 Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri
 Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang
lain
 Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani
mencuba
 Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya
orang lain serta diri sendiri
 Sentiasa menunjuk wajah muram dan masam muka
 Terlalu sensitive terhadap teguran dan kritikan daripada
orang lain
 Bersifat penakut, pemalu, dan tidak mahu bertanggungjawab
 Sentiasa dimarahi oleh ahli keluarga, guru, murid sedarjah dan
ahli masyarakat.
 Sukar bersosialisasi dengan orang lain dan sentiasa
menjauhkan diri daripada khalayak ramai
6.3. FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI
NEGATIF
 Pengalaman pahit/kegagalan yang pernah
ditempuhi
 Kritikan negatif berterusan daripada ibu bapa,
guru & rakan
 Pencapaian akademik rendah & jarang mendapat
pujian
 Suasana keluarga yang kurang harmonis
 Tekanan/ancaman ibu bapa atau guru
menjejaskan pembentukan konsep kendiri
tinggi
 Latar belakang sosio-ekonomi rendah berbanding
rakan lain
6.4.HELAH BELA DIRI
6.4.1. MEKANISME HELAH BELA DIRI

 Mengikut Davdoff (1976), helah bela diri


merujuk kepad acara atau taktik seseorang
mereka memberi alas an tentang sesuatu
tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan itu
bukan sebab yang sebenarnya.
 Mekanisme helah bela diri ini merupakan
perlindungan atau pembelaan diri terhadap
sesuatu perbuatan yang dilakukannya. Ia
menunjukkan manusia mempunyai
konsep/tanggapan tentang maruah dirinya yang
perlu dipelihara.
6.4.2. JENIS –JENIS HELAH DIRI

6.4.2.1. Helah Bela Diri Aktif


6.4.2.2. Helah Bela Diri Pasif
6.4.2.1. HELAH BELA DIRI AKTF
 Sublimasi : cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan kekurangan
atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat.
 Rasionalisasi : penjelasan yang diberi oleh seseorang terhadap tingkah
lakunya dengan tujuan menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga
ego atau harga dirinya.
 Pemindahan : memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu
objek kepada objek yang boleh menerimanya.
 Projeksi : membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada orang
lain.
 Introjeksi : Menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan cirri-ciri
orang lain yang disukai atau disanjungi.
 Pembentukan Reaksi : Menafikan sesuatu keingina yang telah disembunyikan
dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
 Kompensasi : melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan
menggantikan sesuatu aktiviti yang tiak berupaya melakukannya.
 Fantasi : membentuk khayalan atau angan-angan dengan tujuan
mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.
6.4.2.2. HELAH BELA DIRI PASIF
 Represi : mengalihkan kesedaran sesuatu
ancaman dalam minda dengan cara
melupakannya.
 Penafian : meyakinkan diri bahawa sesuatu
ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada.
 Agresi : tindakan mencederakan atau
merosakkan punca kekecewaan atau
ancaman.
 Regresi : Pengunduran diri dengan
mengulangi tingkah laku yang kurang matang
seperti menangis.
6.5. CARA- CARA GURU
MEMBANTU MURID MEMBENTUK
KONSEP KENDIRI POSITIF,
TINGKAH LAKU DAN MODIFIKASI
TINGKAH LAKU
6.5.1. KONSEP KENDIRI
POSITIF
 Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha
pembelajarannya
 Member bimbingan yang wajar dengan membetulkan
kesilapan murid dalam proses pembelajaran
 Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka supaya
mereka sentiasa menikmati pengalaman Berjaya. Dan
seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan diri dan
keyakinan.
 Menerima murid-murid sebagai dirinya
 Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.
 Member peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
 Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan
guru,
 Menganjurkan kem motivasi dan kem bina semangat
 Memupuk budaya membaca di kalangan murid
 Berusaha membentuk masyarakat penyayang dalam kawasan
sekolah.
6.5.2. TINGKAH LAKU
BERMASALAH
TINGKAH LAKU

NEGATIF
POSITIF
TINGKAH LAKU MASALAH (NEGATIF)

 Tingkah laku yang menghalang :


Bergantung
 Tingkahlaku yang mengganggu : Disruptif
 Tingkahlaku Anti-sosial : Distruktif
TINGKAH LAKU YANG MENGHALANG :
BERGANTUNG

 Cara pengasuhan anak sering mengamalkan


perlindungan melampau hingga membentuk
tingkah laku kurang keyakinan, konsep kendiri
rendah serta tidak dapat berdikari.
 Kecerdasan yang rendah merupakan salah satu
factor yang menyebabkan pembentukkan
tingkah laku bergantung.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TINGKAHLAKU BERGANTUNG

 Pergantungan berlebihan : Amat bergantung


kepada rakan sebaya dan guru untuk
membantunya
 Kebimbangan : Kurang keyakinan diri hingga
takut menyertai aktiviti pembelajaran
 Pengunduran diri : Pelajar yang menghadapi
masalah penyesuaian emosi dan sosial di dalam
sesuatu situasi baru.
TERDAPAT 3 KATEGORI TINGKAHLAKU
BERGANTUNG:

 Pergantungan berlebihan : Amat bergantung


kepada rakan sebaya dan guru untuk
membantunya
 Kebimbangan : Kurang keyakinan diri hingga
takut menyertai aktiviti pembelajaran
 Pengunduran diri : Pelajar yang menghadapi
masalah penyesuaian emosi dan sosial di dalam
sesuatu situasi baru.
CARA MENGATASI TINGKAH LAKU
BERGANTUNG DALAM
PEMBELAJARAN.

 Merancang isi pelajaran dari mudah ke sukar


 Mengamalkan sikap penyayang
 Mengunakan strategi pemusatan murid dan
bahan
 Memberi tugasan mengikut kebolehan pelajar
TINGKAHLAKU YANG MENGGANGGU :
DISRUPTIF

Menghalang kelicinan serta keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

 Faktor yang menyebabkan tingkah laku disruptif


 Jenis tingkah laku disruptif :
 Cara mengatasi Tingkahlaku Disruptif
FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TINGKAH LAKU DISRUPTIF
 Kekurangan kematangan dalam diri pelajar
 Masalah kesihatan
 Iklim bilik darjah yang kurang kondusif dan
kurang selesa
 Penyampaian guru yang kurang menarik ataupun
terlalu sukar difahami pelajar.
JENIS TINGKAH LAKU DISRUPTIF :

 Hiperaktif
 Kelakuan Nakal
CARA MENGATASI TINGKAHLAKU
DISRUPTIF

 Menggunakan pelbagai teknik mengajar


termasuk penggunaan alat bantu mengajar untuk
menarik minat pelajar
 Menggunakan teknik variasi ransangan untuk
mengekalkan minat pelajar
 Menggunakan aktiviti kumpulan mengikut
kebolehan pelajar masing-masing
 Menguruskan bilik darjah dengan membina iklim
bilik darjah yang kondusif dan selesa.
TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL :
DISTRUKTIF
Tingkah laku masalah negative kerana melibatkan tingkahlaku yang dapat
melukai atau menyakiti orang lain sama ada secara lisan atau fizikal.
Faktor yang menyebabkan tingkah laku Anti-sosial
◦ Naluri agresif diwarisi daripada ibubapa
◦ Pengaruh unsur negatif daripada media massa
◦ Sumber teknologi
◦ Sekolah yang menggunakan pendekatan autokratik dan kurang adil

Cara mengatasi Tingkah laku Anti-sosial


◦ Menggunakan teknik mendisiplinkanyang sesuai
◦ Elakkan hukuman dera dan jatuhkan hukuman selepas pelajar berkenaan
telah memahami dan rela terimanya
◦ Adakan sesi bimbingan kaunseling untuk memujuk pelajar
◦ Mengajar pelajar dengan sifat penyayang
TINGKAH LAKU BERMASALAH
(POSITIF)
 Ingin tahu
 Cepat belajar
 Pintar cerdas
 Proaktif
Tingkah Laku bermasalah Ingin tahu
 Murid-murid yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa mengemukakan soalan dan
tidak penat berusaha mencuba
 Memberi masalah apabila mengganggu aktiviti pengajaran.
Tingkah Laku cepat belajar
 Mempunyai bakat cepat belajar biasanya menguasai maklumat, kemahiran dan ilmu
pengetahuan lebih cepat daripada murid normal
 Menjadi masalah apabila mereka menggunakan masa lapang mengganggu murid lain
semasa belajar.
Tingkah Laku Pintar cerdas.
 Mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi
 Mempunyai bakat mencipta
 Pemikirannya kreatif dan bertindak pantas
 Memberi masalah apabila mencuba suatu yang merbahaya, merasa bosan dan
mengganggu pelajaran dalam bilik darjah, sombong, memandang rendah murid lain,
mencabar kewibawaan guru atau melakukan sesuatu luar jangkaan.
Tingkah Laku Bermasalah proaktif.
 Murid-murid yang proaktif mempunyai sifat yakin diri, dan suka bertindak atau
mengambil inisiatif sendiri
 Memberi masalah apabila mereka terlalu yakin diri sehingga melakukan sesuatu yang
merbahaya, tidak mendengar nasihat guru.
CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH
LAKU (POSITIF)
 Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
lengkap dan sesuai serta lebih mencabar bagi murid
murid pintar cerdas
 Melantik murid-murid proaktif sebagai pemimpin dalam
aktiviti kumpulan
 Mengajar dengan cara menarik serta penuh keyakinan
 Melibatkan murid secara sepenuhnya dalam aktiviti
pembelajaran
 Gunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatan
bahan untuk mengajar murid-murid yang mempunyai
tingkah laku bermasalah positif
 Mempelbagaikan latihan agar mereka tidak cepat bosan.
6.5.3. MODIFIKASI TINGKAH
LAKU
PENGERTIAN MODIFIKASI
TINGKAH LAKU
 Modifikasi Tingkah Laku merujuk kepada langkah-
langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip
psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negative
kepada positif
 Langkah-langkah yang bersistematik itu adalah :
1. Mengenal pasti tingkah laku negative yang perlu diubah
2. Menetapkan matlamat
3. Menentukan strategi bertindak
4. Merancang prosedur atau plan bertindak
5. Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
6. Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu
7. Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan
FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TINGKAH LAKU YANG TIDAK DIINGINI

 Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa


 Suasana persekitaran sekolah yang kurang kondsuif
 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan
 Keadaan fizikal sekolah kurang kondusif
 Pengurusan sekolah bercorak autokratik
 Pendapat dan pandangan murid tidak dapat perhatian
pihak sekolah
 Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan
membalas dendam.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU MELALUI
UBAH SUAIAN DALAMAN / KENDIRI
Ia boleh diuruskan melalui dua cara, iaitu
pengurusan diri dan pengubahsuaian
kognitif.
PENGURUSAN DIRI
 Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-langkah
berikut :
 Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri
 Murid berusaha engubah tingkah lakunya
 Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya
dengan menggunakan senarai semak atau carta.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU KOGNITIF :
MEICHENBAUM (1977)
Ia merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan
kendiri untuk mengubah tingkah laku melalui peikiran dan
percakapan kendiri
Langkah-langkah :
Modelling Kognitif : seseorang guru melakukan sesuatu tugasan
sambil member arahan secara lisan.
Bimbingan luaran : murid melakukan tugasan yang sama di bawah
bimbingan guru
Bimbingan kendiri(nyata) : murid melakukan tugasan yang sama
melalui arahan kendiri secara lisan
Bimbingan kendiri (tidak nyata) : murid membisik arahan sendiri
sambil menghabiskan tugasan.
Arahan diri terselindung : murid melakukan tugasan secara
membimbing kendiri melalui percakapan kendiri.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU MELALUI
UBAH SUAIAN LUARAN (MODELLING)
 Ia merujuk kepada peniruan melalui
pemerhatian tingkah laku seorang model yang
disanjungi dan secara tidak langsung mengubah
tingkah lakunya
 Teori pemodelan Bandura mengemukakan teori
pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai tingkah
laku social yang dipelajari oleh kanak-kanak.
Teori pemmerhatian bandura juga dikenali
sebagai teori peniruan atau teori permodelan.
Ciri-ciri teori pemodelan bandura

 Usnur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan


peniruan.
 Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa.
Misalan dan teladan.
 Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan
demostrasi guru sebagai modelnya, dan dapat menguasai
kemahiran itu jika dia memperolehi kepuasan dan
peneguhan yang berpatutan
 Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran ,
peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak
balas yang sesuai.
Implikasi teori pemodelan bandura.
Didalam bilik darjah, keberkesanan pengajaran-
pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara
seperti berikut :
◦ Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menajdi role
model yang gemar dicontohi oleh pelajar.
◦ Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan
pelajar menirunya dengan mudah dan tepat
◦ Hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf tangan, senilukis, karangan
dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
◦ Guru juga boleh gunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role
model untuk membuat demontrasi dalam kelas atau diluar bilikd arjah
◦ Guru boleh mengajar nilai-nilai murni daripada watak-watak bersejarah
dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU
MELALUI PROSES PEMBIASAAN
(FIZIKAL,MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL )
Proses pembiasaan adalah berdasarkan teori perlaziman
operan skinner (1953) yang mengemukakan beberapa
rumusan tentang pembelajaran manusia berikut :
◦ Pembelajaran berlaku melalui pelaziman
◦ Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan
kebarangkalian gerak balas pelajar.
◦ Peneguhan negative ialah rangsangan penting untuk menambahkan
kebarangkalian gerak balas pelajar.
◦ Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak
menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini
◦ Dalam proses pembelajaran. Konsep diskriminasi adalah sangat penting
untuk mencapai kejayaan.
◦ Untuk menjayakan proses pembiasaan ini, iaitu mengubah tingkah laku
yang tidak diingini, peneguhan positif hendaklah diberi dari semasa ke
semasa.
IMPLIKASI MODIFIKASI TINGKAH LAKU
TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

 Modifikasi tingkah laku membantu murid mengubah


tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
 Ia meningkatkan prestasi dan pencapaian serta
keberkesanan aktiviti pembelajaran murid.
 Ia dapat membentuk tingkah laku yang positif dari aspek
fizikal, mental, emosi dan social.
 Melalui ubah suaian kendiri, ia dapat meningkatkan
motivasi kendiri serta disiplin arahan diri.
 Melalui proses modelling, dalaman atau pembiasaan, ia
akan dapat membentuk murid yang berilmu
pengetahuan, cinta membaca serta berakhlak mulia.

Anda mungkin juga menyukai