Anda di halaman 1dari 3

MURID KURANG MENUNJUKKAN MINAT TERHADAP PELAJARAN

Rosdiana bt Mohd Rizuwan

KPLI P.Jasmani

Masalah

Saya mengajar di Kelas 2 Nilam bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Murid-murid di
dalam kelas ini sangat aktif dan menunjukkan minat terhadap pelajaran yang diajar. Namun begitu,
terdapat seorang murid lelaki yang murang menunjukkan minat terhadap mata pelajaran yang diajar
guru. Ketika guru memberikan penerangan didapati murid ini kurang memberikan tumpuan
terhadap demonstrasi serta penerangan yang diberikan guru. Murid ini juga kelihatan mempunyai
sikap yang agak pasif.

Sikap murid berkenaan menyebabkan dirinya sentiasa disisih oleh rakan-rakan yang lain,
mereka menganggapnya lemah dan lembab. Keadaan ini menyebabkan murid merasa rendah diri
dan tidak menunjukkan minat untuk bermain bersama rakan yang lain.

Menurut J.B. Watson (1878-1958)emosi manusia senantiasa berubah. Manusia mewarisi


tiga jenis emosi semulajadi iaitu takut, marah dan kasih sayang.

Tingkah laku murid ini dipengaruhi oleh tingkah laku negatifnya yang menyebabkan murid ini
menjadi pasif dan tidak suka menonjolkan diri serta tidak aktif seperti rakannya yang lain.

Dalam pada itu, Watson(1878-1958) juga turut menjelaskan peranan guru dalam proses
pengajaran. Guru hendaklah menggunakan ransangan yang boleh memotivasikan murid supaya
minat belajar dan mengelakkan penggunaan ransangan yang membawa kesan negative.

Saya akan menggunakan pelbagai pendekatan supaya dapat mengubah persepsi negative
murid ini kepada pemikiran yang positif. Murid ini tiada mengalami sebarang kecacatan diri dan
seharusnya murid ini menjadi aktif seperti rakan-rakannya yang lain.

Analisis Masalah

Menurut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan secara individu merujuk
kepada proses perbincangan diantara seorang kaunselor dengan seorang kliennya di mana
kaunselor ini berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang
dihadapi sehingga dapat membuat pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-
pilihan yang dapat membantunya mengatasi masalah.
Sikap yang ditunjukkan oleh murid yang terlibat menyebabkan saya terpaksa menyiasat
masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan. Antara soalan-soalan yang timbul di dalam di dalam
pemikiran saya ialah:

- Adakah murid tidak minat langsung terhadap mata pelajaran yang saya ajar?
- Mengajar murid ini bersikap sedemikian ?
- Apakah latar belakang sebenar murid ini ?
- Apakah yang perlu saya lakukan untuk membantu murid ini ?
- Mungkinkah kerana factor persekitaran?
- Bagaimanakah penglibatan murid ini di dalam kelas sebelum ini ?

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temubual dengan guru-guru dan

rakan yang tinggal berdekatan dengan rumah murid ini, saya dapat merumuskan bahawa terdapat
beberapa faktor penyebab kepada permasalahan ini, iaitu:

- Murid ini dari kumpulan yang lemah


- Murid ini berasal dari golongan yang kurang berada
- Tiada sebarang kecacatan diri
- Takut untuk berinteraksi dengan rakan yang lebih menonjol
- Sentiasa memerlukan tunjuk ajar
- Sikapnya yang pasif menyebabkan murid ini senantiasa disisihkan rakan
- Tidak yakin dengan diri

Hasil daripada pemerhatian yang dibuat, murid ini menghadapi masalah disebabkan factor
persekitaran iaitu lebih merujuk kepada suasana di dalam kelas tersebut. Sikap rakan-rakan
yang menyisihkan murid ini menjadikan murid ini lebih bersifat pasif dan takut untuk terlibat
sama melakukan aktiviti.

Cadangan

Bagi mengubah sikap murid ini daripada terus menjadi pasif , saya telah membuat beberapa
cadangan yang boleh membantunya untuk aktif sama seperti rakannya yang lain. Antara cadangan
saya adalah seperti berikut:

- Meminta rakan agar tidak menyisihkan murid ini


- Memberikan kata-kata perangsang supaya murid ini lebih berkeyakinan untuk
memajukan diri
- Membimbing murid ini untuk bersama-sama melakukan aktiviti
- Menggalakkan murid lain memberikan sokongan kepadanya
- Menyuruh murid ini melakukan aktiviti sambil menilai tahap kemampuannya.
Menurut Galton (1865) , telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan
yang berbeza dengan rakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan antara individu boleh
diperhatikan daripada prestasi murid di dalam sesuatu kelas. Menurutnya , ibubapa yang
cerdas pintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar.

Tempoh Penyelesaian

14 Julai 2008- 1 Ogos 2008 (3 minggu)

Tindakan Susulan

Sebagai guru saya bertanggungjawab untuk senantiasa memberikan dorongan serta


tunjuk ajar. Hasil daripada pembacaan dan kajian yang dibuat , bagi menangani masalah
murid ini saya telah merujuk kepada konsep kendiri positif yang perlu ada di dalam diri
seseorang murid bagi mendorongnya menjadi lebih yakin terhadap kemampuan dirinya.

H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974) berpendapat
konsep diri terdiri daripada persepsi kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus
dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.

Hasil daripada kajian yang dilakukan didapati konsep kendiri ini dibentuk daripada
interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat serta pengalaman
dan penyesuaian diri dengan persekitaran.

Murid ini akan diajar langkah demi langkah daripada pergerakan yang asas kepada
yang lebih sukar. Rakan-rakan digalakkan untuk turut sama memberikan sokongan
kepadanya. Sikap mementingkan diri dan memilih kawan dilarang sama sekali oleh guru.
Semua ktiviti perlu dilakukan secara bersama oleh semua murid.

Kesimpulan

Menurut kajian yang dilakukan oleh H.V Perkins, didapati bahawa konsep kendiri dan nilai-
nilai diri merupakan faktor-faktor yang penting untuk mencapai kejayaan di dalam bidang
akademik atau ko kurikulum.

Sekiranya seseorang murid ingin mencipta kejayaannya, dia hendaklah mensepsikan dirinya
sebagai seorang murid yang berkebolehan dan mepmpunyai penghargaan diri yang tinggi.
Murid-murid perlulah diberi peluang untuk memupuk nilai dirinya sendiri. Murid juga perlu
mengekalkan hubungan yang sihat sesama rakan dan menggalakkan interaksi positif dalam
kalangan rakan sebaya.

Anda mungkin juga menyukai