Anda di halaman 1dari 12

EDUP3033 MURID DAN PEMBELAJARAN

Tutorial 15:
Pilih satu pendekatan motivasi
yang anda rasa terbaik dalam
meningkatkan pembelajaran
murid sekolah rendah. Jelaskan
sebab anda berkata demikian.

Disediakan oleh:
Ceceliana Annoi
Florance Jeffery
Pendekatan motivasi yang dipilih:

PENDEKATAN HUMANISTIK
Pengenalan
• Pendekatan Humanistik menekankan kebebasan peribadi,
pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan
kendiri.
• Manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi serta
keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum.
• Manusia juga didorong untuk melakukan tingkah laku
tertentu kerana penyempurnaan kendiri, iaitu semua
manusia mempunyai keinginan dalaman mencapai segala
yang diinginkan oleh mereka.
• Antara pengkaji teori Humanistik adalah Maslow (1997) yang
membuat kajian mengenai peranan keperluan dalam
menentukan motivasi.
• Menurut Maslow, keperluan merupakan keadaan
deprivasi yang memotivasikan seseorang untuk bertindak
terhadap sesuatu matlamat, sama ada keperluan
fisiologi, psikologi, emosi mahupun intelek.
• Pendekatan Humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri
peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri,
kegigihan kendiri, pencapaian kendiri dan autonomi dan
memberi penekanan terhadap individu yang mempunyai
kawalan dalaman tentang proses-proses hidup sendiri.
• Matlamat pendekatan humanistik untuk merangsang
pengalaman murid supaya mereka akan mengurangkan
tabiat mempertahankan diri (takut) dan bertindak lebih
terbuka terhadap pembelajaran daripada persekitaran.
• Dengan demikian, murid dapat mengawal diri sendiri
dan tidak dipengaruhi oleh lokus kawalan luaran.
• Ahli Humanistik juga menyatakan perlunya hubungan
rapat/keakraban antara guru, ibu bapa dengan murid
kerana keadaan ini akan mewujudkan motivasi inrinsik
yang tinggi.
• Penglibatan dan sokongan autonomi yang tinggi akan
meningkatkan kompetensi, tanggungjawab dan
pencapaian seseorang murid. Secara tidak langsung
murid akan bermotivasi untuk melaksanakan tugasan
atau aktiviti yang diberikan.
Sebab pendekatan motivasi terbaik dalam
meningkatkan pembelajaran murid sekolah rendah

Murid mempunyai Murid dapat


Murid-murid dinilai
lebih banyak melihat kemajuan
secara adil.
peluang menimba mereka dari
kejayaan. semasa ke semasa.

Menggalakkan
murid mencari Menggalakkan
makna dalam murid menentukan
pembelajaran matlamat sendiri.
secara aktif.
Murid mempunyai lebih banyak peluang
menimba kejayaan.
• Melalui pendekatan humanistik, guru membantu murid menimba
kejayaan dengan menggalakkan murid menangani tugasan
yang mencabar.
• Apabila murid menangani tugasan atau aktiviti yang mencabar
secara realistik, kompetensi serta motivasi intrinsik murid dapat
dirangsang.
• Hal ini akan membuatkan murid lebih tertarik dengan cabaran
berbanding dengan tugasan yang mudah.
• Apabila murid sudah tertarik untuk menangani cabaran tersebut,
mereka akan sentiasa berusaha menyelesaikan cabaran yang
diberikan sehingga berjaya.
Murid dapat melihat kemajuan mereka dari
semasa ke semasa.
• Untuk meningkatkan pembelajaran murid, guru patut
memberi murid mekanisme konkrit supaya mereka
dapat melihat kemajuan masing-masing dari semasa ke
semasa.
• Contohnya, guru boleh mengaplikasikan sesuatu topik
pelajaran dengan membuat aktiviti.
• Melalui aktiviti tersebut, murid dapat melihat
pemahaman mereka tentang sesuatu topik dengan
lebih jelas dan sekiranya terdapat kelemahan, mereka
akan berusaha membuat dengan lebih baik lagi pada
aktiviti yang seterusnya.
Murid-murid dapat dinilai secara adil
• Melalui pendekatan humanistik ini, persaingan dan situasi-
situasi di mana murid dinilai secara kurang adil dalam
kalangan rakan sebaya dapat dielakkan.
• Hal ini kerana, murid-murid mempunyai kegigihan kendiri.
• Mereka tahu bahawa mereka bukan belajar untuk
bersaing dengan rakan-rakan tetapi mereka bersaing
dengan diri sendiri.
• Maka, mereka akan belajar kerana keinginan mereka
sendiri dan bukan semata-mata untuk bersaing dengan
rakan-rakan mereka.
Menggalakkan murid mencari makna
dalam pembelajaran secara aktif.
• Melalui pendekatan humanistik, murid-murid mempunyai
keinginan untuk belajar iaitu tiada unsur paksaan.
• Maka, apabila mereka berminat untuk belajar, mereka
akan lebih memahami isi pembelajaran dengan
melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
• Oleh itu, guru haruslah menggalakkan murid telibat
dengan lebih aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seperti membenarkan murid bertanya
dan memberikan idea mereka sendiri supaya mereka
lebih memahami topik pengajaran.
Menggalakkan murid menentukan
matlamat sendiri.
• Pendekatan humanistik menyatakan bahawa semua manusia
mempunyai keinginan dalaman mencapai segala yang
diingini oleh mereka.
• Oleh itu, melalui pendekatan ini, guru boleh membantu murid
menentukan matlamat mereka.
• Caranya ialah guru merancang aktiviti yang boleh mencapai
matlamat murid-muridnya.
• Contohnya, jika matlamat murid tersebut ingin mendapat
markah yang lebuh tinggi dalam mata pelajaran Matematik
dari sebelumnya, guru boleh memperbanyakkan lagi aktiviti
yang boleh membantu murid tersebut seperti memberi latih
tubi, kuiz dan sebagainya.
Penutup
• Pendekatan Humanisme berpegang kepada manusia
bermotivasi terhadap sesuatu tingkah laku kerana dapat
mencapai keperluan penyempurnaan kendiri.
• Pendekatan ini melibatkan motivasi intrinsik.
• Oleh itu, guru memainkan peranan penting bagi memastikan
setiap pendekatan motivasi yang digunakan akan memberi
kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid mereka.
• Dengan menyedari keperluan seseorang murid, guru dapat
mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi
kecemerlangan yang semaksimumnya.

Anda mungkin juga menyukai